Anda di halaman 1dari 1

Faedah Bersukan/Kebersihan Diri/Masa Lapang

Boleh didefinasikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada seseorang, keluarga
dan masyarakat.
Bersukan memang banyak kepentingannya kepada manusia.
Hal ini demikian, dengan mengamalkan bersukan seseorang akan sentiasa sihat ,cergas dan bertenaga.
Contohnya, aktiviti berbasikal, berjogging dan sebagainya.
Oleh itu, setiap orang hendaklah bersukan untuk melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan
matlamat negara.
Warga dewan yang dihormati,
Seterusnya bersukan dapat membina keyakinan dan ketrampilan seseorang diri untuk menghadapi cabaran.
Bukan itu sahaja, bersukan juga dapat membanteras perlakuan gejala-gejala negatif seperti menyalah guna
dadah dan menyertai gangsterisme.
Jika kita bersukan sudah pastilah daya pemikiran juga cerdas.

Kepentingan Membaca
Kepentingan membaca merupakan satu jambatan kepada ilmu dan pengetahuan. Contohnya ,Program
NILAM di dijalankan dalam sekolah
Seterusnya, amalan membaca juga dapat menambah baik penguasaan dan kefahaman bahasa yang
dibaca.Contohnya, untuk martabatkan Bahasa melayu.
Warga dewan yang dihormati, bukan itu sahaja, membaca juga sebagai salah satu hiburan dan pengisian
masa lapang di mana aktiviti yang sia-sia seperti melepak dan merempit dapat dielakkan.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan membaca.

Keluarga bahagia
Keluarga bahagia adalah keluarga yang saling menyokong dan membimbing kita untuk mencapai kejayaan
dalam kehidupan.
Bukan itu sahaja keluarga bahagia juga keluarga yang dapat bertolak ansur dan saling mendengar
mengelakkan konflik dalam keluarga.
Seterusnya, keluarga bahagia juga sangat pasti membantu dalam menepis masalah sosial terutama dalam
kalangan remaja yang kian menular di kalangan masyarakat.Contohnya, penyalahgunaan dadah, buli dan
lumba haram.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan keluarga yang bahagia.

Anda mungkin juga menyukai