Anda di halaman 1dari 36

ISU-ISU DALAM PENTADBIRAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.

PENGENALAN
Dalam keghairahan dunia abad ke 21 menikmati kemajuan sektor

teknologi maklumat dan komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara


kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat
dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-isu dan
cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai
bukan

sahaja

tidak

mendatangkan

sebarang

faedah,

bahkan

akan

menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat. Cabaran pendidikan


masa kini sangat memerlukan kepimpinan yang boleh berubah mengikut
peredaran dan cabaran pendidikan alaf baharu. Sebagai negara yang sedang
berkembang pesat untuk mencapai Wawasan 2020 pentadbiran sekolah
memerlukan perubahan dan anjakan paradigma yang dapat merintis ke arah
alaf baru dalam segala aspek.
Seorang

pemimpin

diharapkan

dapat

memenuhi

tanggungjawab

sebagai pengurus perubahan seperti memberi sokongan dan nasihat semasa


krisis, membina pasukan yang saling menyokong, berkongsi visi dan sentiasa
menghidupkan visi tersebut walaupun dalam waktu sukar. Pemimpin juga
perlu jujur, tulus dan berintegriti serta bersedia mengakui kekurangan
kepakaran

dan

kebijaksanaan

mereka

walaupun

ianya

tidak

mudah

(Lakomski : 2001)
Kejayaan

bidang

pendidikan

di

Malaysia

adalah

terhasil

dari

kepimpinan organisasi pendidikan yang baik. Tanpa kepimpinan organisasi


yang baik, tidak mungkin hasrat Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai.
Justeru itu kertas kerja ini ditulis adalah untuk mengupas sedikit sebanyak
tentang isu-isu pentadbiran di Malaysia dan bagaimana setiap isu itu akan
ditangani.

Pentadbiran Pendidikan

2.

DEFINISI
Menurut Kamus Dewan isu bermaksud perkara pokok atau persoalan.

Manakala pentadbiran merupakan satu unsur penting bagi menjamin


kelicinan perjalanan komponen dalam sistem atau organisasi . Lebih khusus
lagi, pentadbiran adalah untuk menggerakkan segala sumber, meliputi
sumber manusia, modal dan infrastruktur, secara selaras dan tersusun bagi
mencapai

matlamat

atau

pengeluaran.

Pentadbiran

diperlukan

untuk

mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian mekanisme sosial, untuk


mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian mekanisme sosial untuk
memandu organisasi mengharungi masalah dan untuk memberikan kekuatan
kepada organisasi menghadapi cabaran-cabaran baru.(Knezevich,S.J, 1975)
Menurut Griffith (1959) di dalam buku Pendidikan di Malaysia, Sejarah
Sistem dan Falsafah, jika pentadbiran dianggap sebagai proses membuat
keputusan, maka pentadbiran merupakan satu tingkah laku am yang boleh
dijumpai dalam semua organisasi manusia. Pentadbiran juga ialah proses
mengarah dan mengawal penghidupan dalam organisasi sosial. Fungsi
khusus pentadbiran adalah untuk mengembangkan dan mengubahsuai
proses membuat keputusan dengan berkesan dan sebaik mungkin.
Dalam tatabahasa Melayu, perkataan pendidikan pula adalah berasal
daripada perkataan didik yang dikategorikan sebagai kata kerja. Menurut
Kamus Dewan

perkataan didik dalam bentuk kata kerja ini bermaksud

pelihara, menjaga dan ajar. Apabila ia diubah menjadi kata terbitan dengan
penambahan awalan pen- dan akhiran an, ia menjadi pendidikan yang
Pentadbiran Pendidikan

bermaksud perihal mendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan dan


ajaran
Dalam mentafsirkan istilah pendidikan, Al-Hazimi (2000) memetik
pandangan Al-Baidawi yang menyatakan pendidikan ialah satu proses
menyampaikan sesuatu perkara sehingga mencapai kesempurnaan yang
dilakukan

secara

berperingkat-peringkat.

Beliau

juga

mengemukakan

pandangan Al Asfahani yang mendefinisikan pendidikan sebagai proses


membentuk sesuatu yang dilakukan secara berperingkat dan tersusun
sehingga mencapai kepada keadaan yang paling sempurna. Menurut
Abdullah Ishak (1995), pendidikan bermaksud proses melatih akal, fizikal,
moral, perasaan dan kemasyarakatan untuk menjadi manusia yang baik dan
warganegara yang baik. Manakala mengikut pandangan Daulay (2009),
pendidikan secara teorinya ialah suatu perkara yang lahir hasil daripada
pemindahan ilmu, nilai dan tingkah laku. Ianya berlaku sama ada melalui
pendidikan formal atau tidak formal.
Kertas kerja ini mengupas tentang perkara pokok atau persoalan yang
terdapat di dalam pentadbiran pendidikan di Malaysia Ianya bertujuan untuk
menjamin kelicinan perjalanan komponen dalam sistem atau organisasi
pendidikan.

3.

PERANAN PENGETUA SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN


Pengetua sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di

peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan


pengurus sekolah. Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat
sekolah menengah, dilantik oleh Kementerian Pendidikan, bertanggungjawab
atas

apa

yang

bertanggungjawab

berlaku

di

dalam

sekolah.

hal-hal

yang

termasuklah : (Hussien :1993)


Pentadbiran Pendidikan

Pengetua

sekolah

berkaitan

di

Malaysia

dengan

sekolah

berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah.


mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan

pelajar, guru dan staf sokongan sekolah;


menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran.


mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah.
Manakala tugas pengetua pula seperti yang disediakan oleh Bahagian

Sekolah meliputi tujuh bidang utama iaitu:

Pengurusan kegiatan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.


Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan

perjawatan)
Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
Kemajuan sekolah
Pengajaran
Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.

Dengan tugas yang dipikul oleh pengetua dalam pelbagai bidang tidak dapat
tidak ia hendaklah diagihkan kepada guru-guru sekolah di bawahnya. Ini
mewujudkan kekangan jika ia tidak dikendalikan dengan betul.
Menurut Zaidatul (1991) peranan pengetua menjalankan tugas seperti
mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan kalendar sekolah, mengawal
SPBT,

surat

menyurat,

mengagih

dan

mengawasi

kerja-kerja

kerani,

mengumpul dan menyusun data, memastikan undang-undang dan peraturan


sekolah dipatuhi oleh pelajar, mengurus perbelanjaan sekolah, memastikan
kemudahan dan harta benda sekolah digunakan sebaiknya, dan menjalin
hubungan antara sekolah dan pelbagai badan/awam di luar.
Robiah (1989) pula menyatakan terdapat enam bidang tugas pengetua
iaitu sebagai perantara hubungan sekolah masyarakat, perkembangan
kurikulum dan pengajaran, pengurusan murid, pengurusan kakitangan,

Pentadbiran Pendidikan

pengurusan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain serta pengurusan


kewangan.
Bagi Ahmad Tajuddin (1989) mengatakan tugas pengetua secara
umumnya boleh disenaraikan dalam empat bidang sahaja iaitu seperti
berikut.

Melaksanakan

Kementerian Pendidikan.
Mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin

pengajaran-pembelajaran berjalan dengan baik.


Mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid, kegiatan sukan,

persatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya.


Mengadakan perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar.

rancangan

pendidikan

yang

ditetapkan

oleh

Dalam melaksanakan tugas, pengetua perlu mempunyai kebolehan


mengurus pelbagai peranan yang mereka perlu lakonkan dalam proses
perlaksanaannya. Oleh hal yang demikian, kemahiran pengetua dalam
membaca segala aspek dari guru di bawah pimpinannya adalah penting, ini
termasuk kemahiran yang ada sesuai dengan tugas yang dipikul, pengagihan
tugas, sikap, keperluan perlulah diambil kira, supaya tekanan yang timbul
daripada konflik peranan tidak timbul.

4.

CIRI-CIRI PENTADBIR YANG EFEKTIF


Untuk menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi sebenarnya

banyak bergantung kepada kepimpinan ketua, ini kerana ketua sangat


penting dalam menentukan matlamat dan hala tuju sesebuah organisasi.
Memandangkan kertas kerja ini membincangkan tentang bidang pendidikan,
maka pengetua atau guru besar merupakan ketua dan pentadbir di dalam
organisasi sekolah. Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah
kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa. Walau bagaimana
Pentadbiran Pendidikan

pun pengetua bukan sahaja memerlukan kedua-dua peranan di atas


malahan

lebih

dari

itu.

Sebagai seorang pengurus

pendidikan

kan

tanggungjawab utama pengetua ialah menjalankan kerja-kerja pentadbiran


dan sekali gus bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran.
Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi fungsi pengurusan
seperti

membuat

rancangan,

mengorganisasi,

mengetuai

mengawal, terutama sumber manusia, kurikulum,

dan

ko kurikulum,

perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan sebagainya.


Bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan pada masa depan, di
mana dunia pendidikan akan terus berubah sesuai dengan kemajuan zaman
dan dunia tanpa sempadan, langit terbuka, penggunaan komputer dan
teknologi maklumat di sekolah, ditambah pula dengan seribu satu macam
kerenah pentadbiran, guru dan masalah pelajar, maka pengetua atau
pentadbir yang berkesan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
4.1

Mempunyai Kualiti Kepimpinan


Pemimpin yang berkualiti merupakan pemimpin yang mementingkan

tanggungjawab dan amanah agar dapat menjadi model terbaik dalam


kalangan pegawai bawahannya. Dalam konteks pemimpin pendidikan, para
pemimpin perlukan bantuan dan sokongan dalam menghadapi cabarancabaran dan harapan tinggi yang diletakkan di bahu mereka. Pemimpin
berkualiti merupakan faktor penting bagi mewujudkan sesebuah organisasi
sekolah berkesan. Dengan sifat-sifat seperti karisma, keperibadian, bakat,
kemahiran dan kebolehan mereka akan dapat memimpin , membimbing dan
membawa warga sekolah ke arah satu matlamat iaitu kecemerlangan
pendidikan (Alimudin Mohd Dom: 2006).

4.2

Berwawasan, Kreatif dan Inovatif

Pentadbiran Pendidikan

Seorang pentadbir atau pengetua yang efektif mestilah mempunyai


wawasan dan sanggup mengambil risiko terhadap tindakannya. Salah satu
sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di kalangan
guru dan pelajarnya ialah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan. Jika
adapun, wawasan itu tidak disampaikan dengan jelas kepada kakitangannya.
Wawasan dikatakan sebagai gambaran mental yang hendak dicapai
pada masa depan. Ia meliputi rasional, matlamat, arah hala tuju dan
keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru dan pelajar
untuk

mendapatkan

hasil

yang

dicita-citakan.

Untuk

merealisasikan

wawasannya seseorang pengetua itu perlu sentiasa dinamik, kreatif dan


inovatif serta inginkan perubahan. Pengetua yang efektif juga perlu
menjelaskan

kepada

kerjanya,

berilmu,

berkemahiran

dalam

bidang

tugasnya dan bersikap positif serta berkeyakinan tinggi. (Hussein: 1993)

4.3

Kemahiran Berkomunikasi dan Bermotivasi


Seorang pengetua yang efektif hendaklah mempunyai kemahiran

komunikasi yang berkesan. Ini kerana sebagai pentadbir organisasi perlu


memahami proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya tidak
berlaku salah faham dalam penyampaian maklumat kepada guru, pelajar
dan ibu bapa.
Menurut Ramaiah (1999), seseorang pengetua yang mahir dalam
proses komunikasi adalah pengetua yang sedar serta peka terhadap
pelbagai halangan kepada komunikasi, sentiasa bertindak mendengar secara
aktif dan sebagai pemberi maklum balas yang mahir. Pengetua yang
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan dapat menangani
pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen dari guru
dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Selain itu, masalah jurang
komunikasi

antara

pengetua

dengan

dikurangkan.
Pentadbiran Pendidikan

pelajar

dan

masyarakat

dapat

Seorang

pengetua

komunikasi yang
tinggi.

Sarwoto

yang

efektif

bukan

saja

mempunyai

kemahiran

berkesan, malahan ia perlu mempunyai motivasi yang


(1997)

mengatakan

motivasi

adalah

sesuatu

yang

menimbulkan proses pemberian dorongan bekerja kepada para bawahan


sedemikian rupa sehingga mereka mahu bekerja dengan ikhlas demi
tercapainya tujuan organisasi secara efisyen manakala Muhammad As'ad
(1995) pula menjelaskan motivasi seringkali ditakrifkan dengan istilah
dorongan. Dorongan atau tenaga tersebut merupakan jiwa dan jasmani
untuk berbuat mencapai tujuan, sehingga motivasi merupakan suatu
pemanduan yang berkuasa yang menggerakkan manusia untuk bertingkah
laku, dan
Kemahiran motivasi penting bagi membolehkan pengetua berhadapan
dengan pelbagai masalah guru dan pelajar di sekolah. Biasanya masalah
yang

dihadapi

oleh

pengetua

di

sekolah

ialah

bagaimana

untuk

mempengaruhi dan memotivasikan pekerja supaya bekerjasama dalam


usaha untuk mencapai matlamat misi dan visi sekolah, iaitu menjadi sekolah
berkesan.

4.4

Beriman dan Berakhlak


Satu lagi elemen penting yang perlu ada di dalam diri seseorang

pengetua yang efektif ialah yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
Pengetua yang beriman adalah seorang yang berakhlak terpuji. Akhlak
dalam Islam adalah sangat kukuh di atas kesedaran bahawa Allah SWT
melihat apa yang dilakukan oleh manusia dan pembalasannya akan
diperolehi di akhirat kelak.

Keunggulan

seseorang

pentadbir

atau

pengetua seharusnya melibatkan ketinggian komitmen, moral dan akhlak.


Ketinggian akhlak dan moral sewajarnya dijadikan budaya sekolah di
samping menyepadukan kurikulum dan agama. Sebagai pentadbir sekolah,
Pentadbiran Pendidikan

pengetua perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah terhadap


tugas yang diberikan kepada mereka. Sebagai seorang pentadbir organisasi,
hendaklah mempelajari akhlak Rasulullah kerana baginda adalah sebaiksebaik ikutan.
Menurut Steven (1990) yang mengatakan pemimpin bermoral ialah
pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan moral
dan rasional. Ia perlu mengamalkan konsep syura iaitu setiap pengetua perlu
menerima pandangan orang lain atau kakitangannya dengan berlapang dada
dan berhati terbuka dalam membuat keputusan. Oleh itu, sebagai pengetua
sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah
berdasarkan kepada nilai-nilai kejujuran, keikhlasan, keadilan dan amanah
terhadap tugas dan tanggungjawab. Dengan mempunyai ciri-ciri ini,
pengetua akan menangani masalah di sekolah dengan baik.

4.5

Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah


Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah

satu lagi ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua yang efektif dalam menangani
pelbagai masalah di sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi oleh warga
sekolah,

masyarakat

dan

pihak

berkuasa

pendidikan

memerlukan

penyelesaian masalah yang cepat dan betul. Menurut Lunenburg (1995),


proses membuat keputusan di sekolah melibatkan enam peringkat, iaitu
mengenalpasti masalah, mengenalpasti alternatif, menilai alternatif, memilih
alternatif yang sesuai, melaksanakan keputusan dan menilai keberkesanan
keputusan yang telah dibuat. Pengetua juga perlu melibatkan guru dan
pelajar dalam membuat keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan
sekolah.
Manakala Hussein (1993) pula menyatakan penglibatan para guru
dalam membuat keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa

Pentadbiran Pendidikan

puas hati bekerja, tanggapan positif di kalangan guru terhadap kepimpinan


pengetua dan pencapaian akademik tertinggi.

4.6

Kecergasan Fizikal dan Kestabilan Emosi


Pentadbir atau pengetua yang efektif juga perlu mempunyai personaliti

yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan emosi. Dari segi fizikal ia perlu
mempunyai tubuh badan yang sihat, cergas dan tidak cacat. Pengetua yang
tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan
tugasnya

dengan

berkesan.

Pengetua

juga

perlu

mempunyai

tahap

kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi yang seimbang.


Kenyataan ini telah disokong oleh Keith (1972) dalam Sharil (2001)
yang mengatakan pemimpin hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang
tinggi daripada kecerdasan standard kakitangannya. Ciri ini penting bagi
membolehkan pengetua menangani masalah yang dihadapi secara rasional
dan bijaksana.
5.

ISU ISU PENTADBIRAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Kementerian Pendidikan Negara berusaha keras untuk memartabatkan

sektor pendidikan negara kita, terdapat juga pelbagai isu-isu pentadbiran


dalam

pendidikan

yang

kurang

berkesan

ditangani

pada

peringkat

kebangsaan kerana tanggungjawab mengatasinya jatuh di bahu pemimpin


ataupun ketua sesebuah institusi pendidikan. Antara isu-isu yang penting di
dalam pentadbiran pendidikan adalah seperti :
5.1

Keselamatan
Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius pada hari ini,

apabila

meningkatnya

kejadian

yang

tidak

diingini

ke

atas

pelajar,

contohnya, kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar
adalah sangat membimbangkan. Seolah-olah tiada lagi tempat yang selamat
untuk anak-anak berlindung. Tahap keselamatan sekolah juga diragui oleh
Pentadbiran Pendidikan

10

pihak ibu bapa apabila beberapa laporan akhbar berkaitan dengan kelakuan
pelajar lelaki dan juga kes-kes guru lelaki yang bertopengkan manusia
melakukan pencabulan kehormatan dan rogol terhadap pelajar perempuan.
Walaupun kes-kes seperti ini masih terpencil tetapi ini tidak bermakna salah
laku ini tidak akan meningkat jika tiada usaha membendungnya dilakukan
oleh pihak sekolah.
Jika

kita

membuat

pemerhatian

rambang,

cara

dan

budaya

penggunaan bas pun amat berbahaya sekali. Malah ada pelajar yang
tersungkur di dalam bas kerana belum sempat duduk, bas sudah memecut
laju. Penulis sendiri pernah melihat peristiwa seorang pemandu bas yang
memandu laju sehingga seorang pelajar perempuan yang berdiri di tangga
bas terhumban keluar daripada bas dan mengalami kecederaan parah di
kepala gara-gara sikap pemandu bas yang cuai.
Malah bilangan pelajar di dalam bas juga biasanya melampaui bilangan yang
dibenarkan. Keuzuran bas juga sangat mencemaskan dan kebanyakan bas
sekolah yang beroperasi ini menggunakan bas mini wilayah yang terkenal
sekitar tahun 1970-an di Bandaraya Kuala Lumpur dulu.
Selain itu, keselamatan sekolah kita juga merujuk kepada masalah
keracunan
masyarakat

makanan
sudah

yang
tidak

kerapkali
mengambil

berlaku.
pusing

Malah
berkaitan

sesetengah
isu

ahli

keracunan

makanan di sekolah disebabkan selalu sangat mendengar kisah tersebut di


kaca televisyen serta di dada akhbar.
Dalam aspek keselamatan ini bukan saja para pelajar malahan
keselamatan guru juga terancam apabila berlakunya kes-kes guru diugut
oleh ibu bapa pelajar yang tidak puas hati dengan cara anak mereka dilayan
atau diajar. Kalau dahulu rotan merupakan satu pendekatan untuk mendidik
para pelajar, tetapi pada zaman ini rotan merupakan satu jalan yang
digunakan oleh ibu bapa untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap
guru dengan cara menyaman guru. Isu ini merupakan cabaran utama
kepada pentadbir sekolah kerana ketika ingin mendidik generasi muda, pada
Pentadbiran Pendidikan

11

masa

yang

sama

masalah

seperti

ini

menjadi

kekangan.

5.1.2 Cara Menangani Isu Keselamatan


Untuk menangani permasalahan ini pihak sekolah tidak mampu
menanganinya sendirian. Ianya bukan saja memerlukan kerjasama dari pihak
pengawal

keselamatan

kerjasama

dari

pihak

sekolah
ibu

bapa

malahan
pelajar

kerjasama
serta

ini

melibatkan

masyarakat

setempat.

Pertimbangan yang bijak amat penting dalam menangani isu keselamatan


ini.
Pertama sekali pihak sekolah mestilah memberi pendedahan tentang
pendidikan yang berkaitan dengan keselamatan. Melalui pendidikan tersebut
pelajar seharusnya dibina keinsanan melalui program-program pembinaan
diri secara teratur, berkala dan penilaian yang berterusan. Sebagai contoh,
pihak sekolah menganjurkan Program Sekolah Selamat. Program ini telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama satu modul yang
bertajuk Konsep dan Manual untuk membantu pengetua dan guru besar
sekolah menyediakan program ciri-ciri sekolah selamat. Sekolah selamat
adalah persekitaran sekolah yang selamat di mana warga di sekolah berasa
selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam
dan juga luar.
Selain memberi pendidikan tentang keselamatan kepada para pelajar
dan menganjurkan program sekolah selamat, penglibatan semua warga
sekolah amat penting untuk merealisasikan sekolah selamat. Pihak sekolah
hendaklah bersikap proaktif dalam menangani isu keselamatan. Apabila
terdapat tanda-tanda wujudnya tingkah laku bahaya, ambil tindakan susulan segera.
Laporkan semua kejadian yang mencurigakan kepada pihak yang sepatutnya. Pihak pentadbir
juga hendaklah tidak mengabaikan sesuatu kejadian atau pergeseran yang berlaku antara pelajar.
Ini kerana pergeseran yang tidak dapat dibendung akan menyebabkan berlakunya situasi-situasi
yang boleh mengundang kepada pergaduhan, buli, gangsterisme dan seumpamanya.

Pentadbiran Pendidikan

12

Selain daripada langkah-langkah tersebut di atas, pihak sekolah juga perlu mewujudkan
persekitaran fizikal yang selamat. Sekolah selamat dan efektif dapat mewujudkan perasaan yang
kuat terhadap keselamatan. Keselamatan fizikal dapat dilaksanakan dengan mengadakan
penyeliaan

terhadap

bangunan

dan

kawasan

sekolah,

mengubahsuai

jadual

untuk

meminimumkan masa ke lokasi yang berpotensi bahaya seperti di kawasan tandas, bilik-bilik
stor, dan seumpamanya. Membuat audit keselamatan bangunan serta membuat pemerhatian
terhadap sekeliling kawasan sekolah. Berhubung dengan polis tempatan bagi memastikan adanya
rondaan keselamatan berdekatan sekolah
Usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh
pengetua sebagai pentadbir sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah
termasuk pihak ibu bapa dan Persatuan Ibu bapa dan Guru

(PIBG).

Pemantauan syarikat pengusaha bas secara berkala hendaklah dilaksanakan


bagi memastikan
panduan

yang

syarikat-syarikat perkhidmatan bas mengikut garis

ditetapkan

di

dalam

perkhidmatan

mereka.

Ini

bagi

menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Dalam aspek keselamatan makanan yang boleh membawa keracunan
pula, pihak sekolah hendaklah memantau kebersihan kawasan kantin,
kebersihan
memastikan

makanan,
pihak

kebersihan

kantin

telah

peralatan
mematuhi

yang

digunakan

syarat-syarat

yang

serta
telah

ditetapkan oleh pihak sekolah. Pihak pentadbir juga berhak untuk memantau
menu-menu sihat yang di jual kepada para pelajar. Ini bagi memastikan para
pelajar memperolehi makanan yang sihat di sekolah.
Keselamatan guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu
aspek yang perlu dititikberatkan. Salah satu cara ialah dengan merekod
pergerakan keluar masuk guru-guru serta kakitangan sekolah . Ini adalah
sebagai bukti sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Selain itu pihak
sekolah hendaklah sentiasa memberi peringatan mesra kepada guru-guru
dan kakitangan sekolah agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka
dengan sebaiknya
membawa

dan tidak

masalah

Pentadbiran Pendidikan

kepada

melakukan perkara-perkara
pihak

ibu
13

bapa

pelajar.

yang boleh

Guru-guru

dan

kakitangan sekolah juga harus bijak menangani sesuatu masalah, pandai


mengawal emosi dan mengawal tingkah laku sekiranya berhadapan dengan
perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan.
Sebagai pentadbir yang mempunyai pegangan agama, seharusnya
kembali kepada al-Quran dan as-sunnah, di mana terdapat ayat al Quran
yang menyatakan tentang menjaga keselamatan. Seperti dalam firman Allah
S.W.T di dalam surah Al-Anam .


Maksudnya: Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan
kepadamu, Maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri.
dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, Maka Dia Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
Kita wajib beriman bahawa Allah SWT berkuasa ke atas setiap kejadian yang
berlaku.

Kita

sebagai

hambaNya

hendaklah

memohon

perlindungan

daripadaNya agar terpelihara dari perkara-perkara yang boleh membawa


kepada kemudaratan. Walaupun kita sebagai hamba di bawah kekuasaan
penciptanya, ini bukan bererti kita hanya menerima apa saja yang berlaku,
tetapi kita mesti berusaha untuk memelihara serta menjauhi perkara-perkara
yang boleh mendatangkan bahaya, selepas itu setiap usaha yang kita
lakukan hendaklah disertai dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT.

5.2

Integriti
Terdapat beberapa masalah yang sering dialami dengan isu integriti dalam pentadbiran

pendidikan. Antara isu atau masalah utama ialah rasuah. Rasuah adalah satu perbuatan yang
Pentadbiran Pendidikan

14

melanggar nilai-nilai murni dan membawa kehancuran kepada seseorang yang mengamalkannya
sama ada penerima atau pemberi serta mengurangkan kecekapan kepada sesebuah organisasi
(Zarah, 2014). Menurutnya lagi integriti individu atau organisasi akan terjejas oleh gejala rasuah
akibat beberapa faktor.
Di peringkat individu, kawalan dalaman yang lemah (Mustafar 2005) atau kelemahan
individu tersebut dalam kurang menghayati agama dan pendidikan akhlak, bersifat tamak dan
sikap yang sering mengejar kebendaan dan kemewahan iaitu hamba kepada kebendaan
(NurSyakiran dan Md Zawawi, 2004), kos sara hidup yang meningkat saban hari, tekanan
modenisasi & keperluan , sikap yang mudah terpedaya dengan gelojak nafsu dan bisikan syaitan
serta kurang faham sistem dan prosedur jabatan boleh mengakibatkan kehakisan nilai integriti
dalam diri seseorang individu.
Dalam organisasi pendidikan, rasuah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan
langsung. Ini adalah kerana pendidikan adalah satu bidang yang mendidik manusia tentang nilai
kejujuran dan sifat amanah. Seseorang yang berada di dalam bidang pendidikan merupakan
individu yang sangat dipercayai dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Selalunya antara isu
rasuah yang berlaku di kalangan pendidik ialah membocorkan soalan peperiksaan akibat
menerima rasuah dari pihak yang bertanggungjawab untuk kepentingan mereka. Guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan. Guru-guru merupakan penentu
utama kejayaan dalam melahirkan generasi yang berintegriti melalui penerapan nilai integriti
dalam setiap mata pelajaran yang diajarnya.
Selain daripada itu antara masalah lain yang dihadapi oleh institusi pendidikan ialah
penyalahgunaan kuasa. Salah guna kuasa ditakrifkan sebagai menggunakan kedudukan atau
jawatan rasmi untuk kepentingan diri. Kebiasaannya salah guna kuasa sering berlaku di kalangan
pentadbir atau pengurus sekolah. Menurut penulisan Marzita 2004, Timbalan Pendakwa Raya
Badan Pencegahan Rasuah Malaysia, Zulkarnain Hasan menyatakan salah guna kuasa di
kalangan pengurus sekolah dilakukan secara sengaja. Pihak ini melakukannya kerana
dipengaruhi sikap tamak, mahukan kemewahan dan berasa selamat. Di antara kes yang sering
berlaku adalah melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dalam menguruskan sesebuah
tugasan. Maksud kepentingan adalah melantik sesebuah syarikat yang dikendalikan oleh adik,
adik ipar atau ahli keluarga lain walaupun mereka bukan pengurus syarikat berkenaan. Beliau
juga memberikan contoh kes seperti melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dalam
Pentadbiran Pendidikan

15

mengendalikan pembekalan alat tulis dan kertas, mengendalikan kantin, pembinaan pagar
sekolah dan terdapat kes pengurus sekolah menerima tiket kapal terbang untuknya dan keluarga
dari syarikat. Nilai-nilai ini seharusnya dihindari oleh setiap pihak pentadbir untuk mengelakkan
kehakisan nilai integriti serta nilai-nilai murni yang patut diamalkan dan dicontohi.
Selain itu isu penyelewengan di kalangan warga sekolah sama ada pelajar mahupun pihak
berkaitan

juga

menjejaskan

nilai

integriti. Penyelewengan

adalah satu

perbuatan yang

menyimpang atau mengelirukan dari satu dasar yang ditetapkan. Dalam konteks pendidikan
penyelewengan berlaku di peringkat sekolah. Sekolah merupakan institusi yang menerapkan
nilai-nilai murni di kalangan pelajar, rmenerusi penerapan nilai yang dipertanggungjawabkan
kepada guru. Penerapan nilai murni menerusi beberapa teknik seperti melalui mata pelajaran
tertentu (Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral), penerapan nilai merentasi kurikulum iaitu
dalam mata pelajaran lain dan menerusi aktiviti ko-kurikulum seperti persatuan, kelab dan badan
beruniform sentiasa berlaku dalam organisasi pendidikan.
Isu penyelewengan dalam pendidikan juga melibatkan

pembangunan struktur

pendidikan. Isu seperti makmal sekolah runtuh dan atap kelas yang bocor disebabkan pembinaan
yang tidak kukuh merupakan antara isu penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran
pendidikan. Masalah ini tidak boleh dipandang rendah kerana melibatkan soal
nyawa

pelajar

serta

guru

dan

ini

menyebabkan

pentadbir

sekolah

mengorbankan masa yang banyak dalam proses pembangunan yang berlaku


di kawasan sekolah di samping keselamatan para pelajar boleh terjejas.
Sistem dan prosedur dalam organisasi pendidikan juga boleh menyebabkan wujudnya
masalah integriti. Setiap organisasi mempunyai sistem dan prosedur dalam menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan. Ketidakcekapan dalam sistem dan prosedur di kalangan staf
atau kakitangan menjejaskan integriti seterusnya mencemarkan imej organisasi. Antara faktorfaktor yang menjejaskan integriti adalah kurang ketelusan, kelemahan sistem dan prosedur serta
garis panduan, kurang penguatkuasaan, penguatkuasaan terpilih, kurang pemantauan dan
penilaian, keupayaan sumber manusia dan bahan yang terhad serta kerangka undang-undang
lapuk dan percanggahan undang .Penyalahgunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah untuk kepentingan diri adalah antara contoh masalah dalam kategori ini.
Selain itu, kemerosotan etika di kalangan pendidik juga adalah antara masalah integriti
yang dihadapi. Etika adalah berkaitan dengan nilai dan moral sesuatu kelompok atau kumpulan.
Pentadbiran Pendidikan

16

Etika juga berkaitan dengan persepsi atau pandangan terhadap sesuatu perkara atau tindakan
sama ada ia dilakukan secara betul atau salah (Malike 2004). Seorang guru yang merupakan
penjawat awam bertanggungjawab memahami dan mengamalkan nilai-nilai dalam semua
tindakan dan tingkah laku semasa menjalankan tanggungjawab dan tugas. Jika seseorang
penjawat awam yang melakukan sesuatu yang luar dari standard atau piawai etika yang
ditetapkan maka individu tersebut telah menyalahi apa yang telah ditetapkan melalui peraturan,
dasar dan arahan kerajaan. Antara isu yang berlaku di kalangan pendidik ialah mencabul pelajar
sekolah mereka, memberi denda yang tidak sepatutnya kepada para pelajar yang menganggu
emosi dan seksual pelajar. Isu seperti ini di kategorikan sebagai kemerosotan etika di kalangan
pendidik. Oleh itu setiap individu dalam organisasi pendidikan sentiasa perlu berwaspada akan
tindakan yang diambil oleh mereka supaya ia tidak menjejaskan nilai integriti mereka sebagai
pendidik.

5.2.1 Cara Menangani Isu Integriti


Institusi pendidikan merupakan institusi yang berperanan untuk
membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini
berperanan dalam memberikan sumbangan pembinaan modal insan. Antara
agendanya ialah bagi mencapai objektif iaitu pembinaan insan yang
berintegriti

dalam

persekitaran

sosiobudaya

yang

berintegriti

dan

peningkatan integriti dalam pengurusan jasmani, rohani dan kesihatan,


pemantapan

nilai-nilai

murni,

perpaduan

dan

pembentukan

identiti

warganegara. Sehubungan dengan itu, peranan pihak pentadbir sekolah


dalam memantapkan integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah
penting dalam memastikan pembentukan pelajar yang berkualiti dan sejajar
dalam pembangunan modal insan. Pihak pentadbir hendaklah melakukan
pemantauan secara berterusan, dengan itu peluang guru menyalahgunakan
kuasa, melakukan penyelewengan dan terkeluar dari landasan kod dan etika
profesion perguruan dapat dibendung. Pihak pentadbir boleh memaklumkan
atau mengingatkan guru sewaktu mesyuarat atau taklimat bagi memastikan
etika profesion perguruan berada pada landasan yang betul. Sekiranya pihak
Pentadbiran Pendidikan

17

sekolah khususnya, pengetua atau guru besar menghadapi kesukaran dalam


mendapatkan

kerjasama

daripada

rakan

sejawatan

atau

staf

yang

bermasalah serius, individu berkenaan dinasihati menjalani sesi kaunseling


bersama kaunselor sebelum dikenakan tindakan tatatertib.
Pihak

pentadbir

juga

boleh

mengadakan

bengkel

atau

kursus

mengenai kepentingan memelihara integriti di kalangan pendidik dari masa


ke semasa. Ini bagi menyedarkan antara kalangan pendidik yang kurang
pengetahuan tentang agama. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa
agama Islam amat menentang perkara-perkara yang melibatkan ketirisan
integriti. Oleh sebab itu di dalam al Quran dan hadis banyak menerangkan
tentang tuntutan amanah dan larangan rasuah. Seperti mana firman Allah
SWT di dalam surah An nisa, ayat 58 :




Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat
kepada

yang

berhak

menerimanya,

dan

(menyuruh

kamu)

apabila

menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan


adil.

Sesungguhnya

Allah

memberi

pengajaran

yang

sebaik-baiknya

kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.

Ayat

di atas jelas menunjukkan bahawa bersifat amanah itu merupakan

perintah Allah yang wajib ada dalam diri seorang Muslim. Allah juga
menyuruh kita menyampaikan amanah kepada orang yang sepatutnya dan
Pentadbiran Pendidikan

18

selayaknya. Sebagai pentadbir sesebuah organisasi, amanah harus dilakukan


dengan bersungguh-sungguh dan bukanya seperti melepaskan batuk di
tangga atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Perkara ini perlu dipandang
serius dan diperiksa secara berkala dan tidak dianggap remeh walaupun
perkara yang sekecil-kecil zarah.
Di negara kita, pihak berkuasa seperti Badan Pencegah Rasuah sering
mengadakan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan integriti di kalangan
warga institusi pendidikan. Terdapat pelbagai lagi langkah yang boleh
diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah integriti dalam
bidang pendidikan. Setiap warga institusi pendidikan harus sedar bahawa
mereka adalah insan mulia dan disanjung tinggi oleh masyarakat di samping
menyedari bahawa setiap perbuatan hamba dilihat oleh Allah SWT. Dengan
adanya kesedaran ini, maka masalah integriti tidak akan wujud dalam
institusi pendidikan.

5.3

Disiplin
Di Malaysia, masalah disiplin sering menjadi perhatian media massa

dan media sosial, ia terus dibincangkan oleh masyarakat seolah-olah tiada


penghujungnya. Pelbagai pandangan telah diutarakan oleh masyarakat
tentang perlunya tindakan tegas diambil terhadap masalah disiplin di
kalangan pelajar. Terdapat pihak yang mahukan kaedah tradisional, iaitu
penggunaan rotan diperkenalkan semula. Ada yang inginkan lebih kuasa
diberikan kepada guru-guru

disiplin untuk bertindak. Namun demikian,

perlaksanaan ini sukar dilaksanakan apabila terdapat campur tangan dari


pihak ibu bapa pelajar. Kesannya,
Pentadbiran Pendidikan

pihak sekolah sering dipersalahkan


19

sekiranya berlaku tindakan guru yang agak melampaui batas terhadap


pelajar yang mempunyai masalah disiplin seperti mencubit yang keterlaluan,
merotan sehingga meninggalkan kesan, mengarahkan pelajar berdiri dengan
jangka masa yang lama dan sebagainya. Daripada tindakan-tindakan yang
sering dipaparkan di media massa menunjukkan guru-guru seolah-olah tidak
ada suatu garis panduan dalam menangani pelajar yang tidak berdisiplin.
Ada banyak faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin.
Faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor sekolah dan faktor
luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan sebaya dan
pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini amat kompleks dan sukar di atasi serta
di luar kawalan pihak sekolah.(Khalim: 2004). Oleh yang demikian sebagai
pentadbir sekolah, tugas yang seharusnya kita tumpukan adalah faktorfaktor

yang

boleh

dikawal

dan

diubah.

Berikut

ialah

petikan

oleh

Kementerian
Malaysia (1988)
tentangpelajar-pelajar
perkara ini:
Hari ini Pelajaran
sekolah-sekolah
menampung
yang tidak
seragam, iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana
peluang-peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada
semua pelajar. Selain daripada itu, faktor sekolah juga dikatakan
sebagai salah satu sebab mempengaruhi disiplin pelajar. Antaranya
ialah

struktur

dan

organisasi

sekolah

sistem

hukuman

dan

penghargaan kepada pelajar, suasana nilai dan interaksi dalam


sekolah, budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik dan sikap,
Pihak pentadbiran sekolah juga bukan saja sering kali berhadapan
dengan masalah disiplin dari kalangan pelajar malahan dari kalangan guru
dan kakitangan sekolah. Masalah disiplin dari kalangan guru dari kakitangan
sekolah biasanya bermula dari tekanan emosi akibat daripada masalah di
rumah akan terbawa ke tempat kerja dan seterusnya mengganggu
kebolehan guru tersebut untuk bekerja. Apa yang membimbangkan kita
tentang kemerosotan disiplin ialah berhubung dengan keruntuhan akhlak
segelintir guru di mana sebahagian kecil guru sekolah sering melakukan
Pentadbiran Pendidikan

20

pelbagai salah laku seperti ponteng mengajar, berkhalwat, penyalahgunaan


dadah, masuk lambat ke kelas, berjudi, bergaduh, merokok, gengsterisme
dan

sebagainya.

Hakikat

yang

sukar

kita

terima

ialah

semakin

berkembangnya ilmu pengetahuan, semakin luas pula keruntuhan akhlak di


kalangan guru sekolah.
Selain daripada itu, faktor lain yang mendorong kepada masalah
disiplin dalam kalangan kakitangan sekolah ialah tanggungjawab yang
dipikul oleh mereka. Bebanan kerja yang sangat banyak menyebabkan guruguru tidak dapat mengurus disiplin mereka dengan baik. Mereka sering
datang lewat ke sekolah, tidak masuk dan lewat masuk ke kelas, tidak hadir
ke sekolah tanpa sebab dan sebagainya.
Terdapat

juga

dalam

kalangan

guru

yang

tidak

menjalankan

tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ini berlaku apabila guru tersebut


mengajar kelas tambahan di luar dan mendapat pendapatan yang lumayan.
Mereka lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan
tanggungjawab hakiki mereka. Ada juga guru yang menjalankan dua kerja
dalam satu masa, sehingga mereka mengabaikan pekerjaan mereka sebagai
guru. Sebagai contoh guru yang menjalankan perniagaan, secara tidak
langsung mereka akan lebih memberi komitmen kepada pekerjaan yang
menguntungkan.
Ingkar arahan ketua juga merupakan salah satu masalah disiplin.
Masalah ini timbul apabila guru tidak menghormati pemimpin sekolah
disebabkan isu peribadi ataupun tidak selesa dengan kepimpinan di
sesebuah sekolah. Selain itu, tahap pendidikan guru mungkin lebih tinggi
daripada

pemimpin

sekolah

dan

ini

menyebabkan

mereka

menghormati pemimpin mereka dengan anggapan mereka lebih bagus.

Pentadbiran Pendidikan

21

tidak

5.3.1 Cara Menangani Isu Disiplin


Sebagai pentadbir sekolah, menangani masalah disiplin di sekolah
telah menjadi

matlamat utama di samping dapat mempertingkatkan

kecemerlangan para pelajar. Masalah disiplin dari kalangan pelajar dan guru
hendaklah diselesaikan dengan tuntas supaya dapat melahirkan warga
sekolah yang seimbang dari aspek sahsiah dan akademiknya.
Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan
bijaksana. Aliran fahaman pelajar telah berubah dari zaman ke zaman dan
cara

menanganinya

akan

turut

berubah.

Ibu

bapa,

pihak

sekolah,

masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada penyelesaian


masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini
memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan
secara terus kepada pelajar. Pelajar juga mungkin mempunyai akses
melakukan apa yang mereka mahu, tetapi hanya dengan keimanan yang
tinggi dan kesedaran sivik di dalam diri mereka yang menjadi benteng
penghalang diri mereka daripada melakukan perkara-pekara yang negatif.
Untuk menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, pentadbir
sekolah perlu mewujudkan penguatkuasaan undang-undang serta garis
panduan yang sesuai untuk membantu guru disiplin bagi menangani isu
disiplin pelajar di sekolah. Sekolah hendaklah mengenakan tindakan tegas
terhadap pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Pentadbir juga boleh
menggunakan fungsi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, untuk
menangani masalah disiplin. Sebagai contoh, guru bimbingan dan kaunseling
akan mengenalpasti dan cuba menyelami masalah yang dihadapi oleh
pelajar yang sering melanggar disiplin di sekolah. Dengan cara ini pihak
sekolah akan lebih memahami permasalahan pelajar di sekolah. Pihak
sekolah

dengan

kerjasama

Pentadbiran Pendidikan

unit

bimbingan
22

dan

kaunseling

boleh

menganjurkan program-program yang berkaitan dengan pengurusan disiplin


dan program motivasi yang bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang
kepentingan menjaga disiplin. Pihak sekolah juga hendaklah menjalinkan
hubungan kerjasama dengan pihak PDRM dalam menangani kes jenayah di
sekolah dan luar sekolah dengan menjadikan sekolah yang mempunyai kadar
kejadian jenayah yang tinggi

sebagai sekolah angkat. Pihak polis juga

bebas melakukan pemantauan dalam kawasan sekolah bagi memastikan


disiplin pelajar terkawal.
Bagi

menangani

bertanggungjawab

disiplin

menjelaskan

pihak

guru

kepada

pula,

guru-guru

pihak

pentadbir

tentang

Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang menjadi panduan dan juga hala tuju untuk
sistem pendidikan negara kita. Nilai murni diterap di dalam sistem
pendidikan bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan berketerampilan
serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Malah
pengawasan terhadap masalah disiplin guru sentiasa diberi perhatian oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah serta pihak Guru Besar. Pihak Pengetua sebagai ketua di sekolah
dikehendaki menghantar data Sistem Salah Laku Guru ke Pejabat Pelajaran
Daerah. Ini bertujuan untuk dianalisis mengikut sekolah dan akan dihantar ke
Jabatan Pelajaran Negeri. JPN akan menghantar data yang sudah dianalisis
ke Unit Hal Ehwal Guru (HEM) di KPM. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala
Disiplin. Guru akan mencari kaedah-kaedah atau langkah-langkah untuk
mengatasi

masalah

tersebut.

Selain

itu

pihak

sekolah

juga

boleh

menganjurkan kursus dan program motivasi untuk guru-guru bagi memupuk


kesedaran dalam diri mereka tentang tanggungjawab dan amanah

yang

mereka galas. Apabila kesedaran ini timbul dalam diri guru-guru, maka
masalah disiplin dari kalangan guru dapat dibendung.
Sebagai seorang pentadbir kita harus membawa bersama-sama orang
bawahan kita menghayati kepentingan disiplin dalam Islam. Ini kerana
disiplin merupakan salah satu kunci kejayaan dalam diri seseorang. Seperti
dalam firman Allah SWT di dalam Surah Huud, ayat 112
Pentadbiran Pendidikan

23

Maksudnya

Tetaplah

kamu

pada

jalan

yang

benar,

sebagaimana

diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu
dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha melihat apa
yang kamu kerjakan.
Dari ayat di atas menunjukkan bahwa, disiplin bukan hanya tepat
waktu

saja,

tetapi

juga

patuh

pada

peraturan-peraturan

yang

ada.

Melaksanakan yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Di samping itu juga melakukan perbuatan tersebut secara teratur dan
terus menerus walaupun hanya sedikit. Kerana selain bermanfaat bagi diri
kita sendiri juga perbuatan baik yang dikerjakan secara berterusan akan
dicintai Allah walaupun hanya sedikit. Dalam hal ini, sebagai seorang Muslim
hendaknya memiliki self discipline, apabila ia berjaya memindahkan nilainilai moral dalam dirinya. Bagi orang Islam ianya terkandung dalam rukun
iman. Iman berfungsi bukan hanya sebagai penggalak tingkah laku apabila
berhadapan dengan nilai-nilai positif yang membawa akan kepada nilai
keharmonian dan kebahagiaan masyarakat. Iman juga berfungsi sebagai
pencegah

dan

benteng

apabila

berhadapan

dengan

nilai-nilai

yang

menyimpang dari Islam, sehingga setiap perbuatan seolah-olah ada yang


mengawasi dan memerhati. Apabila kita merasai hal sedemikian, maka kita
akan sentiasa menjaga tingkah laku
melakukan perkara-perkara mungkar.

5.4

Kualiti dan Kredibiliti Pengetua

Pentadbiran Pendidikan

24

dan memelihara diri daripada

Isu kualiti dan kredibilti pengetua merupakan antara isu yang tidak
asing lagi dalam dunia pendidikan. Pengetua merupakan orang yang boleh
memimpin, mengurus dan mentadbir organisasi pendidikan. Tetapi yang
menjadi isunya pada hari ini masih ramai dari kalangan pengetua yang tidak
mempunyai kemahiran-kemahiran seperti yang telah dinyatakan di atas.
Kebanyakan pengetua yang dilantik tidak diberi kursus atau pendedahan
sebelum dilantik memegang jawatan tersebut. Hal ini menyebabkan
ketidaklancaran
pengurusan.

hal-hal

yang

Pengetua

melibatkan

bersikap

kurang

urusan
peka

pentadbiran
dan

kurang

dan
positif

terhadap memajukan diri dari segi keilmuan profesional, lemah peribadi dan
gaya

kepemimpinan

serta

mempunyai

mutu

kepimpinan

yang

lemah.Pengetua berprestasi rendah memiliki kekurangan dari segi kemahiran


untuk mengenalpasti amalan pengajaran berkesan. Ada Pengetua yang tidak
dapat memberi sokongan atau bimbingan pedagogi secara terperinci kepada
guru oleh sebab mereka kurang pengetahuan yang diperlukan.
Pengetua kebanyakannya berumur lebih 50 tahun ke atas dan sentiasa
terdedah kepada masalah kesihatan. Pengetua yang sentiasa berhadapan
dengan pelbagai tugas dan segala macam masalah serta beraneka kekangan
akan mudah terdedah kepada stress yang akan menganggu tugasan sebagai
kepimpinan sekolah berkesan. Pengetua sebegini biasanya sudah berada di
penghujung karier dan bagi mereka hanya menunggu masa untuk bersara
dan tidak proaktif dan kreatif. Mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko
dan telah berada di dalam zon selesa dan meneruskan apa sahaja budaya
pengurusan yang lalu walaupun pengurusan dan kepimpinan sebelumnya
tidak membawa apa-apa perubahan atau pencapaian yang baik kepada
sekolah tersebut.
Pengetua terperangkap dalam sempadan sekolahnya sendiri dan tidak
melaksanakan dasar pintu terbuka dengan mengadakan koloboratif dengan
rakan pengetua lain. Tidak berusaha untuk berkongsi pengalaman dan idea
baru. Pengetua secara sedar atau tidak sedar telah membina sempadan
Pentadbiran Pendidikan

25

lingkungan

kerja

mempertahankan

sendiri.

Berasa

sempadan

selamat

yang

atau

memagari

terasing

atau

sama

memencil

ada
serta

mengasing sekolah. Pemuafakatan strategik dengan pihak yang boleh


memberi keberkesanan dan keberhasilan program pendidikan sekolah
dirasakan akan mengancam kewibawaan sendiri. Pihak sekolah menghadapi
masalah kekurangan sumber bahan, ruang, kewangan dan manusia yang
membantut kemajuan sekolah. Masalah ini amat ketara di kalangan
pengetua sekolah di luar bandar. Keadaan menjadi kronik bila mana
pengetua kurang menjalin hubungan dan tidak mendapat sokongan ibubapa
dan masyarakat setempat. Dengan sumber terhad tidak ada banyak tugasan
dapat dilaksana.
Selain itu, pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik
dan mempunyai pemikiran egosentrik yang tinggi akan mencetuskan
suasana kerja yang tidak harmoni di dalam organisasi. Pengetua seperti ini
tidak boleh menerima sebarang kritikan dari orang bawahannya. Mereka
sentiasa merasakan diri mereka saja yang betul. Mereka juga sukar untuk
menerima pendapat orang lain, dengan beranggapan bahawa mereka adalah
ketua dan segala tindak tanduk ketua adalah betul.
Selain itu, ada dari kalangan pengetua

yang bersikap pilih kasih.

Mereka sering mengutamakan orang bawahan yang menjadi pilihannya saja.


Sikap pilih kasihnya mengundang rasa tidak enak dari kalangan guru-guru
lain. Sedangkan sebagai seorang ketua, sikap adil itu amat penting dalam
sesebuah organisasi.

5.4.1

Cara Menangani Masalah Kualiti Pengetua dan Kredibiliti


Pihak pengetua sekolah khususnya dan pentadbir pendidikan lain

amnya perlu sentiasa membuat renungan atau refleksi terhadap gaya


kepimpinan

bagi

mengenal

Pentadbiran Pendidikan

pasti
26

kekuatan

atau

kelemahan

demi

keberkesanan pentadbiran masing-masing. Guru besar diharapkan agar


dapat menyeimbangkan amalan gaya demokratik, autokratik dan laissez
faire kerana ketiga-tiga gaya ini jika digunakan pada situasi dan tempat yang
bersesuaian dapat meningkatkan kepuasan bekerja guru. Pengetua perlu
sentiasa mengambil segala usaha memotivasikan guru-guru agar guru-guru
dapat mencapai dan mengekalkan kepuasan kerja mereka.
Bagi guru-guru yang baru diharap dengan motivasi yang diberi mereka
akan berasa ingin mencuba dan belajar dalam menjalankan tugas. Bagi guru
yang telah lama berkhidmat sentiasa mempunyai minat yang mendalam
dalam melaksanakan tugasnya di samping memberi bimbingan kepada guruguru yang baru. Mereka akan bersama-sama bersemangat untuk mencapai
matlamat sekolah dan sentiasa menjadi yang terbaik. Pengetua juga perlu
sentiasa

mempertingkatkan

kemahiran

hubungan

interpersonal

dan

kefahaman mengenai ilmu kemanusiaan serta perlu dipertingkatkan dalam


kalangan pengetua dan guru kerana tuntutan masalah manusia masa kini
yang semakin mencabar.
Pengetua mesti membuat analisis SWOT dan analisis persekitaran
sekolahnya. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang di
sekolahnya. Sekaligus menyusun perancangan dan langkah menangani
kelemahan
peluang

dan

yang

ancaman.Mengembleng
ada

mengatasi

kekuatan

kekangan-kekangan

dan
di

menggunakan
sekolah

dan

persekitarannya dengan mengarca , memeta dan merencana visi dan misi


melalui pelaksanaan perancangan strategik sekolah. Visi dan misi sekolah
dipersembahkan dalam bentuk mudah difahami dan boleh diterima serta
dihayati bersama oleh seluruh warga sekolah. Pengetua mesti berkeupayaan
menggunakan

kedudukan,

pengaruh,

kebijaksanaan,

berkeupayaan

memujuk, kekuatan menggerak dan kemahiran mengurus, mentadbir dan


memimpin serta melentur perbezaan dan kelainan di kalangan guru
sekolahnya.

Pentadbiran Pendidikan

27

Pengetua

juga

berperanan

mewujudkan

dan

melaksanakan

perkhidmatan penyayang di sekolah. Pengetua menghargai dan mengiktiraf


perkhidmatan yang diberikan oleh warga sekolah. Perkhidmatan penyayang
boleh memotivasi dan membangkit semangat guru-guru bekerja dan
melahirkan perasaan penghormatan kepada kepemimpinan pengetua.
Sebagai pengetua yang mentadbir sekolah kepimpinan baginda
Rasulullah SAW merupakan kepimpinan yang boleh dijadikan contoh dan
ikutan. Seperti di dalam firman Allah SWT di dalam Surah Al Anbiyaa ayat 73


Maksudnya : Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin
yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan
kepada,

mereka

mengerjakan

kebajikan,

mendirikan

sembahyang,

menunaikan zakat, dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah,


Ayat ini membicarakan tentang pemimpin yang akan memberikan
kebaikan dalam kehidupan rakyat secara keseluruhan, seperti yang ada pada
diri para nabi manusia pilihan Allah. Kerana ayat-ayat sebelum dan sesudah
ayat ini dalam konteks menggambarkan para nabi yang memberikan contoh
keteladanan dalam membimbing umat ke jalan yang mensejahterakan umat
zahirr dan batin. Tidak berlebihan jika dikatakan bahwa ayat ini merupakan
landasan prinsip dalam mencari

pemimpin ideal yang akan memberi

kebaikan dan keberkatan dan pemimpin yang bersikap adil. Keadilan adalah
lawan dari penganiayaan, penindasan dan pilih kasih. Keadilan harus
dirasakan oleh semua pihak dan golongan. Diantara bentuknya adalah
Pentadbiran Pendidikan

28

dengan mengambil keputusan yang adil antara dua pihak yang berselisih,
mengurus dan melayani semua lapisan masyarakat tanpa memandang
agama, etnik, budaya, dan latar belakang.

5.5

Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan


Sistem pendidikan negara pada masa kini berada dalam arus perdana

kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Namun


begitu, masih ada guru yang belum bersedia menerima perubahan tersebut
dan

lebih

selesa

menggunakan

kaedah

konvensional

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru ini beranggapan bahawa mereka


tidak berupaya untuk menguasai ilmu teknologi, mereka juga mempunyai
kerisauan sekiranya komputer yang mereka gunakan akan rosak.

Dengan

sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.


Faktor kekurangan masa dan beban tugas guru juga merupakan salah
satu cabaran dalam penggunaan teknologi maklumat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran
memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediaan
diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup
bahan pada komputer sebelum sesi pembelajaran bermula. Dengan bilangan
waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu
mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk membuat
persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal
komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas sampingan yang lain seperti
menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua panitia, Ajk PIBG dan
sebagainya. Situasi ini akan menyukarkan guru membuat persediaan yang
mantap jika mereka perlu menyediakan

bahan sendiri dalam pengajaran.

Kebanyakan guru sedar akan kebaikan penggunaan komputer tetapi kurang


menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelanggaraan dan
kemahiran.
Pentadbiran Pendidikan

29

Selain itu sikap pihak pentadbiran sekolah yang mengambil sikap lepas
tangan dan kurang memberi sokongan kepada guru dalam penggunaan ICT
juga melemahkan semangat guru untuk melaksanakannya.
sekolah

yang

tidak

prihatin

akan

keperluan

masa

Pentadbir

hadapan

menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan. Hakikatnya

akan

guru-guru

amat memerlukan sokongan sekiranya berlaku sebarang permasalahan yang


berkaitan. Seharusnya sokongan yang kuat harus diberikan untuk menaikkan
semangat guru, namun apa yang berlaku guru dipandang lekeh dan tidak
memeberi

sebarang

kerjasama

kepada

guru

dalam

meningkatkan

pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan
kemudahan prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar.
Dalam hal penggunaan teknologi dalam pendidikan, masalah yang seringkali
dialami ialah bilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah
masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer
sebagai medium pengajaran bagi para pelajar. Makmal komputer di sekolah
hanya boleh menempatkan sebilangan kecil pelajar dalam satu-satu masa
sahaja. Justeru itu itu kebiasaanya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya
terfokus pada sesuatu matapelajaran dan dalam masa-masa tertentu sahaja.
Ini sebenarnya masih tidak dapat membantu hasrat kerajaan untuk
memaksimumkan

penggunaan

teknologi

dalam

pendidikan.

Walaupun

komputer telah dibekalkan kepada hampir seluruh sekolah di Malaysia,


namun para pelajar masih tidak dapat akses kepada ko,puter secara
menyekuruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah
dari bilangan pelajar dalam sesebuah kelas.
Selain daripada bilangan komputer tidak mencukupi, pihak sekolah
juga sering mengalami masalah penyelenggaraan makmal komputer. Banyak
makmal komputer disekolah tidak diurus dengan baik. Ini kerana pihak
sekolah tidak mempunyai kepakaran untuk menyelengara. Walaupun pihak
kementerian telah melantik juruteknik komputer untuk menyelenggara
Pentadbiran Pendidikan

30

komputer di sekolah tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.


Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal
seperti pembantu makmal sains , maka kerja-kerja penyelenggaraan makmal
komputer telah diambil alih oleh guru teknologi maklumat. Ini bermakna
beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah. Tidak semua
guru teknologi maklumat mahir menyelenggara komputer. Bagi guru
teknologi maklumat yang tidak mahir, mereka akan menggunakan khidmat
pihak luar untuk menyelenggara komputer yang bermasalah. Ini akan
melibatkan kos yang tinggi dan proses pengajaran dan pembelajaran akan
turut

terjejas.

Hal

ini

amat

mengecewakan,

kerana

kerajaan

telah

membelanjakan peruntukan yang sangat tinggi untuk membangunkan ICT di


sekolah tetapi terabai dari segi penyelenggaraannya.
Masalah penyalahgunaan makmal komputer juga seringkali berlaku.
Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di
sekolah untuk melayari laman-laman sosial seperti facebook dan permainan
komputer

atas

talian

yang

menjadi

kegilaan

pelajar

pada

hari

ini.

Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah


internet yang sukar dikawal Memandangkan pada zaman ini internet telah
menjadi satu keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan
internet adalah amat tidak wajar. Pihak sekolah yang bertanggungjawab
untuk menangani masalah ini.

5.5.1 Cara

Menangani

Masalah

Penggunaan

Teknologi

dalam

Pendidikan
Sejajar dengan perkembangan pendidikan terkini, penggunaan ICT
dalam kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
sangat penting. Oleh itu pihak pentadbiran sekolah perlu memikirkan caracara yang terbaik untuk menangani permasalahan ini. Antara cara mengatasi
masalah ini ialah pihak sekolah hendaklah menganjurkan bengkel tentang
Pentadbiran Pendidikan

31

penggunaan ICT dalam pendidikan. Kenalpasti guru-guru yang kurang mahir


menggunakan ICT, dan cadangkan guru-guru tersebut untuk menghadiri
kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pendidikan.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan guru-guru yang telah mahir dalam
penggunaan ICT mengadakan LADAP di sekolah membantu rakan-rakan guru
yang masih belum mahir.
Sokongan dan galakan dari pihak pentadbir juga sangat penting dalam
melibatkan penglibatan guru dalam bidang ICT. Justeru itu pihak pentadbir
juga perlu sentiasa berfikiran terbuka iaitu dengan mengubah perspektif
negatif guru-guru terhadap pembelajaran yang berasaskan teknologi adalah
sukar dengan memperkenalkan kaedah-kaedah pembelajaran terbaru yang
menggunakan teknologi.
Untuk mengatasi masalah kekurangan komputer, pihak sekolah
hendaklah proaktif dalam

mencari dana tambahan untuk menambah

peruntukan pembelian komputer baru bagi memastikan setiap pelajar


berpeluang untuk menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Pihak sekolah juga boleh berkerjasama dengan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) untuk mencari sumber kewangan yang lain selain
mengharapkan daripada pihak kerajaan untuk memperbanyakkan dan
menaik taraf kemudahan teknologi di sekolah.
Bagi menangani masalah penyalahgunaan makmal komputer, pihak
sekolah boleh mengambil langkah-langkah pemantauan yang berkesan.
Pemantauan akan dilakukan oleh guru-guru yang bertugas mingguan. Pihak
sekolah boleh menguatkuasakan peraturan penggunaan makmal komputer.
Selain itu juga penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar perlu bagi
membantu diri pelajar membina benteng yang kukuh agar mereka dapat
mencegah diri mereka daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat.

Pentadbiran Pendidikan

32

6.

KESIMPULAN
Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata telah mengalami

banyak perubahan. Namun begitu, kelemahan-kelemahan masih wujud dan


perlu diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Kebijaksanaan
pentadbir dalam organisasi menyelesaikan sesuatu isu yang timbul amat
penting, ini kerana kejayaan serta kecemerlangan sesebuah organisasi itu
adalah hasil paduan tenaga antara pentadbir organisasi serta warganya.
Tanpa gandingan yang padu di antara satu sama lain, maka sesuatu
kejayaan tidak akan dicapai.

Pentadbiran Pendidikan

33

BIBLIOGRAFI

Abdullah Ishak. 1995.Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Tajudin Abdl Hamid. 1998. Keselamatan di Sekolah : Tidak Mungkin


Dapat Dilaksanakan Secara Bersendirian. Jurnal Pendidikan Pahang
Al Hazimi, Khalid Bin Ahmad. 2000. Usul al Tarbiah al-Islamiyyah. Madinah al
Munawwarah: DarAlim al-Kutub
Al Ramaiah. 1999. Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini . Selangor: IBS
Buku Sdn Bhd

Alimuddin Mohd Dom. 2006. Kepimpinan Instruktional: Peranan Pengetua


dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran Bilik Darjah. Putrajaya : Sektor Penaziran Kepimpinan
Institusi Pendidikan
Covey, S.1990. Principle-Centered Leadership. New York: Fireside Simon and
Schuster
Griffith D.E. 1959. Administrative Theory. New York: Appleton
Haidar Putra Daulay. 2009. Dinamika Pendidikan Islam di Asia Tenggara.
Jakarta: PT Rineka Cipta

Pentadbiran Pendidikan

34

Hussein Mahmud. 1993. Pemimpin dan Keberkesanan Sekolah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Untuk Guru Besar dan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Khalim Zainal. 2004. Perbandingan Sistem Penalti & Konvensional dalam
Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah. Tesis PhD yang tidak
diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Knezerich, S.J . 1975. Administration of Public Education. New York: Harper
and Row
Lakomski, G. 2001. Organizational change, leadership and learning: culture
as cognitive process.The International Journal of Educational
Management, 15(2), 68-77.
Lunenburg, C.F . 1995. The Principalship. Englewood Cliffs: Prentice Hall
Mahadi Dahlan & Azharuddin Sahil. 2006. Al Quran Rasm Uthmani Bertajwid
dan Disertai Makna. Selangor : Pustaka Haji Abdul Majid
Malike Ibrahim. 2004. "Yang Menurut Perintah"-Nilai Penjawat Awam (Daripada)
http://repo.uum.edu.my/2129/1/55.pdf 30 Mac 2016
Muhammad Asad , 1995. Psikologi industri. Jogyakarta: Liberty.
Mustafar Haji Ali. 2005. Membina Integriti Untuk Memerangi Rasuah. Dlm. MazilanMusa, Izal
Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin (pnyt.). Etika Dan Integriti Di Malaysia,
Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.
Nur Syakiran Ismail & Md Zawawi Abu Bakar. 2004. Rasuah.....? Katakan Tidak
(Daripada) . http://repo.uum.edu.my/1908/1/47.pdf 30 Mac 2016
Robiah Sidin. 1989. Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:Pustaka
Cipta Sdn Bhd
Sarwoto .1997. Dasar-dasar manajemen organisasi. Ghalia, Jakarta.
Shahril@Chairil Marzuki. 2001. Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar yang
Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan pada Abad 21. Jurnal Institut
Pengetua: Universiti Malaya
Pentadbiran Pendidikan

35

Teuku Iskandar. 2005. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Zaidatul Akmaliah. 1999. Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Zarah binti Ahmad. 2014. Penulisan Pengurusan Integriti dalam Organisasi Pendidikan. (Daripada)
http://www.scribd.com/doc/212543157/Penulisan-Pengurusan-Integriti-Dalam-OrganisasiPendidikan 30 Mac 2016

Pentadbiran Pendidikan

36

Anda mungkin juga menyukai