Anda di halaman 1dari 5

CIRI- CIRI PENGETUA BERKESAN

Pada kebiasaannya prestasi cemerlang guru dalam kerja mereka adalah hasil daripada

keberkesanan kepimpinan pengetua sekolah. Hal ini kerana sekolah yang berkesan kebiasaannya

mempunyai pengetua yang kuat dan berpengaruh ke atas fungsi dan perjalan sekolah. Pengetua

berkesan mementingkan profesionalisme dan menekankan hubungan manusia yang baik.

Menurut Moa Tze Tung, pemimpin berkesan adalah “jinak seperti kucing dan garang seperti

harimau”. Dalam konteks ini, pengetua berkesan adalah pengetua yang mempunyai

keseimbangan perasaan dan emosi. Ada kalanya, pengetua memerlukan ciri-ciri perwatakan yang

lembut dan mesra. Ada masa dia memerlukan personaliti yang tegas dan garang. Ini bermakna

pengetua yang berkesan adalah pengetua yang mampu menguruskan setiap seumber yang

terdapat disekolah dengan sistematik, cekap dan berkesan yang akhirnya memberi kesan positif

yang maksimum kepada organisasi. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat ciri-ciri

seorang pengetua yang berkesan. Seorang pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri

seperti :

i. Berperibadi tinggi

Seorang pengetua perlu memiliki satu kualiti yang mampu menjadikan pengetua seorang

yang dihormati, dipercayai, tempat bergantung, sumber kekuatan dan inspirasi oleh guru-

guru. Kualiti kepimpinan yang perlu ada termasuklah jujur, brsikap adil dan saksama,

sentiasa berkelakuan baik, mematuhi janji, menepati masa, tegas dan konsisten dalam

mengambil tindakan dan melahirkan pendapat.

ii. Berwawasan.
Pengetua yang baik bersifat pembimbing iaitu gabungan kepada pencapaian , motivasi,

berwawasan, penggerak dan memberi inisiatif. Pengetua memiliki kesedaran mengenai misi dan

visia bagi memastikan halatuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh sekolah adalah jelas.

Pengetua mestilah berkeupayaan menjelaskan kepada warga sekolah dan komuniti setempat

tentang visi dan misi sekolah dengan amalan kepimpinan melalui teladan.

iii. Memahami dan merancang dengan baik

Pengetua yang mampu merancang dengan baik merupakan pengetua yang baik. Pengetua

mestilah bertindak sebagai penggerak strategi yang berkesan dan memiliki kecekapan merangka

strategi supaya dapat menjamin visi dan misi yang tersurat dan tersirat tercapai.Seorang pengetua

juga perlu mampu mengemblengkan segala sumber yang ada di sekolah secara maksimum dan

bertindak pantas menangani kekurangan dan kekangan yang akan mengagalkan pencapaian visi.

iv. Bersikap adil

Adil merupakan ciri asas pengetua yang baik , pengetua perlulah adil dalam memberi peluang,

adil dalam memberi penghargaan pentadbiran kepada staf gurunya. Selain itu sifat adil seorang

pengetua mampu mengekalkan motivasi para guru. Selain itu, bagi meningkatkan kualti

kepimpinan pendidikan, pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan kebolehan memimpin dan

mengurus staf sama ada melaksanakan tugas secara individu ataupun berpasukan.
v. Bertanggungjawab

Pengetua yang baik adalah seorang yang bertanggungjawab, berani membuat keputusan, bersifat

terbuka dan tegas. Pengetua menjadi ketua guru dan ketua pedagogi serta mempunyai kemahiran

membimbing guru dan bertindak sebagai “pedagogical innovator”. Mempunyai personaliti dan

kekuatan minda dari segi intelek dan ilmu bagi menghadapi cabaran serta dapat membuat

keputusan dengan tangkas dan tepat

vi. Mempunyai Kepakaran

Kepimpinan sekolah juga sebaik-baiknya mempunyai ‘kuasa kepakaran’ dalam bidang nya atau

pun semua aspek. Ia termasuk pembelajaran dan pengajaran, psikologi, bimbingan dan runding

cara, komunikasi, hubungan sesame manusia dan pengurusan dan pentadbiran.

vii. Bersikap profesional

Seorang pengetua tidak membenarkan perasaan peribadi mempengaruhi tindakan dan keputusan,

mematuhi kod etika profeison, bersopan santun dan pandai mengambil hati juga termasuk dalam

kualiti kepimpinan. Selain dari itu, pengetua juga perlu memiliki kemahiran dalam komunikasi

lisan, komunikasi bertulis, kefahaman antara budaya, kecergasan fizikal , keterampilan asas

pengurusan sistem elektronik menangani invidiu bermasalah, penguasaan pengetahuan am dan

profesionlisme, dan citra diri atau sahsiah.


Rujukan

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah (2010).Faktor

pentadbiran dan pengetua dalam kecemerlangan guru cemerlang pendidikan islam dan

guru di sekolah menengah:satu kajian kes. Journal of Islamic and Arabic education 2(1),

2010 13-20.

Yahya Don (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. PTS Publications & Distributors.

Yahya Don, Aziah Ismail, & Yaakob Daus (2007). Kepimpinan & pembangunan pelajar sekolah

di Malaysia. PTS Professional Publishing.


Yahya, Aziah & Yaakob(2007)

Anda mungkin juga menyukai