Anda di halaman 1dari 2

Jiranku Prihatin

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai masyarakat majmuk
yang berbilang bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia sangat bertuah kerana dapat hidup dalam
keadaan yang aman, harmoni, bertimbang-rasa dan bertolak ansur. Ini menjadikan masyarakat
Malaysia dapat mengenali dan hidup bersama dengan jiran pelbagai bangsa.

Ini adalah kisah berkenaan keluargaku dan jiranku. Aku telah mengikut ayah berpindah ke
sebuah taman perumahan yang baru iaitu di sebuah pekan kecil semenjak 3 tahun lepas. Suasana
kejiranan di sini sangat harmoni dan semua orang di taman ini mengenali di antara satu sama lain.
Keluargaku telah berkenalan dengan jiran-jiran di sini iaitu Pakcik Kamal, Uncle Muthu dan Uncle
Seng. Mereka sangat ramah dan suka membantu. Setiap minggu selalu diadakan aktiviti di
kawasan taman perumahan kami seperti bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar,
jamuan makanan dan melakukan aktiviti riadah bersama-sama. Hubungan kami sangat rapat antara
satu sama lain.

Perkara yang lebih menarik adalah, apabila kami akan bercuti atau pulang ke kampung,
Pakcik Kamal dan jiran yang lain akan selalu menawarkan diri untuk menjaga rumah kami semasa
ketiadaan kami di rumah. Uncle Muthu juga selalu menyiram pokok bunga di halaman rumah
ketika ketiadaan kami. Uncle Seng juga selalu menumpangkan kami 3 beradik pulang dari sekolah
sekiranya ayah tidak sempat menjemput kami di sekolah.

Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hidup berjiran di sini adalah pada 5 bulan
lepas. Kami sekeluarga perlu di kuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-
19. Kami dikenakan kuarantin selama 14 hari di rumah. Sepanjang tempoh ini, jiranku banyak
membantu dengan memberi makanan dan membeli barang keperluan kami. Kami sangat terharu
kerana walaupun ditimpa musibah seperti ini, masih ada jiran-jiran yang datang membantu tanpa
mengharapkan balasan. Mereka juga banyak memberi kata semangat kepada kami agar tabah
menghadapi ujian ini.
Akhir kata, jiranku merupakan insan yang sangat dekat selain dari keluarga sendiri.
Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah dengan kita, tetapi jiran adalah insan yang
terdekat dengan kita sekiranya memerlukan pertolongan. Marilah kita sama-sama menjaga dan
menyayangi jiran kita seperti kita menjaga dan menyayangi ahli keluarga kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai