Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam sepakat Sabah Hebat; Sekolah bersih,

poingka!

Pantai Meritaman ada di Sipitang,


Cantik dan unik bentuk landskapnya;
Sedap selalu mata memandang,
Jika bersih alam ciptaanNya.

Hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Bersih Adalah
Indah”.

Kawan-kawan, adakah kamu tahu apakah maksud kebersihan? Mari saya


jelaskan. Kebersihan itu adalah amalan kita untuk memelihara kesihatan dan
pencegahan penyakit. Kebersihan bukan sahaja merangkumi amalan penjagaan diri
kita tetapi juga temasuklah penjagaan persekitaran kita.

Kamu suka akan kebersihan? Saya suka kerana jika keadaan persekitaran
kita bersih, kita bukan sahaja dapat menikmati udara yang nyaman dan
pemandangan yang indah tapi yang paling penting kita dapat menghindari pelbagai
penyakit berjangkit yang merbahaya!.

Mari saya kongsikan pengalaman saya menjaga kebersihan. Pada minggu


yang lalu, saya dan keluarga membersihkan kawasan rumah kami. Saya membantu
ayah memungut sampah di sekitar rumah. Tiba-tiba kami mendengar jeritan adik
yang kuat.

“Tolong…!!’ jerit adik. “Kamu kenapa adik?”, tanya saya dengan terkejut.
“Kakak, ada banyak anak ular dalam tin ini,” jawab adik. Ayah segera mendekati
kami lalu berkata, “ Iskk kamu ni adik, itu bukan anak ularlah adik. Itu jentik-jentik,
anak nyamuk. Mari cepat kita pungut dan buang tin ini dalam tong sampah.”

“Oh, jentik-jentik rupanya. Baiklah, mari kita buang tin itu. Tin-tin ini boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes yang merbahaya,” jawab saya. Lalu kami
pun menyambung membersihkan kawasan rumah kami sehingga lewat petang.
Selepas semuanya selesai, kami pun mandi untuk membersihkan diri.
Selain membersihkan kawasan rumah, saya pernah mengikuti aktiviti gotong-
royong untuk membersihkan kawasan di kampung kami. Kami membahagikan tugas
sama rata dan bekerjasama bagai aur dengan tebing.

Selepas selesai aktiviti gotong-royong itu, saya pergi ke rumah kawan baik
saya, Alisya. Semasa berada di rumah Alisya, saya membantunya mengemaskan
pinggan mangkuk di dapur. Kami berasa sangat penat tetapi kami sangat seronok
kerana kini kampung kami bukan sahaja lebih bersih tetapi kelihatan lebih indah dan
ceria.

Pengajaran daripada cerita saya ini ialah jangan hanya menikmati keindahan
alam, tetapi juga cintai alam dengan tidak membuang sampah sembarangan. Kita
juga haruslah sentiasa mengamalkan kebersihan diri agar tubuh kita sihat dan
bersih. Ingatlah kawan-kawan, “Negara bersih, rakyat sihat, badan sihat, otak
cergas!”.

Anda mungkin juga menyukai