Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Menulis

Kemahiran berbahasa yang keempat ialah kemahiran menulis. Kemahiran ini sangat berkaitan dengan kemahiran
membaca. Hal ini demikian kerana kadang- kadang sambil membaca kita selitkan dengan menulis misalnya semasa membuat
nota ringkas. Oleh itu kemahiran menulis ini sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Menurut Kamarudin Hj. Husin
dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), kemahiran membaca ialah proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Selain itu, menurut Yahya
Othman, kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu, idea alau maklumat secara bersistem dan kemahiran ini mengambil kira
aspek tujuan penulis, penggunaan bahasa, audience (penonton) dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan
alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul
serta tulisan yang jelas dan kemas. Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi pada suatu
perkara.hal dengan menggunakan perantaraan bahasa
Kemahiran menulis mempunyai objektif yang tersendiri. Objektif yang dimaksud tcrbahagi kepada dua iaitu objektif
jangka pendek dan objektif jangka panjang. Antara objektif jangka pendek kemahiran menulis ialah membolehkan kanalckanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami. Selain itu,
dengan menulis kanak-kanak dapat mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan. Objektif jangka
pendek yang seterusnya ialah membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempuma dalam bentuk
tulisan. Hal ini kerana kanak-kanak yang berada di peringkat permulaan untuk belajar menulis gemar menconteng.
Seterusnya menanamkan sikap minat menulis, menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan serta dapat mendirikan asas menulis yang kukuh.Objektif jangka panjang kemahiran
membaca pula salah satunya ialah memenuhi kehendak semasa misalnya menulis surat dan menggunakannya dalam aktiviti
pembelajaran di dalam

kelas. Selain itu, kemahiran menulis juga mampu memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Di
samping itu, melalui penulisan juga individu dapat meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan misalnya melalui
penulisan surat dan matlamat menerusi penulisan.

( BUKU MULTIMEDIA)

Anda mungkin juga menyukai