Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL


2 Semester 2 -2013/2014


TAJUK UJIKAJI 10: PROJEK LITAR 7 LED STEPS LIGHT
BBL 20503-KEMAHIRAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
NAMA PENSYARAH :SITI IDZURA BT YUSUF
LAPORAN AMALI MAKMAL
TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR :ZURINA BT ZAHARI
NO.MATRIKS : DB110737
OBJEKTIF AM:
1. Melakukan kerja amali Projek Litar 7 Led Steps Light mengikut proses yang
betul
2. Menggunakan alatan tangan yang betul dalam proses Amali Projek Litar 7 Led
Steps Light
3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk menyiapkan proses amali.

OBJEKTIF KHUSUS:
1. Mengetahui proses etching
2. Mengetahui proses drilling
3. Mengetahui proses pematerian
4. Memasang komponen pada Litar PCB
5. Menguji litar PCB

PENGENALAN:
Projek Litar 7 Led Steps Light merupakan projek elektronik yang memerlukan
kemahiran membaca dan memahami lukisan skematik dan menyediakan litar pada PCB(
Printed Circuit Board ). Lukisan skematik ialah lukisan yang dilukis menggunakan simbol
komponen dan memindahkan hasil baca pada litar PCB. Litar PCB yang dihasilkan untuk
projek ini memerlukahan kita memindahkan lukisan skematik pada PCB dengan cara
melukisan dengan menggunakan permanent marker diatas PCB. Setelah PCB dilukis
dengan litar proses etching dilakukan untuk menimbul litar yang dilukis dipermukaan
PCB. Ketelitian untuk menghasilkan litar pada PCB perlu untuk menghasilkan lukisan
yang dilukis sempurna
Sebarang kesilapan membuat membuat garisan pada PCB perlu dielakkan untuk
memastikan projek yang dihasilkan kelak berfungsi. Selepas proses etching selesai, PCB
yang dicelup dalam larutan diangkat dan dilapkan. Kemudian proses menanggalkan
garisan permanent markel dengan larutan thinner dengan cara menggosokkannya. .Setelah
garisan litar terhasil pada PCB proses menebuk lubang pada litar dilakukan . Proses ini
dilakukan untuk membolehkan kaki komponen dipasang. Setelah kaki komponen
dipasang, kerja pematerian dilakukan.

PROSES -AMALI PROJEK LITAR 7 LED STEPS LIGHT
1. Melihat dan memahami gambarajah litar
Bahan yang diperlukan
Maklumat yang diberi dalam litar



Rajah: Litar skematik





2. Senarai bahan komponen elektronik


BIL

NAMA BAHAN

KETERANGAN

1 Kapasitor (50v)



-Berfungsi untuk menyimpan dan
membuang cas

-Keupayaan kapasitor untuk menyimpan
cas elektrik ini disebut kapasitan
2. LED



-Diod pemancar cahaya adalah diod yang
boleh menyala apabila arus elektrik
mengalir melaluinya.
-L.E.D adalah singkatan bagi Light
Emitting Diod

3. Suis




-Suis tekan On/Off

-Berfungsi membuka dan menutup litar
4. Perintang boleh laras



-Perintang boleh laras, juga dipanggil
potentiometer mempunyai nilai rintangan
yang boleh diubah dari kosong sehingga
maksimum mengikut nilainya.

5. Perintang Tetap
-Perintang 1.5 kilo ohm
-Perintang 510 ohm


-Perintang ataupun resistor dalam Bahasa
Inggeris adalah komponen yang memberi
rintangan terhadap aliran arus dan
menghasilkan voltan susut merentasinya
-Perintang tetap mempunyai nilai rintangan
yang tidak boleh diubah
-Nilai perintang diukur dalam unit ohm.
6. IC 555


-Pada dasarnya aplikasi utama IC NE555
ini digunakan sebagai Timer (Pewaktu)
dengan operasi rangkaian monostable dan
Pulse Generator (Pembangkit Pulsa) dengan
operasi rangkaian astable. Selain itu, dapat
juga digunakan sebagai Time Delay
Generator dan Sequential Timing.
7. Kapasitor Tanpa Kutub


-Mempunyai 2 kaki yang tidak mempunyai
kekutuban
-Bersaiz kecil dan menyimpan cas elektrik
yang sedikit
-Contoh kapasitor tanpa kutub ialah
kapasitor seramik dan kapasitor mika

8. IC 4015




-Terdiri daripada beberapa komponen
elektronik yang membentuk satu litar
lengkap atau separa lengkap dalam satu
pakej yang kecil
-Fungsinya adalah untuk mengecilkan saiz
litar yang kompleks supaya dapat
menjimatkan ruang
9 Bateri 9 Volt



-Sumber bekalan kuasa
10. Multimeter Analog




-Menguji keterusan litar


3. Peralatan yang digunakan

BIL.

NAMA ALAT

KETERANGAN

1. Drilling machine


-Menebuk lubang pada PCB (Printed
Circuit Board )
2. Playar Pemotong Sisi
-Memotong dan menjalur wayar

3. Penjalur wayar spring







-Menjalur dan memotong wayar
4. Pemateri





-Digunakan untuk mencairkan bahan
pateri
5. Pemegang Alat Pemateri





-Digunakan untuk memegang alat
pemateri

yang panas
6 Pemegang Bod Litar



-Digunakan untuk memegang bod litar
yang mengandungi komponen untuk
dipateri
7 Penyedut Bahan Pateri


-Digunakan untuk menyedut bahan
pematerian ketika kerja-kerja
pembetulan litar dilakukan
8. Fluks(Bahan lakur )







Berfungsi untuk mencegah terjadinya
oksida pada permukaan logam bod litar
yang dipaterikan, membersihkan logam
bod litar yang hendak dipateri dan
memudahkan pateri yang cair mengalir .










4. Langkah Kerja

Langkah 1






-Dapatkan bahan projek ( Litar PCB, Kertas las
dan Kertas karbon

-Permukaan litar PCB digosok dengan kertas las
-Kertas karbon digunakan untuk menekatkan
gambar litar

Langkah 2





-Dapatkan litar skematik

-Tekapkan gambar litar dengan kertas karbon
pada litar PCB


-Hitamkan garisan litar yang ditekap dengan
menggunakan permanent marker

-Pastikan garisan dihitamkan mengikut garisan
litar yang dibekalkan dengan teliti







Langkah 3







-Etching litar PCB beberapa minit dalam
larutan.
-Lihat semula litar PCB yang direndam,lapkan
dengan kain kering
-Jika garisan putus, PCB dilapkan dan
dihitamkan dengan permanent marker sekali
lagi dan diremdamkan dalam larutan
-Selepas proses etching berjaya dibuat, PCB
dilapkan dengan larutan thiner untuk
menanggalkan garisan permanent marker
dengan menggosok dipermukaan PCB.










Langkah 4






--Proses menebuk lubang pada Litar PCB
dengan menggunakan drilling machine.

-Proses ini dilakukan untuk membolehkan
komponen dipasang pada litar PCB

-Proses ini dilakukan dengan penuh hati-hati
untuk memastikan proses penebukan lubang
dilakukan dengan kemas


Langkah 5








-Pemasangan kaki komponen pada PCB
berpandukan litar skematik
-Pemasangan kaki komponen mestilah
mengambil kira kekutuban kaki komponen











Langkah 6





-Setelah semua kaki komponen dipasang dilitar
PCB , Kerja pematerian dilakukan.

-Pematerian dilakukan supaya proses
sambungan atau cantuman kaki komponen dan
litar PCB kekal.

-Pastikan bahan pateri yang digunakan tidak
memasuki garisan litar yang lain

-Pastikan kaki komponen dan tamatan dipateri
dengan kemas




Langkah 7








-Kaki komponen yang siap dipateri dilitar PCB

-Setelah ujian litar dengan menggunakan bateri
9v, litar yang dipasang tidak dapat berfungsi
disebabkan masalah pada litar yang terputus

-Semasa proses penebukan litar PCB, jarak
antara lubang yang jauh menyukarkan untuk
kaki IC memasuki dengan tepat.



5. Langkah Keselamatan

1. Memakai kasut getah keselamatan di dalam bengkel.
2. Gunakan alatan yang betul untuk tugasan tertentu
3. Simpan alat di tempat yang betul selepas digunakan
4. Bersihkan bengkel selepas digunakan
5. Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum meningglkan bengkel
6. Pastikan tangan tidak basah semasa mengendalikan alatan elektrik
7. Jangan terlalu membebankan litar elektrik dengan menyambung banyak
perkakas elektrik dalam satu soket


KESIMPULAN:
Proses membuat Projek Litar 7 LED Steps Light merupakan satu proses yang
mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Untuk menghasilkan litar projek, kerja
memindahkan litar skematik pada litar PCB dengan cara menekap gambar litar pada PCB.
Litar yang ditekap dihitamkan dengan satu lapisan menggunakan permanent marker pada
litar PCB. Setelah memastikan semua garisan telah dihitamkan., Proses etching dilakukan,
untuk memastikan lapisan logam yang tidak diperlukan dibuang. Proses ini mengambil
masa, untuk menghilangkan lapisan logam. Litar PCB yang siap etching dilapkan dan
kemudian digosok dengan thiner untuk menghilangkan permanent marker. Litar PCB
melalui proses menebuk lubang. Kerja pemasangan komponen dilakukan dan kemudian
kaki komponen dipateri.

Proses membuat projek , memerlukan kemahiran membaca litar skematik dan
mengenal kekutuban kaki komponen dan kemahiran mengguna alat pematerian.
Kemahiran ini mestilah dikuasai untuk mendapat hasil kerja yang baik dan projek yang
dihasilkan berfungsi.

Melalui projek ini secara tidak langsung kami mendapat pengetahuan bagaimana
proses etching dilakukan. Di sekolah litar PCB yang digunakan oleh pelajar telah siap
ditebuk lubangnya. Kami puas walaupun hasil kerja tidak berfungsi disebabkan masalah
pemasangan IC, tetapi kerja pemasangan komponen dan kerja pematerian kami lakukan
dengan baik
















Rujukan

1.


.

Anda mungkin juga menyukai