Anda di halaman 1dari 10

Penulisan permasalahan kajian sangat penting supaya dapat dilihat sebagai satu isu yang

perlu untuk dijalankan penyelidikan bagi mencari jawapan kepada persoalan yang dibina.
Jelaskan.
1. Membuatkan kajian itu lebih mudah difahami.

Salam Ukhuwah
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa permasalahan yang dipilih hendaklah sesuai
dengan persekitaran penyelidik dan persoalan yang perlu dijawab dapat memberi ketelusan
kajian dan mudah mendapat data kajian dan membuat hipotesisi yang baik untuk memberi
atau menghasilkan penyelidikan dan hasil penyelesaian yang berseusaian.
Saya ingin menambah berkaitan dengan hipotesis. Sesetengah penyelidikan memerlukan
hipotesis manakala sebahagian lagi tidak memerlukannya. Jika diperlukan, hipotesis
hendaklah dirumus setelah permasalahan kajian dikenal pasti serta mempunyai potensi dan
nilai untuk dimulakan kajian. Hipotesis adalah satu penyataan sementara tentang sesuatu
yang kebolehpercayaannya tidak diketahui.
Hipotesis terbahagi kepada 3 itu (Ha)
Hipotesisi Penyelidikan
Hipotesis penyelidikan/kerja/alternatif diambil drp teori penyelidikan tentang suatu
fenomenon. Penyelidik percaya bahawa hipotesis penyelidikan adalah benar atau
merupakan penyataan yang teliti tentang keadaan permasalahan yang diselidiknya iaitu
selagi teori yang menjadi sumbernya memadai. Contoh: Kenakalan kanak-kanak
dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh.
Hipotesis Nul (Ho)
Merupakan penyataan sesuatu perkara tetapi menolak penyataan yang ditunjukkan oleh
hipotesis penyelidikan. Hipotesis penyelidikan mengatakan Kenakalan kanak-kanak
dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh hipotesis Nul mengatakan
Kenakalan kanak-kanak bukan dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh.
Hipotesis Statistik
Penyataan tentang populasi statistik (perangkaan) yang didasarkan pada maklumat
daripada data yang diteliti diusahakan oleh seseorang penyelidik untuk diterima atau
ditolak.
Contoh: Kelompok A dan kelompok B tidak berbeza pada umur
Gunakan X1 untuk umur kelompok A dan X2 untuk kelompok B.

Oleh itu hipotesis kerja yang diwakilkan sebagai H1: Xi = X2

U NTUK KAJIAN YANG MELIBATKAN PENGUTIPAN DATA MELALUI KAEDAH TINJAUAN

C.

HIPOTESIS

D.

STRATEGI PENYELIDIKAN

1.
2.
3.
4.
Salam

Kajian Lapangan
Penyelidikan Tinjauan
Eksperimen
Analisis Kandungan
Ukhuwah,

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu bahawa permasalahan kajian memberikan


maklumat yang penting kepada pengguna atau pembaca kajian tersebut dalam menentukan
kepentingannya kepada pembaca dan untuk menentukan sama ada kajian itu menarik
minatnya atau tidak.
Saya ingin menambah tentang permasalahan kajian. Penyelidikan memerlukan
permasalahan atau isu. Permasalahan ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum
memulakan sebarang penyelidikan. Permasalahan ini memerlukan penyelidikan khusus
sebagai usaha mencari jawapan sebenar. Permasalahan kajian adalah kesulitan yang
menggerakkan penyelidik untuk menyelesaikannya. Permasalahan dalam penyelidikan perlu
memiliki ciri-ciri yang menggerakkan penyelidik untuk membahaskankan bagi mendapatkan
manfaat daripadanya. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian, penyelidik perlu
mempunyai pandangan yang ktiris dan selektif. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian
anda perlu bertanya soalan seperti:

Adakah permasalahan yang dipilih berguna untuk diselesaikan? Adakah permasalahan yang
anda pilih merupakan permasalahan yang penyelesaiannya boleh memberi manfaat atau
kesan yang penting?
Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk penyelesaian kepada permasalahan
tersebut?
Anda perlu bijak memilih cara/kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan permasalahan.
Pengetahuan mengenai pembentukan sampel, maksud korelasi koefisien, pengiraan deviasi
piawaian dan khi kuasa dua adalah diperlukan.
Adakah permasalahan yang dipilih menarik untuk diselesaikan? Ada masalah yang boleh
diselesaikan dalam waktu yang singkat dan ada yang hanya boleh diselesaikan oleh

penyelidik lain. Perlu ada iltizam untuk menyelesaikan permasalahan yang mungkin tidak
mendapat sokongan rakan/masyarakat.
Adakah data yang secukupnya diperlukan atau data yang mencukupi didapati untuk
menyelesaikan permasalahan?
Adakah anda mempunyai tenaga, wang dan masa.
Permasalahan perlu dibatasi supaya penyelidikan tidak kabur dari segi istilah atau konsep
berkaitan.
Tidak terlalu menyempitkan masalah sehingga permasalahan mungkin kehilangan
pengertian sebagai masalah penyelidikan.

Salam Ukhuwah
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa sesuatu isu yang ingin diselidik
perlulah menyumbang kepada penambahbaikan dalam bidang pendidikan, boleh
dikembangkan dan dikaji secara lebih mendalam oleh pengkaji-pengkaji akan
datang serta isu yang dipilih perlulah perkara-perkara yang diminati oleh pengkaji
supaya kajian tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.
Izinkan saya membuat sedikit penambahan. Penyataan masalah merujuk kepada
satu penyataan yang jelas, tepat dan ringkas kepada persoalan atau isu yang
diselidiki dengan tujuan untuk mencari jawapan atau penyelesaian. Ia merupakan
sebarang situasi yang ada pada ruang antara tahap yang sebenar dan tahap yang
dihajati (Sekaran 2000). Penyataan masalah ini perlu dinyatakan dengan tepat dan
jelas (Majid 2005). Apakah isu yang hendak anda tangani atau apakah isu yang
timbul sehingga mendorong anda hendak membuat projek. Bagaimana anda tahu
isu itu wujud dan perlukan kajian . Penyelidik perlu menerangkan senario pada
ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/
kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan
yang dijalankan.

Oleh itu, penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan
senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah
kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari

penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan


kejayaan selepas kajian dilaksanakan.

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan


masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya
pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik
tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru
itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan
perlu dijalankan.
Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal
selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut
diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk Pelaksanaan Inkuiri
Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian
tinjauan.
Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek
penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang
mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan
kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu
menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.
Ketiga :
Keempat :
Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang
disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting
dijalankan dari perspektif penyelidik.
a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.

Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.

Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti senaraikan.

b. Tinjauan masalah
Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah
saintifik (penyelidikan alat kajian- analisis).

Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.

Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan

Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan

Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan


cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)

c. Analisis masalah

Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii,


iii,iv)

Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh

Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus
kajian/ isu keprihatinan).

Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.

Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan


penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)

Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)

Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah
dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.

Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah,


teknik, pendekatan,aktiviti, program)

Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang


dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).

Gunakan perkataan peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,


menghasilkan penulisan..

KUMPULAN SASARAN
Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan,
jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
1. Perancangan langkah-langkah tindakan
2. Perancangan cara mengumpul data
3. Perancangan cara menganalisis data
Perancangan langkah-langkah tindakan

Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.

Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.

Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses


menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.

Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan


tindakan/ intervensi.

Perancangan cara mengumpul data

Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.

Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii,


iii,iv).

Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat
triangulasi.

Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan


data.

Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

Perancangan cara menganalisis data

Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).

(Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).

Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh pemerhatian,


analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.

Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/
isu keprihatinan).

Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) Rumusan


penyelidik.
Kenyataan Masalah
Tujuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan
kepada sesuatu persoalan. Dalam kenyataan masalah, perlu dinyatakan sedikit
latarbelakang perkara yang hendak diselidiki seperti sejarah, yang berhubung dengan
masalah itu. Juga dinyatakan mustahaknya masalah yang dikaji dan implikasinya jika
dibiarkan begitu sahaja.
Tujuan kenyataan masalah juga adalah untuk cuba mengorientasikan pemikiran atau
menarik perhatian pembaca kepada masalah yang mahu diselesaikan dalam penyelidikan
kita. Ia juga bertujuan untuk menguatkan kepentingan masalah yang dikaji. Oleh itu
kenyataan masalah bertujuan untuk meyakinkan penyelia atau penaja yang akan
membiayai penyelidikan.
Dalam kenyataan masalah juga kita perlu menekankan tajuk penyelidikan yang telah dipilih

itu benar-benar berguna kepada pihak-pihak tertentu. Jika cadangan penyelidikan itu
ditujukan kepada penaja, kenyataan masalah tidak perlu terlalu panjang, cukup satu
paragraf sahaja. Tetapi jika untuk tujuan ilmiah, maka kenyataan masalah perlu ditulis
dengan panjang lebar, merangkumi banyak aspek dan mengandungi data perangkaan serta
maklumat-maklumat yang berdokumentasi.
Cara penulisan juga perlulah secara ilmiah. Faedah kenyataan masalah ialah membantu kita
menyediakan objektif penyelidikan dan keseluruhan kenyataan masalah tadi dapat dijadikan
sebahagian dari laporan penyelidikian kelak iaitu dalam Bab1 di bawah pendahuluan atau
pengenalan.
Elakkan daripada membesar-besarkan kepentingan masalah tersebut secara berlebihan.
3. Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan meliputi aspek-aspek yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam
sesuatu penyelidikan.
Biasanya disebut objektif umum (matlamat) dahulu sebelum dituliskan objektif khusus.
Objektif khusus adalah bersifat lebih terperinci, tegas dan berkaitan rapat dengan objektif
umum.
Objektif penyelidikan perlulah;

Menggariskan sempadan atau skop sesuatu penyelidikan


Mencadangkan atau menjelaskan cara-cara melaksanakan penyelidikan.
Membayangkan keadaan atau sifat daripada hasil akhir sesuatu penyelidikan kepada
pembaca.
Memperkenalkan siapakah yang menjadi pembaca/pelanggan kepada penyelidikan itu.
4. Hipotesis/soalan kajian
Hipotesis adalah ramalan atau andaian yang berdasarkan kepada logik. Soalan kajian adalah
alternatif kepada hipotesis sekiranya hipotesis tidak dapat dibentuk dari tajuk penyelidikan.
5. Kesignifikanan kajian
Menghubungkan kepentingan penyelidikan dengan kehidupan seharian.
6. Ulasan Bahan rujukan.
Penyelidik perlu membuat penyelidikan perpustakaan (literature research) untuk
menentukan samada penyelidik lain pernah membuat kajian yang sama, atau yang ada
hubungan dengan tajuk yang telah dipilih. Ini dapat mengelakkan pertindihan
tajuk/bidang/skop penyelidikan berlaku.
Semasa menulis cadangan penyelidikan, ulasan bahan rujukan, penyelidik tidaklah perlu
menulis dengan panjang lebar, cukup sekadar ringkasan mengenai kedudukan ilmu
pengetahuan masa kini mengenai tajuk yang telah dipilih, merangkumi teori mengenai
perkara yang sama, baik di kawasan itu atau kawasan lain di Malaysia dan luar negeri.
Keutamaan harus diberikan kepada karya-karya tempatan atas tajuk yang sama atau hampir
sama. Jika tidak ada, tinjaulah karya-karya luar negeri.

7. Metodologi atau Kaedah


Metodologi penyelidikan ialah bagaimana tiap-tiap satu objektif penyelidikian itu hendak
dicapai. Metodologi penyelidikan perlulah menyatakan;

Jenis maklumat (data) yang akan dikumpulkan.


Bagaimana data tadi akan dikumpulkan, samaa daripada sumber utama atau sekunder.
Kawasan geografi yang hendak dikaji dan alasan mengapa lokasi itu dipilih.
Bagaimana data yang dikumpul itu dianalisis supaya setiap satu maklumat penyelidikan
dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Jenis rekabentuk persampelan.

8. Anggaran Belanjawan dan Jadual KerjaIalah butiran tentang perbelanjaan yang dijangka
akan ditanggung oleh penaja atau penyelidik bagi menjalankan kajian. Jadual kerja yang
terperinci diperlukan supaya penaja atau penyelia dapat mengikuti perkembangan
penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penyelidik. Perlu dinyatakan tarikh sesuatu kerja
yang akan dilaksanakan seperti merangka soalselidik, menemu ramah, menghantar
soalselidik dan mengumpulkannya, pengolahan data dan menulis laporan.

(Sumber :http://shaffe.tripod.com/rpropos1.htm)
*******************************************************************************************************************************
********

PEMBOLEHUBAH
DEFINISI PEMBOLEHUBAH
Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai something that may vary or differ (Brown, 1998:7).
Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan bahawa
pembolehubah adalah is simply symbol or a concept that can assume any one of a set of values
(Davis, 1998:23).
Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau bervariasi.
Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai
atau angka-angka. Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh
berikut:
a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.
b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.


Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli, promosi,
jumlah penjualan dan sebagainya.
Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang
diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah
mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki
dan perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani
dan sebagainya. Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak
puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan,
jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah dikotomi.
Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh berubahubah untuk objek atau untuk seseorang individu.
Contoh pembolehubah:
Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama. Markat ujian
juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.
Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin 5 orang
tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.
Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke sangat
bermotivasi.

Anda mungkin juga menyukai