Anda di halaman 1dari 2

MALAYSIA TERCINTA.

Malaysiaku, Disinilah tempat aku dilahirkan, Disinilah juga aku dibesarkan, Aku akan berusaha bersungguh-sungguh, Demi negara dan bangsa tercinta. Malaysiaku, Demimu kusanggup berkorban, Walaupun nyawa dan harta sekalipun, Demimu juga akan ku pertahankan, Dari segala ancaman mendatang. Malaysiaku, Akan ku usaha dengan gigih, Untuk menaikkan namamu, Akan ku hiasi dengan segala keindahan, Agar namamu harum di persada dunia. Malaysiaku, Akan ku teruskan usaha murniku, Demi mendidik anak-anak watan, Supaya lahir generasi gemilang, Untuk meggalas impian dan harapan.

MALAYSIA TANAH AIRKU. Malaysia tanah airku, Teguhmu seteguh Kinabalu, Gagahmu segagah Mahameru, Namamu sentiasa dikalbu. Tanpa segan dan tanpa silu, Aku adalah wargamu, Menjunjung budaya ilmu, Menjadi pewaris bangsaku. Malaysia tanah airku, Aman sentiasa lagi bahagia, Dibawah payung Paduka Raja, Rakyat hidup berbilang bangsa, Namun perpaduan utuh terpelihara. Malaysia tanah airku, Usah pedulikan mereka yang dengki, Megahlah berdiri dibumi ini, Bersopan santun dan berhemah tinggi, Amalan bangsa terus dihayati.