Anda di halaman 1dari 5

MOHAMAD AKMAL ARIF BIN MOHAMAD IDRIS AMBILAN JANUARI SEMESTER 3 PISMP 3.

03 REFLEKS BINA INSAN GURU KHIDMAT SOSIAL (SIRI 4) Tanggal 23 APRIL sememangnya menjadi saat yang paling bersejarah buat setiap insan yang bergelar guru. Hal ini turut kami rasai memandangkan pada hari ini, kami telah menggembleng tenaga dan kudrat kami untuk Khidmat Sosial (Siri 4) yang berlangsung di Sekolah Putrajaya Presint 11(2). Selaras dengan kehendak Bina Insan Guru, aktiviti ini disertai oleh . pelatih guru, di mana . daripadanya ialah lelaki dan selebihnya ialah perempuan. Encik Mokhtar Bin Ishak telah menjadi pensyarah pengiring memandangkan beliau adalah naqib bagi kelas kami pada semester yang ini. Kali ini, kami telah bercadang untuk menjayakan Program Math Fun dalam membantu pelajar tingkatan 1, 2, dan 3 belajar matematik dalam suasana yang menyeronokan serta menarik minat mereka dalam pembelajaran matematik. Setelah doa selesai dibacakan, kami memulakan perjalanan kira-kira jam 7.00 pagi. Kesempatan yang ada dimanfaatkan kami untuk mendengar taklimat terakhir daripada Ketua Program Mohamad Nazmi tentang aturcara program agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Cuaca yang baik membolehkan kami sampai 30 minit awal sebelum masa yang dijanjikan iaitu, pada pukul 7.45 pagi. Setibanya kami di sekolah tersebut, kami disambut baik oleh Guru Besar Sekolah Putrajaya Presint 11(2) dan Guru Matematik dari sekolah tersebut. Aturcara dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar oleh Seramai 110 pelajar

telah didaftarkan untuk menjalani program ini tidak termasuk pelajar tingkatan 3 kerana mereka sedang menjalani kelas tambahan bagi persediaan mengambil Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Dimulakan dengan taklimat oleh Mohamad Nazmi kepada pelajar tentang aturcara program, disamping memberikan kata kata hikmah serta aktiviti ringan bagi menceriakan suasana Program Math Fun. Slot pertama dimulakan dengan slot matchstick yang diambil alih oleh Encik Nor Hawan Bin Misiran. Slot ini member pelajar peluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta berdaya imaginasi yang tinggi dalam membentuk nombor, operasi dan penyelesaian masalah dengan menggunakan batang mancis. Saya mendapati slot ini kurang mendapat sambutan dari pelajar kerana pelajar bergantung harap kepada para fasilitator iaitu dalam kalangan pelajar matematik Program Ijazah Sarjana Muda semester 3 serta guru untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalh tersebut. Pada akhir slot ini, peserta diberikan tugasan untuk membuat satu rekaan menggunakan batang mancis dengan menggunakan konsep matematik dengan bantuan fasilitator. Selesai sahaja rekaan. Para fasilitator akan menbuat penilaian dan member markah kepada kumpulan yang terbaik dalam menlaksanakan tugasan. Aktiviti ini memberi ruang kepada peserta bagi mengeluarkan idea dalam membuat ciptaan mereka serta berkongsi pendapat dalam melaksanakan tugasan. Kesimpulannya slot ini telah member peluang kepada saya untuk melihat sejauh mana minat pelajar dalam pembelajaran matematik dan memberikan saya idea untuk lebih berinovatif dalam melaksanakan sesuatu permainan dalam matematik bagi menarik minat pelajar untuk belajar matematik

Slot kedua pula merupakan slot Tangram. Slot ini dikendalikan oleh .. dan dibantu oleh para fasilitator. Slot ini bertemakan bentuk bentuk dalam matematik dan penyesuaian dalam mendapatkan bentuk yang lain atau lebih menarik. Aktiviti ini member peluang kepada peserta untuk berfikir secara kritis untuk membuat bentuk yang telah diberikan dengan menggunakan bentuk bentuk yang telah diberi oleh para fasilitator. Saya melihat slot ini, mula merangsang minat peserta kerana masing masing ingin menunjukkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Ini sekaligus menbuatkan kesemua peserta yang telah diberikan kumpulan bergabung idea untuk bersama- sama menyelesaikan masalah tersebut dan menwujudkan semangat ingin tahu mereka tentang cara menyelesaikannya.

Kesimpulan daripada aktiviti ini memberi saya pendapat bahawa, pelajar pelajar lebih mengemari aktiviti yang berkaitan tentang bentuk yang konkrit serta benda yang boleh mereka sentuh bagi lebih memahami sesuatu topik tersebut. Oleh itu, saya berpendapat, aktiviti yang memerlukan pergerakan dan daya saing amat perlu dalam diri pelajar bagi memberikan mereka persaingan dalam melakukan aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Slot 3 pula bermula selepas rehat setelah mereka selesai mendapatkan tenaga mereka semula dalam meneruskan lagi Program Math Fun ini. Slot 3 dikendalikan oleh saya sendiri, Mohamad Akmal Arif Bin Mohamad Idris. Slot ini dinamakan Explore Mathematics, konsep bagi slot ini adalh explore race. Bagi slot ini, saya telah membahagikan kepada 5 stesen iaitu confusing box, tower ring, poisoning ball bowling dan water displacement. Kesemua aktiviti ini dalah hasil gabungan konsep daripada slot 1 dan slot 2 iaitu berfikir secara kreatif dan kritis, berkongsi idea dan

mengembleng tenaga bersama dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Kebanyakkan peserta begitu seronok dalam melakukan aktiviti ini kerana kabanyakkan dari mereka tidak pernah bermain aktiviti yang melibatkan matematik sepanjang persekolahan mereka. Kesimpulan daripada aktiviti ini, saya mendapati pelajar mengemari aktiviti yang memerlukan pergerakan secara pantas dan berfikiran secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Dengan hal demikian ini, dapatlah saya mengetahui cara cara untuk mengenali sikap pelajar yang sebenar dalam pembelajaran matematik dan memudahkan saya lagi untuk membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya kelak. Aktiviti khidmat sosial ini telah membantu pelatih-pelatih guru terutamanya dalam kemahiran mengajar serta mengenali sikap pelajar dalam pembelajaran matematik. Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pelajar pada zaman sekarang masih lagi tidak mengetahui mengapa mereka belajar matematik dan aplikasi sebenar matematik dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah guru yang hanya mementingkan menghabiskan silibus pengajaran mereka tanpa menghiraukan kefahaman pelajar tersebut. Selaku bakal guru matematik, saya tidak akan mengulangi kembali kesilapan segelintir guru yang hanya mengajar tetapi tidak mendidik untuk merangsang minat pelajar dalam matematik serta member kefahaman kepada mereka tentang kehidupan seharian mereka dengan kaitan matematik. Dalam masa yang sama, Program Mathematic Fun seperti ini telah mengajar erti tanggungjawab terhadap tugas masing-masing. Hal ini berlaku melalui tugas-tugas yang telah diagihkan sewaktu kami diberi taklimat pada sebelum hari program

dijalankan. Antara perkara yang paling saya bangga ialah program ini sedikit sebanyak telah menerapkan keguruan dalam kalangan kami. Bukan mudah bagi remaja seperti kami, (terutamanya berasal dari identiti keluarga yang berlainan) untuk berganding bahu memberi tenaga sama ada dalam bentuk idea atau kerahan dalam membantu para pelajar untuk bersama sama menyelesaikan masalah. Tetapi, dengan izin-Nya, maka Alhamdulillah semuanya terlaksana dengan lancar sekali. Sikap optimistik juga telah timbul dalam kalangan kami, dan ini menguatkan lagi semangat dan cita-cita kami untuk terus berjuang mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berkualiti pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai