Anda di halaman 1dari 17

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji tentang kepimpinan


pengetua cemerlang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pandangan guru-
guru terhadap Pengetua Cemerlang, prasyarat yang perlu untuk menjadi Pengetua
Cemerlang, sejauhmana penyeimbangan aspek kemanusiaan dan tugas dalam
kepimpinan Pengetua Cemerlang, peranan Pengetua Cemerlang untuk membawa
perubahan di sekolah, penambahbaikan kriteria penilaian Pengetua Cemerlang serta
cara bagaimana Pengetua Cemerlang membantu pengetua lain untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah mereka. Kajian berbentuk mix method ini dijalankan ke atas
tiga orang Pengetua Cemerlang serta 142 orang guru yang telah dipilih oleh pihak
pengurusan sekolah mengikut kemudahan pihak pengurusan sekolah. Kajian ini
melibatkan pengumpulan data menggunakan soal selidik dan temubual. Kajian rintis
telah dijalankan dan didapati nilai indeks alpha, α, bagi keseluruhan item adalah
0.955, manakala bagi item dalam dimensi tugas menunjukkan nilai indeks alpha,
α,0.849 dan nilai indeks alpha, α, bagi dimensi hubungan adalah 0.962. Maka soal
selidik amat seuai untuk digunakan bagi kajian ini. Hasil dapatan kajian daripada
soal selidik menunjukkan perbezaan dimensi tugas mempunyai nilai min yang lebih
tinggi daripada dimensi hubungan. Bagi dapatan kualitatif pula menunjukkan
terdapat pelbagai prasyarat untuk menjadi Pengetua Cemerlang, selain daripada itu
terdapat pelbagai peranan Pengetua Cemerlang yang boleh diamalkan bagi
memastikan perubahan dapat dilaksanakan di sekolah.
8

terlibat secara langsung dengan kepimpinan Pengetua Cemerlang ini. Mereka juga
merupakan penilai yang terbaik untuk menilai gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pengetua mereka melalui pemerhatian seharian mereka di sekolah.

Kecemerlangan seorang individu itu harus selaras dengan kecemerlangan


tindak tanduknya. Sehubungan dengan itu, timbul persoalan adakah kecemerlangan
seorang Pengetua Cemerlang itu turut diterjemahkan dengan prestasi cemerlang
sekolahnya. Bertepatan dengan isu tersebut perlu dibuat untuk mengenalpasti apakah
tindakan dan kaedah pengurusan seorang Pengetua Cemerlang untuk menjadikan
sekolah yang dipimpin mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Oleh yang
demikian setiap persoalan yang berkaitan dengan Pengetua Cemerlang perlu dikaji
dengan lebih mendalam untuk mengupas dan melebar luaskan segala ilmu berkaitan
Pengetua Cemerlang.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dilakukan adalah melibatkan satu pembolehubah utama iaitu


gaya kepimpinan umumnya. Secara khusunya kajian ini dijalankan untuk
1. Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap Pengetua Cemerlang daripada
aspek kepimpinan dimensi tugas dan dimensi hubungan.
2. Mengenalpasti prasyarat yang perlu dicapai oleh pengetua yang hendak
mencapai status Pengetua Cemerlang.
3. Mengenalpasti sejauhmana Pengetua Cemerlang menyeimbangkan aspek
kemanusiaan dan tugas dalam kepimpinannya .
4. Mengenalpasti peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Pengetua Cemerlang
bagi membawa perubahan yang baik di sekolah.
5. Mengenalpasti kriteria penilaian Pengetua Cemerlang boleh diperbaiki bagi
meningkatkan mutu Pengetua Cemerlang .
6. Mengenalpasti cara bagaimana Pengetua Cemerlang boleh membantu
pengetua lain bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah mereka.
9

1.5 Persoalan Kajian

Kakitangan sekolah merupakan sumber penting dalam memastikan matlamat


organisasi ataupun sesebuah sekolah itu dapat dicapai. Oleh yang demikian pengetua
perlulah memainkan peranan penting untuk memastikan kakitangan sekolah yang
merujuk kepada guru-guru dan kakitangan bukan guru menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Oleh yang demikian terdapat
persoalan yang timbul mengenai kepimpinan yang diamalkan oleh seorang pengetua
cemerlang di sekolah dalam menjadikan sekolah yang ditadbir adalah cemerlang.
Maka antara persoalan khusus yang timbul terhadap gaya kepimpinan pengetua
cemerlang ialah seperti berikut:

1. Apakah pandangan guru-guru terhadap Pengetua Cemerlang daripada aspek


kepimpinan dimensi tugas dan dimensi hubungan.?
2. Apakah prasyarat yang perlu dicapai oleh pengetua yang hendak mencapai
status Pengetua Cemerlang ?
3. Sejauhmanakah Pengetua Cemerlang menyeimbangkan aspek kemanusiaan
dan tugas dalam kepimpinannya ?
4. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Pengetua Cemerlang bagi
membawa perubahan yang baik di sekolah ?
5. Bagaimanakah criteria penilaian Pengetua Cemerlang boleh diperbaiki bagi
meningkatkan mutu Pengetua Cemerlang ?
6. Bagaimanakah Pengetua Cemerlang boleh membantu pengetua lain bagi
meningkatkan kecemerlangan sekolah mereka ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendalami konsep
Pengetua Cemerlang serta mengukuhkan lagi dapatan kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan gaya kepimpinan pengetua dan diadaptasikan kepada gaya
kepimpinan Pengetua Cemerlang di sekolah. Dapatan kajian ini juga boleh
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh


penyelidik yang merangkumi tentang rekabentuk kajian, lokasi kajian dibuat,
pupolasi dan sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini, instrumen kajian yang
digunakan, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis, prosedur kajian
serta analisis data yang digunakan dalam kajian ini.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan gabungan kajian penyelidikan kualitatif


dan kuantitatif iaitu mixed methods research. Data kajian dikutip melalui
pengagihan soal selidik kepada guru-guru untuk mendapatkan pandangan mereka
terhadap pengetua mereka yang mempunyai pilihan jawapan menggunakan skala
Likert. Set soalan yang diberikan kepada Pengetua Cemerlang pula merupakan
soalan soal selidik terbuka berstruktur. Item terbuka memberi ruang kepada
responden untuk memberikan apa sahaja jawapan dengan tidak tertakluk kepada
pilihan yang disediakan oleh penyelidik ( Mohd Najib , 2003 ).
25

Kajian yang dijalankan ke atas guru-guru yang berkhidmat di bawah


kepimpinan seorang Pengetua Cemerlang adalah berdasarkan kepada Kajian Ohio
yang menyatakan terdapat dua dimensi kepimpinan pengetua iaitu dimensi
bertimbang rasa dan dimensi mementingkan tugas yang berstruktur. Manakala bagi
kajian yang dijalankan terhadap Pengetua Cemerlang pula adalah lebih terbuka dan
merupakan kajian kualitatif dan memberi peluang kepada Pengetua Cemerlang untuk
menjawab soalan soal selidik terbuka tanpa batasan.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di daerah Muar, Johor. Sekolah yang dipilih merupakan
sekolah yang ditadbir oleh pengetua yang telah menerima kenaikan pangkat kepada
Pengetua Cemerlang. Terdapat 10 orang pengetua cemerlang yang masih
berkhidmat di daerah Muar maka lokasi kajian dijalankan di 7 buah sekolah
menengah daerah Muar. Sekolah-sekolah tersebut adalah SMK Tinggi Muar, SMK
Sultan Alauddin Riayat Shah 1, SMK Dato’ Sri Amar DiRaja, SMK (P) Abu Bakar,
SMK Sri Muar, SMK Sungai Abong dan SMK Bandar Maharani Muar.

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

Kajian dijalankan ke atas populasi guru-guru di sekolah daerah Muar yang


dipimpin oleh Pengetua Cemerlang. Terdapat 7 orang Pengetua Cemerlang di daerah
Muar yang masih berkhidmat pada Disember Tahun 2012. Penyelidik menjadikan
kesemua pengetua cemerlang yang berkhidmat di daerah Muar sebagai sampel kajian.
Manakala responden yang dipilih untuk menjawab soalan soal selidik terdiri daripada
kalangan guru daripada sekolah kajian ditentukan dengan merujuk jadual Krejcie dan
Morgan tahun 1970. Jumlah populasi guru merujuk kepada data yang diperolehi
daripada Portal Emis yang berakhir pada 31 Januari 2013 adalah seramai 617 orang.
26

Oleh yang demikian, seramai 234 orang guru diperlukan sebagai responden untuk
mendapatkan aras keyakinan 95%. Oleh yang demikian, penyelidik telah
menentukan seramai 35 orang guru daripada setiap sekolah. Pemilihan 35 orang
guru adalah menggunakan kaedah persampelan mudah di sekolah tersebut.
Pemilihan sampel tersebut dibuat oleh seorang guru yang akan mengedarkan soal
selidik tersebut.

3.6 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen berbentuk set soalan soal selidik terbuka
berstruktur bagi Pengetua Cemerlang yang dikaji serta set soalan selidik bagi guru-
guru. Set soalan soal selidik terbuka dibina daripada persoalan kajian bagi kajian ini.
Set soalan soal selidik terbuka digunakan untuk diberikan kepada Pengetua
Cemerlang. Set soalan soal selidik tersebut mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian
A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengetahui maklumat demografi
Pengetua Cemerlang yang merangkumi maklumat jantina, umur, bangsa, kelayakan
akademik tertinggi, kelayakan ikhtisas serta pengalaman menjadi pengetua dan
dilantik menjadi Pengetua Cemerlang.

Manakala Bahagian B pula adalah melihat kepada kepimpinan yang


diamalkan oleh Pengetua Cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai Pengetua
Cemerlang. Soalan 1 merujuk kepada persoalan kajian yang kedua iaitu apakah
prasyarat yang perlu dicapai oleh pengetua yang hendak mencapai status Pengetua
Cemerlang. Soalan kedua pula adalah merujuk kepada persoalan kajian ketiga iaitu
sejauhmanakah Pengetua Cemerlang menyeimbangkan aspek kemanusiaan dan tugas
dalam kepimpinannya. Soalan ketiga merujuk kepada persoalan kajian yang
keempat iaitu apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Pengetua Cemerlang
bagi membawa perubahan yang baik di sekolah. Soalan keempat dalam soal selidik
tersebut pula merujuk kepada persoalan kajian kelima iaitu bagaimanakah kriteria
penilaian Pengetua Cemerlang boleh diperbaiki bagi meningkatkan mutu Pengetua
Cemerlang . Manakala soalan yang kelima merujuk kepada persoalan kajian yang
27

keenam iaitu bagaimanakah Pengetua Cemerlang boleh membantu pengetua lain bagi
meningkatkan kecemerlangan sekolah mereka.

Bagi set soalan soal selidik pula, diubahsuai daripada soalan soal selidik Style
Approach terbitan Sage Publication (Northouse, 2012) berkaitan dengan gaya
pendekatan kepimpinan pengetua kepada guru-guru menilai kepimpinan pengetua
cemerlang. Set soalan soal selidik tersebut mempunyai dua bahagian iaitu bahagian
A iaitu demografi responden yang mempunyai 6 soalan utama. Bahagian kedua
adalah bahagian B tentang amalan pengurusan dan kepimpinan sekolah Pengetua
Cemerlang. Bahagian ini mempunyai 20 item soalan yang menyentuh semua aspek
dalam tingkah laku dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Item-item
tersebut merangkumi dua dimensi kepimpinan yang dikaji iaitu dimensi hubungan
dan dimensi tugas. Soalan bernombor ganjil adalah merujuk kepada dimensi tugas
manakala soalan bernombor genap merujuk kepada dimensi hubungan. Soalan
dimensi tugas adalah 1,3,5,7,9,11,13,15,17 dan 19 manakala soalan dimensi
hubungan adalah 2,4,6,8,10,12,14,16,18,20. Setiap dimensi mempunyai 10 item
soalan.

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan kajian merujuk kepada kesesuaian interpretasi yang dibuat daripada


markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan
tertentu penilaian tersebut (Mohamad Najib, 1999). Manakala menurut Mohd Majid
(2009) kesahan sesuatu alat pengukuran merujuk kepada sejuah mana alat itu
mengukur data yang sepatutnya ia dikehendaki mengukur. Kebolehpercayaan
menurut Kirk & Miller, 1986 (dalam Noraini, 2010) menyatakan secara amnya
kebolehpercayaan dalam penyelidikan kuantitatif merujuk kepada dua situasi iaitu
ketekalan sesuatu ukuran; walaupun diulangi beberapa kali dan kestabilan sesuatu
ukuran pada sepanjang masa.
28

3.8 Kajian Rintis

Kajian rintis dilaksanakan bertujuan untuk menambah ciri kesahan,


kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran soalan-soalan, demi menambah baik item-
item soal selidik yang akan ditadbirkan sebagai kajian sebenar. Oleh yang demikian
penyelidik menjalankan kajian rintis di sebuah sekolah menengah di daerah Muar
yang pernah dipimpin oleh Pengetua Cemerlang. Sekolah ini dipilih kerana
mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu di daerah yang sama serta pernah ditadbir oleh
Pengetua Cemerlang dan sekarang tidak lagi ditadbir oleh Pengetua Cemerlang
kerana telah berpindah dan berkhidmat di sekolah lain. Maka sekolah tersebut
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sekolah-sekolah menengah yang ditadbir oleh
Pengetua Cemerlang.

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 responden yang bertugas di sebuah


sekolah yang pernah ditadbir oleh seorang pengetua cemerlang dan mempunyai ciri-
ciri yang sama dengan sekolah-sekolah yang dikaji. Hasil dapatan daripada kajian
rintis yang telah dijalankan menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan alpha
Chronbach, α, bagi keseluruhan item adalah 0.955. Manakala bagi item dalam
dimensi tugas menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan alpha Chronbach, α,0.849
dan nilai pekali kebolehpercayaan alpha Chronbach, α, bagi dimensi hubungan
adalah 0.962. Menurut Pallant dalam Noraini Idris (2010) nilai indeks alpha
sebanyak 0.7 atau ke atas adalah baik untuk skala instrumen yang mempunyai
sepuluh atau lebih item. Maka nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik yang
digunakan dalam kajian ini adalah dianggap baik kerana mempunyai nilai lebih
daripada 0.7 bagi 10 item yang terlibat bagi setiap dimensi.

3.9 Prosedur Kajian

Penyelidikan yang dijalankan adalah melibatkan beberapa prosedur penting


bagi memastikan kelancaran kajian yang dibuat. Pada peringkat awal, penyelidik
29

menyediakan kertas cadangan bagi kajian yang dibuat. Setelah itu penyelidik
memohon kebenaran untuk menjalankan penyelidikan daripada Unit Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan
Pelajaran Negeri Johor. Setelah kebenaran diperolehi penyelidik berhubung terus
dengan pengetua cemerlang yang terlibat dalam kajian dengan menghantar surat
rasmi bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah yang
terpilih.

Setelah kebenaran dan persetujuan diperolehi daripada pengetua yang terlibat,


penyelidik menghantar set soalan soal selidik untuk dijawab oleh guru-guru sebagai
responden untuk memberi pandangan terhadap kepimpinan Pengetua Cemerlang.
Agihan soal selidik tersebut diberi masa selama seminggu untuk guru-guru
menjawab soal selidik tersebut dan dikutip semula selepas seminggu. Setelah itu
penyelidik membuat analisis data dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) dan membincangkan dapatan kajian serta menulis laporan
akhir kajian. Penyelidik juga mengedarkan set soalan soal selidik terbuka berstruktur
dengan semua Pengetua Cemerlang di daerah Muar bagi melengkapkan laporan akhir
kajian berkenaan kepimpinan Pengetua Cemerlang di sekolah menengah daerah
Muar.

3.10 Analisis Data

Data yang diperolehi daripada set soalan soal selidik dianalisis menggunakan
program Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20. Kaedah yang
digunakan adalah statistik diskriptif. Statistik deskriptif merupakan sesuatu teknik
yang digunakan untuk menghurai dan mempersembahkan data, biasanya di dalam
bentuk taburan frekuensi (Mok, 2010). Soalan soal selidik yang digunakan
diubahsuai daripada soalan soal selidik yang dibina oleh Sage Publication yang
menggunakan dua dimensi kepimpinan iaitu dimensi hubungan dan dimensi tugas.
30

Analisis data dibuat secara deskriptif untuk mendapatkan nilai frekuensi,


peratus dan nilai min bagi setiap item dan secara keseluruhan. Sebanyak 20 item
dianalisis berdasarkan kepada dimensi yang berkaitan iaitu 10 item untuk dimensi
hubungan dan 10 item untuk dimensi tugas. Item bernombor ganjil iaitu
1,3,5,7,9,11,13,15,17,19 adalah merujuk kepada dimensi tugas manakala item
bernombor genap iaitu 2,4,6,8,10,12,14,16,18,20 adalah merujuk kepada dimensi
hubungan.

Analisis data daripada soalan soal selidik terbuka berstruktur pula dibuat
dengan mengkodkan setiap isi penting daripada jawapan terbuka yang diperoleh
melalui soal selidik terbuka berstruktur tersebut. Kod isi penting itu dimasukkan ke
dalam jadual matrik kualitatif bagi memudahkan analisis kajian dibuat dan
kemudiannya digunakan untuk membincangkan persoalan kajian berkaitan dengan
kecemerlangan Pengetua Cemerlang dalam memimpin sebuah organisasi sekolah.
BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepimpinan Pengetua Cemerlang di


sekolah menengah di daerah Muar. Maka hasil daripada dapatan kajian yang
dijalankan dinyatakan dan dibincangkan dalam bab ini. Sebanyak 170 borang soal
selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang berkhidmat di bawah kepimpinan
Pengetua Cemerlang merujuk kepada sekolah yang pengetuanya telah ditemubual
oleh penyelidik dan sebahagian daripada soal selidik tersebut telah dikembalikan
iaitu sebanyak 142 borang soal selidik. Terdapat soal selidik yang tidak dapat
dikembalikan semula atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan borang soal selidik
dan tidak dapat mengumpul semua data kerana terdapat guru-guru yang keluar
bertugas untuk sukan peringkat negeri Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ).
Data-data yang diperolehi daripada soal selidik tersebut dimasukkan dan dianalisis
menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Packages For The Social Science)
versi 20.

Kajian ini turut memperolehi data daripada hasil temubual yang dijalankan.
Pada peringkat awal, seramai 7 orang pengetua cemerlang yang telah dikenalpasti
berkhidmat di daerah Muar. Namun begitu hanya 3 orang pengetua yang dapat
meluangkan masa untuk ditemubual oleh penyelidik kerana pengetua-pengetua lain
sibuk dan tidak dapat meluangkan masa ekoran membuat persediaan untuk program
32

Pengarah turun Padang. Walaubagaimanapun daripada 3 orang responden yang


terlibat dalam kajian ini, hanya seorang yang sempat untuk ditemubual dan dua orang
responden meminta untuk menjawab soalan temubual secara bertulis kerana
kesibukan tugas seorang pengetua. Dapatan daripada temubual yang diadakan itu
telah dimasukkan dalam jadual matrik temubual untuk memudahkan penyelidik
membuat analisis.

4.2 Profil Responden

Berdasarkan kepada 142 soal selidik yang telah dikembalikan rumusan profil
responden bagi soal selidik yang telah dijalankan adalah seperti dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: :Profil Guru

Ciri-ciri Bilangan Peratusan (%)


Jantina
Lelaki 23 16.2
Perempuan 119 83.8
Bangsa
Melayu 110 77.5
Cina 29 20.4
India 2 1.4
Lain-lain 1 0.7
Umur
23 hingga 35 tahun 63 44.4
36 hingga 45 tahun 39 27.5
46 hingga 50 tahun 33 23.2
51 tahun ke atas 7 4.9
Akademik
Ijazah Sarjana Muda 133 93.7
Ijazah Sarjana 9 6.3
Tempoh Berkhidmat di
sekolah sekarang
Kurang 5 tahun 23 16.2
5 hingga 10 tahun 78 54.9
11 hingga 15 tahun 24 16.9
16 hingga 20 tahun 12 8.5
21 tahun ke atas 5 3.5
Tempoh berkhidmat di
bawah pengetua sekarang
Kurang 5 tahun 142 100
33

Berdasarkan jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa responden daripada


kalangan guru perempuan adalah lebih ramai daripada responden guru lelaki dan
majoriti responden terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu berumur 23
hingga 35 tahun serta mempunyai kelayakan akademik peringkat Ijazah Sarjana
Muda. Manakala kesemua responden mempunyai tempoh berkhidmat kurang
daripada 5 tahun di sekolah di bawah kepimpinan Pengetua Cemerlang.

4.3 Analisis Dapatan Kajian

Bahagian ini menerangkan mengenai maklumbalas daripada hasil temubual


dengan Pengetua Cemerlang serta penilaian guru-guru terhadap kepimpinan
Pengetua Cemerlang melalui soal selidik yang telah diedarkan. Penilaian yang
dibuat dan dirumuskan berdasarkan nilai min, frekuensi dan peratusan bagi setiap
item yang berkaitan dengan jenis kepimpinan Pengetua Cemerlang yang telah
dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Packages For The Social Science) versi 20.

4.3.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 1: Apakah pandangan guru-guru


terhadap Pengetua Cemerlang daripada aspek kepimpinan dimensi tugas dan
dimensi hubungan?

Maklumbalas daripada guru-guru yang berkhidmat di bawah kepimpinan


Pengetua Cemerlang telah dianalisis berdasarkan nilai frekuensi, peratusan dan skor
min bagi setiap item yang digunakan dalam soal selidik. Item yang dibina dalam
soal selidik adalah dibuat berdasarkan kepada dua jenis kepimpinan iaitu kepimpinan
berdasarkan tugas (task) dan berdasarkan hubungan (relationship).
34

Jadual 4.2 menunjukkan dimensi tugas dalam kepimpinan Pengetua


Cemerlang adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhan adalah 3.88.
Merujuk kepada 10 item yang berada dalam dimensi tugas, item yang menunjukkan
nilai min tertinggi iaitu Pengetua Cemerlang menggalakkan ahli organisasi untuk
melakukan kerja yang berkualiti tinggi dengan nilai min 4.13. Manakala item yang
menunjukkan nilai min paling rendah adalah Pengetua Cemerlang memberikan
cadangan bagaimana untuk selesaikan masalah dengan nilai min 3.69. Pendapat
guru-guru bahawa pengetua cemerlang sering mengamalkan dimensi tugas dalam
kepimpinannya dapat dilihat menerusi nilai peratusan sebanyak 53.25 peratus.
Manakala hanya 0.07 peratus responden yang menyatakan Pengetua Cemerlang tidak
pernah mengamalkan kepimpinan dimensi tugas.
35

Jadual 4.2: Analisis Kepimpinan Dimensi Tugas

No Penyataan Maklum Balas


Item Tidak Jarang Kadang- Sering Selalu Min
Pernah kadang
1 Memberitahu ahli
organisasi apa yang f 0 4 26 83 29 3.96
sepatutnya dilakukan
dalam organisasi % 0 2.8 18.3 58.5 20.4
3 Menetapkan standard
pencapaian bagi ahli f 0 4 17 88 33 4.06
organisasi.
% 0 2.8 12. 62 23.2
5 Memberikan cadangan
bagaimana untuk f 1 5 49 69 18 3.69
selesaikan masalah.
% 0.7 3.5 34.5 48.6 12.7
7 Memastikan ahli
organisasi jelas dengan f 0 2 39 80 21 3.85
pandangannya.
% 0 1.4 27.5 56.3 14.8
9 Membina rancangan
tindakan bagi ahli f 0 5 40 77 20 3.79
organisasi.
% 0 3.5 28.2 54.2 14.1

11 Menjelaskan peranan
dan tanggungjawab bagi f 0 6 26 83 27 3.92
setiap ahli organisasi.
% 0 4.2 18.3 58.5 19.0

13 Menjelaskan peranannya
sebagai pengetua di f 0 6 29 71 36 3.96
dalam organisasi.
% 0 4.2 20.4 50 25.4
15 Menyediakan
perancangan bagaimana f 0 7 49 65 21 3.70
kerja akan dilakukan.
% 0 4.9 34.5 45.8 14.8
17 Menyediakan kriteria
tentang apa yang f 0 7 48 68 19 3.70
dijangkakan daripada
ahli organisasi.
% 0 4.9 33.8 47.9 13.4

19 Menggalakkan ahli
organisasi untuk f 0 1 24 72 45 4.13
melakukan kerja yang
berkualiti tinggi.
% 0 0.7 16.9 50.7 31.7

Peratus/Min 0.07% 3.29% 24.44% 53.25% 18.95% 3.88


Keseluruhan
36

Dimensi kedua dalam kepimpinan Pengetua Cemerlang yang dikaji adalah


dimensi hubungan antara Pengetua Cemerlang dan guru-guru. Jadual 4.3
menunjukkan analisis median keseluruhan dimensi hubungan adalah 3.62. Ini
menunjukkan nilai min dimensi hubungan adalah lebih rendah berbanding nilai min
dimensi tugas iaitu 3.88. Hal ini menunjukkan kecenderungan guru menilai
Pengetua Cemerlang sebagai seorang yang lebih mementingkan tugas dalam
kepimpinan di sekolah. Analisis juga menunjukkan bahawa item yang mempunyai
nilai min tertinggi adalah Pengetua Cemerlang membantu ahli ahli organisasi agar
bekerjasama antara satu dengan yang lain dengan nilai min 3.76. Manakala nilai min
terendah adalah 3.42 iaitu item Pengetua Cemerlang bertingkah laku terhadap ahli
organisasi secara yang boleh dijangkakan.

Analisis yang telah dibuat turut menunjukkan bahawa majoriti responden


iaitu sebanyak 41.79 peratus responden menyatakan pandangan bahawa Pengetua
Cemerlang sering mengamalkan dimensi hubungan dalam kepimpinan. Berbeza
dengan peratusan yang paling rendah yang berpendapat Pengetua Cemerlang tidak
pernah mengamalkan dimensi hubungan dalam kepimpinan iaitu kurang 40.67
peratus daripada yang berpendapat Pengetua Cemerlang sering mengamalkan
kepimpinan dimensi hubungan.
37

Jadual 4.3: Analisis Kepimpinan Dimensi Hubungan

No Penyataan Maklum Balas


Item Tidak Jarang Kadang- Sering Selalu Min
Pernah kadang
2 Bertingkah laku mesra
dengan ahli organisasi. f 2 11 55 54 20 3.56

% 1.4 7.7 38.7 38 14.1


4 Membuatkan ahli
organisasi berasa f 2 11 58 58 13 3.49
selesa.
% 1.4 7.7 40.8 40.8 9.2
6 Memberi maklum balas
secara baik kepada f 2 7 59 55 19 3.58
cadangan ahli
organisasi. % 1.4 4.9 41.5 38.7 13.4
8 Melayan ahli organisasi
dengan adil. f 2 6 46 65 23 3.71

% 1.4 4.2 32.4 45.8 16.2


10 Bertingkah laku
terhadap ahli organisasi f 2 13 62 54 11 3.42
secara yang boleh
dijangkakan.
% 1.4 9.2 43.7 38 7.7

12 Berkomunikasi secara
aktif dengan ahli f 0 7 54 49 32 3.75
organisasi.
% 0 4.9 38 34.5 22.5
14 Menunjukkan
keprihatinan terhadap f 2 8 52 60 20 3.62
keadaan ahli
organisasi. % 1.4 5.6 36.6 42.3 14.4
16 Menunjukkan
kelenturan di dalam f 2 9 54 58 19 3.58
membuat keputusan.
% 1.4 6.3 38 40.8 13.4
18 Mempamerkan
pemikiran dan f 2 10 41 63 25 3.71
perasaannya terhadap
ahli organisasi.
% 1.4 7 28.9 44.4 18.3

20 Membantu ahli ahli


organisasi agar f 0 4 43 77 17 3.76
bekerjasama antara satu
dengan yang lain.
% 0 2.8 30.5 54.6 12.1

Peratus/Min 1.12% 6.03% 36.91% 41.79% 14.15% 3.62


Keseluruhan

Anda mungkin juga menyukai