Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera dan salam 1 Malysia

Penggunaan bahasa dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh murid-murid dalam
bidang sains, Matematik, Geografi, Sejarah dan sebagianya adalah satu kemestian. Tanpa
bahasa,apa sahaja aktiviti yang melibatkan proses-proses penguasaan dan penyebaran
ilmu tidak mungkin dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Bahasa bukanlah
media yang pasif untuk menerima pelajaran, sebaliknya bahasa adalah alat penting untuk
membentuk danmenyampaikan konsep-konsep utama sesuatu pelajaran . Oleh tu,
pemerolehan ilmu bukanlahmelalui bahasa, tetapi berlaku dengan bahasa.Oleh itu,
Bahasa Melayu Merentas Kurikulum perlu diberi perhatian yang serius dan
dijadikandasar dalam sistem pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulm
(BMMK) adalah disesuaikan daripada idea Language Across the Curriculum yang lahir
daripada kajian jawatankuasa Bullock (1975). Perakuan 138 dan 139 dalam laporan
jawatankuasa tersebutmenekankan kepentingan bahasa dalam pembelajaran dan kurikulm
sekolah.
Aktiviti menulis adalah merupakan satu kegiatan yang melibatkan
pemikiran,penyusunan idea dan pengalaman..Inti dalam menilai,menghurai dan
menterjemah ilmu pengetahuan terdapat dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Penulisan yang merentasi kurikulum bermaksud menggunakan bahasa dalam
memperolehi ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti Sains, Sejarah,
Geografi dan sebagainya. Sebagai contoh jika sesaorang murid diminta menulis sebuah
karangan tentang kepentingan makanan berkhasiat misalnya. Isi karangan tersebut
menghruraikan jenis makanan berkhasiat,kepentingannya kepada tubuh
manusia,kandungan zat yang terkandung dalam makanan seimbang dan sebagainya.
Apabila murid menghurai dan mengembangkan idea karangan seperti ini, ia telah
memasukkan unsur-unsur pengetahuan Sains dalam membuat huraian penulisannya.
Aktiviti penulisan jenis ini telah merentasi kemahiran berbahasa iaitu menggunakan
bahasa untuk menerangkan apa yang difahaminya dan ilmu yang terkandung dalam
huraian adalah pengetahuan tentang Sains .Begitu juga sebaliknya ,apabila murid itu
mempelajari tajuk kepentingan makanan, ia memerlukan kemahiran bahasa untuk
menjawab soalan-soalan yang berkaitan kepentingan makanan dalam bentuk penulisan.
Sekian terima kasih.
nah ambik frum 3 penulisan merentasi kurikulum...oter buang koma..kihki

Anda mungkin juga menyukai