Anda di halaman 1dari 18

Penyeliaan Berkesan

Pengenalan Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan.

Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan Guru Besar sangat penting bagi menjadikan

sekolah mereka sebagai institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka

menggembleng seluruh tenaga guru dan pelajar-pelajar, diyakini matlamat menjadikan

sekolah cemerlang akan tercapai. Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk

meningkatkan tahap kecemerlangan bidang akademik di sekolah akan membolehkan guru-

guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur

dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk

menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan

dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar. Dalam

menjalankan penyeliaan di bilik darjah, Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang

cukup serta kemas kini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru Besar juga harus

mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-masalah pedagogi yang

timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengemukakan cadangan-

cadangan yang munasabah untuk membaiki kelemahan yang dikesan. Justeru, kebolehan

untuk berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk

mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1995) gaya Guru Besar

memainkan peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya,

sokongan, cara arahan dan penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan

pengajarannya. Ini adalah untuk mengelakkan wujudnya pertembungan antara guru besar dan

guru yang mana akan wujudkan ketidaksefahaman haluan antara mereka. Penyeliaan

pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu daripada tanggungjawab Pengetua atau

Guru Besar sesebuah sekolah. Menurut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran 3/1987, Guru

Besar dan pengetua perlu mengambil kira penyeliaan pengajaran dan pembelajaran sebagai
sebahagian daripada tugas kepimpinan yang penting (Adi Badiozaman, 2003). Menurut

Glanz (2005), pengetua sebagai pemimpin instruksional adalah bertanggungjawab untuk

meningkatkan amalan pengajaran di sekolah dan dengan itu perlu menjalankan penyeliaan

pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Definisi Penyeliaan Dalam konteks

pendidikan, pelbagai istilah berikut digunakan untuk penyeliaan: penyeliaan pengajaran

(instructional supervision), penyeliaan pendidikan (educational supervision), dan penyeliaan

pelajar (student supervision). Walau apa pun istilah yang digunakan, penyeliaan dalam

pendidikan mempunyai its central mission the facilitation of effective instruction (Bruce &

Grimsley, 1987). Definisi yang diberi oleh Glickman et al. (1998), juga menekankan bahawa

penyeliaan dalam konteks pendidikan adalah bertujuan mempertingkatkan keberkesanan

pengajaran. Mereka yang telah membuat tinjauan literatur tentang penyeliaan merumuskan,

Almost all writers agree that the primary focus in educational supervision is and should be

the improvement of teaching and learning. The term instructional supervision is widely

used in the literature to embody all efforts to those ends. (Glickman et al.,1998) Boardman et.

al., (1953: 3) menyatakan bahawa "to oversee, to superintend, or to guide and to stimulate the

activities of others with a view to their improvement" . Harris (1975) menyatakan penyeliaan

dalam pengajaran bermaksud segala tindakan yang diambil ke atas kakitangan dengan tujuan

melaksanakan atau membaiki proses pengajaran di sesebuah sekolah. Alfonso et. al.,(1980)

menyatakan konsep penyeliaan sebagai satu tingkah laku yang dipertanggungjawabkan

secara rasmi kepada seseorang yang mendatangkan kesan kepada guru untuk

mempertingkatkan lagi pembelajaran murid-murid dan seterusnya mencapai sesuatu

matlamat tertentu. Penyeliaan merupakan satu proses memerhati, membimbing dan memberi

maklum balas kepada aktiviti profesional oleh penyelia ke atas stafnya (Wan Mohd Zahid

Wan Mohd. Noordin, 1987). Ini di antara caranya yang dapat dilaksanakan untuk memastikan

keberkesanan perkhidmatan yang tinggi kualitinya. Jelas sekali penyeliaan bermakna


memberi tumpuan utama kepada kesan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak

pengurusan sesebuah organisasi ke atas stafnya merupakan satu perkhidmatan tidak langsung

untuk pelanggannya. Ibrahim Mamat (1993) menyatakan pula penyeliaan pendidikan

bermakna memberi pimpinan kepada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai

kesempurnaan dalam tugas mereka. Rabiah Sidin(1994) menjelaskan bahawa penyeliaan

sebagai membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Al

Ramaiah(1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan

membimbing guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua

fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar(2000) menyatakan bahawa penyeliaan

dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia

menjadi tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan

dianggap sebagai satu perkembangan bidang profesional pengurusan. Keseluruhannya, staf

profesional diamanahkan untuk melaksanakan tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang telah

dirancang dan ditetapkan. Jika staf profesional tidak diselia dan ianya melakukan kesilapan

tanpa menyedarinya. Kebiasaan akan terbentuk. Kebiasaan ini akan menjadi sebati dan

dianggap betul dan baik (Asnah, 1995) . Lama kelamaannya staf berkenaan akan berasa sukar

untuk membuat perubahan walaupun perubahan diperlukan. Oleh sebab itu, melakukan

proses penyeliaan, staf dapat dibimbing, dibantu supaya lebih imaginatif, kreatif dan inovatif

untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah peningkatan mutu pencapaiannya. Penyeliaan

merupakan suatu proses sistematik bermula dengan penyemakan terhadap buku rekod

mengajar guru, penyeliaan proses P & P, penyeliaan aktiviti ko-kurikulum dan semua

program yang dijalankan dengan menggunakan instrumen-instrumen penyeliaan yang

tertentu (Normah Daud, 2006). Penyeliaan merupakan suatu fungsi yang kritikal dalam

kepimpinan pengajaran guru. Glickman (1985) dan Duke (1987) dalam Faridah et al (2005)

menyifatkan penyeliaan sebagai the glue of a successful school. Penyeliaan pengajaran


(instructional supervision) merupakan kunci kepada keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah dan sekolah. Penyeliaan bertujuan untuk meningkatkan

perkembangan profesionalisme para guru. Ianya dapat memperbaiki dan memajukan lagi

kualiti pengajaran guru di samping membantu mengatasi kelemahan mereka (Faridah et al,

2005). Ponticelli dan Zepeda (2004) merujuk Goldhammer (1969) yang mendefinisikan

penyeliaan sebagai suatu proses untuk mengembangkan kesedaran kendiri (self-awareness)

dan kebebasan (independence) guru di samping memberikan semangat kerjasama untuk

meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Mereka juga merujuk kenyataan

Cogan (1978) yang menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks membangunkan guru

yang bertanggungjawab secara profesional di mana mereka mempunyai sikap mengarah

kendiri (self-directing), dan berkemampuan menganalisis pencapaian serta terbuka kepada

bantuan daripada orang lain. Latar Belakang Penulisan Terdapat pelbagai cara yang dilakukan

oleh pengetua dalam melaksanakan penyeliaan pengajaran ini. Menurut Ibrahim(1993),

terdapat 2 cara penyeliaan yang selalu diamalkan oleh pengetua iaitu (i) Cara Autokratik di

mana penyeliaan dilakukan untuk mengetahui sama ada arahan atau peraturan yang telah

diberi dipatuhi atau tidak. Guru yang banyak kesalahan mendapat laporan buruk, manakala

guru yang mengikut arahan mendapat laporan baik. Suasana antara guru di bawah pemimpin

autokratik adalah tertekan dan tegang. Kegembiraan bekerja tidak ada sama sekali. (ii) Cara

Demokratik di mana pengawasan dijalankan mengikut program kerja tertentu. Pengetua

memberi kepercayaan kepada semua guru sehingga masing-masing merasai diri mereka

dihargai dan kebolehan mereka diakui. Dia menjalankan penyeliaan dengan ikut bekerja

secara aktif, kadang-kadang di hadapan untuk menjadi teladan, kadang-kadang di tengah

untuk membangkitkan semangat dan kadang-kadang di belakang untuk memberi kebebasan

bekerja kepada guru-guru. Walaupun begitu terdapat halangan-halangan bagi pengetua yang

menggunakan cara demokratik terutama apabila terdapat guru-guru yang mementingkan diri
sendiri, yang mengira waktu, yang berupa tunggul mati, yang merasa dirinya sahaja yang

betul. Apa yang dapat mengatasi halangan-halangan tersebut ialah seorang pengetua yang

mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang sempurna, terutama kebijaksanaan dan kewibawaan

yang luar biasa. Beliau menambah, halangan-halangan berikut terdapat di sekolah dalam

usaha pengetua memastikan penyeliaan yang sempurna. Ibrahim Mamat melihat beberapa

pihak yang mempengaruhinya iaitu pengetua, guru-guru, pelajar, dan Kelengkapan dan

kemudahan di sekolah. Kajian oleh Pinckney dalam Boardman et.al.(1953) telah

mencadangkan penggunaan masa pengetua dalam aspek penyeliaan perlu ditingkatkan

daripada 25 % kepada 30% . Bagaimana pengetua-pengetua di Malaysia dalam hal yang

sama. Banyak masa yang digunakan oleh pengetua dijuruskan kepada pentadbiran bukannya

pengajaran. Boardman et. al.(1953) juga menggariskan bahawa terdapat beberapa faktor yang

menghalang usaha pengetua menjalankan penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas

seperti faktor pengetua itu sendiri, faktor sikap guru dan murid. Sementara itu, Ismail Abu

Talib (1986) menyatakan halangan-halangan tersebut terdiri daripada 3 faktor utama iaitu

kekangan masa dan beban tugas, perhubungan pengetua dengan staf yang diselia dan

kurangnya kemahiran dan keyakinan pengetua dalam menjalankan penyeliaan pengajaran-

pembelajaran. Sargiovanni(1995) dan Wan Mohd Zahid(1987) telah mengupas tentang

penyeliaan ini dari aspek Teori X dan Teori Y (Douglas McGregor) dan Teori 2 Faktor ( Teori

Motivator dan Hygiene) adalah penentu kepada penyeliaan pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut mereka, andaian Teori X yang bersifat lembut merupakan pendekatan penyeliaan

perhubungan manusia manakala andaian Teori Y merupakan pendekatan penyeliaan sumber

manusia. Lazimnya pengetua keliru di antara pendekatan yang digunakan sama ada human

relations dengan human resources dan kekeliruan ini menyebabkan penyeliaan yang

dilakukan kurang berkesan. Penyelia lazimnya menyetujui andaian Teori Y tetapi dalam

memperkatakan dalam amalan mereka sebenarnya menggunakan Teori X (human relations).


Dalam membicarakan Teori Motivator-Hygiene oleh Frederick Hergberg, Sargiovanni dan

Wan Mohd. Zahid telah menyatakan bahawa faktor Motivator adalah faktor yang menjadi

rangsangan dalaman iaitu faktor-faktor yang boleh membuatkan guru-guru bekerja lebih

daripada peraturan bekerja, namun ketiadaan faktor Motivator tidak akan menyebabkan

berlakunya perasaan tidak puas hati dan tidak pula menggugat peraturan bekerja . Faktor

Hygiene merupakan faktor luaran di mana keadaan-keadaan bekerja yang diperlukan oleh

guru-guru sebagai sebahagian daripada peraturan-peraturan bekerja. Ketiadaan faktor ini akan

menyebabkan guru berasa tidak puas hati dan ini akan menjejaskan performance mereka.

Penyelia-penyelia yang menggunakan kepuasan kerja untuk memotivasikan guru adalah

mempraktikkan pendekatan hubungan manusia. Pendekatan ini jarang-jarang berkesan.

Sebenarnya pendekatan hubungan manusia menekankan kepada faktor Hygiene. Sementara

itu, menurut satu kajian yang dijalankan di Selangor dalam Abdul Rahman (1987)

berpendapat penyeliaan kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Menurut laporan akhbar pada

tahun tersebut, guru-guru melalui persatuan perguruan akan mengadakan piket berhubung

cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan pengetua melakukan penyeliaan ke

atas semua guru. Bantahan secara terang-tenang dalam akhbar menunjukkan bahawa ramai

guru tidak suka mereka diselia kerana mereka beranggapan tindakan itu tidak profesional dan

menidakkan kebolehan mereka. Berbalik kepada kajian di Selangor, keseluruhannya didapati

aspek penyeliaan ini tidak diberi perhatian yang serius oleh kebanyakan pengetua dan guru

besar. Bilangan sekolah dan guru yang ramai memperlihatkan kadar kekerapan penyeliaan

yang sedikit sahaja. Apakah masalah sebenarnya kepada pengetua dan guru besar?

Berdasarkan kajian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada Nazaruddin Haji Mohd.

Jali, Kamariah Haji Abu Bakar, Sharifah Mohd Nor dan Lee Chong Nim yang bertajuk

"Penyeliaan Pendidikan : Kepimpinan Instruksi Guru Besar dan Pengetua" dalam Jurnal

Pendidikan, 1993 telah memfokuskan kajian mereka terhadap kepimpinan profesional. Guru
besar dan pengetua perlu memupuk pengajaran dan pembelajaran dengan merealisasikan

peranannya sebagai pemimpin instruksi (Instructional Leader) Penyelidikan mengenai

keberkesanan sekolah telah mengenal pasti kepimpinan instruksi sebagai faktor yang kritikal

untuk sekolah yang efektif (Wellisch, 1978). Benjamin (1980) telah merumuskan bahawa

guru besar dan pengetua yang efektif didapati menunjukkan ciri-ciri mengambil inisiatif

untuk menentukan matlamat dan prioriti sekolah, memainkan peranan sebagai pemimpin

instruksi dan bukan pemimpin pentadbiran sahaja, percaya bahawa Guru Besar dan guru

harus bertanggungjawab bersama ke atas pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran

asas, mudah dilihat dan senang dirunding oleh anggota sekolah, dan mengutamakan

kemajuan akademik pelajar sekolahnya. Sebagai pemimpin instruksi, pengetua perlu

mengetahui perkembangan kurikulum, keberkesanan pengajaran, penyeliaan klinikal,

perkembangan staf dan penilaian guru (Anserson,1987). Kepimpinan instruksi dapat dikesan

daripada tingkah laku pengurus instruksi yang dilakukan oleh seseorang guru besar atau

pengetua. Menurut Hallinger dan Murphy(1985), kepimpinan instruksi merujuk kepada tiga

dimensi dalam aktiviti-aktiviti kepimpinan pengetua untuk mentakrifkan matlamat sekolah,

menguruskan program-program pengajaran dan memupuk iklim pengajaran dan

pembelajaran yang baik di sekolah. Sekolah merupakan organisasi kompleks yang

memperlihatkan sistem autoriti formal dan birokrasi profesional. Oleh itu, pengetua

hendaklah menentukan aspek-aspek yang perlu dijadikan fokus bagi menggalakkan

pengajaran dan pembelajaran. Matlamat-matlamat tersebut hendaklah disampaikan untuk

pengetahuan seluruh anggota warga sekolah agar mereka mempunyai tekad untuk menuju

kepada pencapaian matlamat-matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai pemimpin instruksi,

pengetua melibatkan dalam penyeliaan dan penilaian pengajaran, penyelaras kurikulum dan

pengawasan kemajuan pelajar. Dalam negara kita, pengetua disarankan menggunakan 60%

daripada masa mereka untuk penyeliaan pengajaran. Di Amerika Syarikat, pengetua


meletakkan penyeliaan instruksi sebagai dimensi tugas yang utama. Iklim pengajaran

pembelajaran boleh dikelompokkan kepada iklim terbuka dan iklim tertutup. Pengetua harus

berusaha mewujudkan iklim terbuka di sekolah bagi membolehkan pencapaian objektif

sekolah yang tinggi. Likert (1961) menyatakan iklim merupakan proses pengurusan di dalam

sesebuah organisasi. Oleh itu, iklim sesebuah sekolah adalah bergantung kepada bagaimana

ia ditadbirkan. Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan iklim sekolah sebagai norma dan

sikap guru serta pelajar yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk

tujuan itu, pengetua perlu memastikan supaya masa yang digunakan untuk guru mengajar

tidak diganggu. Al Ramaiah(1997) menegaskan bahawa keperluan untuk kecemerlangan dan

kecekapan itu tidak dapat dipenuhi tanpa komitmen yang kukuh terhadap nilai perkembangan

staf. Oleh itu, pekerja perlu mengakui keperluan untuk memperkembangkan potensi diri

mereka sebelum sesuatu program perkembangan staf dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dalam kajian ini dapat diperhatikan kekerapan pengetua melaksanakan fungsi-fungsi

kepimpinan instruksi menurut persepsi guru-guru mereka dan tahap kepuasan guru terhadap

kepimpinan instruksi pengetua mereka. Kajian ini melibatkan sampel sebanyak 401 orang

guru dari 8 buah sekolah menengah dan 30 buah sekolah rendah di sebuah daerah dalam

negeri Selangor. Kajian menggunakan soal selidik yang diubahsuai dari "Principal

Instructional Management Rating Scale" oleh Hallinger dan Murphy (1987). Secara

keseluruhan, 25% daripada guru-guru sekolah menengah mempersepsikan pengetua mereka

selaku melakukan fungsi-fungsi kepimpinan instruksi. Dapatan kajian daripada ketiga-tiga

dimensi tersebut didapati fungsi pencerapan dan penilaian pengajaran sebagai fungsi yang

dilakukan dengan kekerapan yang paling tidak memuaskan. Guru-guru menyatakan mereka

diberitahu oleh pengetua tentang kebaikan atau kelemahan pengajaran selepas pencerapan

pengajaran adalah kurang daripada 15% sementara kurang 10% daripada guru-guru yang

mempersepsikan kebaikan atau kelemahan pengajaran mereka direkodkan pada borang


pencerapan. Dapatan untuk tahap kepuasan guru terhadap kepimpinan instruksi pengetua pula

memperlihatkan situasi guru-guru sekolah rendah dan menengah didapati mempersepsikan

pencerapan pengajaran tidak wajar dilakukan walaupun 80% daripada mereka memahami

tujuan-tujuan pencerapan pengajaran dalam bilik darjah. Kesimpulannya, pengetua haruslah

menimbulkan daya reka dan daya cipta guru mereka dalam pelaksanaan kurikulum melalui

kepimpinan instruksi yang berkesan. Dapatan ini dengan jelas menunjukkan bahawa hanya

25% daripada guru-guru sekolah menengah mempersepsikan pengetua mereka sebagai selalu

melakukan fungsi kepimpinan instruksi secara keseluruhan. Oleh itu, potensi pengetua

sebagai pemimpin instruksi masih perlu diperkembangkan lagi. Sebab-sebab kegagalan

pengetua dalam menjalankan beberapa fungsi kepimpinan instruksi perlulah diselidiki secara

mendalam oleh pihak-pihak atasan terutama Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran

Negeri. Tidak ketinggalan juga, menurut kajian ini aspek pencerapan pengajaran kurang

dilakukan oleh pengetua. Guru-guru dalam kajian ini didapati belum lagi menerima

pencerapan pengajaran daripada pengetua mereka. Pencerapan seperti yang dilakukan

sekarang tidak membantu kepada pencapaian kepuasan kendiri. Justeru itu, perlu

dimanfaatkan komunikasi yang berkesan di antara guru dengan pengetua. Menurut Broadwell

(1975) "sebagai supervisor, kita paling sering menyampaikan pesan-pesan yang seharusnya

menghasilkan sesuatu tindakan, merubah sesuatu atau pertalian dengan tindakan yang telah

dilaksanakan biarpun hanya untuk menyatakan bahawa hal itu betul atau salah". Dengan itu,

komunikasi yang berkesan akan dapat menyampaikan matlamat-matlamat dan memujuk

guru-guru untuk mengubah sikap dan tingkah laku mereka berhubung dengan pencerapan

pengajaran. Tujuan pencerapan pengajaran hendaklah diterangkan supaya ia tidak

menimbulkan keresahan dan merisaukan yang boleh menegangkan suasana pengajaran dan

menerima pencerapan sebagai aktiviti profesional tanpa perasaan ancaman dan konflik.

Menyedari kegagalan pengetua-pengetua dalam menjalankan tanggungjawab sewajarnya


berhubung dengan kepimpinan pengajaran, eloklah kita meninjau dengan lebih mendalam

apakah bentuk-bentuk kekangan atau halangan-halangan yang menjurus kepada kegagalan

tersebut terutama berhubung dengan kegagalan dalam penyeliaan pengajaran pembelajaran.

Seterusnya kita akan melihat saranan untuk menangani masalah tersebut secara sepintas lalu.

Tujuan Penyeliaan Penyeliaan haruslah membawa perubahan positif atau pembangunan diri

dan profesional dan pembaharuan diri pada guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya,

dan seterusnya pembelajaran murid-murid. Ia tidak seharusnya merupakan satu kerja untuk

memenuhi kehendak pihak atasan atau kehendak/arahan luar. Aspek pembangunan diri dan

profesional/self renewal meliputi: i. sense of purpose (komitmen, motivasi dan hala tuju). ii.

persepsi guru mengenai murid. iii. pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran. iv.

penguasaan teknik dan kemahiran mengajar. Dengan erti kata yang luas, penyeliaan bererti

segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha untuk memastikan segala tugas dalam sesebuah

organisasi berjalan dengan lancar dan menepati objektifnya. Dalam pengertian yang

tradisional ia mengandungi unsur 'kawalan' ke atas staf atau guru. Penyeliaan pengajaran

pembelajaran juga bertujuan mencari pemahaman dan jawapan kepada: i. Apa sebenarnya

berlaku dalam bilik darjah? ii. Apa guru dan murid sebenarnya lakukan? iii. Apa sebenarnya

hasil pembelajaran? iv. Apa sepatutnya berlaku dalam situasi bilik darjah apabila diambil kira

matlamat agenda pendidikan dan pengetahuan mengenai cara murid belajar dan memahami

struktur kandungan yang hendak diajar? v. Apa makna, sebenar proses (kejadian) dan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan pelajar? vi. Apa makna peribadi yang dibina oleh

pelajar tanpa mengira apa maksud guru? bagaimana pentafsiran pengurus dan guru mengenai

pengajaran berbeza? vii. Apa patut dilakukan untuk menghasilkan pemahaman mengenai

pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkan pembelajaran kepada guru dan pengurus?

Proses penyeliaan akan dapat: i. Membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya

pengajaran bertambah berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. ii.
Memastikan kurikulum rasmi dilaksanakan di bilik darjah seperti yang dikehendaki. iii.

Melihat dengan lebih dekat lagi dengan sebenar apa yang berlaku di dalam bilik darjah agar

kelemahan-kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-amalan yang baik dapat dikukuhkan. iv.

Memberi motivasi kepada guru apabila pengurus mengambil tahu tentang pengajarannya. v.

Memberi maklum balas kepada guru tentang status quo pengajarnya. viii. Menilai

prestasi/kemahiran mengajar guru. Bentuk-bentuk penyeliaan Terdapat beberapa bentuk

penyeliaan yang sentiasa di amalkan oleh seseorang pengurus iaitu: i. Penyeliaan

umum/Pentadbiran/maintenance. ii. Penyeliaan klinikal. iii. Person-to-person relationship. iv.

Teacher pre-conference. v. Classroom observation of teacher. vi. Analysis and interpretation

of what is observed. vii. Teacher post-conference. viii. A critique of the four steps (Morris

Cogen). ix. Penyeliaan berbeza (Differentiated). x. Penyeliaan rakan sejawat. xi. Penyeliaan

informal (secara tidak berstruktur, kerap, ringkas, dan pemerhatian informal). xii. Penyeliaan

pandu kendiri. xiii. Penyeliaan berasaskan inkuiri. Model dan Kaedah Terdapat tiga model

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran iaitu direktif, bukan-direktif dan kolaboratif

(Glickman, 1985 dalam Adi Badiozaman, 2003). Model kolaboratif merupakan suatu bentuk

penyeliaan yang menekankan kepada hubungan kerja bersama untuk mencapai keputusan

instruksional. Potensinya terletak kepada fakta bahawa Guru Besar dan guru dapat

bekerjasama untuk mengenal pasti kemahiran masing-masing di mana kemahiran dan

pengalaman, motivasi dan komitmen mereka bersama dapat digunakan untuk mencapai

matlamat jangka masa pendek dan panjang sekolah. Penyeliaan klinikal merupakan salah satu

daripada penyeliaan kolaboratif di mana Goldhammer et. al., (1993) dalam Adi Badiozaman

(2003) menyatakan bahawa penyeliaan bentuk ini dapat memberikan data daripada

pemerhatian terus terhadap pengajaran yang dijalankan atau lain-lain peristiwa profesional

dan melibatkan interaksi bersemuka dan lain-lain interaksi antara pemerhati dan individu

yang diperhatikan semasa dalam proses menganalisis sikap dan aktiviti profesional yang
dicerap untuk mendefinisikan atau membangunkan langkah seterusnya ke arah pencapaian

lebih baik. Penyeliaan klinikal merupakan suatu proses penyeliaan yang melibatkan beberapa

aktiviti seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian,

penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.

Pada amnya, terdapat lima langkah dalam penyeliaan klinikal iaitu: pra-pemerhatian (pra-

konferensi), pemerhatian, analisis, Paska pemerhatian (pos-konferensi) dan penilaian. Glanz

(2005) pula menggunakan kaedah kajian tindakan untuk menyelia pengajaran dan

pembelajaran. Kajian tindakan dapat menggalakkan guru untuk merefleks, memperhalus dan

memperbaiki pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan kajian tindakan sebagai

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu yang baru. Kajian Perlaksanaan

Penggunaan model penyeliaan klinikal digunakan dalam pelbagai konteks. Salah satu

daripadanya diterangkan dalam Adi Badiozaman (2003) di mana ianya digunakan sebagai

model mentoring untuk sekolah rendah di kawasan luar bandar negeri Sarawak oleh Guru

Besar sekolah berkenaan. Model yang sama juga telah dirujuk oleh Normah Daud (2006)

dalam kajiannya tentang kepimpinan instruksional sebagai pembudayaan kecemerlangan di

Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Faridah et, al., (2005) juga telah

menggunakan model penyeliaan klinikal dalam kajiannya terhadap kesan penyeliaan pihak

pengurusan terhadap kecemerlangan kerja guru di SM Teknik Kluang. Selain dari itu,

Boardman et, al., (1993) juga merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Pinckney yang

menggunakan teknik penyeliaan sebagai sebahagian daripada dimensi tugas pentadbiran dan

dianggap sebagai satu perkembangan profesional bidang pengurusan. Ianya menunjukkan

bahawa penyeliaan adalah penting untuk memberikan kesan kepada guru supaya

mempertingkatkan lagi mutu pengajarannya dan seterusnya mempercepatkan pencapaian

matlamat yang telah ditetapkan. Glanz (2005) menerangkan bagaimana kajian tindakan

digunakan untuk menyelia pengajaran dan pembelajaran dalam dua kajian kes yang
melibatkan penyeliaan seorang guru dan juga penyeliaan dalam bentuk pendekatan pasukan.

Contoh instrumen kajian untuk penyeliaan klinikal diberikan dalam Faridah et, al., (2005) di

mana soal selidik jenis tertutup digunakan. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua kategori

iaitu Kategori A (Aspek demografi responden) dan Kategori B (Penilaian terhadap 5 aspek

pengajaran dan pembelajaran) . Aspek 1 berkaitan dengan 4 perancangan P & P; Aspek 2

menyentuh tentang pelaksanaan P & P; Aspek 3 tentang profesionalisme guru; Aspek 4

tentang penyeliaan nota/latihan; dan Aspek 5 tentang sikap dan sahsiah guru. Di dalam Glanz

(2005), empat instrumen kajian digunakan iaitu Ujian Pencapaian Penulisan Piawai

(Standardized Writing Achievement Test), Portfolio Penulisan, Peperiksaan Bulanan yang

disediakan Guru (Monthly teacher-made exams) dan Kaji selidik Pelajar (Student Surveys).

Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, dengan penulisan dan

amalan Cogan (1973) dan Goldhammer (1969). Mereka mula-mula mengutarakan idea

bahawa pengajaran guru boleh dipertingkatkan dengan bantuan penyeliaan melalui kegiatan-

kegiatan terancang, iaitu dirancang khusus untuk merawat kelemahan-kelemahan dalam

pengajaran guru yang telah dikenal pasti setelah mereka diperhatikan semasa menjalankan

pengajaran mereka. Ianya boleh dikatakan sebagai proses pembetulan. Fokus penyeliaan

klinikal ialah kepada teknik pengajaran dan tidak secara langsung kepada pengurusan

sekolah. Titik permulaan proses ialah data yang konkrit yang didapati melalui pemerhatian

semasa guru benar-benar menjalankan pengajaran dan bukannya teori tentang apa yang

sepatutnya dijalankan. Dapat disimpulkan bahawa penyeliaan klinikal adalah satu program

khusus yang dirancang dan berkisar di sekitar perbincangan antara Guru Besar dan guru

berkenaan berasaskan kepada pemerhatian yang dijalankan dan maklum balas disampaikan

kepada guru mengenai kekuatan dan kelemahan pengajaran yang telah mereka dijalankan.

Diharapkan jika ianya kekuatan ianya dapat diteruskan dan jika ianya kelemahan ianya harus

segera diperbaiki atau dipertingkatkan. Program penyeliaan klinikal mengambil rupa bentuk
satu putaran kegiatan seperti mana yang diperkenalkan oleh Cogan (1973) dan Goldhammer

(1969) dalam kertas kerja Dr. Rahimah Haji Ahmad (1986) mengatakan ianya terdiri dari

lapan langkah. Langkah 1 : Perkenalan. Langkah ini memulakan hubungan antara penyelia

dan guru berkenaan. Pertemuan ini dirancang untuk mengurangkan keraguan di antara

penyelia dan guru, dan menjelaskan rol serta fungsi hubungan yang diperlukan dengan cara

memahami tujuan-tujuan dan erti penyeliaan klinikal itu. Langkah 2 : Perancangan Pelajaran.

Penyelia bersama guru merancang pelajaran yang akan diperhatikan, iaitu menetapkan

objektif, menyenaraikan langkah-langkah pengajaran serta hasil yang diharapkan, baik dari

segi pembelajaran murid mahupun kemahiran guru. Perancangan ini meliputi juga strategi

pengajaran yang akan dijalankan oleh guru. Langkah 3 : Perancangan Pemerhatian. Guru dan

penyelia merancang strategi pemerhatian yang hendak dijalankan. Ini meliputi kegiatan-

kegiatan yang akan difokuskan, teknik pengajaran dan sebagainya, juga bagaimana

pemerhatian itu akan direkodkan ataupun bagaimana data akan dikutip. Langkah 4 :

Pemerhatian. Langkah ini amat penting. Penyelia menjalankan pemerhatian terhadap guru

yang menjalankan pengajarannya dengan menggunakan segala yang dipersetujui dalam

langkah 2 dan 3 tadi sebagai kayu pengukur. Langkah 5 : Analisis. Penyelia dan guru sama

ada secara bersama atau bersendirian, menganalisis semua events dalam pengajaran yang

terlibat. Tujuan langkah ini ialah menetapkan pola-pola tingkah laku guru semasa

menjalankan pengajaran serta juga melihat events yang bermakna dalam pengajaran.

Langkah 6. Perancangan Strategi Perbincangan. Langkah ini biasanya melibatkan penyelia

merancang tarikh perbincangan dan apakah hendak dibincangkan mengenai pengajaran yang

diperhatikan, seperti objektif dan proses perbincangan itu. Langkah ini akan menetapkan

persetujuan mengenai strategi perbincangan dan mempengaruhi corak hubungan. Langkah ini

juga menentukan tahap persefahaman yang dapat dihasilkan semasa perbincangan nanti.

Langkah 7. Perbincangan dan Maklum balas. Kebiasaannya penyelia dan guru bersama
menganggap diri masing-masing sebagai peserta menganalisis proses pengajaran-

pembelajaran yang telah diperhatikan dalam Langkah 4. Di sini apa yang berlaku ialah

penentuan kelemahan dan kekuatan dan kedua-dua pihak mendapat maklum balas dan

diharapkan memahami di antara satu sama lain. Langkah 8. Penilaian dan Perancangan

Semula. Setelah penyelia dan guru menetapkan apakah perkara-perkara yang perlu diberi

perhatian dan perubahan yang perlu dibuat. Memulakan putaran baru dengan objektif baru

dan pengubahsuaian yang diperlukan. Secara kasar dapat dikatakan putaran penyeliaan

klinikal ini mempunyai tiga fasa yang utama, berfokuskan pemerhatian yang menjadi bahan

perbincangan iaitu fasa yang terpenting, fasa sebelum pemerhatian, fasa semasa pemerhatian

dan fasa selepas pemerhatian. Penutup Penyeliaan dapat disimpulkan sebagai suatu tugas atau

tanggungjawab rutin tetapi penting bagi seorang pemimpin sekolah sama ada Guru Besar

ataupun pengetua. Penyeliaan berkesan yang melibatkan kerjasama dan hubungan antara

Guru Besar dan guru-guru dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik sekolah mahupun di sekolah. Penyeliaan pengajaran dan

pembelajaran mempunyai pelbagai teknik dan model tetapi pada hakikatnya, model

penyeliaan kolaboratif yang berlandaskan kepada model klinikal dapat membantu

meningkatkan keberkesanan sekolah khususnya sekolah bersaiz kecil dan yang telah

menunjukkan terdapatnya hubungan mesra antara Guru Besar dan guru-gurunya. Mengikut

teori, manusia mempunyai keperluan terhadap sesuatu objek. Bagi Maslow (1968) tatatingkat

keperluan seseorang yang berada pada aras paling rendah dan mesti dipenuhi dengan

keperluan fisiologi seperti makan, minum, udara untuk pernafasan, waktu bekerja, waktu

rehat, seks dan sebagainya. Manakala tatatingkat kedua ialah keperluan keselamatan iaitu

menjamin perlindungan dan kesejahteraan untuk terus hidup. Keperluan tatatingkat yang

ketiga adalah bersosial. Keperluan ini bermakna manusia itu akan kesunyian jika mereka

tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi serta memainkan peranan tertentu dalam institusi
sosial yang diwakilinya. Tatatingkat yang keempat adalah penghargaan diri. Di sini mereka

menaruh harapan untuk disanjung, dihormati dan dipuji iaitu keperluan yang lebih selesa

untuk memenuhi cita rasa individu. Akhir sekali keperluan tertinggi adalah untuk

mendapatkan tempat kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun tatatingkat kesempurnaan diri

berbeza dari individu dengan dan sebagainya. Manakala tatatingkat kedua ialah keperluan

keselamatan iaitu menjamin perlindungan dan kesejahteraan untuk terus hidup. Keperluan

tatatingkat yang ketiga adalah bersosial. Keperluan ini bermakna manusia itu akan kesunyian

jika mereka tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi serta memainkan peranan tertentu

dalam institusi sosial yang diwakilinya. Tatatingkat yang keempat adalah penghargaan diri.

Di sini mereka menaruh harapan untuk disanjung, dihormati dan dipuji iaitu keperluan yang

lebih selesa untuk memenuhi cita rasa individu. Akhir sekali keperluan tertinggi adalah untuk

mendapatkan tempat kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun tatatingkat kesempurnaan diri

berbeza dari individu dengan individu yang lain iaitu bergantung kepada mind setting dan

tanggapan seseorang. Bagi pengkaji keseluruhan teori Maslow menggambarkan keperluan

seseorang memerlukan penglibatan secara aktif. Sehubungan ini mengikut Covey (1989)

penglibatan seseorang untuk memenuhi tuntutan keperluan yang memaksa mereka berada

dalam keadaan komited dan jika tiada penglibatan maka komitmen tidak mungkin wujud.

Keperihalan ini menggambarkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara penglibatan,

komitmen dan motivasi. Dalam masa yang sama juga komitmen terhasil dari penglibatan

seseorang dan ianya bertindak sebagai pemangkin di dalam proses perubahan keperluan.

Dengan ini teori keperluan Maslow (1968) terbukti saling bergantung di antara satu sama lain

dengan komitmen seseorang. Teori keperluan ini amat sesuai dijadikan alat ukur untuk

menentukan tahap komitmen kerja guru pelatih terhadap penglibatan mereka dalam profesion

keguruan. Dalam penulisan Sergiovanni (1976) yang bertajuk Human Resources

Supervision ada membincangkan bahawa guru adalah individu yang berpotensi dan
berkemampuan untuk berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif sebagaimana

yang dijelaskan dalam teori Y McGregor. Implikasi dari teori ini dalam proses penyeliaan

pengajaran guru, banyak membantu mereka ke arah terlaksananya hasrat dan cita-cita

Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya proses pencerapan klinikal yang melibatkan

prakonferen, pemerhatian dan poskonferen banyak membantu guru-guru mempertingkatkan

kemahiran profesional keguruan. Mereka percaya guru-guru dapat menerima teguran dan

lebih bersifat keterbukaan seperti mana yang dibincangkan oleh Covey (1991) dalam

penulisan yang bertajuk Principle Centered Leadership. Oleh itu pendekatan teori Y

sepatutnya didukung oleh pentadbir sekolah. Ianya merupakan satu stail kepimpinan yang

dapat membantu proses pengajaran guru yang lebih berkesan dan berwawasan. Penyeliaan

atau pencerapan dalam konteks pendidikan bertujuan untuk membangunkan perkembangan

psikologi manusia ke arah meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Terdapat tiga teori

penyeliaan yang akan dibincangkan iaitu teori Penyeliaan Tradisional, teori Penyeliaan

Humanistik dan teori gabungan antara Tradisional dan Humanistik yang dikenali sebagai

Penyeliaan Saintifik Moden. Teori Penyeliaan Tradisional di zaman Lucio (1967) mempunyai

kebaikan dan kelemahan tersendiri. Teori ini menekankan kepada penyeliaan terhadap

keseluruhan tugas guru supaya pengajaran yang berkesan dapat dihasilkan. Teori ini

menganggapkan kaum guru sebagai golongan yang perlu dikawal rapi. Teori Tradisional

memerlukan guru-guru diselia dan dicerap secara regular untuk memastikan prestasi

pengajaran berkualiti dan seterusnya menghasilkan pencapaian akademik pelajar yang tinggi.

Teori Penyeliaan Humanistik lebih mementingkan hubungan baik antara penyelia dan guru

yang diselia. Keadaan ini dipercayai dapat mewujudkan rasa kepuasan kerja dan komitmen

yang tinggi di kalangan guru-guru. Ahli-ahli teori ini menaruh kepercayaan penuh kepada

guru kerana mereka melabelkan kaum guru dalam golongan profesional yang telah tamat

mengikuti kursus-kursus keguruan (Gordon et. al., 1983). Bagi pengkaji kelemahan yang
ketara pada teori ini adalah kerana manusia itu tidak sempurna mereka perlu diberi peringatan

dan perhatian dari masa ke semasa. Teori Penyeliaan Saintifik Moden memberi tumpuan

kepada konsep keterampilan dan peningkatan ke arah mencapai kecemerlangan pengajaran

guru. Di samping itu implikasi teori ini dapat mencungkil keperluan motivasi, kepuasan dan

komitmen dari segi pengiktirafan, pujian dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis.

Ianya juga merupakan penggemblengan daya usaha serta menggalakkan komunikasi dua hala

(Hussin, 1992). Penyeliaan mengikut teori Penyeliaan Saintifik Moden lebih bersifat

membantu dan membimbing dan diharap dapat melahirkan guru yang iltizam dan cemerlang

serta dapat melahirkan anak didik yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara (Pusat

Perkembangan Kurikulum,1990)

Anda mungkin juga menyukai