Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENDAHULUAN

Usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan ummah


menerusi pendidikan secara Islam yang komprehensif hampir menjadi
kenyataan apabila Jabatan Agama Islam Selangor menambah lagi
perkhidmatan pendidikan Islam mereka iaitu Kelas KAFA Menengah (KKM) .
Kelas KAFA Menengah adalah pendidikan alternatif kepada murid yang tidak
berpeluang mendapat tawaran ke sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri
atau Persekutuan.

Sekolah KAFA Menengah merupakan projek rintis dan inovasi Jabatan


Agama Islam Selangor untuk mempelbagaikan fungsi dalam perkhidmatan
Pendidikan Islam. Penubuhan kelas ini juga adalah bagi memenuhi tuntutan
dalam menuntut ilmu. Ia juga menunjukkan betapa seriusnya kerajaan
negeri Selangor dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor dalam melahirkan
modal insan yang seimbang dari segi ilmu dunia dan akhiratnya. Dari sudut
yang lain pula kelas Menengah KAFA ini merupakan salah satu cabang yang
digunakan untuk menjana kekuatan dan perpaduan ummah.

2.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN KAFA MENENGAH

Terdapat beberapa objektif dalam penubuhan Kelas KAFA Menengah


ini. Antaranya adalah seperti berikut :

1
2.1 Sebaik saja mengikuti sepenuhnya pendidikan kelas KAFA Menengah
ini pelajar-pelajar dapat membaca al Quran dengan betul serta dapat
memahami hukum tajwid untuk dijadikan panduan membaca al-Quran
sebagai panduan hidup. Memahami maksud dan mempelajari tafsiran
beberapa surah pilihan serta menghayati pengajaran ke arah meyakini al-
Quran sebagai rujukan petunjuk daripada Allah SWT.

2.2 Memahami, meyakini dan istiqamah mengenai asas akidah dan


menjadi benteng mempertahankan keimanan mereka.
Apabila para pelajar telah menjadikan al-Quran sebagai sebahagian
dalam hidup mereka dan dapat mengamalkan cara hidup berlandaskan al-
Quran dan as sunnah, maka mereka akan dapat membentuk jati diri sebagai
seorang muslim yang sejati. Kepentingan menjadikan al-Quran sebagai asas
kehidupan telah jelas dinyatakan di dalam surah Al-Anam ayat 155



Maksudnya : Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang
diberkati, Maka ikutilah Dia dan bertakwalah agar kamu diberi
rahmat.

2.3 Menghayati dan melaksanakan tuntutan ibadah fardhu ain dan fardhu
kifayah yang menjadi kewajipan umat Islam. Dengan penubuhan Kelas
Menengah KAFA ini dapat memupuk sikap para pelajarnya untuk
melaksanakan ibadah wajib dan sunat. Di samping itu juga para pelajar lebih
menghayati dan mengamalkan cara hidup sebagai seorang muslim.

2.4 Mempraktikkan adab dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah dalam


kehidupan seharian serta meninggalkan sifat mazmumah dalam kehidupan
seharian. Para pelajar yang mengikuti Kelas Menengah KAFA akan sentiasa
terdedah dengan adab-adab dan sifat-sifat yang baik. Sifat-sifat baik ini
sekiranya sentiasa diamalkan akan menjadi tabiat kepada diri setiap pelajar.

2
Implikasinya kea rah yang positif selain daripada dapat membentengkan diri
mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum agama.

2.5 Mempelajari dan mempraktikkan amalan-amalan fardhu ain dan fardhu


kifayah menerusi modul amal Islami atau amali muslim.

3.0 RASIONAL DAN OPERASI KESELURUHAN PENUBUHAN KELAS


KAFA MENENGAH

Selain daripada pendidikan alternatif kepada pelajar-pelajar yang tidak


berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah agama, Pendidikan Kelas
Menengah KAFA adalah kelas lanjutan bagi Pendidikan Islam di bawah
Jabatan Agama Islam. Kebiasaannya pelajar-pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) hanya mendapat Pendidikan Islam sekitar 2 Jam 40 minit
bagi Tingkatan 4 hingga 5, manakala 4 jam bagi tingkatan 1 hingga 3.
Pelaksanaan Kelas Menengah KAFA merupakan nilai tambah bagi membina
jati diri pelajar yang soleh.

Kelas Menengah KAFA ini menjadi harapan kepada masyarakat yang


sememangnya cenderung kepada sekolah agama tetapi dalam pada masa
yang sama mendapat pendidikan yang sempurna di Sekolah Menengah
Kebangsaan. Sambutan yang menggalakkan dari masyarakat awam
terutamanya ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka menyertai
Kelas Menengah KAFA ini. Kelayakan pelajar-pelajar adalah berdasarkan
kepada calon yang lulus dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakala pusat pengajian Kelas
Menengah KAFA ini adalah di masjid-masjid dan di Sekolah Rendah Agama.
Pilot projek akan dilakasanakan di masjid-masjid yang terpilih yang
berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan bagi murid tingkatan 1
hingga 4 yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan
setempat.

3
Kurikulum yang dilaksanakan di dalam Kelas Menengah KAFA ini adalah
kurikulum agama sepenuhnya seperti Pendidikan Usuluddin, Pendidikan
syariah, Tafsir al-Quran, Tafsir al Hadis, Pendidikan Akhlak dan Pidato atau
Munazarah. Sesi persekolahan bagi Kelas Menengah KAFA ini adalah tiga
hari dalam seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Khamis sahaja. Masa
pembelajarannya pula bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Jumlah
keseluruhan masa pengajaran dan pembelajaran dalam seminggu adalah 7
jam 30 minit. Pengurusan dan pentabiran Kelas Menengah KAFA ini di
bawah pengurusan dan pentadbiran Pegawai Penyelaras Pengajian
Sepanjang Daerah.

4.0 ISU DAN CABARAN

Tidak dapat dinafikan bahawa isu dan cabaran sentiasa ada di dalam
perlaksanaan Kelas Menengah KAFA. Lebih-lebih lagi ianya merupakan
sesuatu yang baharu untuk dilaksanakan. Antara isu dan cabaran yang
dihadapi ialah:

4.1 Kemudahan Infrastruktur dan Lokasi


Kelas Menengah KAFA ini masih tidak mempunyai bangunan mereka
sendiri, kelas-kelas ini masih menumpang di bangunan Sekolah Rendah
Agama di dalam setiap daerah di negeri Selangor. Kelas ini beroperasi di
bangunan-bangunan secara gunasama. Keadaan ini sudah tentu akan
menyukarkan proses mengarusperdanakan sistem pendidikan Islam di
peringkat yang lebih tinggi pada masa depan. Selain daripada itu bekalan
buku teks juga tidak mencukupi walaupun hampir tiga tahun Kelas Menengah
KAFA ini ditubuhkan. Ini menambahkan lagi kesukaran pelajar untuk belajar.

4.2 Kekangan Masa


Masa pengajaran dan pembelajaran yang hanya berjumlah 7 jam 30
minit seminggu menyebabkan timbul masalah terutamanya untuk
menyelesaikan silibus pelajaran untuk setahun. Masalah masa ini
menyebabkan silibus pelajaran seringkali tidak dapat dihabiskan. Tambahan

4
pula kehadiran pelajar yang tidak menentu, sebagai contoh pelajar-pelajar
yang berada di kelas-kelas peperiksaan seperti PT3. Mereka lebih
menumpukan perhatian mereka terhadap peperiksaan Awam, kesannya
mereka selalu tidak dapat mengikuti kelas Menengah KAFA dan mereka
banyak tertinggal dalam pelajaran.

4.3 Sambutan
Selepas tiga tahun penubuhannya, sambutan ke atas Kelas Menengah
KAFA ini masih hambar. Mungkin tidak kepada semua daerah, tetapi di
daerah Kuala Selangor sambutannya agak kurang memberangsangkan.
Mungkin ianya kekurangan dari sudut promosi dan hebahan kepada
penduduk setempat. Ibu bapa juga masih kekurangan informasi tentang
Kelas Menengah KAFA ini.

Selain itu juga kuantiti bilangan sekolah bagi Kelas Menengah KAFA ini
hendaklah di tambah bilangannya. Mungkin jika ditambah bilangannya akan
lebih menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke Kelas
Menengah KAFA.

4.4 Ketidakseragaman Sukatan Pelajaran


Masih terdapat ketidakseragaman Sukatan Pelajaran dalam
pelaksanaan Kelas Menengah KAFA. Guru-guru juga terpaksa membuat
silibus pelajaran sendiri kerana tiadanya jawatankuasa khas untuk
menggubal silibus setiap mata pelajaran. Perkara ini tidak menjadi masalah
kepada guru-guru yang berpengalaman, tetapi ianya akan memberi masalah
kepada guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyediakan
silibus pelajaran.

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Masalah pengurusan Kelas Menengah KAFA yang penuh dengan


kepelbagaian jenis, bentuk, identiti, lokasi dan sebagainya adalah bukan
perkara baru . Perbezaan ini bertitik tolak daripada pengurusan sekolah yang

5
dibiarkan oleh kerajaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada masyarakat
setempat tanpa pemantauan dan pengawalan yang sempurna.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor perlu mengkaji semula


peruntukan masa yang ditetapkan dalam pelaksanaan kelas KKM. Jumlah
masa yang sedia ada perlu ditambah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Pihak Jabatan juga perlu
memikirkan penempatan baru bagi kelas-kelas Menengah KAFA, ini bagi
menjamin keselesaan para pelajar yang selama ini menumpang di kelas-
kelas Sekolah Rendah Agama.

Dalam isu sambutan pula, pihak yang bertanggungjawab perlu


meluaskan promosi tentang kelas Menengah KAFA ini. Mungkin promosi
tersebut boleh dilakukan dengan cara membuat hebahan di stesen-stesen
radio, mengedarkan brochure-brochure yang berkaitan dengan Kelas
Menengah KAFA. Selain itu juga pihak sekolah juga boleh mempromosikan
Kelas Menengah KAFA ini semasa hari interaksi bersama ibu bapa dan
semasa Mesyuarat PIBG.

Isu ketidakseragaman dalam sukatan pelajaran boleh ditangani


sekiranya satu jawatankuasa khas ditubuhkan. Jawatankuasa khas inilah
yang akan menggubal sukatan pelajaran dan sekali gus akan digunapakai
oleh semua Kelas Menengah KAFA di dalam negeri Selangor.

6.0 PENUTUP

Kelas Menengah KAFA adalah sebagai bukti usaha murni pihak Jabatan
Agama Islam Selangor dalam merealisasilkan pendidikan sepanjang hayat.
Dengan perlaksanaan Kelas Menengah KAFA ini akan menambah ruang dan
peluang para pelajar untuk mempersiapkan diri menjadi muslim sejati yang
boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Semoga usaha

6
ini mendapat keredhaan Allah SWT dalam menyediakan sumber manusia
yang boleh dan mampu bersaing di masa hadapan terutama dalam bidang
keagamaan yang mampu menyuluh jalan menempuhi kehidupan dunia yang
serba mencabar .

RUJUKAN

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (2005). Peraturan Pelaksanaan Sekolah


Agama Rakyat/KAFA Integrasi Negeri Selangor.

Mahadi Dahlan & Azharuddin Sahil. 2006. Al Quran Rasm Uthmani Bertajwid
dan Disertai Makna. Selangor : Pustaka Haji Abdul Majid

Mohd Zaki Nasir (22 Ogos 2016) Isu dan Cabaran Kelas Menengah KAFA,
(temubual)

Sarwoto .1997. Dasar-dasar manajemen organisasi. Ghalia, Jakarta.

Anda mungkin juga menyukai