Anda di halaman 1dari 2

KECERDASAN SPIRITUAL DAN KEPIMPINAN PEMIMPIN

1.0

PENDAHULUAN
Fenomena yang berlaku mutakhir ini merupakan era globalisasi yang mana kesemua

negara di dunia berusaha membangun dan memajukan negara masing-masing bagi


membentuk sebuah negara yang mantap dari pelbagai aspek pengurusan khususnya gaya
kepimpinan seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. Pembangunan pendidikan
merupakan elemen utama dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sistem pendidikan
yang mantap memberi kesan yang positif kepada pembangunan masyarakat dan
meningkatkan sosio ekonomi, politik dan sosial di Malaysia. Oleh itu, pembangunan
pendidikan perlu bergerak maju seiring dengan perkembangan dan kemajuan sesebuah
negara.
Dunia pendidikan di Malaysia sering mengalami proses transformasi selari dengan
peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara. Era pendidikan abad ke-21 turut mengalami
pelbagai transformasi. Transformasi ini menyeluruh dari segi struktur organisasi pengurusan
pendidikan, peranan dan fungsinya di segenap sudut, sama ada di peringkat Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah ataupun
sekolah. Transformasi ini merupakan satu proses pengkajian, pengubahsuaian, perubahan dan
penambahbaikan yang berlaku dari masa ke semasa mengikut keperluan serta memenuhi
kehendak semasa bagi menyediakan sumber manusia dan infrastruktur yang mencukupi
dalam menghadapi cabaran globalisasi yang semakin runcing.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah berhenti dan terus
giat berusaha merangka sistem kurikulum pendidikan di Malaysia dalam usaha mencapai
kecemerlangan pendidikan. Kepimpinan pendidikan sebagai teraju utama dalam menentukan
halatuju organisasi pendidikan agar selaras dengan fasafah dan matlamat pendidikan negara.

Bagi mencapai impian dan wawasan negara, sistem pendidikan memerlukan seorang arketik
yang luar biasa. Arketik ini merupakan pemimpin berkelibar yang memiliki aura tersendiri
sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan. Kecemerlangan sesebuah organisasi
biasanya bergantung kepada kewibawaan seorang ketua atau pemimpin dalam menerajui
pucuk pimpinan. Kefahaman dan keserasian seorang pemimpin dalam mencetuskan pelbagai
idea dan kemahiran ke atas sumber dibawah kawalan dalam bentuk sumber manusia dan
infrastruktur digerakkan secara bijak dan berhemah. Dalam istilah lain, suatu kemahiran yang
dimiliki oleh seorang pemimpin dalam menentukan kemajuan, kecekapan dan keberkesanan
pengurusan sesebuah organisasi.
Kepimpinan merupakan salah satu faktor penentu dalam kecemerlangan sesebuah
organisasi. Bagi mencapai keberkesanan kecemerlangan pendidikan khususnya di peringkat
sekolah, pengetua sekolah sebagai individu terpenting dalam pengurusan perlu sentiasa peka,
kreatif dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah organisasi sekolah. Sekolah sebagai
suatu organisasi yang meyediakan sumber manusia, perlu memiliki visi dan misi serta
kepimpinan pengetua yang sesuai dan cekap agar dapat melahirkan masyarakat yang
menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai