Anda di halaman 1dari 2

eSarana atau sarana membawa erti (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya

untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. – Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Maksud sarana ibubapa ialah suatu alat untuk digunakan oleh ibubapa bagi membangunkan, memantap
dan memperkasa penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak. Definisi sarana sekolah pula ialah
alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan komuniti
bagi tujuan menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajarana murid.

eSarana dan Apa itu KSIB dan PIBK

KSIB atau lebih tepat disebut sebagai Kumpulan Sokongan Ibubapa di Sekolah yang
berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikan bagi merapatkan hubungan antara ibu
bapa, murid, sekolah, alumni, komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka memastikan
penglibatan KSIB dalam membantu merealisasikan anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia PPPM 2013 – 2025. Iaitu bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas berpandukan perlembagaan PIBG yang sedia ada.

Menurut sistem guru online, PIBK pula disebut sebagai Penglibatan Ibu Bapa Komuniti di
sekolah. Penglibatan ibu bapa merupakan satu keadaan dimana ibubapa dapat berhubung dengan
kakitangan sekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk
memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk
menggalakkan ibubapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing.

Rasional Permuafakatan Ibubapa dan Guru

 Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam keberkesanan pendidikan kanak –
kanak. Guru bertugas mendidik di sekolah dan merangkumi masa selama tiga atau empat
jam di pusat prasekolah, sedangkan ibu bapa/keluarga bergaul lebih lama dan rapat untuk
mencorak kanak-kanak.
 Pengalaman atau idea yang disemaikan di sekolah boleh dikukuhkan oleh keadaan di
rumah atau sebaliknya.
 Penglibatan ibu bapa dalam berbagai aktiviti menunjukkan komitmen yang baik ke atas
segala keputusan yang dicapai bersama.
 Membolehkan kanak-kanak mendapat faedah yang optimum di atas segala proses
pengajaran dan pembelajaran mereka kerana mendapat sokongan dari kedua belah pihak.
 Hubungan komunikasi yang erat diantara ibubapa dan guru membentuk perasaan
bertanggungjawab yang sewajarnya dipihak ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak
mereka.
Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses :

 Pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu
(para profesional) dalam komuniti.
 Proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang dan
memerlukan kerjasama setiap ahli.
 Satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam
membuat keputusan bersama.

Anda mungkin juga menyukai