Anda di halaman 1dari 1

AMALAN KEBERSIHAN MENJAMIN KEHIDUPAN SELESA

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting untuk setiap


individu. Kesihatan diri merupakan perkara yang penting dalam kehidupan tanpa
mengira faktor usia. Sesorang yang tidak menjaga kebersihan diri akan lebih mudah
untuk dijangkiti penyakit. Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita dapat terjamin
dan juga mengelakkan penyakit merebak kepada orang lain.

Kepentingan utama menjaga kebersihan diri adalah supaya kesihatan fizikal


dan mental terjamin. Setiap kali ingin membersihkan diri seperti mandi atau mencuci
tangan, pasti kita akan menggunakan sabun yang berfungsi sebagai ejen pembersih
bakteria atau bahan yang mengancam kesihatan diri kita. Bagaimana pula dengan
persekitaran kita, sudah tentu kita tidak mahu keluarga dan orang di sekeliling kita
terdedah kepada penyakit. Dari itu kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat
dengan cara membersihkan sekeliling kawasan rumah kita seperti kawasan
longkang pada setiap minggu bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Dengan
itu penyakit seperti demam denggi dapat dihindari.

Kebersihan pada diri seseorang harus bermula dari rumah. Rumah yang
bersih dapat memberikan keselesaan kepada semua. Ianya juga dapat memberikan
infak yang besar kepada fikiran kita. Terapkan dalam diri bahawa kita mahu sentiasa
dalam keadaan bersih dan selesa. Mulakan dengan mengemas bilik pada setiap
hari, manfaatnya kita akan sentiasa berasa selesa dan tidak tertekan apabila berada
di rumah sendiri, ibarat inilah “Rumahku, Syurgaku”.

Penjagaan kebersihan dirumah dapat menonjolkn imej diri kita yang baik,
yang mana dapat menunjukkan bahawa kita seorang murid yang berdisiplin.
Mengemas rumah tanpa perlu di arah oleh ibubapa menunjukkan kita seorang yg
sungguh berdedikasi dan punya disiplin yang tinggi untuk membentuk sahsiah yang
terpuji.

Kesimpulan nya, kita perlulah mengamalkan cara-cara menjaga kebersihan di


rumah dengan baik dan berdisiplin bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga.
Umpama “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kebersihan harus bermula dari diri
sendiri, barulah diri sihat, keluarga ceria.

Anda mungkin juga menyukai