Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Dan Kepentingan Menjaga

Kesihatan Dan Kebersihan Diri


Isi-isi pentingmeningkatkan produktiviti kehidupan
-menghindari penyakit dan masalah kesihatan
-mendisiplinkan diri
-menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik
-mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang
-memupuk perpaduan
Contoh Karangan Kepentingan Menjaga
Kesihatan Dan Kebersihan Diri
-Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun
disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai masalah kesihatan dan
penyakit berjangkit yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat
domestik dan antarabangsa. Polemik ini boleh dikurangkan dengan
mengamalkan dua perkara asas iaitu menjaga kesihatan dan kebersihan
diri. Amalan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi ia
merupakan kunci utama dalam memastikan kelansungan hidup seseorang
pada ketika ini. Kita sering kali digalakkan untuk bersenam, bersukan,
membasuh tangan dan bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.
Oleh itu, wajar untuk kita mengetahui apakah kepentingan mengamalkan
aktiviti tersebut demi menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
Isi 1
Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada
pada tahap yang tinggi kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kehidupan
seseorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita
mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung
membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah dapat
memberikan fokus pada pelajaran mereka dan pekerja professional boleh
menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas masingmasing.
Setiap pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran
ekologi yang berlaku dengan semula jadi. Justeru, kesihatan dan
kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam setiap perkara
untuk dikecapi.
Isi 2
Di samping itu, menghindari penyakit berjangkit dan masalah kesihatan
juga merupakan kepentingan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan
diri. Tamsilnya, apabila seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem
kardiovaskular individu tersebut akan bertambah kuat dan dapat
menghindar daripada serangan jantung. Selain itu, amalan membasuh
tangan menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar kita
tidak membawa bakteria atau virus yang mungkin dibawa oleh kita tanpa
disedari. Amalan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar juga
dapat membantu mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sisa lain yang
mampu menjadi punca kepada penyakit-penyakit berjangkit. Kesannya,
masyarakat dapat hidup dengan sejahtera tanpa merisaukan maslah
kesihatan atau penyakit berjangkit.
Isi 3
Pada waktu yang sama, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah
penting bagi memupuk sikap disiplin dalam setiap individu. Hal ini
demikian kerana, apabila individu tersebut ingin melaksanakan aktiviti
seperti bersukan, mereka perlu mematuhi peraturan dan etika dalam
aktiviti tersebut. Sebagai contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu
mengikuti jadual latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal dan
mental sebelum menyertai kejohanan tertentu. Selain itu, dari sudut
kebersihan, amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin
harian semua manusia. Secara tidak langsung, perkara di atas telah
membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding dahulu hasil daripada
usaha untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
Isi 4
Seterusnya, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana ia
dapat menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik seseorang individu.
Jika anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah kriteria yang
anda utamakan terlebih dahulu? Sudah semestinya calon yang
mempunyai perwatakan menarik beserta pakaian yang rapi dan imej yang
kemas. Mutakhir ini, pelbagai produk kesihatan yang boleh membantu kita
untuk mendapatkan imej yang menarik di samping baik untuk kesihatan.
Contohnya, penggunaan gel rambut dapat membantu golongan lelaki
merapikan rambut mereka dengan kemas agar ia kelihatan elok di mata
setiap orang yang memerhati. Natijahnya, apabila imej dan perwatakan
yang menarik hasill daripada penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, ia
akan memudahkan kita untuk bergaul dengan orang ramai serta diterima
oleh masyarakat.
Penutup
Intihannya, menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting seperti yang
telah dihuraikan di atas. Setiap pihak mempunyai peranan dalam
memastikan kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan masyarakat
berada pada tahap yang baik. Hasil usaha ini dapat menjadikan
masyarakat kita sentiasa dihormati dan disanjung tinggi. Oleh itu, amalan
menjaga kesihatan dan kebersihan perlu disemai dan dipupuk kepada
setiap generasi agar ia menjadi budaya contoh manusia sejagat. Sejajar
dengan kata-kata hikmat, ” Negara bersih, rakyat sihat; Badan sihat, otak
cergas”.

Anda mungkin juga menyukai