Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Cerita : “Bersih adalah Indah.


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Nama saya ialah Memeylyna
binti Jalmaani dari S.K Malawa, Kota Kinabalu. Pada hari ini saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Bersih adalah Indah.”
Tahukah kawan-kawan, apakah maksud bersih dan indah? Bersih bermaksud
tidak kotor, suci dan murni manakala indah pula ialah cantik, elok dan juga molek.
Saya yakin dan percaya semua orang di dunia ini tentu suka akan kebersihan
dan keindahan termasuklah saya sendiri. Saya sangat suka akan kebersihan kerana
setiap yang bersih itu pastinya akan indah juga.
Oleh sebab saya seorang yang sangat cinta akan kebersihan maka saya juga
selalu membantu ibu bapa saya di rumah. Pada setiap hari, saya akan membantu
ibu saya membersihkan lantai rumah agar tiada habuk yang bertebaran di udara.
Di sekolah pula, apabila saya ternampak sampah, saya akan segera
mengutipnya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya juga dengan senang
hati akan membantu guru-guru saya dalam hal-hal menjaga kebersihan.
Saya sering melibatkan diri dalam program gotong-royong komuniti di taman
perumahan tempat saya tinggal. Aktiviti yang diadakan adalah seperti
membersihkan longkang utama di kawasan taman, menebas semak-samun dan
banyak lagi.
Di sekolah juga, saya sering menegur kawan-kawan saya yang suka
membuang sampah di merata-rata tempat dan menyuruh mereka mengutipnya
semula. Saya menasihati mereka agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam
kehidupan seharian kita.
Banyak faedahnya jika kita cinta akan kebersihan. Antaranya, kita akan
terhindar daripada segala penyakit. Orang-orang di sekeliling kita juga akan suka
berkawan dengan kita. Begitu juga jika kawasan sekeliling kita bersih. Haiwan-
haiwan seperti tikus, lipas dan nyamuk tidak akan tinggal di sekeliling kita. Marilah
kita sama-sama menjaga kebersihan dari sekarang.
Saya akhiri dengan ungkapan negara bersih, rakyat pun sihat! Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai