Anda di halaman 1dari 2

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka NEGARAKU MERDEKA


Bangkit dari persada luka
Negaraku tetap merdeka
Berdiri megah di pentas wira
Walau dalam genggam bara
Inginku tebus maruah bangsa
Walau dalam tangis duka
Aku anak merdeka
Walau dalam cemas bencana
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa Negaraku tetap merdeka
Ingin ku bela nasib bangsa Walau ada yang cuba menderhaka
Aku anak merdeka Walau ada yang cuba mengkhianati negara
Harapan nusa dan bangsa Walau ada sekongkol musuh durjana
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara Negaraku tetap merdeka
Aku anak merdeka Walau bila zamannya
Di hati semangat waja Walau bagaimana pemimpinnya
Di dada penuh satria Walau di mana duduk rakyatnya
Ini Tuah akan membela
Negaraku tetap merdeka
Untuk kubalut luka lama
Kerana ada anak Malaysia
Berbangga dengan negaranya
Berjuang hingga ke akhir nafasnya

Salam Kemerdekaan
AKU ANAK MERDEKA Dr Zambry A. Kadir
30 Ogos 2014
aku anak merdeka
tidak pernah darah ku tumpah
ke tanah air lain..

aku ialah pembangga negara


yang turut setia
dimana jua
dan dimana aku berada

ketaatan kekorbanaanmu
membuatkan aku rindu
pada ogos yang lalu

inilah tanah merdeka


terus merdeka
terus berjaya
buat selamanya

negaraku
majulah
kedepanlah
jangan gentar
untuk mempertahankan
tanah merdeka

31 ogos bermula
semua menunggu dengan gembira
dengan pwnug kasih sayang
dan juga harapan
KEMERDEKAAN HAKIKI

Merdeka..Merdeka..Merdeka
Jeritan laungan daripada bapa kemerdekaan kita
Satu laungan yang amat bermakna
Ketahuilah bahawa rakyat Malaysia
Malaysia kini sudah merdeka

Tiada lagi jeritan penyiksaan


Tiada lagi seksa penderitaan
Burung berkicauan bebas berterbangan
Menjadi tanda negaraku masih aman dan damai

Namun wahai teman,


Jikanya disambut tanpa rasa kesyukuran
Apakah erti merdeka
Jika jenayah dan gejala masih berleluasa
Bagai tiada penyelesaian baginya
Dan apalah erti merdeka
Jika kau masih tidak berubah
Membiarkan dirimu terus hanyut dimamah usia

Satu persatu teknologi dipasarkan


Masing-masing berlumba pamerkan kehebatan
Mengejar kebahagiaan yang pengakhirannya ditelan dek
zaman
Namun hakikatnya wahai teman
Hakikat sebenarnya keimanan dan kebahagiaan
Adakah kita berlumba-lumba untuk mengingati Tuhan

Maka disini,
Bermulalah episod perang nafsu
Yang akan menguji setiap akal, hati dan jiwa anak Adam
Penuhilah bulan ini dengan rasa kehambaan.

Anda mungkin juga menyukai