Anda di halaman 1dari 1

Penutup

Isu moral merupakan sesuatu yang dipandang serius oleh setiap agama. Mereka memandang sesuatu yang berkaitan dengan moral itu adalah sesuatu yang amat dipelihara dan dijaga dengan baik agar tidak menjadi sesuatu yang tidak diingini. Sebagai contoh, agama Islam amat menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan moral dan akhlak seseorang. Hal ini adalah kerana moral individu itu menjadikan martabat sesuatu agama itu dipandang tinggi oleh masyarakat di luar. Islam mementingkan akhlak seseorang itu kerana Islam merupakan agama yang suci dan sangat dihormati. Begitu juga dengan agama Buddha, mereka menganggap bahawa moral penganutnya itu melambangkan kesucian agama mereka. Mereka percaya bahawa jika seseorang individu itu tidak bermoral, maka, agama mereka akan dipandang rendah dan individu tersebut juga akan dihukum dengan hukuman yang telah ditetapkan. epercayaan inilah yang menjadikan masyarakat Buddha menjaga pembangunan moral penganut mereka. !uru juga perlulah memainkan peranan mereka sebagai seorang pendidik bagi membendung gejala-gejala yang tidak baik yang berkaitan dengan moral pelajar-pelajar mereka. Mereka perlu bijak dalam mencegah supaya hal-hal yang tidak baik berlaku serta meruntuhkan institusi masyarakat di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai