Anda di halaman 1dari 20

HUBUNGAN

ETNIK
Oleh:
Siti norsharmila bt abd jamal
Nor dahlia bt zamani
KONSEP
SEGREGASI,AKOMODASI,
AKULTURASI,ASIMILASI,
DAN AMALGAMASI.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi
darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu
segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati
iaitu amalgamasi

1.Konsep Segregasi

•Pengasingan: sekolah, tempat tinggal,


pengangkutan, kemudahan awam.

•Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan (1948-


1994)
 merupakan pemisahan & pengasingan antara
satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg
lain dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku
dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan & kemudahan
awam. Segregasi wujud sama ada didasari
oleh undang-undang atau sebaliknya.
 Konsep Akomodasi

- merupakan proses yg menyebabkan setiap


kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap
mempertahankan budaya hidup masing-
masing.
Formula: A + B + C = A + B + C
A, B & C merujuk kepada budaya
- Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap
kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang
ekonomi & pendidikan & mereka saling
bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di


Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dlm keadaan
harmoni (penggunaan pelbagai bahasa,
pengamalan pelbagai agama & kepercayaan
secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).
- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar
untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan
etnik.
- Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’
sebagai satu dasar amat bergantung kepada
sikap golongan pemerintah dan kelompok-
kelompok etnik berkenaan.
Konsep Asimilasi
 Adalah satu proses percantuman dan
penyatuan di antara kelompok / individu
dari berlainan kebudayaan supaya
menjadi satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep
ini berhubungan dengan penyerapan
sehala individu / kelompok ke dalam
kelompok lain.
- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana
kelompok berfikir, berperasaan secara
berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial
serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau
sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan & identiti

:A+B+C=A
A mewakili golongan dominan, B & C
mewakili kumpulan etnik minoriti.
- Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya
interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg
berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.

- Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada


beberapa faktor penting:
1. Kesanggupan golongan minoriti untuk
menghilangkan identiti mereka.

2. Kesanggupan golongan majoriti untuk


menerima golongan lain.

3. Terdapat banyak persamaan budaya antara


kumpulan etnik.
- Proses asimilasi juga berkait rapat
dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat
perbezaan di antara golongan minoriti
dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

- Umumnya - kumpulan minoriti yg


bilangan anggotanya lebih kecil mudah
diasimilasikan berbanding kumpulan
minoriti yg bilangan anggotanya besar.
Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan
tradisi yg jauh berbeza daripada
golongan majoriti sukar diasimilasikan.
- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami
proses asimilasi yg menyebabkan nama,
bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan
dgn amalan & cara hidup org Thai.
- Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba &
Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina
Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm
konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.
Konsep Amalgamasi

- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan


etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua
entiti kebudayaan pelbagai kumpulan
dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu
bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa
yang lama dan biasanya melalui beberapa
generasi.
- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili
kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili
kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan
A, B dan C.

- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan


proses ini berlaku dan kumpulan minoriti
sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti
sanggup melepaskan hak istimewa mereka
(jarang berlaku).
CONTOH PERKAHWINAN CAMPUR
DI ANTARA PERBEZAAN AGAMA.
Konsep Akulturasi

- Satu proses penyerapan unsur-unsur


kebudayaan daripada suatu budaya
kepada budaya yang lain. Perubahan
budaya terjadi hasil daripada hubungan
yg berkesinambungan antara dua budaya
berbeza dalam satu jangka masa yg
berterusan dan perubahan tersebut
berlaku sama ada dalam satu atau
kedua-dua budaya tersebut.
- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-
perubahan yg bakal terjadi terhadap individu
atau kelompok adalah seperti perubahan
fizikal, biologikal, budaya, sosial dan
psikologikal.
- Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya
yg bersifat kebendaan.
SEGREGASI Pemisahan antara etnik.
Dasar Apateid.
AKOMODASI Sedar perbezaan budaya
Hidup dengan harmoni.
AKULTURASI Minoriti menerima budaya majoriti,
tanpa ubah budaya asal.
ASIMILASI Minoriti terima budaya dominan
untuk menghasilkan identiti dan
budaya yang sama.
AMALGAMASI Percampuran membentuk
kelompok baru.
Perkahwinan campur.
RUJUKAN
http://amaljaya.com/guru/2009/12/24/kepelbag
aian-kelompok/
,diakses pada 10 Januari 2011.

http://www.scribd.com/doc/13321696/BAB-2-Ko
nsep-Asas
, diakses pada 10 Januari 2011.

www.ums.edu.my/webv3/appl/, diakses pada


11 Januari 2011.

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/k
onsep-amalgamasi.html
, diakses pada 11 Januari 2011.

Anda mungkin juga menyukai