Anda di halaman 1dari 49

Kepiawaian Simbol Grafik ASA & DIN

• Simbol grafik elektronik dilukis mengikut


persetujuan kepiawaian antarabangsa.
• Hal ini supaya setiap simbol grafik boleh
ditafsirkan oleh setiap orang yang
berpengetahuan dalam bidang elektronik.
• Simbol grafik elektronik boleh dilukis
mengikut kepiawaian antarabangsa yang telah
ditetapkan dan diiktiraf oleh Pesuruhjaya
Elektroteknik Antarabangsa.
• Terdapat 2 jenis kepiawaian :
a. Kepiawaian ASA atau ANSI (America National
Standard Institute)
b. Kepiawaian DIN (Data International Standard)
Simbol grafik mengikut kepiawaian
ASA
Simbol grafik mengikut kepiawaian DIN
Litar Skematik
• Litar penyambungan simbol piawai komponen
elektronik yang disusun atur dan
disambungkan mengikut fungsi kendalian litar
lengkap.
• Butiran dalam lukisan skematik:
i. Susun atur komponen
ii. Penyesuaian saiz komponen dan melabel
iii. Corak pendawaian litar
Contoh susun atur komponen
Contoh kesesuaian saiz komponen
Contoh corak pendawaian litar
Litar Bergambar
• Lukisan sebenar kedudukan komponen
elektronik tersebut dipasang.
• Lukisan ini dapat membantu seseorang
memahami penyambungan litar tersebut.
Litar tercetak

• Litar papan tercetak elektronik merupakan


papan yang menempatkan komponen
elektronik samada dalam bentuk simbol atau
gambaran sebenar dan jalur-jalur kumprum
yang akan menghubungkan antara satu
komponen dengan komponen yang lain.
• Rajah papan tercetak mengandungi:
i. Lebar jalur pengalir
ii. Saiz tamatan bergantung kepada saiz kaki
komponen.
Langkah Menterjemah Lukisan
Bercetak
1. Sediakan papan litar bercetak berukuran
120mm x 80mm .
2. Tandakan jarak kaki komponen dengan
menggunakan komponen asal di atas kertas
graf.
3. Pindahkan kedudukan kaki komponen yang
telah ditanda ke permukaan lapisan kuprum
papan litar bercetak.
4. Dengan menggunakan pensil, lukiskan talian
pengalir yang ingin disambung di atas papan
tercetak tersebut.
Litar penguat audio
• Terbahagi kepada 2 bahagaian:
• 1. pra penguat audio
• 2. penguat audio kuasa
Jenis gandingan
• Penguat frekuensi audio mempunyai beberapa
jenis pengganding yang menggandingkan
isyarat audio dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lain antaranya :
1. Pengganding RC
2. Pengganding pengubah
3. Pengganding terus
Pra penguat audio
• Fungsi:
– Menguatkan isyarat audio dari peranti masukan
audio.
– Memadankan galangan antara peranti masukan
dan penguat frekuensi audio, juga dipanggil
sebagai penguat pemacu atau penguat voltan.
– Menghadkan nisbah hingar isyarat
Kawalan Nada
• Dalam litar pra penguat terdapat litar kawalan
nada iaitu kawalan yang berfungsi untuk
mengawal lengkung sambutan frekuensi bagi
penguat.
• Kawalan-kawalan itu adalah kawalan:
• treble
• bass
• bahana
• Treeble - kawalan audio frekuensi tinggi yang
mengandungi litar penapis lulus tinggi.
• Bass - kawalan audio frekuensi rendah yang
mengandungi litar penapis lulus rendah.
• Bahana - kawalan audio keseluruhan iaitu
meninggi atau merendahkan amplitude isyarat
audio.
• Transistor Q - sebagai pra penguat
Penguat audio kuasa
• Berfungsi sebagai penguat isyarat besar iaitu
menguatkan isyarat audio yang akan memacu
pembesar suara di bahagian keluaran penguat
audio.
Pengayun
• Pengayun adalah peranti yang boleh
menukarkan voltan AT kepada voltan AU tanpa
apa-apa sumber luar pada frekuensi yang
tertentu .
• Sumber penjanaan isyarat yang asas bagi
pelbagai aplikasi dalam litar elektronik.
Pengayun

Pengayun
harmonik – Pengayun buka
gelombang harmonik –
sinus gelombang segi
empat,segi tiga
Peringkat asas litar pengayun

Litar
Suap balik
Penguat penjanaan
positif
frekuensi
Penguat - Dijana dengan bekalan kuasa arus
terus untuk menghasilkan keluaran.
Suapbalik - Keadaan dimana sebahagian
daripada isyarat keluaran dibekalkan semula ke
bahagian masukan.
Litar penjanaan frekuensi – Bahagian kawalan
yang memastikan ayunan.
Penerus
• Penerus ialah alat elektrik yang menukar arus
ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) di mana
proses itu dikenali sebagai penerusan.
• Kegunaan penerus termasuklah sebagai
komponen kepada bekalan kuasa dan sebagai
pengesan isyarat radio.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai