Anda di halaman 1dari 2

Bahagian B

(15 markah)

[Masa dicadangkan 25 minit]

Baca petikan cerita dengan teliti.

Tulis ulasan kamu tentang cara-cara untuk mencapai keputusan yang cemerlang
dalam pelajaran berdasarkan petikan cerita yang diberi.

Pada pagi itu sekolah Idris telah mengadakan hari terbuka. Ramai ibu bapa yang
hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru bagi mengetahui prestasi
akademik anak-anak mereka. Ibu Idris juga ke sekolah untuk berjumpa dengan
Cikgu Wan Aina .

Maafkan saya, Puan Suraya. Idris gagal lagi dalam ujian ini. Idris masih
lemah dalam mata pelajaran Matematik, ujar Cikgu Wan Aina.

Idris hanya tunduk malu mendengar penjelasan gurunya. Tambahan pula,


dua bulan lagi Idris akan menduduki peperiksaan. Saya berharap agar kita
bersama-sama dapat membantu dan membimbingnya , terang Cikgu Wan Aina
kepada Idris dan ibunya.

Baiklah, cikgu. Saya akan memastikan Idris belajar dengan bersungguh-


sungguh. Saya juga berharap agar cikgu dapat membimbing anak saya di
sekolah , kata puan Suraya.

Sejak hari itu sikap Idris mula berubah . Dia menumpukan perhatian
terhadap pelajaran. Ibu bapa Idris pula sentiasa memberi dorongan dan
semangat untuk belajar .

Jika Idris tidak faham bertanyalah kepada guru. Sekiranya kamu malu
bertanyalah kepada rakan-rakan kamu yang pandai dalam mata pelajaran
Matematik, kata ayah Idris.

Selain itu, abang dan kakak Idris turut membimbingnya membuat latihan
tambahan di rumah. Puan Suraya pula menyediakan jadual waktu belajar agar
Idris dapat mengurus masa dengan baik. Bimbingan dan dorongan daripada
anggota keluarga memberikan motivasi kepada Idris untuk belajar bersungguh-
sungguh.

Ujian Matematik akan diadakan pada minggu hadapan. Hati Idris berdebar-
debar.
Cadangan jawapan

Cerita di atas menunjukkan tentang cara-cara untuk mencapai keputusan


yang cemerlang dalam pelajaran. Semua murid ingin mendapat keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran.

Antara cara untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran


adalah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam setiap ujian
dan peperiksaan. Selain itu, kita hendaklah menumpukan perhatian dalam
pelajaran. Dengan cara ini kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan
mudah dan cepat. Di samping itu, keluarga juga hendaklah memberikan
dorongan dan semangat untuk belajar supaya anak-anak akan lebih bermotivasi
untuk belajar. Seterusnya, kita juga mestilah bertanyakan kepada guru dan rakan
di sekolah sekiranya tidak tidak memahami sesuatu tentang pelajaran agar
tidak menimbulkan kekeliruan. Akhir sekali, kita haruslah menyediakan jadual
belajar dengan teratur supaya kita dapat menggunakan masa belajar dengan
terancang.

Kesimpulannya, setiap murid inginkan kejayaan yang cemerlang dalam


pelajaran. Oleh itu, murid haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai selain
berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Isi lain yang boleh diterima

- Membimbing membuat latihan di rumah.

Anda mungkin juga menyukai