Anda di halaman 1dari 2

Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil


basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba .....

*** *** *** *** ***

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil


basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikalku hilang.
Aku berasa sungguh bimbang.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran. Mujurlah aku


mempunyai wang syiling. Aku terus menelefon ibuku untuk memberitahu hal
tersebut. Dengan tenang, ibuku memintaku jangan ke mana-mana
sementara menunggu beliau datang menjemputku.

Aku berasa gembira setelah kunci basikal dibaiki semula. Namun, aku
juga berasa sungguh sedih kerana semenjak kejadian itu, aku tidak lagi
berbasikal bersama rakan-rakanku ke kelas tambahan. Ibu dan bapaku
melarang aku menunggang basikal ke kelas tambahan kerana bimbang
akan keselamatanku jika peristiwa seperti tersebut berulang. Sebaliknya, aku
akan dihantar oleh ayah setiap kali ada kelas tambahan. Inilah akibatnya
seorang yang cuai.
JAWAPAN

Aku cuba mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya,


masih tidak jumpai. Jam tanganku sudah menunjukkan hampir pukul 5.00
petang. Aku berasa sangat takut kerana kawasan itu mulai sunyi.

Tidak lama kemudian, ibuku pun tiba. Tanpa berlengah, aku menolong
ibuku mengangkat basikal untuk dimasukkan ke dalam kereta. Kemudian,
beliau memandu keretanya ke kedai membuat kunci untuk menempah
kunci baru basikalku.

Anda mungkin juga menyukai