Anda di halaman 1dari 1

Memohon Sumbangan ‘CHAIRity for KAMAR ZAABA SETIA’

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini, KAMAR ZAABA SETIA (Pusat Sumber Sekolah) melalui PIBG SK Taman Setia ingin
membeli kerusi murid-murid bagi menyelaraskan jenis kerusi sedia ada. Ini sekaligus akan dapat
mencukupkan bilangan kerusi di KAMAR ZAABA SETIA serta dapat menceriakan suasana pusat sumber
sekolah.

3. Kos untuk pembelian kerusi-kerusi ini adalah seperti berikut:

Black Gunde Folding Chair IKEA

Harga sebuah kerusi (RM35)

Jumlah bilangan (50 buah x RM35) - RM1750

4. Pihak kami berharap agar setiap keluarga dapat menyumbang RM5 / RM10. Semoga dengan
sumbangan daripada setiap keluarga dapat menyempurnakan pembelian kerusi ini ibarat ‘segenggam
lidi sukar dipatahkan bahkan dapat memberi manfaat’.

5. Sumbangan tuan/puan boleh diserahkan kepada guru kelas anak-anak tuan/puan atau melalui
akaun PIBG iaitu:

6. Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai