Anda di halaman 1dari 7

2. Pengurusan Grafik Menggunakan Peta Pemikiran I-Think Apakah yang dimaksudkan dengan I-Think?

Sebelum memahami apakah itu I-Think, ayuhlah kita fahami dahulu apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir. Hal ini kerana I-Think berkaitan dengan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama (PPK, 1999). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), tujuan Program I-Think ini adalah bagi melahirkan modal insan yang keratif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi. Program I-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan

pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Terdapat 8 peta pemikiran dalam program I-Think iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi. Peta Bulatan Peta Buih Peta Buih Berganda Peta Pokok

Peta Dakap

Peta Alir

Peta Pelbagai Alir

Peta Titi

Rajah 1 Lapan Gambar rajah peta I-Think.

2.1. Pendemokrasian Pendidikan Peta Bulatan

Peluang yang terbuka untuk setiap orang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

Penubuhan pusat kegiatan guru perlu ditubuhkan supaya perbincangan dan peningkatan P&P dapat dicapai. Pendemokrasian Pendidikan Kemudahan-kemudahan asas dan tenaga pengajar yang berkualiti diperlukan bagi menjamin kualiti pendidikan.

Kreteria utama adalah penekanan terhadap aspek ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan keberkesanan institusi pendidikan.

Dasar-dasar dan peluang pendidikan diwujudkan bagi merealisasikan program.

Peruntukan yang seimbang diperlukan bagi mengimbangi ledakan pendidikan di Negara.

2.2. Tonggak Pendidikan UNESCO Peta Pelbagai Alir

Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know)

Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekelilingnya supaya dapat memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.

Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)

Tonggak Pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

Pendidikan seharusnya dapat menyediakan peluang pelajar untuk menguasai nilai-nilai peribadi seperti nilainilai insaniah atau interpersonal di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pekerjaan.

Belajar untuk menjadi insan yang berguna (learning to be)

Setiap individu perlu menerima pendidikan dari awal hingga remaja supaya boleh berfikiran kritis, berdikari dan berupaya untuk membuat keputusan terhadap tindakannya dalam kehidupan.

Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)

Pendidikan terhadap budaya, agama dan tingkah laku perlu dipejari secara terbuka agar dapat menjelaskan perkara-perkara yang tidak difahami dan seterusnya melahirkan keharmonian kehidupan.

2.3. Globalisasi Dalam Pendidikan Peta Buih

Globalisasi menuntut persaingan secara adil dalam apa jua bidang. Pendidikan akan menerima kesan yang ketara kerana ia berkaitan dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh arus persekitarannya.

Berlaku transformasi kurikulum bagi menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan global. Globalisasi dalam Pendidikan

Perkongsian terhadap aliran sumber-sumber pendidikan dan penemuan-penemuan penyelidikan antara negara dapat menyumbangkan peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Kesan positif globalisasi mewujudkan persaingan secara sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan selain menghasilkan reka cipta inovatif.

Penguasaan terhadap bahasa-bahasa asing membolehkan pelajar-pelajar berkecipung dalam bidang yang diminati dan seterusnya mendapatkan ganjaran yang lumayan.

Membuka dan memberi peluang-peluang kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya menyahut seruan pembelajaran sepanjang hayat.

2.4. Kepelbagaian Budaya Peta Alir Kepelbagaian kumpulan etnik menghasilkan pertembungan kepercayaan, nilai dan cara hidup dalam negara. Program-program perpaduan yang menekankan toleransi dan hormat-menghormati bagi keharmonian. Guru harus mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya bagi mengatasi masalah kepelbagaian.

Penghayatan terhadap Rukun Negara perlu bagi memupuk rasa hormat dan cinta kepada negara serta nilai-nilai murni.

Konsep kepelbagaian perlu difahami agar dapat mewujudkan perpaduan.

Perubahan tentang konsep kepelbagaian di sekolah perlu dilakukan dan harus secara berperingkat-peringkat serta jelas agar tidak wujud salah faham.

Pendidikan Moral distrukturkan bagi membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid.

Kajian Tempatan diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang rasa hormat terhadap kepelbagaian sesuatu etnik.

Perpaduan dalam masyarakat merupakan kunci utama dalam kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan keharmonian rakyat jelata.

Peranan guru sebagai pemimpin dalam bilik darjah penting dalam membudayakan ciri-ciri kesederhanaan, kepekaan terhadap orang lain, toleransi dan berakomodasi dalam kalangan pelajar.

2.5. Pengaruh Perkembangan Teknologi dan Maklumat Peta Dakap

Menyebarkan Maklumat Mewujudkan situasi sebenar dalam bentuk maya. Kegunaan Memanipulasi dan menganalisis data. Mewujudkan komunikasi tanpa sempadan dan masa.

Membuka peluang perkongsian bahan-bahan penyelidikan dan akademik oleh para pendidik. Pengaruh Perkembangan Teknologi dan Maklumat Faedah Memperkembangkan kemahiran aras tinggi dan menambah baik persepsi dan pahaman dunia pelajar. Memperkembangkan kemahiran aras tinggi dan menambah baik persepsi dan pahaman dunia pelajar.

Mendidik genarasi muda menggunakannya secara betul. Cabaran

Memberi pendedahan tentang keburukan dan kebaikan tentang penggunaan internet dan seterusnya mewujudkan satu budaya internet yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai