Anda di halaman 1dari 2

selamat sejahtera kepada guru bahasa Melayu iaitu Puan Naida dan rakan-rakan

sekalian.

Tajuk pembentangan saya pada hari ini ialah Riadah.

Saya percaya ada murid mungkin yang tidak tahu apakah itu Riadah.

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup yang sihat. Pada pandangan saya,
riadah bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran.

Pada era globalisasi ini, masyarakat negara kita semakin kurang dalam mengambil
berat tentang kepentingan aktiviti riadah. Di negara kita simptom obesiti semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Kaji Selidik Kesihatan Morbiditi Nasional (NHSM)
2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu
daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Malaysia menduduki
tempat pertama kadar obesiti di Rantau Asean. Dan masalah ini, akan melahirkan
generasi yang tidak sihat, tidak aktif, tidak produktif dan sukar untuk menyumbang
tenaga kepada negara. Jadi, terdapat beberapa kepentingan aktiviti riadah yang akan
diperoleh oleh masyarakat agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan keluarga.Aktiviti riadah


membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya
kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks
membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan
aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan beriadah bersama keluarga kita
pada masa lapang, banyak perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya
berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman,membaca buku dan
berkelah.Antara kepentingan aktiviti riadah ialah dapat mumupuk kasih sayang antara
ahli keluarga. Dengan melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga, hubungan
antara ahli keluarga dapat dieratkan dan dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi
antara satu sama lain.Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau
badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika badan
kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hal ini
menyebabkan pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan.

Lain daripada itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Kita acap
kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum
khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Contohnya
aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan memanifestasikan
elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. Oleh hal yang demikian,aktiviti
riadah yang melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat menjadi wahana
ke arah pembentukan integrasi kaum.

Selain itu, aktiviti riadah juga dapat mencerdaskan minda. Terdapat ramai pelajar
yang tekun membaca sehingga mengabaikan aktiviti riadah yang menyebabkan mereka
keletihan dan menyebabbkan ilmu yang mereka pelajari sukar untuk dihadam.
Ketidakcerdasan minda juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai tindak balas
yang lambat. Contohnya, bertindak balas dengan persekitaran, lambat mengelak objek
dan sebagainya. Kesimpulannya, aktiviti riadah diperlukan untuk masyarakat untuk
menjadikan generasi pada waktu kini lebih sihat.

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil tindakan bagi memastikan masyarakat


menyedari akan kepentingan aktiviti riadah. Diharapkan agar rakyat Malaysia
mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Perkara ini boleh diterapkan sejak kecil
lagi. Hal ini kerana generasi akan datang akan lahir dan membesar sebagai individu
yang sihat dan produktif. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sekian terima kasih!!!

Anda mungkin juga menyukai