Anda di halaman 1dari 54

EDISI

PERTAMA
2020
lan Gaya Hidup
Penulis:
SIFU AZIZI
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 1
Munsyi Dewan DBP
Munsyi Dewan DBP
50 KOLEKSI
KARANGAN EKSKLUSIF
BAHASA MELAYU UPSR
SIFU AZIZI
(Munsyi Dewan DBP)

EDISI PERTAMA 2020

Buku ini memuatkan 50 Koleksi Model Karangan


bertaraf lima bintang yang dilengkapi;
~ Karangan berdasarkan tema buku teks
~ Format penulisan yang menepati piawaian LPM
~ Karangan yang berasaskan penskoran Soalan
Bahagian C
~ Paparan idea yang menepati kehendak soalan
~ Pertautan idea dengan penjelasan yang mantap
~ Pengolahan idea yang baik
~ Kosa kata yang berkualiti
~ Ungkapan yang menarik dan bersesuaian dengan
idea
~ Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis dan
menepati tugasan
~ Penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik
~ Karangan Ramalan BM UPSR 2020

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 2


Munsyi Dewan DBP
Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat ialah aktiviti yang dilakukan untuk menjadikan tubuh kita sihat
dan bertenaga. Amalan ini akan membolehkan kita hidup dengan penuh ceria. Dalam
kehidupan pada era moden yang penuh dengan tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi
satu agenda penting untuk diamalkan. Pelbagai amalan dapat kita lakukan untuk
mencapai matlamat ini.

Pengambilan makanan seimbang merupakan antara cara untuk menjanakan


gaya hidup sihat. Amalan ini akan membekalkan khasiat dan vitamin yang akan
mengelakkan penyakit bahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi
dan diabetes.

Agenda gaya hidup sihat juga dapat dicapai melalui aktiviti bersukan atau
beriadah. Amalan ini akan melancarkan perjalanan darah manakala tubuh yang
berpeluh akan mengenyahkan toksin. Jika badan kita sihat dan bertenaga, slogan
“Badan Cergas, Minda Cerdas” akan mewarisi identiti kita.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala juga adalah antara tatalaku ke arah gaya
hidup sihat. Pemeriksaan keberkesanan fungsi organ dalaman seperti jantung, hati,
buah pinggang, dan pankreas akan berupaya mengesan penyakit jantung koronari,
diabetes, tekanan darah tinggi atau obesiti dengan lebih awal. Sebagai ekorannya,
langkah pemulihan dan rawatan susulan akan dapat mengelakkan situasi “sudah
terhantuk baru tengadah”.

Penjagaan kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga akan


memenuhi kehendak dan keperluan amalan gaya hidup sihat. Risiko jangkitan penyakit
yang dibawa oleh nyamuk, lalat, tikus atau lipas dapat dikawal apabila rumah dan
persekitaran terpelihara kebersihannya. Persekitaran yang bersih ini pasti akan
membekalkan udara yang segar dan nyaman.

Prinsip menjauhi budaya hidup negatif seperti pengambilan alkohol, rokok,


dadah, dan pil perangsang juga adalah antara kriteria untuk memastikan gaya hidup
sihat mencapai matlamatnya. Elakkan diri daripada mengamalkan perlakuan yang tidak
bermoral “sebelum kudis menjadi tokak”.

Ternyata, terdapat pelbagai inisiatif yang dapat kita lakukan untuk menjayakan
budaya gaya hidup sihat. Oleh sebab itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan
cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat “yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Kempen “Rakyat Sihat Negara Maju”
perlu dipertingkatkan agar negara dapat melahirkan rakyat yang sihat dan produktif
untuk memperkasakan pembangunan dan pemodenan negara.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 3


Munsyi Dewan DBP
Faedah Membaca

Kajian entrim oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2014 mendapati bahawa
tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia secara puratanya telah meningkat
kepada 15 buku setahun. Peningkatan mendadak sebanyak 750% berbanding dengan
kajian yang dilakukan pada tahun 2005. Ternyata, rakyat negara ini semakin peka
tentang keperluan membaca. Mengapakah kita perlu membaca?

Kita sewajarnya memupuk minat membaca dalam kalangan anak sejak kecil
untuk mengembangkan ilmu mereka, bak kata bidalan, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Bahan bacaan yang sesuai dijadikan pilihan termasuklah perkongsian ilmu
daripada Internet, akhbar, majalah, buku cerita, pamflet, komik dan sebagainya.
Belakangan ini, banyak perpustakaan mini diwujudkan di pusat beli belah untuk
kemudahan penggemar buku menghiburkan hati dan merawat kelesuan setelah letih
menapak sebelumnya.

Amalan membaca sesungguhnya merupakan satu budaya yang amat manfaat.


Pembacaan akan meningkatkan pengetahuan yang sedia ada kerana “Membaca
Jambatan Ilmu”. Sekiranya kita menjadi “ulat buku”, kita akan dapat menambahkan
pengetahuan yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

Selain dapat meredakan tekanan, sikap gemar membaca juga akan mematangkan
minda. Dengan membaca, kita dapat mengenal pasti kebaikan atau keburukan sesuatu
perkara. Sebagai impaknya, kita akan mampu untuk berfikir secara lebih matang dan
kreatif dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.

Apabila kita rajin membaca, kita akan dapat mengetahui pelbagai info mutakhir
dan fenomena peristiwa semasa yang terjadi di persekitaran kita. Paparan sejarah,
transformasi perubatan, isu kegawatan ekonomi, kejadian bencana alam dan
malapetaka bumi dapat kita ketahui melalui aktiviti pembacaan. Malahan,
perkembangan dalam prospek perniagaan, pendidikan, teknologi maklumat, sukan,
serta konflik politik terkini juga dapat kita selami. Hasilnya, personaliti peribahasa
"seperti katak di bawah tempurung" tidak mungkin kita warisi.

Amalan membaca juga adalah antara kriteria positif dalam agenda mengisi masa
lapang. Minat membaca ini akan menghindari kita daripada melakukan aktiviti yang
tidak menguntungkan seperti melepak, berbual kosong, melayari laman sesawang
negatif di Internet, bergaduh, vandalisme, bermain permainan video, melayan basikal
lajak dan sebagainya.

Sesungguhnya, banyak kebaikan atau faedah yang akan kita peroleh dengan
amalan membaca. Oleh sebab itu, bacalah pelbagai jenis buku kerana “Buku Jendela
Dunia”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 4


Munsyi Dewan DBP
Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Tidak dapat kita nafikan bahawa pelibatan dalam kegiatan kokurikulum menjanjikan
faedah yang pelbagai. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menetapkan bahawa
semua murid perlu dididik secara seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani, rohani,
emosi, dan intelek. Bagi merealisasikan hasrat ini, komponen dalam pendidikan
nasional telah memberikan penekanan kepada dua aspek yang utama, iaitu kurikulum
dan kokurikulum.

Aspek kurikulum bermatlamat membangunkan ummah yang berminda kelas


pertama manakala bidang kokurikulum pula berfungsi sebagai pelengkap kepada
keterampilan fizikal, emosi dan sahsiah murid. Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah
yang amat bermanfaat dan begitu berkesan untuk membentuk murid yang kreatif,
progresif, dinamik, berdaya saing, dan berwawasan. Aktiviti yang merangkumi
persatuan, unit uniform serta sukan dan permainan ini diadakan selama dua jam
seminggu.

Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara berpasukan. Hasilnya,


setiap agenda yang diusahakan akan menjimatkan masa, tenaga dan material, persis
kata mutiara, “muafakat membawa berkat”. Ditinjau daripada aspek pembentukan
sahsiah, selain membolehkan murid memartabatkan ilmu dan mendominasikan
kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga akan melahirkan
individu yang tegas, beretika dan cekal dalam menangani kemelut kehidupan seharian.

Pelibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan
yang memanfaatkan, lantas menghindari kita daripada melakukan sebarang peri laku
negatif yang tidak mendatangkan sebarang keberuntungan. Pada masa yang sama,
kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri, yang
memungkinkan seseorang murid bertindak secara solo.

Selain menjanakan idea dan kemahiran kreatif, pelibatan dalam aktiviti


kokurikulum sesungguhnya akan membentuk keterampilan personaliti dan sahsiah
diri setiap murid bagi mengharungi pelbagai aral terkedepan. Senario ini persis
peribahasa Melayu, yakni “ada padi, semua kerja jadi’. Dasar Sukan Negara yang
menekankan slogan “Majulah Sukan untuk Negara” mewajibkan semua murid
menyertai aktiviti kokurikulum kerana kegiatan ini akan membentuk individu yang
berakhlak mulia, berjati diri, menepati masa, saling membantu, bertanggungjawab dan
amanah dalam melakukan sesuatu tugasan.

Aktiviti kokurikulum sewajarnya diperluas skopnya bagi memberikan faedah yang


maksimum kepada murid-murid, terutamanya yang masih belajar pada peringkat
rendah, persis kata peribahasa, “melentur buluh biar dari rebungnya”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 5


Munsyi Dewan DBP
Kelebihan Belajar secara Kumpulan

Pada era teknologi maklumat ini, pelbagai agenda dapat kita lakukan untuk menguasai
pelbagai disiplin ilmu. Selain menumpukan perhatian di dalam kelas, sentiasa
bertanyakan guru, mengulang kaji pelajaran, melayari Internet, dan menghadiri kelas
ekstra, aktiviti belajar secara kumpulan juga merupakan antara kaedah terbaik untuk
memaksimumkan cakupan ilmu peribadi.

Apakah kelebihan belajar secara kumpulan ini? Belajar secara berjemaah


memberikan suasana belajar yang ceria, santai dan menyeronokkan. Kita dapat belajar
atau membuat ulang kaji tanpa sebarang tekanan kerana rakan-rakan yang kita pilih ini
merupakan mereka yang memahami cita rasa anggota kumpulan, jadi mudahlah bagi
kita untuk berdiskusi, mengulas dan mengupas sesuatu kemusykilan.

Perbincangan dalam kumpulan juga lebih terbuka sifatnya. Anggota kumpulan


akan berinteraksi tanpa rasa segan silu kerana berpegang pada konsep
“malu berkayuh, perahu hanyut”. Kita berpeluang untuk bersoal jawab, bertukar-tukar
nota, mengulas pendapat dan pandangan kawan-kawan, berhujah, dan seterusnya
mengenal pasti kaedah atau teknik yang sesuai untuk menjawab soalan tertentu.

Belajar secara kumpulan juga membolehkan anggota kumpulan mengasah


minda, mengukuhkan ingatan, dan mempertajam kemahiran yang diperoleh melalui
sesuatu perbincangan. Mereka yang belajar secara kumpulan jauh terbukti lebih
“tajam akal” daripada mereka yang belajar secara sendirian. Perbezaan antara
kedua-dua personel ini “umpama bumi dengan langit”.

Amalan belajar secara kumpulan juga dapat memupuk semangat kerjasama dan
toleransi yang akan memborong kejayaan berganda kerana “muafakat membawa
berkat”. Sebarang tugasan juga dapat disempurnakan dengan kadar segera dengan
adanya perbincangan dua hala. Sebagai contohnya, karangan yang lebih mantap akan
terhasil dengan adanya bantuan perkongsian maklumat dan percambahan idea yang
lebih relevan daripada anggota kumpulan.

Sebagai kesimpulannya, belajar secara kumpulan ialah satu inisiatif terbaik untuk
menjaring kecemerlangan dalam pelajaran. Sebagai bakal “Pemuda Harapan Bangsa,
Pemudi Tiang Negara”, lengkapkanlah diri dengan memanfaatkan amalan belajar
secara kumpulan untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada negara.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 6


Munsyi Dewan DBP
Cara Menghormati Ibu Bapa

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Pengaruh mereka
dalam mencorakkan kehidupan anak-anaknya menepati peribahasa “tangan yang
mengayun buaian itu boleh menggoncang dunia”. Tanpa mereka, kita tidak akan
berpeluang melihat panorama alam atau menikmati kehidupan di muka bumi ini. Oleh
itu, sebagai seorang anak, perlulah kita sentiasa menghormati dan menghargai mereka.

Terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati ibu bapa.
Antaranya adalah dengan belajar dengan sungguh-sungguh untuk meraih kejayaan
dalam pelajaran. Kejayaan kita pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga
dan gembira. Penat lelah “memerah keringat” melahirkan, membesarkan, menyara dan
memberikan pendidikan formal kepada kita akan terubat dengan kejayaan yang kita
raih.

Penghormatan kepada kedua-dua ibu bapa juga dapat kita lakukan dengan cara
sentiasa mematuhi dan mentaati nasihat mereka. Penghargaan juga dapat diukur
berdasarkan cara kita menunjukkan rasa hormat kepada mereka. Selain mendengar
nasihat, kita wajib menerima setiap teguran dengan “hati terbuka”. Nasihat dan teguran
yang diberikan bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan demi manfaat
anaknya.

Budaya memelihara tatasusila apabila berinteraksi dengan ibu bapa juga


merupakan antara cara menghormati mereka. Sentiasalah bertutur dengan nada yang
lembut, sopan dan dengan mimik wajah yang manis. Elakkan melakukan
perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ibu bapa.

Sebagai insan biasa, kita tidak mungkin lari daripada “silap langkah” ataupun
melakukan kekhilafan kerana “bumi mana yang tiada kena hujan”. Bersabarlah
apabila dimarahi dan jangan sekali-kali melawan mereka. Kita sewajarnya sentiasa
mohon maaf atas sebarang kekasaran kata, keterlanjuran bahasa dan kelancangan
tingkah laku kita agar mereka tidak “kecil hati”.

Amalan membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian dan
berpatutan juga mewakili cara menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap
mereka. Selain meringankan beban tugas, bantuan kita akan memberikan mereka
laluan istirahat untuk merawat kelesuan. Cara menghargai ibu bapa juga boleh kita
tunjukkan dengan kesediaan mengorbankan masa, tenaga dan material untuk mereka.
Di samping sedia menjaga mereka ketika sakit, pastikan kita sentiasa menutup atau
merahsiakan kelemahan mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai amalan yang dapat kita lakukan
untuk menghormati ibu bapa. Selain menjadi tuntutan agama, amalan ini juga
merupakan satu mandat setiap anak terhadap orang tuanya. Hormati dan sayangilah
ibu bapa sementara mereka masih ada.
Cara-cara Mengisi Masa Lapang

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 7


Munsyi Dewan DBP
Cara Mengisi Masa lapang

Apakah yang dimaksudkan dengan frasa "Masa itu Emas"? Ternyata, masa amat penting
kepada kehidupan seharian. Masa yang berlalu tidak dapat diganti.
"Masa ialah Kehidupan" yang tidak dapat kita undurkan. Oleh sebab itu, kita harus
bijak mengemudikan masa supaya masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja. Jadi,
manfaatkanlah masa dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan sekali-kali
membudayakan pepatah “ikan di hulu, tuba di hilir”.

Amalan membaca merupakan aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa
lapang. Bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, novel, buletin atau jurnal
berlambak di pasaran. Sekiranya kita menggunakan masa terluang dengan aktiviti
membaca, pelbagai disilpin ilmu dan beraneka sumber maklumat dapat kita ketahui
kerana “Buku Jendela Dunia”. Selain melatih otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu
perkara, aktiviti membaca ini juga mampu memberikan hiburan dan merehatkan minda
seseorang.

Masa senggang juga dapat digunakan dengan sebaik-baiknya jika kita


mengamalkan hobi yang berfaedah seperti bersukan, melancong, berekreasi, menonton
filem, menonton televisyen, mendengar radio, menghayati muzik, memasak dan
sebagainya. Penggunaan masa terluang dengan hobi yang bermanfaat ini juga akan
memberikan kepuasan kepada kita.

Budaya menziarahi teman-teman, jiran, dan kerabat juga boleh kita lakukan untuk
mengisi masa lapang. Selain dapat bersiar-siar dan menikmati juadah hidangan,
pertemuan tersebut juga membolehkan kita untuk lebih mengenali mereka, kerana
“tak kenal maka tak cinta”. Perjumpaan ini pastinya akan dapat memeterai
persahabatan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

Masa yang terluang juga boleh kita isi dengan membantu urusan seharian orang
tua di rumah. Kepenatan mereka menguruskan keluarga pada saban hari tidak dapat
kita nafikan. Jadi apalah salahnya kita bersikap “ringan tulang” untuk meringankan
kerja-kerja mereka. Kata pepatah, “yang ringan sama dijinjing, yang berat sama
dipikul”. Antara rutin pekerjaan ini termasuklah kerja-kerja mengemas rumah,
memasak, membasuh dan menyidai pakaian, membersihkan halaman persekitaran,
menyiram pokok bunga dan memantau dan menguruskan adik-adik yang masih kecil.
Pada masa yang sama, interaksi sosial ini akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Sebagai kesimpulannya, belajarlah mendisiplinkan diri untuk menggunakan masa


lapang dengan penuh istiqamah supaya masa yang ada tidak terbazir begitu sahaja.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 8


Munsyi Dewan DBP
Cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah
Isu keselamatan di sekolah sering menjadi topik hangat dalam dialog para guru,
sembang bual ibu bapa atau catatan spontan dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Secara rasionalnya, jumlah bilangan guru di sesebuah sekolah
terbukti tidak mampu untuk mengawal pergerakan setiap murid di sekolah berkenaan.
Sebagai natijahnya, banyaklah terjadi kemalangan di kawasan sekolah biarpun poster
tentang peraturan di sekolah ditampal di semua tempat. Oleh hal yang demikian,
murid-murid hendaklah peka akan isu keselamatan kerana kalian masih “anak ikan”
dan “malang tidak berbau”.

Antara cara menjaga keselamatan diri di sekolah adalah dengan amalan peri laku
positif. Misalnyanya, semasa ketiadaan guru di dalam bilik darjah, elakkan perbuatan
berlari-lari, bermain-main, bertolak-tolakan atau bergaduh kerana keadaan mungkin
menjadi tidak terkawal dan mengundang padah. Jauhi diri daripada bermain barangan
yang membahayakan seperti barangan atau suis elektrik, perabot yang rosak,
kabinet kaca, cermin tingkap dan sebagainya.

Apabila berada di bilik khas seperti di makmal sains, di bilik kemahiran hidup atau
di stor sukan pula, sentiasalah mematuhi arahan guru sebelum menggunakan alatan
atau radas tertentu yang mungkin berat, tajam, atau panas kerana sekiranya berlaku
sesuatu kejadian yang tidak diingini, “nasi sudah jadi bubur”.

Semasa berada kantin pula, kita hendaklah menjaga keselamatan diri dengan
sering waspada dalam setiap perlakuan. Perbuatan bersenda gurau atau berlari-lari di
kawasan yang dipenuhi kerusi meja amatlah bahaya. Kita mungkin akan terjatuh akibat
lantai yang licin oleh tumpahan makanan berminyak atau air minuman. Kerenah
berebut-rebut di kaunter kantin juga akan mengundang padah jika kita ditersiram olah
makanan atau minuman yang masih panas.

Hindarilah diri daripada berada di kawasan larangan dan tegahan seperti


kawasan pembinaan, stor penyimpanan perabot lama, tangki air atau bilik-bilik kosong.
Tempat-tempat ini sangat berisiko kerana dipenuhi kerusi meja rosak, licin, lantai yang
berlopak, dan berlumut. Bilik yang jarang digunakan juga biasanya didiami haiwan bisa
seperti ular, kala jengking atau lipan.

Ketika bersukan pula, kita hendaklah mematuhi peraturan keselamatan di padang,


sebagai contohnya gunakanlah pakaian sukan yang sesuai dengan jenis sukan atau
permainan yang kita sertai. Penggunaan peralatan sukan yang membahayakan seperti
peluru, cakera, kayu pemukul, kayu hoki dan sebagainya memerlukan kehadiran guru
sebagai pemantau atau pemudah cara.

Sebagai kesimpulannya, kemalangan di sekolah dapat kita elakkan seandainya kita


sentiasa berawas dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Ingatlah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 9


Munsyi Dewan DBP
Cara Menjaga Keselamatan Diri

Sedasarwasa ini isu kehilangan kanak-kanak dan remaja menjadi “buah mulut”
khalayak dan menjuduli berita hangat di media massa dan media sosial. Kes ini tidak
boleh dipandang enteng. Setiap individu haruslah menjaga keselamatan diri
masing-masing, terutamanya murid sekolah dan para remaja yang masih mentah dan
kita ibaratkan seperti “hendak terbang tiada bersayap”.

Antara cara untuk menjaga keselamatan diri adalah dengan sentiasa bergerak
bersama-sama dengan teman walau ke mana-mana pun kita pergi. Apabila kita bergerak
dalam kumpulan, mereka yang berniat jahat tidak akan berani untuk mengambil
kesempatan terhadap kita.

Kita juga jangan terlalu mudah mengikuti seseorang yang tidak kita kenali. Jika kita
terpaksa menumpang kenderaan atau membonceng motosikal seseorang untuk pulang
dari sekolah misalnya, pastikan orang itu betul-betul kita kenal pasti latar belakangnya,
kerana manusia ini “rambut sama hitam, hati lain-lain”.

Seandainya kita terpaksa menaiki teksi, gunakan telefon untuk berselfie dengan
pemandu. Kemudian, telefonlah anggota keluarga untuk memberikan maklumat tentang
pergerakan kita, meliputi destinasi tujuan, nama pemandu, nombor plat, dan warna
tersi tersebut. Pastikan perbualan ini kita dialogkan dengan nada suara yang tinggi dan
didengari oleh pemandu teksi tersebut. Perbuatan ini akan memastikan keselamatan
kita terjamin kerana jika pemandu itu berniat serong, pastinya dia tidak akan berani
untuk mengapa-apakan kita kerana semua maklumat tentang dirinya telah kita
tularkan.

Selain menjauhi persekitaran yang sunyi, jadikanlah wisel sebagai teman sejati.
Penggunaan wisel akan menjamin keselamatan kita. Jika berhadapan dengan sebarang
risiko gangguan keselamatan, tiuplah wisel dengan sekuat-kuatnya. Bunyi nyaring dari
wisel ini akan menarik perhatian khalayak dan memaksa penjenayah meninggalkan
kawasan tersebut.

Keselamatan di rumah juga perlu kita jaga. Elakkan bermain dengan peralatan
tajam yang mungkin boleh membawa kecederaan. Sumber api jangan kita jadikan
mainan kerana “kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan”. Kelalaian dalam
menggunakan api akan mengakibatkan kebakaran. Lantai bilik air juga perlu berada
dalam dalam keadaan yang bebas air. Cuci bilik air dan tandas seminggu sekali untuk
memastikan lantai tidak licin. Banyak kes kematian di bilik air yang berpunca daripada
lantai yang licin. Perbuatan berlari-lari atau kejar-mengejar di dalam rumah juga boleh
mengakibatkan kecederaan apabila terjatuh keras ke lantai atau terhantuk ke bucu meja.

Akhirulkalam, seandainya tip penjagaan keselamatan diri ini dapat kita jadikan
budaya bagi menjamin keselamatan diri, pastinya tidak akan berlaku fenomena
“sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 10


Munsyi Dewan DBP
Cara untuk Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan satu anugerah dan kurniaan percuma daripada Tuhan yang
tidak ternilai harganya. Kehidupan manusia bergantung sepenuhnya kepada alam, sama
ada sebagai tempat penginapan atau tempat untuk menagih rezeki bagi meneruskan
kelangsungan hidup. Kendatipun begitu, personaliti alam sekitar kini amat tenat
keadaannya ekoran pencemaran berganda oleh pelbagai amalan rakus manusia yang
berlumba-lumba dan bersaing mengejar arus pembangunan dan konsep pemodenan.
Perlukah kita memelihara alam sekitar? Sesungguhnya, “Kebersihan Alam Sekitar;
Tanggungjawab Bersama”.

Sirian langkah pencegahan perlu kita ambil untuk memelihara alam sekitar. Usaha
perdana yang perlu dilakukan ialah pelibatan secara menyeluruh agensi kerajaan
dalam usaha menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan mengenakan
denda, kompaun, penjara dan hukuman lain yang sewajarnya kepada mana-mana
individu atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar.

Penjagaan alam sekitar juga dapat dilakukan melalui pelaksanaan program


kempen kesedaran “Cintailah Alam Sekitar”. Kempen yang menjurus kepada
kesedaran dan kefahaman tentang keperluan memelihara alam sekitar ini boleh
dilaksanakan melalui lawatan mengejut ke premis pelaku jenayah alam sekitar,
mengedarkan pamflet, mengadakan ceramah dan forum serta menularkan iklan
melalui media massa, media cetak, media elektronik dan media sosial.

Penanaman semula pokok untuk menggantikan pokok yang telah ditebang juga
berperanan untuk memelihara alam sekitar. Selain membekalkan oksigen dan
mengembalikan keseimbangan alam sekitar, tindakan ini juga akan mengelakkan tragedi
tanah runtuh dan banjir lumpur. Projek ini perlu dilakukan secara berkala dan bukan
sekadar “melepaskan batuk di tangga”.

Komitmen dan kerjasama setiap penduduk yang menjiwai peribahasa


“seikat bagai sirih, serumpun bagai serai” untuk menjaga kebersihan kawasan
persekitaran juga membantu memastikan alam sekitar kekal terpelihara kebersihannya.
Program gotong-royong untuk menueteralkan kebersihan kawasan perumahan akan
mengelakkan jangkitan penyakit seperti kolera, malaria, batuk, sakit tekak, demam
kepialu, hepatitis A dan keracunan makanan. Budaya menjaga alam sekitar juga akan
mengelakkan kehadiran haiwan yang bisa dan bahaya seperti ular, tikus, kala jengking,
lipan dan sebagainya.

Pada masa yang sama, aktiviti pembersihan aliran air longkang, parit, tali air dan
sungai perlu dijalankan secara lebih kerap. Bekalan sumber air yang bersih dan bebas
daripada sampah sarap, baja kimia serta racun ini amat ditagih oleh manusia dan
hidupan akuatik.

Jika setiap anggota masyarakat berganding bahu ibarat “ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni” untuk memelihara alam sekitar, pastinya kes pencemaran
bukan lagi menjadi agenda dalam isu-isu hangat di pasaran.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 11


Munsyi Dewan DBP
Cara untuk Mewujudkan Keceriaan di Bilik Darjah

Setiap murid ingin memiliki kelas yang yang bersih, kemas dan ceria. Bilik darjah yang
eksklusif bukan sahaja menjanjikan keselesaan namun membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam situasi yang menyeronokkan.

Pelbagai inisiatif perlu digembleng untuk merealisasikan kelas impian ini. Panel
khas sewajarnya ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti keceriaan yang
direncanakan. Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
kumpulan tenaga kerja dan pengagihan tugasan harian ini perlu memastikan setiap
murid akan memainkan peranan seperti yang direkodkan. Setiap murid perlu
menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan janganlah sekali-kali
mengamalkan budaya “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing”.

Antara pengisian dalam slot jadual tugas harian ini termasuklah tanggungjawab
untuk menyapu lantai, mengelap dan membersihkan tingkap serta mengenyahkan
habuk dan sawang pada kipas, lampu dan dinding. Bagi menonjolkan kelainan dan
keunikan wajah hiasan dalaman, kedudukan susun atur perabot seperti almari,
kabinet dan kerusi meja juga mestilah dalam penampilan malar ceria agar menepati
panorama “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Budaya tampalan carta, gambar rajah atau poster tertentu yang sarat dengan info
ilmu mutakhir pada dinding juga akan menambahkan keindahan bilik darjah.
Penyediaan sudut bacaan yang dilengkapi dengan pelbagai sumber teks dan grafik
pastinya akan menambahkan kemeriahan personaliti bilik darjah. Malah, kelas juga
akan menjadi lebih versatil sekiranya setiap jendela dihiasi dengan langsir yang
menepati trend fesyen terkini.

Sudut Pidato yang diwujudkan di suatu sudut khas perlu dihias dengan cantiknya
untuk memberikan semangat hujah kepada pemidato. Selain selari dengan konsep
Pembelajaran Abad Ke-21, Perucapan awam merupakan proses pembelajaran
berpusatkan murid yang berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran
kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

Ternyata, seandainya tatacara mewujudkan keceriaan bilik darjah sentiasa


diamalkan semaksimum mungkin, maka sudah pasti suasana di bilik darjah akan
sentiasa menjadi lebih bersih, ceria, kemas dan selesa. Pada masa yang sama, kelebihan
ini akan menjadikan semua murid lebih fokus semasa proses penimbaan ilmu dan
hasilnya ilmu yang diperturunkan oleh guru akan tersemat kukuh di hati dan minda
mereka.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 12


Munsyi Dewan DBP
Cara Menjadi Murid Cemerlang

Jaringan 6 A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi


impian setiap murid tahun enam. Keputusan yang cemerlang pasti akan membuka
laluan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang bertaraf langit seperti
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah menengah sains, Sekolah Kluster
kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP). Pelbagai usaha dapat kita
lakukan untuk menjadi seorang murid yang cemerlang. Sikap sabar dan tabah dalam
menimba ilmu perlu dihayati untuk menjaring kejayaan kerana “genggam bara api
biar jadi arang”.

Pertama-tamanya, kita wajar menumpukan penuh konsentrasi terhadap


pengajaran guru di dalam kelas, kerana kita akan menjadi “seperti garam jatuh di air”.
Budaya sering bertanya kepada guru dan rakan pula ternyata amat perlu agar setiap
kemusykilan kita terbebas lepas. Jangan sekali-kali kita berasa “rendah diri” kerana
“malu bertanya sesat jalan”.

Ketika berada di rumah, kita hendaklah sentiasa menyiapkan setiap latihan yang
diberikan oleh guru. Aktifkan diri untuk melakukan ulang kaji agar setiap ilmu yang
telah kita peroleh akan kekal terakam dalam minda dan dapat dipakai guna
berdasarkan keperluan semasa.

Dalam pada itu, kita perlulah menyediakan jadual belajar yang sistematik untuk
mengimbangi masa bermain dengan masa menelaah. Slot jadual pembelajaran harian
ini amat penting untuk kita patuhi agar masa kita akan terisi dengan manfaatnya.

Di samping itu, amalan belajar secara kumpulan juga akan menjadikan kita
seorang murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Selain memperoleh ilmu
tambahan dan mengeratkan silaturahim, sikap kerjasama serta toleransi akan
terbentuk hasil kesepakatan dalam majlis penimbaan ilmu secara berjemaah ini.

Kriteria murid cemerlang juga dapat kita capai dengan amalan mendampingi
pusat sumber sekolah untuk membaca dan melayari Internet untuk membuat rujukan
tertentu. Pada masa yang sama, budaya bertukar-tukar nota dan kertas soalan
peperiksaan dengan rakan dari sekolah, daerah atau negeri yang lain juga banyak
membantu untuk melahirkan murid yang cemerlang pada abad ke-21 ini. Selain
memberikan komitmen yang jitu dengan menghadiri kelas-kelas bimbingan di sekolah
dan kelas tuisyen, budaya mengikuti program-program motivasi juga banyak membantu
seseorang untuk menjadi murid cemerlang.

Akhir sekali, selain kerajinan dan kecekalan yang bertunjangkan “Usaha Tangga
Kejayaan”, amalan tawakal juga perlu kita jiwai untuk menjanakan impian dalam
usaha menjadi murid cemerlang.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 13


Munsyi Dewan DBP
Faedah Melibatkan Diri dalam Bidang Sukan

Tidak dapat kita nafikan bahawa aktiviti sukan penting dalam rutin hidup seharian. Jika
kita kurang bersukan, tubuh akan menjadi tidak bermaya dan akan terdedah kepada
jangkitan virus. Aktiviti bersukan juga akan menyihatkan tubuh dan menjana
perkembangan otak, kerana sesungguhnya, “Fizikal Cergas, Minda Cerdas”. Pelbagai
faedah dapat kita peroleh dengan amalan bersukan.

Tubuh yang cergas ialah pemangkin kepada minda yang cerdas. Jika kita kurang
bersukan, tubuh akan menjadi tidak bermaya dan akan terdedah kepada jangkitan virus.
Minda kita akan lemah dan situasi ini akan menjadikan daya fikir kita kurang aktif.

Amalan bermain bola sepak, badminton, tenis, joging, berenang, beraerobik atau
bersukan juga akan mengistirahatkan benak. Apabila kita berpeluh, badan kita akan
mengeluarkan toksin. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa
lesu. Proses pembakaran lemak yang terjadi pula akan bertindak mengawal masalah
obesiti.

Amalan beriadah di taman permainan juga akan mengeratkan hubungan


silaturahim dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak
mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging
di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu.
Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Nilai-nilai kesabaran, kerjasama, hormat-menghormati, toleransi dan muhibah


yang lahir semasa bersukan juga akan mewujudkan suasana ceria dan harmoni dalam
kalangan masyarakat. Selain mengisi masa senggang, keaktifan dalam bidang sukan
juga akan menghindari kita daripada terjebak dalam budaya negatif seperti mencuri,
melepak, menagih dadah, memeras ugut, membuli, menjadi “muka tembok” dan
sebagainya.

Malahan, apabila kita mewakili sekolah dalam sesuatu permainan, status kita
sebagai “ayam tambatan” ini akan membantu melonjakkan imej dan personaliti diri
serta mengharumkan nama sekolah. Kejayaan dalam sukan juga membolehkan kita
meraih pelbagai imbuhan dan ganjaran.

Ternyata, amalan riadah ini dapat membentuk barisan generasi yang proaktif,
intelek, beretika dan berwawasan untuk menjadi pemimpin pelapis pada masa-masa
terkedepan.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 14


Munsyi Dewan DBP
Faedah Amalan Jimat Cermat

Tidak dapat kita nafikan bahawa peribahasa “sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain” merupakan ungkapan yang begitu sinonim dengan amalan jimat cermat
yang menjadi tangkal atau tonik bagi mereka yang dahagakan kesenangan dan
kemewahan pada hari muka.Amalan jimat cermat ialah amalan yang terpuji dan banyak
faedahnya.

Amalan berjimat penting kerana setiap program yang kita rencanakan ternyata
memerlukan persiapan yang rapi dan teliti, bak kata peribahasa, “sediakan payung
sebelum hujan”. Amalan hemat dalam berbelanja akan menjadikan kita insan
berwawasan yang mampu merencanakan kelangsungan hidup yang kita idamkan.

Budaya jimat cermat juga dituntut oleh agama manakala sikap membazir itu pula
ialah budaya syaitan. Praktisan menabung juga memungkinkan perancangan masa
depan kita dapat kita rencanakan dengan sebaik-baiknya. Simpanan yang ada
dapat mengurangkan perbelanjaan harian kita. Sekiranya kita berjimat cermat sudah
tentu perbelanjaan harian kita dapat dikurangkan dan kita mempunyai lebihan wang.
Lebihan wang ini boleh kita simpan untuk keperluan pada masa darurat.

Selain membantu kita pada semasa kecemasan, keprihatinan dalam berbelanja


juga akan menjadikan kita seseorang yang mampu menangani kegawatan ekonomi,
individu yang beretika dalam berbelanja dan insan yang bertanggungjawab dalam
meneladani kewangan seharian. Peribahasa “ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis” ternyata dapat mencerminkan situasi yang telah kita perkatakan ini.

Dalam pada itu, tabungan di bank pula akan menambahkan simpanan kita kerana
deposit kita akan diberikan faedah. Prosedur bank ini akan memperkasakan ekonomi
kita dan berperanan pula menstabilkan pendapatan kasar negara.

Ternyata, amalan jimat cermat ini mampu menyediakan skim pelaburan jangka
panjang, bak kata pepatah, “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 15


Munsyi Dewan DBP
Kelebihan Memiliki Seorang Sahabat Karib

Pada era serba canggih ini, setiap individu memerlukan sahabat ataupun rakan dalam
kehidupan mereka. Biarpun sahabat ini amat diperlukan dalam hidup seharian namun
kita perlu bijak dalam memilih seseorang untuk menjadi rakan kita. Kesilapan memilih
rakan akan merosakkan masa depan kita.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, ternyata bahawa tanpa
sahabat yang setia di sisi, hidup kita “ibarat pohon yang tidak berbuah.” Kita
memerlukan seorang sahabat yang sejati untuk melengkapkan perjalanan hidup
berkomuniti. Kehadiran sahabat yang akrab pastinya akan melengkapkan kembara kita
secara total.

Seandainya kita memiliki sahabat yang prihatin, kita akan terasa seolah-olah
seperti sentiasa ditemani dan dilindungi. Teman yang rapat dapat kita jadikan rakan
untuk berbincang, belajar, bermain, beriadah atau berhibur.

Teman akrab yang berkarisma dan beretika pula dapat kita jadikan ikon dalam
meniti kehidupan seharian. Selain dapat dijadikan model yang perlu diteladani,
keterampilannya dalam pelbagai aspek juga boleh kita jadikan sebagai sumber
inspirasi untuk menyaingi kejayaannya.

Sahabat yang intim juga mampu menjadi penawar duka atau kaunselor yang baik.
Sahabat yang baik akan cuba untuk berkongi masalah yang kita hadapi. Persis kata
peribahasa Melayu “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari”.
Sahabat yang prihatin akan sentiasa berada di sisi kita untuk menjadi pendengar setia
kepada setiap aduan masalah dan curahan perasaan kita. Mereka akan menjadi
penasihat yang dapat meringankan tekanan lantas pada masa yang sama, mampu pula
mengembalikan semangat kita yang keterawangan.

Rakan yang sejati juga biasanya sering ambil berat tentang kebajikan kita dan
sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan pada ketika kita memerlukannya.
Sesungguhnya, teman yang akrab amat penting dalam kehidupan kita seharian. Tanpa
sahabat karib, “Siapalah kita!”

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 16


Munsyi Dewan DBP
Kelebihan Belajar di Pusat Tuisyen

Era Pendidikan Bestari kini menyaksikan perkembangan pusat tuisyen yang muncul
umpama “cendawan tumbuh selepas hujan.” Intitusi pendidikan swasta ini makin
mencuit tumpuan murid untuk memperoleh input intensif bagi memartabatkan ilmu
mereka. Pendedahan dalam pelbagai aspek yang dikongsikan di pusat tuisyen akan
menghindari pelanggannya daripada menjadi “seperti katak di bawah tempurung”.

Selain lokasi pusat tuisyen yang strategik, kemudahan bilik kuliah yang canggih,
selesa dan berhawa dingin membantu kelas di pusat tuisyen menjadi sesak dengan
kehadiran calon peperiksaan. Proses penimbaan ilmu juga terbukti berlangsung dalam
senario yang ceria, santai, dan hening tanpa gangguan anasir luaran.

Pengagihan murid kepada kumpulan yang kecil di kelas tuisyen pula membantu
murid memperoleh bimbingan secara lebih personal. Malah, pengelompokan murid dari
pelbagai sekolah di dalam kelas yang sama pula berupaya mewujudkan proses interaksi
positif dalam kalangan mereka. Budaya pertukaran nota, perkongsian idea, diskusi
spontan dan perdebatan minda yang diamalkan di pusat tuisyen terbukti telah
melonjakkan kecemerlangan akademik pelanggan mereka.

Selain kehadiran tenaga pengajar yang mesra murid, pengecualian pemakaian


uniform, ketiadaan hukuman atau dendaan, dan kehadiran yang berlenggang tanpa
beban beg juga membantu kelangsungan proses pembelajaran.

Kupasan di pusat tuisyen yang berorientasikan peperiksaan lebih berfokus


kepada skop pilihan. Aktiviti latih tubi pula dilakukan dengan lebih acap. Malahan,
bekalan nota eksklusif dan kekerapan sesi soal jawab juga telah memperkukuh
pemahaman murid.

Kepentingan mengikuti kelas tuisyen dalam era pendidikan globalisasi


menyebabkan institusi ini kini menjadi medan singgah bagi mereka yang berhasrat
menjaring keputusan maksimum dalam peperiksaan yang bakal diduduki. Bagi mereka
yang lebih selesa belajar di rumah, ada baiknya mencuba mengikuti kelas di pusat
tuisyen dan keluar dari kepompong kalian kerana peribahasa Melayu ada mengatakan,
“jauh perjalanan, luas pemandangan”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 17


Munsyi Dewan DBP
Kelebihan Membawa Bekal ke Sekolah

Semua orang tahu akan maksud peribahasa “ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis.” Ungkapan ini amat sinonim dengan amalan jimat cermat. Antara konsep yang
menepati saranan peribahasa ini ialah budaya membawa bekal ke sekolah. Pada
realitinya, memang tidak dapat kita pertikaikan akan kelebihan amalan membawa bekal
ke sekolah ini.

Pada hakikatnya, sikap hemat ini dituntut oleh agama manakala sikap membazir
pula ialah warisan akhlak syaitan. Keprihatinan dalam berbelanja juga menjadikan
kita individu yang beretika dan lebih bertanggungjawab.

Amalan pembawaan bekal ke sekolah juga dapat menghindari kita daripada kes
keracunan. Makanan yang disediakan dari rumah lebih lengkap pengisian ramuannya,
bersih dan bebas daripada jangkitan bakteria manakala makanan yang dibeli dari
kantin sekolah mungkin agak berisiko kerana melalui proses penyediaan yang kurang
sempurna kerana terperangkap dalam kesuntukan dan kekelamkabutan untuk
mengejar masa. Malahan, ada juga makanan yang tercemar kerana menjadi mangsa
singgahan lalat apabila terpaksa dipamer dedah kepada pelanggan.

Murid yang membawa bekal ke sekolah juga akan menjimatkan kos perbelanjaan
hariannya. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan untuk kegunaan pada
waktu-waktu darurat persis kata peribahasa Melayu, “sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit”.

Sekiranya wang simpanan ini ditabung di bank, deposit yang telah menjangkau
tempoh matang akan diberi faedah oleh pihak bank. Prosedur bank ini akan
memperkasakan ekonomi peribadi dan berperanan pula menstabilkan pendapatan
kasar negara.

Sebagai kesimpulannya, amalan membawa bekal ini amat baik untuk dipraktikkan
oleh setiap murid. Selain menjimatkan wang, budaya ini juga memastikan kesihatan kita
sentiasa terjamin. Kita perlu memastikan badan kita sihat dan bertenaga kerana ada
hadis yang berbunyi, “Jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 18


Munsyi Dewan DBP
Cara untuk Menjaga Kesihatan Diri

Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Setiap individu inginkan tahap
kesihatan yang terbaik untuk mengharungi kehidupan yang ceria. Kesihatan akan
menghasilkan kekuatan dan kekuatan akan menghasilkan tenaga yang mampu
menyempurnakan tugasan yang mencabar. Terdapat beraneka cara yang dapat kita
lakukan untuk menjaga kesihatan diri supaya “Fizikal Cergas, Minda Cerdas”.

Pertamanya, kita mestilah sentiasa mengamalkan kebersihan diri. Selain mandi


tiga kali sehari dengan menggunakan sabun dan jangan sekali-kali “mandi kerbau”.
Kebersihan rambut dan kuku juga perlu diberikan perhatian khusus untuk mengelakkan
jangkitan penyakit.

Kita juga perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Makanan seimbang meliputi


karbohidrat untuk tenaga, protein untuk pembesaran, vitamin untuk mengelakkan
penyakit, pelbagai jenis mineral dan garam galian yang berfungsi untuk mengaktifkan
reaksi enzim di dalam tubuh. Pada masa yang sama, kurangkanlah makanan yang
membahayakan tubuh seperti makanan segera, makanan berlemak, makanan bergula
dan minuman berkarbonat dalam usaha untuk menjauhi tekanan darah tinggi dan
penyakit jantung. Air juga mesti diminum dengan banyaknya untuk meneutralkan asid
yang terkandung di dalam badan.

Aktiviti bersenam perlu dilakukan dengan konsisten kerana apabila kita berpeluh,
badan kita akan mengeluarkan toksin dan proses pembakaran lemak yang terjadi pula
akan bertindak mengawal masalah obesiti. Di samping dapat menyihatkan tubuh,
aktiviti bersenam juga akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Kesihatan diri juga bergantung pada kuantiti rehat dan tidur yang cukup kerana
tanpa rehat yang mencukupi, tubuh akan menjadi lesu dan memungkinkan semua
aktiviti harian yang dirancang akan terbantut. Kesihatan diri juga dapat diperoleh
dengan mengamalkan aktiviti riadah yang santai seperti bermain, berkelah dan
berhibur.

Berdasarkan fakta yang tersenarai, maka terbuktilah bahawa amalan menjaga


kesihatan diri akan menjanjikan kehidupan yang aktif. Bertindaklah dari sekarang agar
kita sentiasa sihat dan bertenaga untuk menelusuri hidup dalam alam yang penuh
berisiko ini. Sesungguhnya, “Mencegah Lebih Baik daripada Merawat”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 19


Munsyi Dewan DBP
Kebaikan Amalan Gotong-royong

Gotong-royong membawa maksud amalan tolong-menolong atau saling bekerjasama


dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Budaya ini menepati kehendak perumpamaan
“bagai aur dengan tebing”. Apakah sebenaarnya faedah atau manfaat daripada aktivit
gotong-royong?

Amalan gotong-royong banyak faedahnya. Amalan ini mewujudkan sikap muafakat


antara komuniti yang terlibat dalam sesuatu tugasan. Kerja-kerja yang kita lakukan
akan menjadi lebih mudah kerana menjiwai budaya “sepakat membawa berkat”.
Aktiviti secara kolaboratif ini akan memudahkan kerja-kerja yang kita lakukan kerana
adanya agihan tugasan yang disediakan dan menepati pepatah “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”.

Pelaksanaan untuk menjayakan majlis-majlis yang besar, yang memerlukan


sentuhan ramai seperti kenduri-kendara, hari keluarga, aktiviti sukan, atau majlis
kebudayaan tertentu akan menjadi lebih ringan dengan adanya agenda gotong-royong
yang mendasari peribahasa “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Amalan
ini juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos kerana tempoh pelaksanaan sesuatu
progam atau projek akan menjadi lebih cepat daripada perencanaan awalnya.

Aktiviti gotong-royong juga berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam


kalangan anggota masyarakat setempat, bak kata peribahasa “sambil menyelam,
minum air”. Amalan nilai murni seperti bekerjasama, hormat-menghormati, toleransi,
keadilan, kebebasan, kebersihan fizikal dan mental, kesyukuran, rasional serta
semangat bermasyarakat ini amat penting dalam mewujudkan anggota masyarakat yang
bertanggungjawab. Semua nilai ini akan terpupuk dengan sendirinya melalui
keterlibatan dalam aktiviti gotong-royong.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan. Perpaduan kaum amat


penting dalam kalangan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, adat,
budaya dan agama. Sebarang program yang dirancang perlu melibatkan kerjasama
daripada semua etnik untuk mengelakkan fenomena “rambut sama hitam, hati lain-
lain”. Sebagai contohnya, setiap agenda tersebut perlulah adil dengan menfokus
kepada minat, kebolehan atau kepakaran semua kaum, barulah jumlah penyertaan
dalam sesuatu progam itu akan lebih memberangsangkan.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat". Aktiviti gotong-royong juga dapat


menyemarakkan semangat kejiranan kerana berlakunya interaksi sosial yang positif
semasa bekerja. Selain mengeratkan hubungan siraturahim, sesi bualan juga akan
membolehkan kita menambah kenalan.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti gotong-royong terbukti menawarkan pelbagai


manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Persis kata peribahasa Melayu,
“Muafakat Membawa Berkat”. Peranan semua pihak dalam menjayakan keterlibatan
individu dalam sesuatu agenda gotong-royong akan berjaya memasyarakatkan rakyat
dalam usaha menggapai matlamat “Rakyat Maju, Negara Makmur”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 20


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Guru Besar

Kelab Sukan, Riadah dan Rekreasi,


Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,
34300 Bagan Serai,
Perak Darul Ridzuan.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,
34300 BAGAN SERAI. 7 JULAI 2020.

Tuan,

Mohon Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Bandar Taiping

Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa perkara di atas saya rujuk.

2. Untuk pengetahuan tuan, Kelab Sukan, Riadah dan Rekreasi ingin mengadakan
lawatan sambil belajar ke bandar Taiping, antara bandar yang mempunyai pelbagai
warisan sejarah yang menarik di negeri Perak.
3. Yang berikut ialah butiran mengenai lawatan tersebut:
Tarikh Lawatan : 19 OGOS 2020
Hari : SABTU
Masa : 08:00 - 08:00 malam
Anggota Rombongan : 48 orang (3 orang guru penasihat dan 45 orang murid)

4. Beberapa lokasi lawatan telah kami pilih iaitu Muzium Perak, Zoo Taiping, Taman
Tasik Taiping, Hutan Kayu Bakau Matang, dan Bukit Larut. Bersama-sama ini juga, saya
lampirkan sesalinan atur acara lawatan berkenaan untuk rujukan dan penilaian tuan.
5. Selain menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid tentang fakta sejarah,
lawatan ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada anggota
rombongan tentang keunikan spesies flora dan fauna yang menghiasi belantara
Malaysia. Bak kata cendekiawan, “jauh perjalanan, luas pemandangan”.

Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang
sewajarnya. Besarlah harapan saya supaya tuan dapat memberikan maklum balas
sebelum 15 Julai 2020 bagi memudahkan kami mengendalikan urusan yang
selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,


Isyraqhakim
(ISYRAQHAKIM BIN NOR AZIZI)
Setiausaha,
Kelab Sukan, Riadah dan Rekreasi,
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 21


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Guru Kelas

16, Jalan D’Melia,


Taman Bandar Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan.

Guru Tahun Lima Arif,


Sekolah Kebangsaan Nyatoh,
Km 4, Jalan Kuala Sawah,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 11 MAC 2020.

Cikgu,

Tidak Hadir ke Sekolah

Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa perkara di atas saya rujuk.

2. Untuk makluman cikgu, saya tidak dapat hadir ke sekolah pada sepanjang minggu
ini kerana sesuatu sebab yang tidak dapat saya elakkan.

3. Kelmarin, ayah saya telah dimasukkan ke di wad 3B, Hospital Seremban kerana
menghidap penyakit demam denggi. Oleh sebab keadaan ayah tersangat lemah dan lesu
“seperti ayam berak kapur”, ibu mengambil keputusan untuk menemani dan menjaga
ayah di wad.

4. Oleh sebab saya ialah “anak sulung”, saya telah diamanahkan dan
dipertanggungjawabkan untuk mengurusi adik-adik yang masih kecil. Segala urusan
yang melibatkan aktiviti persekolahan, kelas tuisyen, kelas fardu ain, kelas tambahan
dan kegiatan lain mereka terpaksa saya uruskan.

5. Walaupun saya tidak hadir ke sekolah, saya berjanji akan memastikan semua kerja
sekolah pada sepanjang minggu tersebut akan saya sempurnakan. Saya akan
menghubungi teman-teman sekelas untuk mendapatkan mana-mana tugasan yang
perlu saya beresi.

Saya berharap agar pemohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang
sewajarnya daripada cikgu. Segala kesulitan yang timbul amatlah saya kesalkan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


khadijah
(KHADIJAH BINTI YUSUF)

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 22


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Penerbit Buku

Ainun binti Che Omar,


SJKC Ai Chun,
Tenang Stesen,
85030 Segamat.
_____________________________________________________________________________________________________

Tuan Pengurus,
Syarikat Penerbitan Maju,
3 Jalan Wawasan 3,
33300 KUALA LUMPUR. 22 FEBRUARI 2020.

Tuan,

Pesanan Buku Rujukan UPSR

Dengan sukacitanya saya maklumkan, perkara tersebut saya rujuk.

2. Saya, seperti nama dan alamat di atas ingin membeli beberapa buah buku rujukan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah syarikat tuan terbitkan.

3. Buku-buku yang saya maksudkan itu ialah:-


a) 1 buah buku “Jelajah Pemahaman UPSR” - RM 4.60
b) 1 buah buku “123 Esei Eksklusif Munsyi Azizi” - RM 7.20
c) 5 buah buku “Gempur Topikal Sains 2020” (RM1.80 X 5) - RM 9.00

Jumlah - RM 20.80

4. Oleh sebab Peperiksaan UPSR akan diadakan pada awal September, saya berharap
agar pihak tuan dapat menyegerakan penghantaran buku tersebut kepada saya.
Seandainya buku-buku ini diposkan lebih cepat, pastinya bahan bacaan dan rujukan ini
akan membolehkan saya melakukan persediaan yang lebih awal untuk menghadapi
peperiksaan UPSR. Bak kata peribahasa, “sediakan payung sebelum hujan”.

5. Bersama-sama ini, saya sertakan Wang Kiriman Pos bernombor A 836672 yang
berjumlah RM30.80 (Ringgit Malaysia: Tiga puluh dan sen lapan puluh sahaja) sebagai
bayaran bagi buku-buku berkenaan berserta dengan kos penghantarannya.

Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat perhatian yang segera dan
kerjasama yang sewajarnya daripada tuan.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang benar,


ainunOmar
(AINUN BINTI CHE OMAR)

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 23


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Guru Besar

Tahun Empat Bestari,


Sekolah Kebangsaan Laksamana,
34650 Kuala Sepetang.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Laksamana,
34650 KUALA SEPETANG. 22 APRIL 2020.

Cikgu,
Kerosakan Kipas dan Lampu di Bilik Darjah Empat Bestari
Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa perkara di atas saya rujuk.
2. Untuk pengetahuan cikgu, kipas dan lampu di bilik darjah Empat Bestari telah rosak
dan tidak berfungsi sejak seminggu yang lalu. Menurut guru kelas kami, Cikgu Hafaz,
kerosakan ini mungkin berpunca daripada kecederaan pada dawai elektrik yang telah
terlalu uzur.

3. Kerosakan kipas dan lampu telah mengakibatkan kami tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian pada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Pengajaran guru “bagai menghitung bulu kambing” sahaja. Kerosakan ketiga-tiga
kipas ini telah menyebabkan suasana bilik menjadi panas. Apatah lagi, sekolah ini
terletak berhampiran dengan laut dan hawa panasnya kekal menyelubungi kawasan
persekitaran. Ada sesetengah daripada teman sekelas yang lencun bajunya kerana
dibasahi peluh. Bagaimanakah kami mampu belajar, jika keadaan begini berterusan?
Kami bagaikan “itik diajar berenang”.

4. Keenam-enam lampu yang disediakan pada siling juga tidak berfungsi sama sekali.
Kami terpaksa belajar dalam keadaan yang agak gelap terutama pada waktu sidang
awal sebelum rehat. Kedudukan kelas Tahun Empat Bestari yang terletak di belakang
bangunan utama juga menyebabkan bilik darjah kami dinaungi bayang bangunan.

5. Besarlah harapan saya agar masalah ini dapat cikgu atasi dengan segera agar kami
dapat belajar dengan situasi yang lebih selesa untuk menjana kejayaan maksimum
dalam pelajaran.

Saya berharap agar pemohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang
sewajarnya daripada cikgu. Segala kesulitan yang timbul amatlah saya kesalkan.

Sekian. Terima Kasih

Saya yang benar,


IsyraqhakimAzyzie
(ISYRAQHAKIM BIN NOR AZIZI)
Ketua Kelas Tahun 4 Bestari

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 24


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Nenda
Hapsah binti Hussain,
123, Jalan Cenderawasih 4,
Taman Cempaka Sari,
56789 Kuala Lumpur.

13 September 2020.

Menemui nenda kesayangan cucunda, dengan iringan himpunan doa semoga nenda
berdua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Cucunda sefamili di sini sentiasa afiat
dikurniakan-Nya.

Nenda,
Rasa-rasanya sudah lama kita tidak saling menghubungi. Tujuan cucunda
mengutusi nenda pada kali ini adalah untuk menceritakan serba sedikit perkembangan
cucunda dan keluarga di sini.

Kami semuanya alhamdullilah sihat, terutama bonda yang kian tembam


tubuhnya. Jadi, pada saban pagi, beliau asyik berzumba menghadap televisyen.
Malangnya, selepas bersenam setengah mati, dia akan kelesuan dan minum dengan
banyaknya. Agak-agak, dapat kuruskah macam ni?

Ayahanda kini telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar. Kesibukannya di


sekolah menyebabkan beliau jarang-jarang pulang untuk merarau. Cucunda pula, sering
kepetangan kerana memang pergi ke sekolah dengan menaiki kereta ayahanda.

Nenda jantung hati cucunda,


Adinda Khairuddin kini sudah mula bertatih. Banyaklah perhiasan di ruang tamu
yang telah menjadi mangsa jangkauannya. Semua “isi rumah” kini terpaksa
memantau pergerakannya.

Pada bulan September nanti, cucunda akan menduduki UPSR. Pelbagai persediaan
telah cucunda lakukan, seperti belajar secara sistematik, menghadiri kelas bimbingan
dan kelas tuisyen, menyertai program motivasi, berdiskusi, dan sesekali melayari
Internet untuk memperoleh info mutakhir. Bagi cucunda, “hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih”.

Nampaknya hingga di sini dahulu pada kesempatan ini. Sehingga bersua kembali,
sambutlah salam hormat daripada cucunda untuk nenda berdua.

Wassalam.

Cucunda yang jauh,


hapsah

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 25


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Sahabat

11 A, Jalan Damar 3,
Taman Rasa Indah,
44200 Rasa,
Selangor.

5 Ogos 2020.

Ke pangkuan Saudari Isni yang saya ingati, dengan iringan himpunan doa agar saudari
sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya sefamili di sini sentiasa afiat
dikurniakan-Nya.

Saudari,
Rasanya sudah lama kita tidak berutusan. Tujuan saya menghubungi saudari adalah
untuk menceritakan pengalaman bercuti bersama-sama dengan keluarga kepada
saudari. Untuk pengetahuan saudara, semasa cuti semester baru-baru ini, saya
sekeluarga telah pulang ke kampung kami di Batu Kurau, Perak.

Kami bergerak ke Taiping dengan menaiki kereta api. Pengalaman menaiki kereta
api memberikan saya kesempatan untuk menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan.
Pada sepanjang perjalanan, saya dapat menikmati pemandangan sawah yang
menguning, bukit-bukau yang membiru, tasik yang luas terbentang dan suasana desa
yang menggamit kedamaian. Betullah kata pepatah, “jauh perjalanan, luas
pemandangan”.

Semasa di kampung, saya telah mengikuti datuk ke dusun buah-buahan. Selain


membantu datuk mengumpulkan buah durian, saya berpeluang mengait langsat,
rambutan, manggis dan rambai. Kawasan dusun juga kami bersihkan untuk
memudahkan kerja-kerja mengutip buah-buahan.

Sesekali, saya menemani datuk menjual buah-buahan di gerainya. Selain


mengetahui tip tentang selok-belok perniagaan buah-buahan, saya juga diberi upah
harian oleh datuk. Kata orang, “mara jangan dipukat, rezeki jangan ditolak”.

Saya berpeluang mengikuti datuk memburu haiwan perosak seperti babi hutan,
kelawar, monyet dan tupai. Banyak juga kelawar, tupai dan monyet yang telah ditembak
oleh datuk. Selepas itu, kami akan melepaskan kelelahan di sebatang anak sungai yang
berhampiran.

Saudari Isni,
Pelbagai keseronokan telah saya lalui semasa bercuti di kampung. Kalau ada kisah
yang menarik, bolehlah saudara ceritakan kepada saya pula nanti. Sampai di sini dahulu
untuk kesempatan ini. Sehingga bersua kembali, sambutlah salam hormat daripada
saya untuk saudara sekeluarga.

Wassalam.
Saudaramu,
matariffin

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 26


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Sahabat

Robbia Jarup,
474, Taman Sri Jaya,
Jalan Hollis,
95000 Sri Aman,
Sarawak.

14 Januari 2020.

Menemui Saudara Azizi, semoga saudara sekeluarga dalam situasi sejahtera dan ceria
berpanjangan. Saya sefamili di sini sihat semuanya.

Warkah saudara telah selamat saya terima tadi. Nampaknya beria-ria benar
saudara hendak mengetahui persediaan saya untuk menghadapi UPSR.

Saudara Azizi,
Untuk pengetahuan saudara, pelbagai usaha telah saya lakukan untuk menjaring
keputusan cemerlang dalam UPSR 2020. Kata hikmat ada menyatakan bahawa, “Usaha
Tangga Kejayaan”. Selain menumpukan penuh konsentrasi terhadap pengajaran
guru, saya juga sering bertanya kepada guru dan rakan, menyiapkan setiap latihan
yang diberi dan berlatih menjawab soalan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Malah, di samping menyediakan jadual belajar yang sistematik untuk


mengimbangi masa bermain dengan waktu menelaah, saya juga belajar secara
kumpulan kerana amalan melakukan sesuatu pekerjaan “bagai aur dengan tebing” ini
pastinya menjanjikan kejayaan berganda.

Saya juga mendampingi pusat sumber dan melayari Internet untuk membuat
rujukan. Pada masa yang sama, saya bertukar-tukar nota dan kertas peperiksaan dengan
rakan dari sekolah lain.

Komitmen jitu saya dalam kelas-kelas bimbingan di sekolah, kelas tuisyen dan
program-program motivasi juga banyak membantu saya memperoleh info mutakhir
tentang teknik menguasai A dalam UPSR.

Saudara Azizi yang saya ingati,


Selain kecekalan, amalan tawakal juga perlu kita jiwai untuk merealisasikan
impian untuk menjadi murid cemerlang. Bagi saya, “yang bulat tidak datang bergolek,
yang pipih tidak datang melayang”. Bagaimanakah pula dengan persiapan saudara?
Mohon kongsikan melalui wadah bualan pena ini.

Sampai di sini dahulu bagi kesempatan ini. Akhirulkalam, sambutlah alam hormat
daripada saya yang jauh.

Sekian, terima kasih.


Sahabat setiamu,
Robbia

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 27


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Sahabat

Norazizah binti Haji Mohamad Yusop,


7B-00-06,
Kondo Tiara Intan,
68000 Ampang.

31 Mac 2020.

Ke pangkuan Saudara Faris yang saya ingati, dengan iringan himpunan doa semoga
saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Saya sefamili di sini sentiasa afiat
dikurniakan-Nya.

Saudara,
Rasanya sudah lama kita tidak berutusan. Untuk pengetahuan saudara, semasa cuti
semester baru-baru ini, saya sekeluarga telah bercuti ke Taiping, sebuah bandar yang
paling tinggi taburan hujan tahunannya di Malaysia. Taiping lebih dikenali sebagai
Bandar Warisan kerana kepelbagaian faktor sejarah yang dimilikinya.

Untuk pengetahuan saudara, bandar ini menerima pengiktirafan antarabangasa


apabila tersenarai sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia pada tahun 2018. Semasa
berada di Taiping, kami telah mengunjungi banyak tempat menarik yang terdapat
di bandar bersejarah ini. Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang
begitu menarik di bandar ini dan menyaksikan kepelbagaian spesies haiwan di Zoo
Taiping, kami juga berpeluang menghayati keunikan bahan sejarah yang dipamerkan
di Muzium Perak.

Di bandar ini, kami melihat deretan tinggalan sejarah yang tertua di Malaysia, yang
“tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Bangunan ini dibina semasa penjajahan
Inggeris dahulu seperti bangunan pejabat kerajaan, sekolah, masjid, Penjara Taiping,
Jam Besar, Pasar Besar, muzium, stesen kereta api dan sebagainya. Terbukti, bandar
Taiping amat memukau dan bukanlah sekadar “indah khabar dari rupa”.

Saudara Faris,
Bandar Taiping menjadi pilihan kami kerana bandar ini dipenuhi dengan pelbagai
prasarana yang diperlukan oleh pelancong seperti hotel, restoran dan warung, stesen
bas, lapangan terbang, pusat beli-belah, air terjun, sungai, tasik, taman bunga, dan juga
lokasi riadah dan rekreasi. Sekiranya saudara ingin melancong, rasanya tidak rugi
kalau bandar Taiping ini saudara jadikan menjadi destinasi sasaran.

Sampai di sini dahulu untuk kesempatan ini. Sehingga bersua kembali, sambutlah
salam hormat daripada saya untuk saudara sekeluarga. Pastikan hubungan kita ini
“hilang di mata, di hati jangan”.

Wassalam.

Saudaramu,
norazizah

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 28


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Sahabat
Mohd. Zikrilhakim bin Nor Azizi,
41, Lorong 10-A,
Taman Saujana Jaya,
34000 Taiping.

1 Mac 2020.

Ke pangkuan Saudara Iqmal yang saya ingati, dengan iringan himpunan doa semoga
saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Saya sefamili di sini sentiasa afiat
dikurniakan-Nya.

Saudara Iqmalhakim,
Bagaimanakah dengan perkembangan saudara sekarang? Saya kini sibuk
mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Surat saudara telah saya terima seminggu yang lalu.
Terima kasih saya ucapkan atas ingatan tersebut.

Pelbagai usaha telah saya lakukan untuk memartabatkan ilmu kendiri kerana
bagi saya, “jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagu”. Sekiranya kita
asyik “berpeluk tubuh”, maka kita akan ketinggalan dalam arus ketamadunan. Pada
minggu lepas, saya telah mengikuti program Motivasi Kecemerlangan Akademik anjuran
Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Program ini telah diadakan di
Pusat Latihan Amanah Ikhtiar, Taiping.

Peserta yang terpilih untuk menyertai program ini terdiri daripada calon UPSR
dari sekolah-sekolah di sekitar Taiping. Hanya murid-murid yang berpotensi meraih 6A
terpilih untuk menyertai program yang dilaksanakan bagi memberikan kesedaran dan
motivasi kepada calon-calon UPSR ini.

Saudara Iqmal,
Selain sesi ceramah yang disampaikan oleh pakar-pakar motivasi, kami juga
didedahkan dengan slot teknik jawab soalan, kupasan soalan “maut”, tip peperiksan dan
teori pengurusan masa. Melalui program ini, saya mendapat banyak pengetahuan dan
pengalaman yang berguna. Semua kelebihan ini menjadikan kami memiliki “daya fikir”
yang tinggi.

Saya pasti bahawa saudara juga ada mengikuti program seperti ini. Saya berharap
semoga kita akan meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

Nampaknya sampai di sini dahulu pada kesempatan ini. Sehingga bersua kembali,
sambutlah salam hormat daripada saya untuk saudara sekeluarga.

Wassalam.
Taulan setiamu,
Zikrilhakim

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 29


Munsyi Dewan DBP
Surat kepada Sahabat

Azhar bin Salleh,


40, Jalan Perjiranan 10/21,
Bandar Dato’ Onn,
81100 Johor Bahru.

21 April 2020.

Menemui Saudara Nizar Parman yang berada di Batu Pahat. Apa khabar saudara di
samping keluarga tercinta? Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya mohon maaf kerana
sudah lama tidak menjengah talian. Tujuan saya menghubungi saudara pada kali ini
adalah untuk menceritakan tentang sambutan hari usahawan di sekolah saya.

Saudara,
Untuk makluman saudara, baru-baru ini, sekolah saya telah mengadakan hari
usahawan. Seperti pada tahun-tahun lepas, saya dan rakan sekelas telah diberi peluang
untuk mencuba nasib dalam perniagaan. Untuk memeriahkan program hari usahawan,
setiap kelas tahap dua disediakan kios bagi menjalankan perniagaan masing-masing.

Kami telah membuat keputusan untuk mengusahakan gerai burger. Saya pula telah
dilantik menjadi ketua. Sebelum memulakan perniagaan, kami telah mengadakan
perbincangan untuk mengagihkan tugas masing-masing. Perbincangan ini penting sekali
kerana kami khuatir kalau-kalau ada antara kami yang “belum duduk sudah
berlunjur”.

Semasa hari usahawan, sesi perniagaan yang kami jalankan amat


memberangsangkan. Hal ini demikian adalah kerana kedudukan gerai kami yang
begitu strategik, iaitu berhampiran dengan khemah perasmian. Dalam pada itu, rasa
burger dan hot dog kami juga lebih perisa kerana kami tidak mengamalkan sikap
“tangkai jering” dalam mempelbagaikan ramuan untuk diisikan ke dalam roti yang
kami jual. Oleh sebab sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan, kami terpaksa
memesan bekalan roti, sosej dan daging burger tambahan.

Untuk pengetahuan saudara, keuntungan yang kami peroleh dalam tempoh tujuh
jam berniaga ialah sebanyak RM166.00. Wang keuntungan ini akan kami gunakan untuk
membiayai aktiviti tahunan kelas yang telah kami rancangkan pada sepanjang tahun ini.

Sesungguhnya, banyak ilmu yang kami peroleh daripada pengalaman berniaga ini.
Bagaimanakah dengan saudara, adakah sesuatu yang hendak saudara ceritakan kepada
saya? Saya sentiasa sedia menerima perkhabaran daripada saudara. Kita perlu saling
menghubungi agar hubungan kita “bagai hempedu lekat di hati”.

Sekian. Sesehingga bersua lagi pada kesempatan lain, sambutlah salam kasih
sayang daripada saya yang jauh.

Taulan setiamu,
Azhar

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 30


Munsyi Dewan DBP
KARANGAN CONTOH TERBAIK

Ucapan Persaraan Guru Besar

Salam pertemuan saya wariskan untuk yang kita raikan, Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur, Puan Ramnah binti Darus,
guru-guru penolong kanan, barisan guru kesayangan dan seterusnya teman
seperjuangan sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya berasa amat bertuah kerana saya telah dipilih untuk menyampaikan ucapan
bagi mewakili semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1 dalam majlis
yang kita adakan untuk mengucapkan selamat bersara kepada Guru Besar kita ini.
Pemilihan ini saya tamsilkan sebagai “kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan”.

Hadirin sekalian,
Sesungguhnya, persaraan Cikgu Ramnah merupakan satu kehilangan kerana beliau
ialah tunggak kejayaan kita selama ini. Kita seolah-olah “seperti si buta kehilangan
tongkat” apabila cikgu tidak ada lagi di sisi kami. Banyak jasa dan pengorbanan yang
telah dicurahkannya untuk memartabatkan prestasi sekolah ini. Biarpun Cikgu
Ramnah peramah dan penyayang, namun beliau begitu tegas dan komited dalam
menjalankan tugasnya.

Berkat kepemimpinan beliau, pelbagai kejayaan besar telah kita capai. Antaranya
termasuklah anugerah Sekolah Harapan Negara 2018, Sekolah Berprestasi Tinggi,
Sekolah Prestasi Gemilang dan Johan Keceriaan Negeri Selangor untuk tiga tahun
berturut-turut.

Puan Ramnah kesayangan kami,


Terima kasih atas segala-galanya. Kami berharap agar nostalgia di sekolah ini
akan sentiasa menghiasi hari-hari muka cikgu. Semoga cikgu akan gembira
beristirahat bersama-sama dengan keluarga. Curi-curilah masa untuk menjenguk kami
nanti.

Akhir kata, sebagai penutup bicara, kami menyusun sepuluh jari, mohon ampun
maaf atas segala kekasaran kata, keterlanjuran bahasa dan kelancangan tingkah
laku kami lakukan selama ini.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 31


Munsyi Dewan DBP
Ucapan Faktor-faktor yang Mengakibatkan Kemalangan Jalan Raya

Yang saya muliai, Encik Abdul Aziz bin Ahmad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan King
Edward VII (2), Taiping, barisan guru penolong kanan, guru-guru tersayang dan
seterusnya teman seperjuangan yang saya kasihi. Salam sejahtera untuk kalian.

Ungkapan “malang tidak berbau” sering diujar apabila kemalangan ungkapan


“Biar Lambat Asal Selamat” diabaikan. Sesungguhnya, sesuatu tragedi itu pasti ada
punca kejadiannya. Inilah hakikat yang akan saya perjelaskan dalam ucapan ini, iaitu
“Faktor-faktor yang Mengakibatkan Kemalangan Jalan Raya”. Tiada ubat yang tiada
penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus
dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Hadirin sekalian,
Sesungguhnya, kemalangan jalan raya ini berpunca daripada sikap manusia sendiri
yang terlalu individualistik, egois atau alpa. Sesetengah pemandu pula ada yang
memandu dalam keadaan mengantuk, lesu atau mabuk.

Selain itu, keadaan kenderaan yang tidak diselia dengan sempurna juga menjadi
punca terjadinya nahas. Malah, ketidakberkesanan sistem lampu isyarat, cermin sisi,
lampu, tayar, brek, hon atau pengelap cermin kerap kali dikaitkan dengan berlakunya
musibah di laluan kembaraan.

Di samping faktor cuaca, masalah teknikal juga menjadi pemangkin kepada


kecelakaan. Keadaan jalan raya yang berlopak, berlikuan atau terlalu lurus yang sering
mengundang padah. Malah, kerja-kerja penaiktarafan jalan raya, kepincangan fungsi
lampu isyarat, kedudukan plaza tol atau kedudukan papan tanda yang tidak strategik
juga membantu meningkatkan kes kemalangan.

Saudara dan saudari,


Seandainya tiada kesepakatan dan keseragaman usaha daripada semua,
fenomena maut ini akan terus menghantui kita.

Yang pasti, hanya kewaspadaan akan menyelamatkan situasi. Sentiasalah


berhemah di jalan raya kerana “Pandu Cermat, Jiwa Selamat”. Usaha ini pasti akan
membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera
untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

Sekian. Terima kasih.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 32


Munsyi Dewan DBP
Ucapan Perpisahan Guru Kesayangan

Salam pertemuan saya warisi untuk yang saya muliai, Tuan Haji Mohd. Kamal bin
Ahmad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, barisan guru penolong kanan,
yang kita raikan, Yang Mulia Cikgu Raja Laina Kariesa binti Raja Yusof Izuddin Shah,
guru-guru tersayang dan seterusnya teman seperjuangan sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.

Hadirin yang saya hormati,


Pertama-tamanya, saya merakamkan untaian terima kasih kepada pihak majlis
atas kesudian memberi saya kesempatan untuk berucap bagi mewakili murid SK Tebing
Tinggi ini. Seperti yang kita sedia maklum, majlis ini kita adakan untuk meraikan Cikgu
Laina yang akan melanjutkan pengajiannya pada peringkat sarjana di Universiti Putra
Malaysia, Serdang. Personaliti “jiwa besar” yang dimiliki oleh Cikgu Laina ini
sewajarnya kita warisi.

Sesungguhnya, penghijrahan Cikgu Laina merupakan satu kerugian dan


tamparan kerana beliau ialah tunggak kejayaan kita. Cikgu Laina juga seorang guru
yang dedikasi, bertanggungjawab dan begitu prihatin terhadap masalah muridnya.
Kendatipun beliau tegas, namun kekarismaan etika yang dimilikinya menyebabkan
kita sering tertunggu-tunggu akan kehadirannya ke kelas. Saya berharap agar kita tidak
“tenggelam punca” dengan ketidakberadaan Cikgu laina di samping kita nanti.

Cikgu Laina yang kami kasihi,


Kami panjatkan doa semoga cikgu menempa kejayaan di UPM. Kalau kelapangan,
jenguk-jenguklah kami di sini. Biarpun cikgu tiada di sisi untuk memantaui kami, kami
berikrar akan melipatgandakan usaha untuk menjaring kecemerlangan dalam
peperiksaan UPSR nanti.

Akhir kata, sebagai penutup bicara, saya, mewakili semua sekolah ini menyusun
sepuluh jari, mohon ampun maaf atas kekasaran kata, keterlanjuran bahasa dan
kelancangan tingkah laku kami selama ini.

Malam raya meriam dibedil,


Riuh rendah tanpa amaran;
Guru ibarat pelita kerdil,
Penyuntik cahaya dalam kesamaran.

Sekian. Terima kasih.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 33


Munsyi Dewan DBP
Ucapan Perpisahan Tahun Enam

Bismillahhirrahmanirrahim. Salam pertemuan di barisan ini saya wariskan untuk


Puan Mahani binti Mohd. Shariff, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pantai Besar, Batu
Kurau, Yang Berbahagia, Encik Hazani bin Zolaawal, Yang Dipertua PIBG, SK Pantai
Besar, yang berusaha guru-guru penolong kanan, guru-guru tersayang dan seterusnya
teman seperjuangan. Salam sejahtera untuk kalian.

Pertama-tamanya, marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas


limpah perkenan dan kurnia-Nya, maka majlis ini dapat kita sempurnakan. Jutaan
penghargaan juga saya rakamkan kepada pihak majlis kerana memilih saya untuk
menyampaikan ucapan bagi mewakili murid tahun enam sekolah ini. Saya amat
“besar hati” dengan penghargaan ini.

Hadirin sekalian,
Nampaknya minggu ini ialah minggu terakhir bagi kami untuk berada di sekolah
ini. Sesungguhnya, kami akan meninggalkan sekolah ini dengan himpunan kesedihan.
Sesungguhnya, amat “berat hati” kami untuk melangkah keluar dari halaman sekolah
ini. Bak kata peribahasa “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain”.

Jadi, pada kesempatan ini, kami mengucapkan tinggian terima kasih atas jasa dan
sumbangan semua guru dalam usaha mencanai kami menjadi insan yang kamil. Selama
belajar di sini, kami telah dididik, diasuh dan dibimbing oleh para guru tanpa mengambil
kira erti jemu. Jasa bakti dan sumbangan kalian ibarat “mahal dibeli sukar dicari”.

Barisan guru tersayang,


Kami berharap agar cikgu akan kekal telus untuk memartabatkan imej dan
prestasi murid-murid sekolah ini. Semoga institusi ini akan terus cemerlang, gemilang
dan terbilang dalam segala aspek.

Sebagai penutup bicara, kami pohon ampun maaf atas sebarang kekasaran
kata, keterlanjuran bahasa dan kelancangan tingkah laku kami selama ini.
Doakanlah kejayaan kami di sekolah menengah nanti dan semoga keberkatan ilmu yang
cikgu-cikgu ajarkan akan membawa kami ke “menara gading”.

Kalau ada sumur di ladang,


Izinkan kami menumpang mandi,
Kalau ada usia yang panjang,
Pasti kita ketemu kembali.

Sekian. Terima kasih.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 34


Munsyi Dewan DBP
Syarahan “Masyarakat Sepakat Membawa Berkat”

Air jernih menghias lata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Salam pertemuan pemula kata,
Mohon saya membuka bicara.

Salam perpaduan dan salam sejahtera untuk yang saya hormati, panel hakim yang arif
dan sentiasa menegakkan paksi kebenaran, warga pendidik yang budiman, teman
seperjuangan dan seterusnya hadirin yang saya kasihi.

“Masyarakat Sepakat Membawa Berkat” merupakan tajuk syarahan saya pada


hari ini. Kamus Dewan Edisi Keempat, mendefinisikan “masyarakat sepakat” sebagai
golongan manusia yang hidup saling bekerjasama manakala “membawa berkat” pula
bermaksud mendatangkan kebaikan atau faedah. Dalam dunia yang serba sofistikated
ini, semua pihak wajib saling berinteraksi positif untuk menjana kesepakatan, barulah
kita dapat menikmati hala tuju kehidupan yang lebih sempurna. Kesimpulannya di sini,
budaya hidup sepakat terbukti mendatangkan banyak manfaat kepada anggota
masyarakat.

Sidang dewan yang budiman,


Kemajuan dan kesejahteraan yang di Malaysia kini ialah hasil daripada
permuafakatan antara pelbagai kaum. Tanpa sikap kerjasama dan toleransi,
pergeseran dan perbalahan kaum mudah terjadi. Budaya saling menghargai jasa dan
pengorbanan orang lain ibarat menjiwai pepatah “orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa”. Semangat kerjasama ini juga perlu dipupuk sejak awal
kerana “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Dalam konsep kejiranan, kita perlu melahirkan anggota masyarakat yang saling
prihatin tanpa mengira faktor adat, agama, budaya, kaum atau status, yakni “yang buta
dipimpin, yang sakit diziarahi”. Kehadiran dan keberadaan dalam sesuatu majlis atau
program seperti gotong-royong, rumah terbuka, kenduri-kendara, hari keluarga, sukan,
darmawisata atau kempen tertentu akan mendorong anggota masyarakat untuk saling
mengenali dan bekerjasama. Sikap saling berinteraksi ini akan membawa pelbagai
keberuntungan dan amalan “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing” perlu kita pinggirkan sama sekali. Oleh itu, marilah kita mengutamakan isu
kekeluargaan dan kemasyarakatan yang mendasari semangat kejiranan.

Hadirin sekalian,
Amalan sepakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan juga akan menghasilkan
faedah berganda. Berkat sikap kerjasama, muafakat dan semangat patriotik yang
dimiliki oleh pejuang berbilang kaum telah berjaya membebaskan negara daripada
belenggu penjajah. Hasilnya, kita telah mencapai kemerdekaan dan menjalani hidup
dalam kondisi aman dan sejahtera. Ternyatalah, “Rakyat Makmur, Negara Maju”.

Akhir kata, marilah kita mengamalkan budaya “Hidup Sepakat Membawa


Berkat” agar perpaduan dalam kalangan rakyat akan kekal terpelihara dan seterusnya
menjamin keselamatan dan kedaulatan Negara.

Sekian, terima kasih.


NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 35
Munsyi Dewan DBP
LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK CONVENT KAJANG (M) 2020

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2020 Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah


Kebangsaan Convent Kajang (M), telah diadakan pada hari Sabtu, 10 Oktober, 2020.
Majlis Hari Anugerah dimulakan pada pukul 08:30 pagi ini telah dilangsungkan
di dewan sekolah.

Guru Besar, Hajah Roslina binti Haji Hashim, dalam ucapan beliau memaklumkan
bahawa majlis ini berperanan untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid
yang telah mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan
kesahsiahan diri pada tahun 2020.

Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan anak mereka tampil
ke pentas untuk menerima pengiktirafan. Ketibaan dif kehormat, Pegawai Pendidikan
Daerah, PPD Hulu Langat, Tuan Haji Arbain bin Pinni, telah disambut dengan paluan
berseni oleh pasukan kompang sekolah.

Dalam ucaptamanya, Pegawai Pendidikan Daerah telah merakamkan ucapan


tahniah kepada penerima anugerah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
pada tahun 2020. Beliau menasihati semua murid supaya belajar dengan lebih giatnya
untuk menjadi pewaris negara yang berwawasan, Persis kata mutiara, “Pemuda
Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”.

Beberapa agenda selingan seperti nyanyian, tarian, lakonan, dan sketsa juga
dipersembahkan sebagai “halwa telinga” untuk memeriahkan majlis sambutan hari
anugerah.

Selepas menyaksikan pameran reka cipta yang diadakan di bilik darjah


bersebelahan, semua tamu menghadiri jamuan ringan di Pusat Sumber Sekolah.
Sambutan Majlis Hari Anugerah Keemerlangan 2020, Sekolah Kebangsaan Convent
Kajang telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada semua pihak.

Majlis gilang-gemilang ini diharapkan dapat memberikan motivasi kepada murid


lain agar terus berusaha untuk menggapai kecemerlangan dalam setiap aspek yang
diceburi oleh mereka.

Laporan disediakan oleh, 7 OKTOBER 2020.


zainita
(ZAINITA BINTI HUSSAIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa dan Budaya,
Sekolah Kebangsaan Convent (M) Kajang.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 36


Munsyi Dewan DBP
Laporan Sambutan Hari Kebangsaan SK King George V, Seremban

Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Kebangsaan King
George V, Ampangan, Seremban, telah diadakan pada hari Khamis, 29 Ogos, 2020,
bertempat di padang KGV. Majlis ini diadakan bagi memperingati ulang tahun
kemerdekaan negara yang ke-63.

Majlis ini dimulakan seawal pukul 08:00 pagi. Atur acara pembuka tirai majlis
menyajikan nyanyian lagu “Negaraku”, “Lagu Kebesaran Negeri Sembilan”, lagu
sekolah, lagu “Jalur Gemilang”, ucapan sempena hari kebangsaan, dan pembacaan
perutusan khas Hari Kebangsaan.

Acara pendeklamasian sajak patriotik, persembahan lagu-lagu yang bertemakan


nasionalisme oleh orkestra sekolah dan laungan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali
kemudiannya menyusuli acara berikutnya. Semua murid kemudiannya berbasikal
mengelilingi pekan Ampangan sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik dan
mengibarkan bendera Malaysia. Laungan kemerdekaan juga dilakukan pada sepanjang
perjalanan tersebut.

Setelah selesai menjelajahi persekitaran yang ditetapkan, kami kembali


ke sekolah. Pihak sekolah menyediakan jamuan ringan untuk semua warga sekolah.
Selepas menikmati juadah, semua murid memenuhi dewan untuk menyertai
pertandingan mewarna “Jalur Gemilang” dan melukis logo Hari Kebangsaan. Agenda
majlis sambutan ini menemukan penghujungnya pada pukul 12:30 tengah hari.

Pada keseluruhannya, majlis sambutan ulang tahun hari kebangsaan ini


berlangsung dalam suasana yang meriah. Usaha pihak sekolah untuk menanamkan
nasionalisme dalam kalangan murid ternyata telah membuahkan hasil. Sesungguhnya,
ungkapan pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” telah membuktikan
pernyataannya.

Laporan disediakan oleh, 6 SEPTEMBER 2020.


Wannorshahirah
(WAN NOR SHAHIRAH BINTI WAN SUHAIMI)
Setiausaha II,
Sambutan Hari Kebangsaan,
Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 37


Munsyi Dewan DBP
LAPORAN DARMAWISATA KE PULAU LANGKAWI

Pada hari Sabtu, 10 Ogos 2020, Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi, Sekolah
Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping telah mengadakan darmawisata selama dua hari
ke pulau legenda, Langkawi. Empat orang guru penasihat dan 44 orang anggota kelab
yang menyertai lawatan ini bergerak meninggalkan kawasan sekolah dengan menaiki
bas persiaran kira-kira pada pukul 08:15 pagi.

Perjalanan ke Pulau Mutiara mengambil masa lebih kurang dua jam. Tepat pada
pukul 11:30 pagi, kami berlepas pula dari Lapangan Terbang Bayan Lepas ke Pulau
Langkawi dengan pesawat Boeing B737-800 MAS. Pengalaman menaiki kapal terbang
ternyata menjelmakan nostalgia. Setengah jam kemudian, sampailah kami ke destinasi
impian.

Dari Lapangan Terbang Langkawi, bas yang kami tempah membawa kami
ke “Underwater World”. Setelah meneroka dan menghayati alam akuatik, kami
singgah untuk menjamu selera di Restoran Changloon. Kemudian, kami berangkat pula
ke Taman Buaya, Pondok Upih. Pada petangnya, kami mendaftar masuk ke Hotel
Langkasuka untuk merawat kelesuan.

Pada keesokan harinya, kami melawat beberapa lokasi bersejarah di Pulau


Langkawi yang “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” seperti Makam Mahsuri,
Padang Mat Sirat, Telaga Tujuh, Telaga Air Hangat, dan Tasik Dayang Bunting.
Pengalaman menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang pula ternyata sungguh
menakjubkan.

Pada sebelah petangnya pula, kami bersantai di Pantai Chenang. Selepas sesi
merarau, kami mengunjungi Galeria Perdana dan Pusat Perusahaan Gamat Asli, ROJAM.
Kemudian, kami menjelajah kedai bebas cukai di Pekan Kuah. Kami menaiki feri ke
Kuala Perlis pada pukul 06:00 petang. Dari sana, kami menaiki bas ke Taiping. Kami
singgah di Kawasan Rehat dan Rawat Gurun untuk makan malam. Setelah menempuh
perjalanan yang panjang, iaitu kira-kira tiga jam, kami selamat tiba di pekarangan
sekolah pada pukul 10:20 malam.

Ternyata, selain memberikan pendedahan tentang tempat bersejarah dan menarik


di Pulau Langkawi, program ini juga telah berjaya meningkatkan pengetahuan anggota
persatuan kerana “jauh perjalanan, luas pemandangan”.

Laporan disediakan oleh, 20 OGOS 2020.


Daryankaafiy
(RAJA DARYAN KAAFIY)
Setiausaha,
Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi,
SK Kampung Jambu, Taiping.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 38


Munsyi Dewan DBP
Laporan Tahunan Kelab Bahasa dan Budaya, SK Padang Rengas, Perak

Kelab Kelab Bahasa dan Budaya, Sekolah Kebangsaan Padang Rengas, Perak ditubuhkan
dengan rasminya pada 10 Januari 2020. Sebanyak 178 orang murid telah diterima
untuk menganggotai kelab yang lebih memberikan tumpuan kepada pengetahuan
tentang aspek bahasa dan seni budaya ini.

Pada 17 Januari 2020, Kelab Bahasa dan Budaya mengadakan Mesyuarat Kali yang
Pertama. Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh kira-kira
150 orang anggota kelab.

Pada 8 Februari 2020, kelab ini mengadakan majlis suai kenal dalam usaha untuk
mengeratkan hubungan siraturahim dalam kalangan anggotanya. Dalam majlis yang
serba ringkas ini, anggota kelab sempat beramah mesra sesama mereka untuk
mengatur aktiviti bagi memanfaatkan ilmu bahasa dan aspek budaya yang perlu
diberikan perhatian khusus oleh kelab kerana kalimat “bahasa jiwa bangsa”
memerlukan usaha tanpa sempadan.

Pada 18 April 2020, “Program Motivasi Buka Minda” telah dijalankan untuk
memantapkan ketahanan fizikal dan mental anggota kelab agar mampu meneladani
cabaran dan pancaroba dunia pada hari ini. Program ini terbukti telah melahirkan
murid yang berupaya menangani sirian masalah yang melanda. Berkat melalui
pengalaman berganda, mereka berjaya mengatasi semua masalah, umpama kata
pepatah, “alah bisa, tegal biasa”.

Pada cuti pertengahan semester kedua persekolahan, kelab telah mengadakan


pertandingan reka cipta bagi mencungkil bakat dan kreativiti anggota kelab. Beberapa
kuiz bahasa yang mencabar juga telah diadakan dengan pelibatan murid dari sekolah-
sekolah jiran.

Kelab Bahasa dan Budaya juga telah mengadakan aktiviti untuk menghasilkan
buku skrap Bahasa dan Budaya yang kemudiannya telah dipamerkan sempena hari
Hari Kokurikulum. Aktiviti terakhir yang dijalankan oleh kelab ialah darmawisata
ke Pusat Bahasa dan Budaya Negara dan ke Akuria Petronas, di KLCC, Kuala Lumpur.

Berkat kerjasama “bagai aur dengan tebing” dalam kalangan anggota kelab,
semua aktiviti yang dirancang pada tahun 2020 telah dijayakan dengan cemerlangnya.

Disediakan oleh, 26 OKTOBER 2020.


Noor Hayati
(Noor Hayati binti Mohd. Isa)
Setiausaha Kelab Bahasa dan Budaya,
Sekolah Kebangsaan Padang Rengas, Perak.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 39


Munsyi Dewan DBP
Suasana di Pasar Malam

Pasar malam yang dibuka pada pukul 5:00 petang biasanya diadakan seminggu sekali.
Laluan yang dijadikan lokasi pasar malam akan ditutup lebih awal untuk memudahkan
para peniaga menyusun barangan jualan mereka.

Selepas maghrib, lampu dari gerai-gerai mula bergemerlapan lantas menerangi


medan beli-belah ini. Apabila pasar malam mulai sesak dengan pengunjung “seperti
ikan dalam belat”, suasana akan menjadi riuh-rendah dengan aktiviti tawar-menawar
antara penjual dengan bakal pembeli dan suara peniaga yang berebut-rebut mencuri
kesempatan untuk mempromosikan barangan jualan mereka. Pada kebiasaannya,
“bahasa pasar” akan menguasai komunikasi jual beli yang berlangsung.

Pelbagai produk dijual di pasar malam, seperti bahan mentah, makanan segera,
perkakas dapur, pakaian baharu, pakaian terpakai, aksesori wanita, alat mainan kanak-
kanak, buku serta majalah, bahan audio, barangan terpakai dan sebagainya. Senario ini
membuatkan pengunjung “rambang mata” kerana sukar memilih yang terbaik untuk
dibeli.

Kendatipun begitu, bukan semua pengunjung yang datang ke pasar malam


berhasrat untuk berbelanja. Ada pengunjung yang hanya hadir untuk “jamu mata”, ada
yang “ambil angin” dengan mundar-mandir sambil memperagakan penampilan, dan
ada juga yang menjadikan pasar malam sebagai medan pertemuan peribadi.

Gerai yang sering memonopoli kunjungan ialah gerai peniaga yang menggunakan
kemudahan audio untuk mencanangkan barangan jualan mereka. Ada peniaga yang
menggunakan pembesar suara untuk melobi pengunjung dengan propaganda jualan
lelong, keunikan khasiat ubat-ubatan, keterampilan koleksi bahan bacaan dan
kepelbagaian Dvd terkini yang sedang “panas” di pasaran.

Terdapat juga tabung derma yang menghiasi laluan khalayak. Tabung ini
diletakkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi mohon sumbangan untuk
melaksanakan projek atau program tertentu di premis mereka.

Pasar malam lazimnya akan beransur-ansur lengang selepas pukul 10:00 malam.
Selepas waktu ini, para pengunjung semakin berkurang dan para peniaga pula akan
mulai berkemas. Suasana mulai agak sunyi dan hanya bunyi generator milik para
peniaga yang masih bertingkah.

Peniaga yang bertanggungjawab akan membersihkan tapak gerai masing-masing


sebelum pulang. Semua peniaga berharap agar rezeki mereka akan bertambah dengan
usaha yang gigih pada minggu berikutnya kerana mereka tahu bahawa “secupak tak
akan jadi segantang”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 40


Munsyi Dewan DBP
Menangani Kecemasan

Matahari yang mencacak menjadikan suasana perhimpunan semakin panas. Deretan


ucapan juga menyebabkan kami kelesuan. Keringat mulai membasahi tubuh. Wajah
beberapa orang murid kelihatan agak pucat kerana tidak betah menangani terik
matahari.

Sirian ucapan daripada Guru Besar, barisan penolong kanan dan guru bertugas
agak terperinci kerana minggu ini ialah minggu pertama bagi sesi persekolahan bagi
tahun 2020. Pelbagai info tentang keperluan dan strategi pihak sekolah diperturunkan
untuk memudahkan kami menelusuri kembara ilmu bagi sesi persekolahan pada tahun
wawasan ini.

Ketika semua murid “pasang telinga”, tidak semena-mena, Aiman yang berdiri
di sisiku terhuyung-hayang. Aku sempat menyambarnya sebelum dia terlentang
ke dataran kejat. Suasana menjadi panik apabila murid lain mulai berkerumun.

Sebagai anggota Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), kes sebegini memang
“kacang” bagiku. Kes “darah gemuruh” bukan identiti anggota unit uniform. Dengan
bantuan Kayyis, Aiman aku usung ke kantin bagi mengelakkan gangguan lain. Kami
saling “memerah keringat” untuk mengembalikan Aiman ke dunia nyata.
Aku menyeru-nyeru namanya dan menampar-nampar pipi Aiman untuk memastikan
tahap kesedarannya.

Setelah terbukti Aiman benar-benar pengsan, Maniam kuarahkan mencari minyak


angin dan setimba air. Aku menanggalkan baju Aiman dan menggunakannya sebagai
pengibas. Tali pinggang Aiman juga kulucutkan untuk melancarkan perjalanan
darahnya.

Maniam kemudiannya muncul kembali. Aku membasahkan kepala Aiman dan


menyeka air ke wajahnya, manakala Maniam kuminta menyapukan minyak pada sendi-
sendi tertentu pada tubuh Aiman untuk mengembalikan kesedarannya.

Usaha ini nampaknya berhasil kerana Aiman tiba-tiba mencelikkan mata dan
menggerak-gerakkan tubuhnya. Selepas berjaya menenangkannya, Aiman kami iringi
ke bilik rawatan untuk beristirahat sementara menunggu rawatan susulan.

Syukur kepada Tuhan kerana pada hari ini, satu lagi disiplin nilai telah
kurealisasikan untuk menjadikan aku suri teladan semasa.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 41


Munsyi Dewan DBP
Pengalaman Manis Bersama-sama dengan Keluarga Tercinta

Apabila ayah memberitahu bahawa beliau akan membawa kami bercuti ke kampung
halaman kami, Terengganu, makluman tersebut bagi kami “bagai bulan jatuh ke riba”.
Pada hari yang dijanjikan, kami bertolak dari rumah. Oleh sebab kami akan singgah
untuk berkelah di Air Terjun Sekayu, kami membawa barangan keperluan untuk
perkhemahan seperti khemah, makanan, lilin kiub untuk menyalakan api, sulfur, dan
pakaian.
Cuaca pada hari itu begitu cerah dan langit kelihatan kebiru-biruan. Suasana
perjalanan ke destinasi tersebut amat menyeronokkan, apatah lagi dengan menaiki
kereta Honda HRV baharu yang baru dimiliki oleh ayah. Ibu mengingatkan ayah supaya
sentiasa berwaspada semasa memandu. Persis kata orang tua-tua, “biar lambat
asalkan selamat”. Kami tiba ke kawasan tersebut dua jam kemudian.

Lokasi Air Terjun Sekayu yang mudah diakses dengan kenderaan melalui
persekitaran desa menjadikan lokasi pelancongan ini sentiasa dikunjungi pelawat.
Lokasinya ternyata mengetengahkan pengalaman yang menarik dengan interaksi nada
siulan pelbagai unggas dan bunyi aliran air terjun yang melahirkan kombinasi muzik
alam yang enak serta menemteramkan jiwa dan minda. Kawasan perkelahan ini juga
dipenuhi oleh banyak pengunjung. Suasana di kawasan air terjun ini sungguh amat
meriah.
Setibanya di destinasi, kami menurunkan barang-barang dari but kereta. Kami
kemudiannya membantu ayah mendirikan khemah. Sementara ibu menyediakan juadah
merarau, saya, abang dan kakak turun ke air. Airnya amat sejuk sehingga menusuk
tulang. Kami mandi dengan sepuas-puasnya. Kami melihat pelbagai jenis ikan kecil yang
berwarna-warni berenang bebas di air. Gembiranya kami “bagaikan itik mendapat
air”.
Selepas solat zuhur, kami menikmati masakan ibu. Aktiviti lasak sebelumnya
menjadikan kami begitu lapar. Habis licin-licau juadah yang disajikan oleh ibu kami
kerjakan. Selepas ibu mengemaskan tempat makan, kami duduk berbual dan bercerita
tentang perkembangan diri masing-masing. Dialog kami berkisar tentang pelajaran,
bakat, minat, kebolehan, kemampuan, cita rasa dan perancangan masa depan. Oleh
sebab kami jarang berbual di rumah akibat kekangan masa masing-masing, sesi bicara
di wilayah asing ini amat mengesankan.

Selepas berkemas, kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke bandar Kuala


Terengganu dan ayah mendaftar masuk di Hotel Midtown. Pada sebelah petangnya,
sempat lagi kami adik-beradik mandi di kolam renang hotel. Selepas bersarapan di hotel,
ayah membawa kami melawat tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu seperti
Kedai Payang, Kilang Batik Noor Arfa, Taman tamadun Islam, Masjid Kristal dan Pantai
batu Buruk. Kami juga sempat bergambar di hadapan papan tanda Sekolah Kebangsaan
Paya Bunga, sekolah tempat ayah belajar dari tahun satu hingga tahun enam.
Keberadaan di lokasi yang menarik dan pengalaman membeli-belah tanpa gangguan
ternyata menjelmakan satu memori indah kepada kami.
Keesokannya, selepas mendaftar keluar dari hotel, kami bergerak pulang dengan
seribu kenangan manis yang tidak mungkin terpinggir daripada ingatan. Betullah kata
peribahasa, “elok lenggang di tempat datar”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 42


Munsyi Dewan DBP
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan All Saints’, Kamunting

Pada 9 November 2020, Sekolah Kebangsaan All Saints’, Kamunting, Perak telah
mengelolakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kali yang Ke-49. Majlis pada tahun
2020 ini agak unik kerana upacaranya telah diadakan di Astaka Perdana,
Majlis Perbandaran Taiping (MPT), yang terletak di Taman Tasik Taiping. Majlis
Konvokesyen Prasekolah SK All Saints’ Kali Pertama juga turut mengisi atur acara
majlis hari anugerah ini.

Majlis ini bertujuan bagi memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada


murid yang telah bekerja keras untuk menggapai kecemerlangan dalam bidang
kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah pada sepanjang Tahun 2020. Usaha gigih mereka
ini membuktikan bahawa “Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak
datang melayang”. Majlis ini juga menjurus kepada inisiatif untuk menjanakan
keakraban antara ibu bapa dengan pihak sekolah supaya budaya “bagai dakwat
dengan kertas” dapat diwujudkan.

Upacara perasmian pembukaan majlis telah disempurnakan oleh Yang Dipertua,


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan All Saints’, Encik Megat Mat
Akhir bin Megat Mohamad. Dalam teks ucapannya, beliau berharap agar SKAS akan
muncul sebagai sekolah yang terbaik dalam semua lapangan pada suatu hari nanti.

Selain sesi pentauliahan ilmu, hadirin juga turut dihiburkan dengan pertunjukan
pentas seperti persembahan nyanyian solo, nyanyian kumpulan, koir, deklamasian
sajak, sketsa dan tarian oleh murid-murid terpilih.

Pelbagai kategori hadiah disampaikan kepada murid-murid pada hari yang


gilang-gemilang tersebut. Perasmi majlis penutupan, Tuan Syed Nasir bin Sayed Mahadi,
selaku Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat pendidikan Daerah Larut Matang dan
Selama turut mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG atas ikhtiar intensif
yang dijalin padu untuk meraih kecemerlangan keputusan UPSR pada tahun 2020.
Berkat usaha semua pihak, Sekolah Kebangsaan All Saints’, Kamunting telah menjadi
sekolah yang memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR 2020 bagi Kategori Sekolah
Luar Bandar.

Secara keseluruhannya, Majlis Anugerah Kecemerlangan tahun ini telah berjaya


dilaksanakan dengan lancarnya. Komitmen daripada semua pihak telah menyebabkan
majlis gah ini berlangsung dengan jayanya. Senario ini persis peribahasa Melayu, yakni,
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Tahniah kepada semua pemenang
anugerah dan penerima hadiah. Kepada mereka yang kurang bernasib baik, jadikan
ketewasan pada tahun ini sebagai cabaran untuk menempa sejarah gemilang pada
tahun depan.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 43


Munsyi Dewan DBP
Kesiangan

Sergahan dan cubitan mengejutkan lenaku. Wajah ibu mencuka. Terkebil-kebil aku
dibuatnya. Alamak, jarum jam mempamerkan pukul 07:05 pagi! Kesiangan nampaknya
aku. Musibah apakah yang menafikan tugas penggera jam loceng ini? Bateri agaknya.
Sempatkah aku sampai ke sekolah dalam masa yang terbatas ini?

Aku melompat dari katil dan bingkas mencapai tuala. Ibu mengomel
keterkilanan kerana kelewatanku mengerjakan solat subuh. Dalam kekalutan, aku
menerpa ke kamar mandi. Oleh sebab “masa itu emas” dan waktu begitu kesuntukan,
aku hanya “mandi kerbau”.

Selepas mengenakan uniform sekolah, aku menjengkau dua keping sandwic


yang terhidang di atas meja. Ibu yang sedari tadi asyik memperhatikan gelagatku,
menggeleng-gelengkan kepala apabila aku mendekatinya. Selepas memperoleh restu
beliau, aku menghambur keluar. Basikal yang setia tersandar di dinding garaj lantas
kusambar.

Aku mengayuh dengan pantasnya. Lajunya kayuhanku yang bagaikan “lipas


kudung” rasa-rasanya mampu membunuh kucing yang melintas. Situasi ini
menyebabkan aku “bermandi peluh” semasa tiba di pintu pagar sekolah. Pengawas
yang bertugas, mencatat namaku sebagai pelaku pelanggaran peraturan sekolah.
Pada hari ini, terekodlah namaku dalam kes murid hadir lewat.

Aku meluru ke kelas. Selepas membaca doa pelembut hati, aku mengetuk daun
pintu. Sebaik-baik sahaja Puan Saidatul Hamamah memberikan isyarat positf dan
mengangguk-anggukkan kepalanya, aku menapak masuk. Setelah ucap salamku
bersahut, aku terus mohon maaf atas kelewatanku. Sambil tersenyum, beliau
menasihatiku agar tidak mengulangi kesilapan tersebut.

Aku amat bersyukur kerana proses pembelajaran dan pengajaran belum


dimulakan. Hal ini demikian adalah kerana semua murid masuk ke kelas agak lewat
sedikit kerana banyak pengisian yang telah diperturunkan oleh barisan pentadbir
semasa sesi perhimpunan tadi.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 44


Munsyi Dewan DBP
Suasana di Wad

Aku membuntuti ibu dan ayah untuk menziarahi Zulfakar, anak jiran yang dirawat
selia di wad D3, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ekoran terlibat dalam
kemalangan basikal lajak. Wajahnya kelihatan ceria apabila melihat kelibat kami.
Apatah lagi, kami membawakannya “buah tangan” segugus anggur, pencuci mulut
kegemarannya.

Ketika ayah dan ibu berborak dengan Zulfakar, aku berdiri di birai katil. Aku
memperhatikan senario di persekitaran wad yang kelihatan begitu bersih, kemas dan
tersusun atur perabot dan peralatannya. Selain dilengkapi dengan sistem pendingin
hawa, wad ini juga diserikan oleh sumber “halwa telinga” yang mengalunkan muzik
sentimental yang mampu meringankan kesakitan dan keresahan pesakit.

Kaunter wad terletak berhadapan dengan bilik Unit Rawatan Intensif. Ketua
Jururawat kelihatan sedang asyik meneliti rekod pesakit manakala seorang jururawat
lelaki sedang menyediakan pakej ubat untuk dimanfaatkan oleh para pesakit.

Apabila melihat senario di dalam wad ini, pelbagai kerenah pesakit dapat kulihat.
Pemerhatianku menepati kata pepatah “Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata”. Ada pesakit yang sedang mengerang kesakitan, ada yang mengaduh untuk
mengumpan perhatian jururawat, ada yang sedang mengelamun, ada yang membaca,
ada yang leka menonton televisyen, ada yang rancak berbual dengan penziarahnya, dan
ada juga yang “tidur mati”. Ada juga pesakit yang kulihat asyik berulang ke tandas.
Cirit-birit agaknya.

Di suatu sudut, beberapa orang pelawat kulihat mengelilingi seorang pesakit yang
sedang nazak. Mereka membaca surah Yasin untuk mohon keajaiban sembuh
daripada Tuhan Yang Maha Esa. Wajah mereka begitu kusam kerana dibelenggu
kesedihan yang teramat.

Pada kira-kira pukul 06:30 petang, hidangan makan malam diagihkan. Menu
makanan biasanya bergantung kepada status pesakit dan kategori penyakit yang
dihidapnya.

Kami meninggalkan wad pada pukul 07:00 malam apabila loceng dibunyikan oleh
pengawal keselamatan untuk memberikan maklum bahawa tempoh masa lawatan
sudah berakhir.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 45


Munsyi Dewan DBP
Usaha Tangga Kejayaan

Dia masih ingat bahawa dia meminati komputer sejak belajar di sekolah rendah. Pada
saban hari, dia akan menghadap komputer untuk menyiapkan tugasan tertentu.
Di sekolah, dia menyertai Kelab Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Kelab ICT). Dia
sering bertanya kepada guru penasihat kelabnya jika dia tidak arif tentang sesuatu
perisian yang ingin dimanfaatkan kerana baginya, “malu bertanya, sesat jalan”.

Tatkala cuti semester pula, dia mengambil kesempatan untuk mengikuti kelas
komputer di bandar bagi memperlengkap pengetahuan dan kemahirannya dalam
bidang perkomputeran.

Walau bagaimanapun, dia tetap tidak alpa akan tugas dan tanggungjawabnya
sebagai seorang murid. Dia sentiasa berusaha gigih untuk memartabatkan ilmunya,
kerana baginya, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Dia juga sentiasa tekun mengulang kaji pelajaran bagi memastikan pemilihannya
sebagai calon Murid 6A UPSR 1996 tidak dipertikaikan. Berkat kesungguhan, kegigihan
dan ketabahannya, dia dikelompokkan dalam kategori sepuluh murid terbaik Sekolah
Kebangsaan Sungai Kepar (SKSK), Kerian, Perak. Dia juga dinobatkan sebagai modal
insan SK Sungai Kepar. Karismanya yang penuh disiplin juga membolehkan dia dilantik
sebagai Ketua Pengawas SKSK pada tahun yang sama.

Kecemerlangannya dalam bidang kokurikulum juga tidak terkecuali. Berkat


kesungguhannya melakukan latihan intensif, dia dipilih untuk mewakili daerah Kerian
dalam permainan bola sepak, sepak takraw, badminton dan beberapa acara dalam sukan
olahraga. Dalam lapangan koakademik pula, kepetahannya dalam berhujah dan
melontarkan pandangan bernas dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja pada
peringkat negeri membolehkan dia diangkat sebagai Pemidato Terbaik Negeri Perak
bagi tahun 1996.

Dia begitu teruja apabila mengimbas kegigihannya semasa menjelajah ilmu dan
meneroka kemahiran pada zaman persekolahan. Benarlah seperti kata ibunya, Puan
Rahemah, “yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”.

Faisal tersenyum sendirian. Matanya masih terpaku pada wajahnya yang menjadi
penghias muka hadapan majalah bulanan NIAGA JAYA terbaharu, “Faisal Hj. Mohd.
Hanafiah - Antara Peguam dengan Pejuang”.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 46


Munsyi Dewan DBP
Temasya Sukan Olahraga SK Seafield III

Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Seafield III, Subang Jaya, Selangor, telah
diadakan pada hari Sabtu, 11 April 2020, bertempat di padang sekolah. Temasya sukan
ini telah dimulakan seawal pukul 08:30 pagi.

Pada hari tersebut, padang sekolah telah dihias dengan cantiknya. Gegantung
yang tertera “Selamat Datang ke Sukan Olahraga SK Seafield III, Subang Jaya” dan
“Majulah Sukan untuk Negara” menyambut kedatangan tetamu. Merawal yang
berwarna-warni telah digantung di sekeliling padang. Beberapa buah khemah juga
didirikan di tepi padang untuk menempatkan atlet rumah sukan. Khemah paracut bagi
peralatan olahraga pula ditempatkan di tengah-tengah padang untuk memudahkan urus
setia peralatan menjalankan tugas mereka.

Perbarisan lintas hormat dan ucapan oleh wakil pegawai pendidikan daerah
kemudiannya mengisi agenda perasmian temasya sukan olahraga tahunan. Selepas
upacara pembukaan, sedas tembakan dilepaskan ke udara sebagai tanda terasminya
Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-45 ini.

Acara sukan yang dijalankan ialah acara balapan dan padang, sukaneka, acara
pegawai sukan, acara PIBG dan acara bekas murid. Acara klimaksnya ialah acara tarik
tali akhir, yang dijalankan sebelum upacara penutup.

Keadaan iklim yang mendung dan kehadiran sebilangan besar ibu bapa yang
memberikan sokongan moral telah membantu melicinkan kelangsungan temasya
sukan ini. Persembahan Silat Seni Gayung oleh murid-murid tahap dua kemudiannya
menghiasi slot jeda kejohanan. Kelincahan pesilat yang mempamerkan aksi tempur
tanpa senjata di hadapan pentas tetamu telah berjaya “curi hati” audiens. Semua
pengunjung memberikan sorakan dan tepukan gemuruh kepada kumpulan pesilat yang
mengisi slot rehat.

Johan rumah sukan ialah Rumah Temenggung. Rumah Bendahara pula


menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga dan keempat ialah Rumah
Laksamana dan Rumah Syahbandar. Gelaran olahragawan dan olahragawati pula diraih
oleh Daryan Kaafiy dan Raja Laina Kariesa, masing-masing dari Rumah Temenggung.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan


Daerah Petaling Perdana, Encik Abu Mansor bin Sathri, Guru Besar, Encik Norkhaidzir
bin Mohamad Nor, dan Guru Penolong kanan Kokurikulum, Encik Lee Chin Weng.
Kejohanan Sukan Olahraga SK Seafield III, Subang Jaya menemukan noktahnya pada
pukul 12:30 tengah hari.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 47


Munsyi Dewan DBP
Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit

Ungkapan “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” seolah-olah sudah menjadi


lumrah dan sebati dalam kehidupan seharian kita, terutama bagi mereka yang
mementingkan kedudukan ekonomi yang mantap dan stabil. Peribahasa ini membawa
maksud sikap sabar dan gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan akhirnya akan
menjelmakan hasil atau pulangan yang memuaskan.

Sebaris ayat yang bermakna ialah ilhaman daripada sepatah kata. Sekiranya kita
sering berjimat, kita akan memiliki simpanan yang banyak. Sebeban apa-apa pun kerja
yang dipertanggungjawabkan kepada kita, akan mampu kita sempurnakan sekiranya
kita melakukannya secara tekun dan beransur-ansur. Hasil jalinan kerja yang
berterusan, biarpun makan masa, biasanya dapat disudahkan dengan sempurna,
bak kata pepatah, “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”.

Dalam kehidupan seharian, murid-murid memang digalakkan berjimat kerana


“ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Baki wang saku yang disimpan, walaupun
sedikit demi sedikit, lama-kelamaan akan terkumpul. Ilmu juga, sekiranya kita pelajari
pada setiap ketika, akan menjadikan kita seorang jauhari.

Amalan mengerjakan sesuatu secara berperingkat juga, misalnya amalan


menabung secara berterusan, mampu memantapkan sumber kewangan peribadi.
Himpunan simpanan yang ada dapat kita gunakan untuk meringan beban orang lain
yang memerlukan bantuan kewangan, misalnya anak yatim, fakir miskin, gelandangan,
mangsa malapetaka alam atau penghuni rumah kebajikan.

Budaya menabung secara berterusan juga akan memantapkan sumber kewangan


seseorang. Simpanan yang dikumpulkan secara beransur-ansur ini juga dapat digunakan
semula semasa darurat dan pada masa yang sama akan mampu membantu
meringankan beban kewangan ibu bapa.

Jutawan yang berjaya kebanyakannya memulakan peniagaannya secara


kecil-kecilan. Hasil timbunan pengalaman dan simpanannya, beliau akan merangkak
memperkemas teori dan praktikal perniagaannya. Segala pengalaman pahit manis
itulah yang menjadi pemangkin kepada kejayaannya kerana “alah bisa, tegal biasa”.

Sebagai intihanya, Tenyata budaya “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” perlu


kita jiwai untuk menjadikan kita seorang rakyat yang berwawasan dan mampu
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih wibawanya.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 48


Munsyi Dewan DBP
Berakit-rakit ke Hulu, Berenang-renang ke Tepian

Tidak ada jalan yang singkat dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Sesuatu
kemenangan biasanya dicapai hasil daripada kesungguhan dan kesabaran dalam
melakukan sesuatu. Kejayaan itu pula memerlukan pengorbanan yang jitu dan
mengambil masa yang panjang. Betullah kata pegangan orang tua-tua dahulu, iaitu
“berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian”. Peribahasa ini membawa maksud menempuh
kesukaran atau kesusahan terlebih dahulu sebelum memperoleh kesenangan atau
kebahagiaan.

Kita sedia maklum bahawa untuk memenangi sesuatu, semestinya berpaksikan


usaha. Mahatma Gandhi pernah berkata, "Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada
hasil. Berusaha dengan keras merupakan satu kemenangan yang hakiki". Setiap
individu mengimpikan kejayaan dalam kehidupan mereka. Namun hanya yang
berusaha sahaja yang akan menempa kejayan, kerana "yang bulat tidak akan datang
bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang".

Seseorang murid yang tinggal di kawasan pedalaman yang terhimpit dengan


kekurangan kemudahan pendidikan tidak semestinya akan gagal dalam kehidupannya
dalam proses penimbaan ilmu. Sekiranya dia tekun berusaha dan sentiasa belajar
daripada kesilapannya, maka sudah pasti kejayaan akan menjadi miliknya kerana
“jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagu”.

Bagi seseorang petani pula, mungkin pada peringkat awal hasil pertaniannya tidak
menjadi. Namun, setelah belajar daripada pengalaman, berbekalkan kepayahan dan
kegetiran semasa menangani masalah penanamannya, penambahbaikan yang
dilakukannya pasti akan menjanjikan pulangan yang lumayan dan
memberangsangkan.

Pekerja yang berpangkat rendah sekalipun mampu menjawati kedudukan yang


paling tinggi jika bekerja sungguh-sungguh dan menjadikan segala pengalaman sebagai
satu iktibar. Kepayahan demi kepayahan yang dialami dan dirawat akan
mengilhamkan jalinan kemudahan, kerana “Alah bisa tegal biasa”.

Jelaslah bahawa kejayaan memang tidak akan datang menggolek. Demi


merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama menjadikan
impian itu satu realiti. Jadikanlah peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan” sebagai pegangan untuk meniti arus kehidupan terkedepan.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 49


Munsyi Dewan DBP
Aku Seutas Jam Tangan Pintar

Pelbagai gajet baharu telah dicipta untuk kemudahan manusia dalam menangani tugas
seharian. Aku adalah antara keperluan manusia bertamadun kerana sebagai jam tangan
pintar, aku memiliki banyak kelebihan.

Aku dikenali sebagai “Fossil”, satu jenama jam masyarakat elit. Aku dihasilkan di
sebuah kilang di bandar Texas, Amerika Syarikat. Wajahku kalis calar manakala
fizikalku berasaskan logam titanium. Penampilanku agak unik, mempunyai warna
yang bersepadu, dan berkulit kuning keemasan.

Setelah seluruh komponen tubuhku diperlengkap, aku dan teman-teman


dieksport ke Malaysia. Suasana yang gelap bertukar ceria apabila kami dikeluarkan dari
kotak dan ditempatkan di dalam sebuah kabinet kaca. Di sinilah aku berkenalan dengan
rakan-rakan baharu daripada pelbagai jenama, bentuk, dan standard.

Pada suatu hari, seorang eksekutif wanita mengunjungi toko tersebut. Setelah
membelek-belek dan berpuas hati dengan penampilanku, aku bertukar hak milik
dengan kos sejumlah RM260.00. Anak gadisnya, Nor Hidayah yang begitu gembira
apabila menerimaku sebagai hadiah hari ulang tahun tarikh kelahirannya yang ke-12,
berulang kali mengucapkan syukur dan amat berterima kasih kepada ibunya itu.

Hidayah begitu gembira apabila memilikiku. Selain bertindak sebagai penunjuk


masa, aku juga digunakan untuk menelefon, menghantar mesej, dan merakam gambar.
Aku dijaga dengan rapi “bagai menatang minyak yang penuh”.

Aku sering dipuji oleh rakan-rakannya kerana kecantikanku yang tersendiri. Sejak
aku menjadi miliknya, kami tidak pernah berpisah. Aku akan dibawa ke mana-mana
sahaja; ke sekolah, ke padang, bersiaran, malah tidak pernah aku ditanggalkannya,
walaupun ketika dia mandi.

Keberkesanan sistem penggeraku yang sering mengejutkan Nor Hidayah pada


setiap awal pagi juga menambahkan kepercayaannya kepadaku. Sesungguhnya,
ketahanan, kelasakan, ketepatan dan keterampilanku amat menggembirakan hatinya.

Masa begitu pantas. Kini, telah hampir tiga tahun kami bersama-sama. Benarlah
kata pepatah, “sekali air bah, sekali pantai berubah”. Memandangkan tubuhku mulai
lusuh, aku dibawa oleh Nor Hidayah ke kedai untuk dikemaskinikan. Wajah, tangan dan
jantungku ditukar ganti. Transformasi ini menjadikan aku bertambah segak, stail dan
bertenaga. Semoga aku akan terus dapat bertahan dan berbakti kepadanya.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 50


Munsyi Dewan DBP
Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Ketika aku mengesat keringat yang membasahi wajahku, bahuku ditepuk. Rupa-
rupanya Ashraf, sahabat setamanku yang telah berpindah ke Ipoh, turut sama menyertai
temasya sukan olahraga peringkat negeri ini. Semasa berbual-bual, kami sempat
berbicara tentang kepentingan murid menyertai kegiatan kokurikulum.

Ashraf : Assalamualaikum, Zainal. Tak sangka kita berjumpa di sini.

Zainal : Waalaikumussalam. Wah, lama sungguh kita terpisah ya. Nampaknya sekali
lagi aktiviti ini mempertemukan kita.

Ashraf: Sebenarnya inilah antara faktor penting sebab dan alasan murid perlu
menyertai kegiatan kokurikulum. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan menambahkan kenalan kerana “Sukan Pemangkin
Perpaduan Negara”. Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum juga membolehkan
kita memperluas ilmu serta memperoleh pengalaman baharu tentang rahsia
keolahragaan. Malah, selain membina fizikal yang cergas, keaktifan dalam
kegiatan kokurikulum juga akan menjana minda yang cerdas.

Zainal : Betul kata kamu! Di samping mengisi masa senggang, keaktifan dalam
kegiatan ini juga mengajar kita untuk berdikari. Kejayaan dalam sesuatu
pertandingan bukan sahaja akan melonjakkan nama kita, memeriahkan imej
sekolah.

Ashraf: Memang betul! Malahan, penerimaan kemasukan kita ke sekolah


berasrama penuh juga mewajibkan kita memiliki sijil kecemerlangan dalam
aktiviti kokurikulum.

Zainal : Bukan itu sahaja. Apabila kita melibatkan diri dalam persatuan, kita
sebenarnya melatih diri untuk bekerja secara berpasukan. Hasilnya, nilai-nilai
murni dalam pergaulan akan dapat kita semai.

Ashraf: Wah, banyak juga faedah yang akan kita peroleh daripada aktiviti kokurikulum
ini!

Zainal: Sudah tentu! Alamak, wajah jurulatih saya dah mencuka tu! Saya minta diri
dulu. Semoga kita akan bersua kembali.

Ashraf: Insya-Allah. Nampaknya dua orang jaguh dari daerah yang berbeza akan
“bertemu buku dengan ruas” sebentar lagi.

Kami kemudiannya bersalaman dan bergegas ke trek balapan 4 x 100 meter.


Dua sahabat terpaksa menjadi seteru untuk seketika!

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 51


Munsyi Dewan DBP
Pengalaman Tinggal di Wad

Isnin,19 Mac 2020


Tepat pada pukul 01:30 tengah hari, loceng dibunyikan. Aku bergegas mendapatkan
basikal di bangsal lalu terus mengayuh dengan lajunya untuk pulang ke rumah.
Pepatah “biar lambat asalkan selamat” kuabaikan sama sekali. Jalan raya agak sesak
dengan kenderaan kerana situasi sekarang ini ialah waktu puncak. Cuaca pula agak
terik.

Ternyata, “malang tak berbau”. Semasa aku menghampiri satu selekoh, tiba-tiba,
sebuah kereta melanggarku dari belakang. Aku jatuh terpelanting dan terperosok
ke dalam parit. Kepala dan tangan kiriku berdarah. Pada masa yang sama, sebuah kereta
peronda polis melalui kawasan tersebut. Setelah mengumpulkan maklumat kemalangan
daripada pemandu kereta dan saksi kemalangan, aku segera dikejarkan ke hospital.

Setelah hampir sejam dimasukkan ke wad, ibu bapaku muncul. Menurut ibu, pihak
polis telah menghubunginya dan memaklumi mereka tentang kemalangan yang
menimpaku. Kehadiran mereka berdua ini pastinya meringankan beban kesakitanku.

Selasa, 20 Mac 2020


Selepas bersarapan, aku menerima rawatan susulan. Menurut doktor, kecederaan
tanganku agak teruk. Buat masa ini, aku hanya perlu makan ubat penahan sakit. Tinggal
di hopital memang menjemukan. Ibu membelikan aku alat permainan video untuk
melayan kebosanan.

Rabu, 21 Mac 2020


Menjalani pemeriksaan X-ray. Aku terpaksa dibedah segera. Keresahan menguasai diri.
Mujurlah ibu memberikan banyak keyakinan dan sokongan. Aku dibawa ke dewan
bedah. Syukur kepada-Nya kerana pembedahan itu berjalan dengan jayanya.

Khamis, 22 Mac 2020


Masih menjalani rawatan dan dinasihati agar mematuhi jadual pengambilan ubat.
Rentetan senaman ringan kulakukan untuk mengembalikan kekuatan tangan. Biarpun
agak sakit pada mulanya namun berkat usaha bergandaku, semuanya menjadi ringan,
bak kata orang tua-tua, “alah bisa tegal biasa”.

Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana aku dapat menggunakan


tanganku seperti biasa kemudiannya. Pada petangnya, aku dibenarkan pulang. Alangkah
seronoknya apabila dapat berada di rumah kembali untuk menikmati saat-saat indah
bersama-sama dengan keluarga tercinta.

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 52


Munsyi Dewan DBP
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
1. MUNSYI DEWAN
Dewan Bahasa dan Pustaka

2. EDITOR MANUSKRIP BUKU TEKS BAHASA MELAYU DBP


Kementerian Pendidikan Malaysia

3. EDITOR TEKS ANTOLOGI KOMSAS TINGKATAN LIMA (SEJADAH RINDU)


Kementerian Pendidikan Malaysia

4. EDITOR BUKU SOKONGAN BAHASA MELAYU (DBP)


Kementerian Pendidikan Malaysia

5. PANEL PENILAI MANUSKRIP BUKU TEKS BM (DBP)


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. PANEL PENILAI MANUSKRIP BUKU TEKS BM (Bahagian Buku Teks)


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. PANEL KAWAL MUTU BUKU TEKS BM (DBP)


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. PANEL PEMBACA LUAR BUKU TEKS BM (DBP)


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. PANEL PEMURNIAN BUKU TEKS PKJR


Kementerian Pendidikan Malaysia

10. PANEL PEMURNIAN RPT KELAS KHAS


KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)
Jabatan Pendidikan Agama Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

11. PANEL PENGGUBAL MODUL DAN SOALAN BAHASA MELAYU


Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

12. PENSYARAH TAMU


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

13. PANEL PEMURNIAN DSKP BAHASA MELAYU


Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

14. JURULATIH UTAMA BM


Jabatan Pendidikan Negeri Perak

15. PEMBACA LUAR BUKU TEKS BAHASA MELAYU, KPM


Dewan Bahasa dan Pustaka

16. PENULIS KERTAS MODEL BAHASA MELAYU


Sasbadi Sendirian Berhad

17. PENULIS BUKU RUJUKAN

18. PENULIS KOLUM MAJALAH DBP

19. PENYEDIA TEKS BIODATA PEMENANG ANUGERAH DOKTOR KEHORMAT (PhD)


Universiti Tempatan (IPTA & IPTS)

20. HAKIM PROGRAM NILAM NEGERI PERAK


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, JPN Perak

21. PENCERAMAH TEKNIK JAWAB BAHASA MELAYU UPSR / PT3 / SPM

22. PENCERAMAH DAN PEMUDAH CARA KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI DBP

23. PENCERAMAH KURSUS BAHASA MELAYU


(kakitangan awam, kakitangan swasta, pelajar IPT, calon UPSR, calon PT3 dan calon SPM)

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 53


Munsyi Dewan DBP
NOR AZIZI BIN MOHD. ISA Page 54
Munsyi Dewan DBP

Anda mungkin juga menyukai