Anda di halaman 1dari 24

2.

Peranan Pengetua/Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentadbiran dan Pengajaran

Di sekolah, pengetua/guru besar berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin


pengajaran. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran, peranan
pengetua / guru besar menjalankan tugas seperti mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan
kalendar sekolah, mengawai SPBT, surat menyurat, mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani,
mengumpul dan menyusun data, memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh
pelajar, mengurus perbelanjaan sekolah, memastikan kemudahan dan harta benda sekolah
digunakan sebaiknya, dan menjalin hubungan antara sekolah dan pelbagai badan/awam di luar
(Zaidatul Akmaliah, 1991: 20). Manakala Hanafi Kamal (1980: 245) mengariskan tugas pengetua/guru
besar ialah: (i) kepimpinan (ii) kebajikan dan disiplin (iii) staf sekolah (iv) perancangan, membuat
keputusan, pengelolaan, penyelarasan dan perhubungan (v) kurikulum dan pengajaran (vi) kualliti
diri (vii) pejabat sekolah, kemudahan fizikal, kewangan dan pengurusan perniagaan (viii) hubungan
sekolah-masyarakat. Robiah Sidin (1989: 37) pula menyatakan terdapat enam bidang tugas
pengetua/guru besar iaitu: (i) perhubungan sekolah-masyarakat (ii) perkembangan kurikulum dan
pengajaran (iii) pengurusan murid (vi) pengurusan kakitangan (v) pengurusan bangunan dan
kemudahan-kemudahan lain (vi) pengurusan kewangan. Bagi Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989:
64) mengatakan tugas pengetua/guru besar secara umumnya boleh disenaraikan dalam empat
bidang sahaja iaitu:

i. Melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

ii. Mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin pengajaran-


pembelajaran berjalan dengan baik.

iii. Mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid, kegiatan sukan, persatuan, kerja-
kerja amal dan sebagainya.

iv. Mengadakan perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar.

Beberapa kajian dibuat di Amerika Syarikat menyenaraikan tugas pengetua/guru besar sebagai
pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran seperti berikut: (i) kurikulum dan pengajaran (ii)
perundingan (iii) kemudahan fizikal (iv) kewangan dan perniagaan (v) pemilihan, pengambilan dan
pembuangan pekerja (vi) perhubungan awam (Hoy dan Miskel, 1991: 319).

1. Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Yang Berkesan

Kebanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru
besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang berfungsi atau
berperanan sebagai pemimpin pengajaran. Di antara penulis-penulis tersebut ialah Sweeney (1982),
Weber (1971), Rutter (1979), Edmonds (1979), Levine dan Lessotte (1981), Wellish et al. (1978),
Hussein Mahmood (1993), dan Shahril Marzuki (1997).

Menurut Sweeney (1982), terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua/guru besar yang berkait
dengan kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan. Ciri-ciri pengetua/guru besar itu ialah:

i. Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

ii. Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.

iii. Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (Iklim sekolah).
iv. Kerap menilai pencapaian akademik pelajar.

v. Menyelaras program pengajaran.

vi. Membantu dan memberi semangat kepada para guru.

Wellish, et al. (1978) menegaskan ada empat perbezaan antara kepimpinan sekolah yang berkesan
dengan kepimpinan sekolah Tidak Berkesan. Menurut Wellish, et al. (1978), pengetua di sekolah
berkesan adalah:

i. Mempunyai kepakaran yang jelas terhadap peranannya dalam kepimpinan pengajaran dan
matlamat yang ingin dicapai.

ii. Selalu menilai kembali kemajuan guru dan berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat
menghasilkan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajarnya.

iii. Mengambil tanggungjawab yang lebih dalam membuat keputusan berhubung dengan
pengajaran.

iv. Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan
program pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya.

Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru besar
dalam kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan memotivasikan
guru-guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada
guru-guru dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas,
dan pencapaian matlamat dan misi sekolah. Ini telah disokong oleh Hussein Mahmood (1993: 36)
yang mengatakan:

Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif
sekolah, membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang
kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan program
perkembangan staf, menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang dijalankan oleh
pihak sekolah.

Namun begitu terdapat beberapa penyelidik dan penulis yang berbeza pendapat tentang peranan
pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan sebaliknya. Antara penulis-penulis yang tidak bersetuju
bahawa pengetua mesti berperanan penting sebagai pemimpin pengajaran ialah Fullon (1979),
Krajewski (1977), Smyth (1983), Weldy (1979), Wirsig (1980), dan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid
(1989).

Fullon (1979) mengatakan bahawa pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran hanyalah
merupakan satu dongengan sahaja. Dalam mempertahankan pendapat ini, beliau menegaskan
bahawa terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan pengetua tidak boleh menjadi pemimpin
pengajaran. Antara bukti tersebut ialah:-

i. Pengetua tidak diberi latihan untuk menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya.

ii. Pengetua banyak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan am sekolah yang lain.

iii. Pengetua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjadi pemimpin pengajaran.

iv. Pengetahuan seseorang pengetua tidak pelbagai dan kepandaian mereka dalam kepimpinan
pengajaran amat terhad. Oleh itu, mereka tidak mampu menjadi pemimpin pengajaran.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989), mendapati pengetua-
pengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan
pengajaran, namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana beban tugas yang
lain adalah berat dan pelbagai. Oleh itu, pengetua-pengetua menyerahkan tugas-tugas kepimpinan
pengajaran di sekolah-sekolah mereka kepada guru kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang
jelas dan mereka juga amat kekurangan masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan
kurikulum dan pengajaran-pembelajaran dengan guru-guru secara profesional.

Menurut Smyth (1983), penyelidikan yang dilakukan di Australia dan di lain-lain tempat
menunjukkan bahawa pengetua hari ini adalah bukan sebenarnya pemimpin pengajaran di
sekolahnya. Ini disebabkan:

i. Kekurangan masa kerana mereka terpaksa mengambil bahagian dalam aktiviti lain dari tugas
pengajaran dalam masa persekolahan.

ii. Mereka tidak mahu mencampuri autonomi yang dipunyai oleh guru-guru di bilik darjah.

iii. Mereka takut kerana kekurangan kepakaran.

Namun begitu, pendapat di atas telah disangkal oleh Wirsig (1980), yang mengatakan bahawa
walaupun pengetua kelihatan tidak mengambil berat terhadap tugas pengajaran tetapi mereka
sebenarnya mahu beraksi sebagai pemimpin pengajaran, dalam keupayaan yang mereka ada.

Daripada perbincangan di atas adalah nyata bahawa peranan utama pengetua/guru besar di
sekolah-sekolah adalah sebagai pemimpin pentadbiran dari pemimpin pengajaran. Ini jelas
berdasarkan Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pindaan 1982) yang menegaskan bahawa pengetua/guru
besar dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dalam
menjalankan tugas mengajar ini, pengetua/guru besar mestilah peka dengan perubahan-perubahan
dalam kurikulum, kaedah pengajaran-pembelajaran dan penggunaan alat bantu pengajaran-
pembelajaran yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat (IT) dan masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi
profesionalismenya pula, penglibatan pengetua/guru besar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran
akan mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahuan
baru selari dengan perkembangan semua. Namun begitu, bagi menghadapi cabaran dan harapan
pada abad ke 21 ini, peranan pengetua/guru besar tidak terbatas hanya sebagai kepemimpinan
pentadbiran dan pemimpin pengajaran sahaja, tetapi lebih daripada itu.

1. Ciri-Ciri Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Yang Berkesan Pada Masa Depan

Sebenarnya adalah sukar untuk menentukan ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan pada masa
depan, kerana seseorang pengetua yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah
pada hari ini belum tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa
depan. Mengikut Stoner (1989: 552), seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif
dalam satu situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat tentang ciri-ciri pengetua berkesan atau cemerlang.
Menurut Abas Awang (1999), pengetua yang berkesan memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:

i. Mengenali penyakit (masalah persekolahan).

ii. Mengenal pasti ubatnya (penyelesaian masalah).


iii. Mengetahui tempoh memerlukan rawatan (jangka masa masalah dapat ditangani).

iv. Mempunyai etika yang tinggi.

v. Memahami teori-teori yang berkaitan dengan kerjanya.

vi. Berilmu.

vii. Berkemahiran dalam bidang tugasnya.

viii. Bersikap positif dan yakin.

Beliau seterusnya mengutarakan pelbagai kemahiran yang perlu ada pada seseorang pengetua yang
berkesan iaitu kepimpinan pengajaran yang berkesan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum, sumber
dan kewangan, perancangan strategik, kemahiran berkomunikasi, memotivasi, pemantauan,
penilaian, membuat keputusan, TQM dan ISO 9000.

Melalui kemahiran-kemahiran ini, pengetua akan mempunyai piawai dalam pengurusannya dan ada
fokus untuk dilaksanakan. Manakala mengikut Institut Aminuddin Baki (1998), berdasarkan
(mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan pada 5 Mac 1998) mengatakan bahawa ciri-ciri
pengetua/guru besar yang berkesan mengikut model Malaysia adalah seperti berikut:-

a. Mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap.

b. Prihatin terhadap hubungan kemanusiaan.

c. Prihatin dan peka tentang perbezaan budaya dan adat resam masyarakat.

d. Mempunyai wawasan yang jelas.

e. Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik.

f. Menerima tugas sebagai satu profesion.

g. Membuat keputusan secara konsensus.

h. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat

i. Ketrampilan lain

(i) Ketrampilan pentadbiran

menganalisis masalah secara berkesan

membuat pertimbangan yang saksama

mengurus dan membuat keputusan

(ii) Ketrampilan peribadi

menilai pendidikan secara jelas

mempunyai minat dan motivasi yang tinggi

menjaga perawakan diri

Bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan pada masa depan, di mana dunia pendidikan akan
terus berubah sesuai dengan kemajuan zaman dan dunia tanpa sempadan, langit terbuka,
penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah, ditambah pula dengan seribu satu
macam kerenah pentadbiran, guru dan masalah pelajar, maka pengetua yang berkesan pada masa
depan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Mempunyai kualiti kepimpinan.

ii. Mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan,


pendidikan, budaya dan simbolik.

iii. Berwawasan, kreatif dan inovatif.

iv. Mempunyai kemahiran komunikasi dan motivasi.

v. Mempunyai kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah.

vi. Mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi

vii. Beriman dan bermoral.

4.1 Kepimpinan Yang Berkualiti

Pengetua/guru besar yang berkesan perlu mempunyai kepimpinan yang berkualiti. Menurut Azmi
Zakaria (1996), pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri kualiti kepimpinan seperti berikut:

i. Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran.

ii. Pintar dan berinisiatif tinggi.

iii. Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran.

iv. Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain.

v. Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka.

vi. Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran interpersonal,
ramah dan baik hati.

vii. Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas.

Oleh itu, pengetua yang berkesan pada masa depan boleh menghadapi cabaran dan masalah-
masalah sekolah secara profesional dan berkesan. Mengikut Edmonds (1979), kepimpinan pengetua
yang berkesan membolehkan "principals can make difference". Manakala Mortimore (1995),
mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialah pengetua yang mempunyai kepemimpinan
profesional (professional leadership) iaitu pengetua yang mempunyai sikap yang tegas dan
bermatlamat. Ia juga mengamalkan pendekatan bersama dan permuafakatan rumah-sekolah seperti
dalam soal-soal pembelajaran pelajar dan membuat keputusan. Kepemimpinan profesional juga
menekankan keunggulan pengetua itu sendiri sebagai pemimpin untuk menangani pelbagai masalah
di sekolah.

2. Berkemahiran dan Berketrampilan (Competent Leader)

Pengetua yang berkesan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan ketrampilan supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan. Ketrampilan ini boleh membantu
pengetua menangani cabaran-cabaran dan harapan-harapan yang diminta oleh majikan, ibu bapa
dan pelajar yang terdapat di sekolah. Mengikut Sergiovani (1995: 85), seseorang pengetua yang
berkesan perlu mempunyai lima kemahiran iaitu:

i. Kemahiran teknikal.

ii. Kemahiran manusia.

iii. Kemahiran pendidikan.

iv. Kemahiran simbolik.

v. Kemahiran budaya.

Kemahiran teknikal bermaksud pengetua boleh memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan
(management engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ia perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi
strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan optimum dalam
menyelesaikan masalah seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen
guru dan sebagainya. Kemahiran ini termasuklah kemahiran merancang (planning), pengelolaan
(organizing), penjadualan (schedule dan penyelarasan (coordinating), tentang takwim, masa, dan
organisasi sekolah.

Kemahiran manusia bermaksud pengetua berkesan berperanan sebagai jurutera manusia (human
engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan
yang tinggi, mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan
mampu memotivasikan stafnya. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah
kurangnya wujud hubungan baik dan mesra antara pengetua dengan guru, guru dengan guru, dan
guru dengan pelajar. Selain itu, wujudnya masalah seperti kurang komitmen, ketidakhadiran
bertugas dan perasaan burn out di kalangan guru-guru juga menggambarkan pengetua kurang
berjaya dalam memotivasi guru-gurunya. Bagi menangani masalah ini, pengetua perlu mempunyai
kemahiran motivasi untuk membina dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan staf dengan
memberi penghargaan, sokongan, menggalakkan serta melibatkan stafnya dalam membuat
keputusan.

Kemahiran pendidikan bermaksud, seseorang pengetua adalah menjadi pemimpin atau pengamal
klinik "Clinical Practitioner (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna seseorang pengetua yang berkesan
mesti pakar dalam pendidikan. Ia bertindak sebagai pakar rujuk dalam kurikulum, pengajaran-
pembelajaran, penggunaan alat bantu mengajar, diagnosis keperluan, penilaian dan membuat
pencerapan pengajaran guru dalam kelas. Kemahiran ini penting bagi menangani masalah berkaitan
dengan pengajaran-pembelajaran guru dan pelajar dan pengetua sepatutnya bertindak sebagai
super teacher kepada guru dan pelajarnya.

Kemahiran simbolik bermaksud pengetua sebagai ketua atau chief (Sergiovani, 1995: 93), di mana
pengetua yang berkesan akan berada di sekolah sepanjang masa, membuat rondaan di kawasan
sekolah, melawat bilik darjah, mengenali dan mengetahui masalah pelajar, mewujudkan perpaduan
bagi mencapai visi dan misi sekolah, mengetuai upacara rasmi di sekolah. Melalui kemahiran ini,
pengetua dapat menangani masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah dalam bilik darjah,
masalah disiplin pelajar dan kelakuan yang tidak sihat.

Kemahiran budaya bermaksud, seseorang pengetua adalah memainkan peranan sebagai high priest
(Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai,
kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadi sekolah berkesan. Peranan pengetua
termasuklah mewujudkan visi dan misi sekolah, mewujudkan simbol-simbol sekolah, mewujudkan
sosiolisasi di antara guru dengan pelajar, dan mengadakan upacara memberi hadiah atau
penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah mencapai kejayaan.

Melalui kemahiran ini pengetua dapat mewujudkan budaya sekolah atau sekolah berwatak yang
perlu diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar bagi menangani masalah disiplin pelajar.

2. Berwawasan, Kreatif dan Inovatif

Seorang pengetua yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil risiko
terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di
kalangan guru dan pelajarnya ialah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan. Jika adapun,
wawasan itu tidak disampai dan dijelaskan kepada guru dan pelajarnya. Mengikut Hussein (1993:
163), wawasan dikatakan sebagai gambaran mental masa depan yang hendak dicapai. Ia meliputi
rasional, matlamat, arah hala dan keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru
dan pelajar untuk mendapat hasilan yang dicita-citakan. Untuk membolehkan seseorang pengetua
itu merealisasikan wawasannya, ia perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif serta inginkan
perubahan. Pengetua yang berkesan juga perlu menjelaskan kepada guru dan staf lain serta pelajar,
ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Dengan cara ini,
masalah kurangnya hubungan, sokongan dan komitmen daripada guru, pelajar dan masyarakat
terhadap sekolah dapat ditangani dengan mudah dan berkesan.

3. Kemahiran Berkomunikasi dan Bermotivasi

Pengetua yang berkesan harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi. Berlakunya
beberapa masalah di kalangan guru dan pelajar, sekolah dengan agensi luar seperti masyarakat
kerana komunikasi tidak jelas dan pendekatan yang digunakan oleh pengetua kurang sesuai. Oleh
itu, pengetua perlu memahami, proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya maklumat
dapat disampaikan dan diterima oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Mengikut A.L. Ramaiah (1999: 115),
seseorang pengetua yang mahir dalam proses komunikasi adalah pengetua yang sedar serta peka
terhadap pelbagai halangan kepada komunikasi, sentiasa bertindak mendengar secara aktif, dan
sebagai pemberi maklum balas yang mahir. Pengetua yang mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik akan dapat menangani pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen dari
guru dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Selain itu, masalah jurang komunikasi antara pengetua
dengan pelajar dan masyarakat dapat dikurangkan.

Selain kemahiran berkomunikasi, pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri sebagai
seorangmotivator dan kaunselor di sekolah. Motivasi boleh didefinisikan sebagai penggerak atau
pendorong untuk sesuatu tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan bertujuan (Zaidatul Akmaliah,
1999: 108). Kemahiran motivasi penting bagi membolehkan pengetua berhadapan dengan pelbagai
masalah guru dan pelajar di sekolah. Biasanya masalah yang dihadapi oleh pengetua di sekolah ialah
bagaimana untuk mempengaruhi dan memotivasi pekerja supaya bekerjasama dalam usaha
mencapai visi sekolah, iaitu untuk menjadi sekolah berkesan.
4. Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu dimiliki
oleh pengetua yang berkesan dalam menangani pelbagai masalah di sekolah. Sebarang masalah
yang dihadapi sama ada yang melibatkan guru, pelajar, masyarakat dan pihak berkuasa pendidikan
memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan betul. Mengikut Lunenburg (1995: 116), proses
membuat keputusan di sekolah melibatkan enam peringkat iaitu:

i. Mengenal pasti masalah.

ii. Mengenal pasti alternatif.

iii. Menilai alternatif.

iv. Memilih alternatif yang sesuai.

v. Melaksanakan keputusan.

vi. Menilai keberkesanan keputusan yang telah dibuat.

Mengikut Lunenburg (1995) lagi, pengetua perlu melibatkan guru dan pelajar dalam membuat
keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah, manakala Hussein Mahmood (1993: 1124)
penglibatan para guru dalam membuat keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa
puas hati bekerja, tanggapan positif di kalangan guru terhadap kepimpinan pengetua dan
pencapaian akademik yang tinggi.

2. Kecergasan Fizikal dan Kestabilan Emosi

Pengetua yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan
emosi. Dari segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan cergas. Pengetua
yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan tugasnya dengan
berkesan. Pengetua juga perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi
yang seimbang (EQ Test). Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972) yang mengatakan
pemimpin (pengetua) hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada kecerdasan
standard kakitangannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua menangani masalah yang
dihadapi secara rasional. Mengikut Keith Davis lagi, pemimpin (pengetua) juga perlu mempunyai
kematangan sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi serta mempunyai konsep kendiri yang
boleh diteladani dan disanjung. Kajian yang dijalankan untuk melihat stres dan kepuasan kerja di
kalangan guru-guru di negara ini mendapati bahawa pengetua adalah antara golongan yang
mengalami stres pekerjaan berbanding dengan profesion lain. Kecergasan fizikal yang terganggu dan
ketidakstabilan emosi akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengetua terhadap tugas dan gaya
kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional didapati lebih mudah mengalami stres dan sukar
diajak berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Manakala
pengetua yang stabil emosinya lebih mudah diajak berunding dan cenderung mengamalkan gaya
kepimpinan demokratik.

3. Beriman dan Bermoral


Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak akan lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut keagamaan.
Dari perspektif Islam, keunggulan seseorang pemimpin atau pengetua seharusnya melibatkan
ketinggian komitmen, moral dan akhlak. Ketinggian moral dan akhlak sewajarnya dijadikan budaya
sekolah di samping mensepadukan kurikulum dan agama. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua
perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dan amanah terhadap tugas yang diberikan kepada
mereka. Selain daripada mempunyai kemahiran seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, pengetua
juga perlu mempunyai "character" atau keperibadian dan akhlak yang baik sehinga boleh dijadikan
"uswatun hasanah" (model terbaik).

Perkara ini juga selaras dengan Steven Covey (1990) yang mengatakan pemimpin bermoral ialah
pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan moral dan rasional. Ia perlu
mengamalkan konsep syura iaitu setiap pengetua perlu menerima pandangan orang lain atau
kakitangannya dengan berlapang dada dan berhati terbuka dalam membuat keputusan. Oleh itu,
sebagai pengetua sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah berdasarkan
kepada nilai-nilai kejujuran, keikhlasan, keadilan dan amanah terhadap tugas dan tanggungjawab.
Dengan mempunyai ciri-ciri ini, pengetua akan dapat menangani masalah di sekolah dalam keadaan
menang-menang (win-win).

1. Cadangan dan Saranan Untuk Pemilihan dan Lantikan Jawatan

Pengetua/Guru Besar Pada Abad Ke 21 Ini

Di bawah ini adalah cadangan dan saranan untuk memperbaiki pemilihan dan lantikan
pengetua/guru besar sekolah dan dicadangkan juga jawatan pengetua dinaikkan taraf sesuai dengan
beban tugas dan tanggungjawab pengetua di sekolah pada abad ini.

5:1 Semua sekolah menengah Gred A, seharus dinaikkan pangkat daripada Jawatan Pengetua DG2
kepada Jawatan Pengetua DG1 selaras dengan beban tugas yang dijalankan oleh pengetua pada hari
ini. Walau bagaimanapun, dalam perlantikan jawatan Pengetua DG1, hendaklah berdasarkan kepada
kelulusan (Masters dan Ph.D.), pengalaman, dan ciri-ciri pengetua yang berkesan seperti yang
dicadangkan di atas.

5:2 Bagi sekolah menengah Gred B, seharusnya disandang oleh pengetua berjawatan DG2. Walau
bagaimanapun, bagi menjalankan tugas-tugas sebagai pengetua, seharusnya diberi elaun tanggung
kerja di antara RM450 RM650. Ini untuk membezakan gaji dan beban tugas pengetua DG2 dengan
guru-guru biasa DG2 (lantikan melalui time base).

5:3 Bakal-bakal pengetua/guru besar yang telah menghadiri Kursus National Professional
Qualification Headship (NPQH) dari IAB dan dari Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya, hendaklah terus dilantik ke jawatan Pengetua/Guru Besar di sekolah menengah Gred B atau
rendah Gred A dengan elaun tanggungan kerja, jika ada kekosongan jawatan dan tanpa menunggu
kekananan jawatan. Ini disebabkan latihan-latihan yang diberikan kepada mereka ini tidak akan
dapat diamalkan di sekolah sebagai pengetua/guru besar jika tidak terus dilantik.

5:4 Jawatan Guru Besar Gred A di sekolah rendah seharusnya dipegang oleh guru-guru siswazah
yang telah menghadiri kursus NPQH, dengan diberi elaun tanggungan kerja. Jawatan Guru Besar di
sekolah rendah Gred B seharusnya dipegang oleh guru-guru DG4 atau DG5.
5:5 Pengetua/guru besar yang dilantik dan yang memegang jawatan di sekolah hendaklah terdiri
daripada mereka yang berumur 35 45 tahun, kerana mereka ini masih bertenaga, berinovatif dan
kreatif dalam mengubah dan memajukan sekolah untuk menjadi sekolah berkesan.

6. Jawatan Pengetua seharusnya dipegang oleh mereka yang mempunyai keluusan Master atau
Ph.D. serta telah menghadiri kursus NPQH di IAB.

Kesimpulan

Dalam menangani permasalahan yang semakin kompleks di sekolah-sekolah pada abad ke 21 ini,
pengetua/guru besar seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti: mempunyai kualiti kepimpinan,
mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan,
budaya dan simbolik, berkemahiran dalam komunikasi, motivasi, membuat keputusan dan
penyelesaian masalah. Selain itu, ia mesti mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi,
beriman dan bermoral. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan seharusnya memberikan
ganjaran yang setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin kompleks yang
dipikul oleh pengetua pada abad ke 21 ini.

PERANAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH.

Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar itu meliputi tiga aspek
iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Sebagai pengurus, Guru Besar bertanggungjawab
terhadap belanjawan dan kewangan sekolah, pengagihan sumber dan sebagainya. Sebagai
pentadbir Guru Besar bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran yang meliputi penilaian
kerja-kerja stafnya, pengurusan ha-hal rasmi, penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga
harus pakar dalam pendidikan. Dia diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai
pemimpin. Tugas memimpin ini perlu ditumpukan kepada aspek teras teknik. Oleh itu ia perlu
menunj ukajar para guru di sekolahnya dalam hal-hal kurikulum dan pedagogi. Ia juga perlu
memberi semangat, mendorong dan memberansangkan guru dan pelajar di bawah jagaannya
supaya bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. Guru Besar sendiri perlu menunjukkkan contoh
teladan yang boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan
tugas pemimpin.

Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang Guru Besar bertindan-tindih sebagai
seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun Guru Besar tidak boleh melarikan diri
daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran.

Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic; melihat peranan
Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan pemimpin pendidikanpengajaran.
Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar bertanggungjawab terhadap kelicinan
perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran
ialah memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam masa yang sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk
mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.

Lipham, et al., (1985) dalam bukunya yang bertajuk The Principalship : Concept, Competencies and
Cases menganggap Guru Besar mempunyai potensi yang besar dalam kepimpinannya. Sebagai
pemimpin pendidikan di sekolah tugas utama seorang Guru Besar adalah menjalankan
kepimpinannya dalam bidang pendidikan. Mereka mengemukakan lima peranan kepimpinan Guru
Besar: menentukan matlamat sekolah; mengelola sekolah; memajukan lagi cara-cara membuat
keputusan; dan melaksanakan perubahan pendidikan

Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu:

(a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan:

(i) Hal perkhidmatan kakitangan

(ii) Hal kewangan

(iii) Hal bangunan dan pembangunan

(iv) Perbekalan

(v) Hal perhubungan dengan pihak atasan.

(b) Peranan Profesional:

(i) Pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum

(ii) Perkembangan staf

(iii) Pembimbing dan kaunselor.


(iv) Perhubungan antara sekolah dengan komuniti.

(v) Penyeliaan dan penilaian.

(vi) Pemimpin pengajaran

(vii) Hal ehwal pelajar.

Peranan pengurusan kurikiulum, bimbingan dan kaunseling, perkembangan staf, penyeliaan boleh
dikategorikan sebagai pemimpin pengajaran.

Kajian oleh Ramlah Sulaiman (1988) tentang Peranan Unggul Dan Sebenar Guru Besar
Sekolah telah mengenalpasti lima kategori fungsi Guru Besar yang merupakan fungsi pentadbiran-
pengurusan dan satu kategori sahaja yang dikenali sebagai fungsi pengajaran. Lima kategori fungsi
pentadbiran pengurusan itu ialah yang berkaitan dengan:

(a) Staf sekolah.

(b) Murid sekolah

(c) Kewangan dan kemudahan fizikal

(d) Perhubungan sekolah dan masyarakat.

Noran Fauziah (1990) menyatakan Guru Besar memainkan dua peranan utama iaitu sebagai
pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Kesimpulannya peranan Guru Besar meliputi
pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran bukan pengajaran (non-instructional) dan pelbagai
aspek pengajaran (instructional).

6.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN

Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif) yang
bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah
bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan
objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi. Dalam organisasi formal tingkahlaku ini
adalah berkaitan dengan peranan-peranan formal seorang pemimpin itu.

Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk Kepimpinan Guru Besar
Sekolah (1997) dhuraikan beberapa tugas Guru Besar sebagai pemimpin pentadbiran iaitu:

(a) Kewangan dan bekalan

Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada peruntukan yang
terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. Guru Besar
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Guru Besar perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan
memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan kewangan
bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah

(b) Pembangunan Fizikal

Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi
segala kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah memastikan wujud bilik darjah yang
beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai.

(c) Penyebaran maklumat

Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan maklumat-
maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat mengenai
ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan
dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai resource
providers atau brokers.

(d) Perkembangan kakitangan

Seorang Guru Besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama di
kalangan guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran
mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-
masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai pemimpin pentadbiran para Guru
Besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah
untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat
dengan menyediakan sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan
sebagainya untuk guru-guru.

7.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN

7.1. Konsep Dan Matlamat Kepimpinan Pengajaran

Kepimpinan pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi merealisasikan sekolah
cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam sistem
pembelajaran. Mengikut Bevoise (1984) dan Duke (1987), kepimpinan pengajaran melibatkan
empat aspek utama:

(a) Pembangunan staf.

(b) Bimbingan atau pengurusan pembelajaran.

(c) Sokongan pengajaran.

(d) Kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian terhadap prestasi guru dan
pelajar dengan kerjasama semua staf.

Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murpy (1987) adalah merujuk
kepada peranan Guru Besar dalam menentukan matlamat sdekolah, mengurus program pengajaran
dan mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajara di
sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi sebelas fungsi iaitu:

(a) Penentuan matlamat sekolah.

(b) Penyebaran matlamat sekolah.

(c) Pencerapan dan penilaian pengajaran.

(d) Penyelarasan kurikulum.


(e) Pengawasan kemajuan pelajar.

(f) Penjagaan waktu pengajaran

(g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran.

(h) Pengukuhan usaha guru

(i) Penggalakan perkembangan profesional.

(j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar.

(k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.

Morgan dan Hall (1982) dalam Ramaiah (1999) mengkategorikan peranan-peranan Guru Besar
sebagai pemimpin pengajaran seperti di bawah:

(a) Profesional pendidikan

Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan dengan pendidikan
yang meliputi tugas-tugas menetapkan matlamat, kurikulum dan pengurusan sumber fizikal.

(b) Pengurusan operasi

Merujuk kepada tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan


menyelaras, pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah dan penyelenggaraan
sumber fizikal sekolah.

(c) Pengurusan sumber manusia

Merujuk kepada tugas-tugas motivasi kakitangan akademik dan pelajar, perkembangan kakitangan
; resolusi konflik; dan komunikasi.Peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum ini meliputi
pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran di bilik
darjah

7.2 Kecekapan-kecekapan Guru Besar Dalam Kepimpinan Pengajaran.

Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan kepimpinan
pengajaran dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran Guru
Besar. Seorang Guru Besar tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan jika dirinya
tidak mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang hendak
disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan penggunaan
pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang dimilikinya dan ditunjukkan atau dilakukan menerusi
tindakan atau tingkahlakunya. Terdapat lima kecekapan fungsian Guru Besar yang disarankan dalam
kepimpinan pengajaran iaitu:

7.2.1 Menetapkan wawasan sekolah

Seorang Guru Besar perlu mempunyai kebolehan mewawasankan sekolahnya. Wawasan ini akan
memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Guru Besar. Kebolehan untuk
menetapkan misi dan wawasan sekolah merupakan keperluan yang semestinya ada pada Guru Besar
sekolah untuk mencapai matlamat.

7.2.2 Kurikulum dan pengajaran.

Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Analis kajian juga menunjukkan kemahiran
perlu dalam empat bidang iaitu pengajaran, penilaian, penyeliaan dan perkembangan staf (Keefe
(1987) & Duke (1982). Ini bermakna kemahiran dan kecekapan dalam kandungan
kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum dan aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan
pengurusan kelas yang berkesan dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai
pemimpin pengajaran. Seorang Guru Besar dikatakan harus berpengetahuan dan berkemahiran
dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum serta berkebolehan dalam meningkatkan mutu
pengajaran di sekolahnya.

7.2.3 Kemahiran pengurusan.


Kemahiran dalam perancangan meliputi kebolehan untuk membuat ramalan , menganalisis atau
mentafsir maklumat, membuat program dan penilaian program. Leithwood dan Montgomery
(1968) dalam Hussein (1993) mendapati Guru Besar yang berkesan mahir dalam merancang strategi
di sekolah. Selain itu Guru Besar juga perlu mahir mengelola untuk mengelakkan kegagalan
pelaksanaan sesuatu program.

7.2.4 Hubungan manusia dan komunikasi.

Seorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan
komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan pengajaran kerana
Guru Besar perlu berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas.
Kemahiran komunikasi yang diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam
menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang lain.

7.2.5 Sikap.

Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para Guru Besar yang dilabelkan
sebagai pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran pelajar. Mereka
mempercayai bahawa setiap pelajar boleh belajar dan boleh diajar.

Smith dan Andrew (1989) menyatakan terdapat beberapa kriteria yang patut dilakukan oleh orang
yang bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk mempastikan pencapaian akademik pelajar
iaitu:

(a) Memastikan penggunaan sumber yang berkesan. Guru Besar haruslah mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan yang ada pada seseorang guru.

(b) Guru Besar harus mengetahui keberkesanan sesuatu pengajaran.

(c) Komunikasi yang baik di antara Guru Besar dengan guru-guru.

(d) Guru Besar harus mengetahui matlamat semasa yang harus dicapai oleh sekolah.

Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran yang berjaya, seorang Guru Besar juga haruslah
mempunyai kewibawaan dan kekuasaan dalam membuat sebarang keputusan. Dwyer, et al (1984)
dan Blumberg dan Greenfield (1986) mendapati antara ciri-ciri utama pemimpin pengajaran yang
berjaya ialah:

(a) Mereka memberi perhatian berat kepada pelajar

(b) Mampu mengubahsuai cara mereka apabila diperlukan.

(c) Pembaharu yang mengekalkan matlamat asas.

7.3 Mengapa Guru Besar Perlu Menjadi Pemimpin Pengajaran.

Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa Guru Besar sekolah seharusnya
berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional leaders) kerana kepimpinan pengajaran
dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti 1980) dan prestasi akademik yang
cemerlang. Ertinya jika Guru Besar memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran di
sekolahnya maka proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah akan
berlaku. Kajian kajian sekolah berkesan menghuraikan tingkahlaku-tingkahlaku kepimpinan Guru
Besar yang dikatakan berkesan, iaitu tingkahlaku-tingkahlaku yang positif yang mendorong ke arah
berlakunya proses pengajaraan pembelajaran yang berkesan yang seterusnya mempengaruhi
prestasi murid untuk menjadi baik. Tingkahlaku-tingkahlaku ini termasuklah;

(a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid.

(b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasi murid.

(c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik.

(d) Sentiasa menilai pencapaian murid.

(e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran.

(f) Memberi sokongan kepada guru.


Guru Besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan dapat memberi galakan dan
dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang dan melaksanakan tugas
pengajaran. Cooperman (1994) dalam kajiannya The Principal : An Educational Leader menekankan
terdapat tiga perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh Guru Besar untuk mempertingkatkan
pembelajaran di sekolah iaitu:

(a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran.

(b) Kursus-kursus yang diajar terangkan dengan jelas apa yang akan diajar.

(c) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan baik.

Jelasnya Guru Besar mesti mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Selepas itu mereka
perlu memastikan isi kandungan pembelajaran adalah kukuh dan tekal. Kepimpinan pengajaran
dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran malahan pemupukan kebolehan guru
serta membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Yang penting Guru Besar mesti memainkan
fungsi pengajaran (Edmond 1979, Ubbens dan Hughes (1997).

8.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH CEMERLANG

8.1 Kualiti Pemimpin Berkesan

Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar hendaklah menunjukkan
kualiti yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan Guru Besar bergantung kepada banyak
faktor. Hussein Mahmood (1993) mengatakan antaranya termasuklah faktor keGuru Besaran
sendiri, sikap dan orientasi (reaktif atau proaktif), komitmen dan gaya kepimpinan.

Guru Besar yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi di sesebuah
sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang Guru Besar yang berkesan harus
mempunyai kualiti berikut:

(a) Mempunyai visi untuk organisasi.


(b) Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen staf.

(c) Menukarkan visi kepada tindakan.

(d) Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.

(e) Percaya kepada kebolehan staf.

(f) Keazaman menetapkan objektif yang mencabar.

(g) Kebolehan merancang dengan fleksible.

(h) Kebolehan memperolehi segala sumber terutamanya sumber manusia.

(i) Kebolehan memberi motivasi kepada staf.

Menurut Clark F (1996) pemimpin berkualiti ialah mereka yang mempunyai halatuju yang
jelas, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan, dapat menyusun, memotivasi dan memberi
dorongan kepada stafnya. Jelasnya pemimpin ini mempunyai strategi, dasar, struktur dan budaya.

Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan Guru Besar sekolah cemerlang menunjukkan gaya
kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan mengawal suasana yang teratur
serta penekanan pada pencapaian kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990) menyatakan
pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mengambilkira kebajikan pekerja dan berkebolehan
merancang dan mengelola serta mengawasi perjalanan sesuatu organisasi. Persell dan Cookson
(1982) telah menjalankan kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah. Mereka telah
mengenalpasti lapan ciri yang ada pada Guru Besar yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah
dengan berkesan. Lapan ciri itu ialah:

(a) Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.

(b) Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.


(c) Berfungsi sebagai ketua institusi.

(d) Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.

(e) Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin.

(f) Berupaya menggerakkan sumber.

(g) Dapat menggunakan masa yang baik.

(h) Boleh menilai keputusan.

Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan cara demokratik
yang dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kajian-kajian lain juga
menunjukkan produktiviti sesebuah firma lebih bergantung kepada gaya kepimpinan ketuanya yang
dikatakan lebih bercorak kepada gaya orientasi tugas (task oriented) dan orientasi manusia
(person oriented). Ini bermakna kedua gaya kepimpinan iaitu gaya orientasi tugas dan orientasi
manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan. Pengkaji-pengkaji dalam bidang kepimpinan
organisasi memang bersetuju tentang penggunaan pelbagai gaya kepimpinan oleh pemimpin
mengikut keadaan. Hoyle (1986) menganggap seorang pemimpin berkesan bukan sahaja dinilai dari
segi perhubungan peribadi tetapi juga dari segi kepekaan tentang prestasi tugas yang telah
dilaksanakan.

Hodgkinson (1983) menyenaraikan empat petunjuk keberkesanan kepimpinan seorang pemimpin


iaitu perlu tahu bidang tugas, situasi, rakan sejawat dan kenal diri sendiri. Keempat-empat petunjuk
itu dapat dibahagikan kepada dua rumpun:

(a) Di peringkat sekolah atau jabatan, seorang Guru Besar mesti mempunyai pengetahuan apa yang
berlaku dalam dunia pendidikan. Ini termasuk pengetahuan tentang dasar-dasar pendidikan yang
dapat diperolehi melalui bacaan, kursus, seminar serta melalui interaksi dengan Guru Besar-Guru
Besar yang lain.

(b) Pengetahuan tentang sekolah, iaitu latarbelakang sosial pelajar, aspirasi ibubapa, sumber yang
ada pada komuniti dan peluang pekerjaan.
Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan, Sweeney (1983) mengenalpasti enam ciri kepimpinan
Guru Besar yang tekal kaitannya dengan keberkesanan sekolah. Ciri-ciri tersebut ialah:

(a) Guru Besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik.

(b) Guru Besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.

(c) Guru Besar menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah.

(d) Guru Besar menyelaras program pengajaran.

(e) Guru Besar kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajarnya.Guru Besar membantu dan
memberi semangat kepada para guru.

Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh dikaitkan dengan
sebuah sekolah yang cemerlang iaitu;

(a) Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknik-teknik pengurusan
yang cekap seperti pengurusan masa.

(b) Aspek kemanusiaan sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk maju kepada guru-guru
dan staf sokongannya.

(c) Aspek pendidikan Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan perlu mempunyai kepakaran
dan pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti masalah-masalah pendidikan
serta memahami kehendak kurikulum.

(d) Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai yang dianggap penting
seperti kerajinan.

(e) Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif yang memberi
identiti kepada sekolah.
8.2 Sifat Guru Besar Unggul

Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru Besar


bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang menyerah anak-
anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada murid-murid yang
menyerahkan pendidikan mereka kepadanya. Justeru itu Guru Besar wajib memiliki syarat-syarat
dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998):

(a) Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan profesional yang sesuai.

(b) Syarat Rohani rasa tanggungjawab terhadap tugas.

(c) Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap terhadap Tuhan dan
sesama makhluk.

(d) Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas.

(e) Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.

(f) Keyakinan pada diri.

(g) Kerendahan hati.

(h) Keberanian, ketangkasan dan kegigihan

Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan Guru Besar sekolah mesti berubah:

(a) Guru Besar harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden.

(b) Guru Besar harus sedar dengan realiti yang ada yang boleh mempengaruhi kepimpinannya di
sekolah.
(c) Guru Besar mesti tahu selok belok pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu supaya dia
dapat mengawasi perkembangannya.

(d) Guru Besar harus bersikap terbuka dan berterus terang serta boleh pula bertimbang rasa.

(e) Guru Besar harus pandai berhubung dengan guru, murid, masyarakat dan orang atasan.

Seorang Guru Besar juga perlu mewujudkan personaliti yang


baik, jujur, ikhlas, berprofesional, ada matlamat dan senang berinteraksi dengan orang ramai
(Mohd. Salleh Lebar 2000). Walau bagaimanapun dapatan yang menarik tentang kepimpinan Guru
Besar ialah kajian yang dijalankan oleh Dinham et. al (1995) di Australia bertajuk School climate and
leadership di tiga buah sekolah menengah. Beliau mendapati sebenarnya tidak ada satu resepi
untuk berjaya bagi seorang Guru Besar.

9.0. PENUTUP

Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara dalam
aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan
tanggungjawab Guru Besar juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka
perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi. Jika seseorang Guru Besar mempunyai
ciri-ciri berkesan sebagaimana yang diterangkan di atas, kita yakin misi dan visi untuk menjadikan
sesebuah sekolah cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-
ciri yang lemah dalam kepimpinannya maka akan mendatang kesan yang tidak baik kepada
pencapaian sesebuah sebuah sekolah.

Anda mungkin juga menyukai