Anda di halaman 1dari 17

http://www.moh.gov.

my/v/kanan_makan
Portal Rasmi Kementerian
Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

Adakah anda biasa dengan senario ini?

Kasim suka snek manis


Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu
makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula
bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat
di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan


Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi.
Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil
sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula
mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk


Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk
menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas
tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain
komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: Takkan tak
boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti
Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak
dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan
bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

Mengasuh anak-anak makan dengan betul


Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang
sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan
dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan
yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak
menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan
paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat
makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam
diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan
makanan yang salah.
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang
sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan
dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan
yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak
menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan
paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat
makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam
diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan
makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi
anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik
sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi
anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik
sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?


Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau
bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah
malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan
nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada
2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat
badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

Makan secara berlebihan


Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang
berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan
menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh
meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan
hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau
kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan
boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

Kekurangan zat makanan

Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat
cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan
pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya
tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?


Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan
makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah
pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan
yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan
di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke
atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanakkanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti
fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.

Tidak mengambil sarapan

Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak
anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat
cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas.
Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

2.

Snek tidak sihat

Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan
snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau
mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan
gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba
waktu makan.

3.

Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak
menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen,
membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara
kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat


Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah
mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila
sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk
menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan
diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan
anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini
kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan
yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas
yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan
Malaysia (NMM) Kebangsaan.
26-09-2011

Sumber: Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan Paras 1

Nasi, ubi-ubian, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin

Pengambilan: Antara lapan dan 12 sajian sehari

Kumpulan Paras 2

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar

Pengambilan: Antara tiga dan lima sajian sehari

Kumpulan/Paras 3

Terdiri daripada ayam, ikan, itik, daging dan kekacang serta susu dan produk tenusu

Pengambilan: Antara dua dan tiga sajian sehari

Kumpulan/Paras 4

Lemak, minyak, garam dan gula

Pengambilan : antara satu dan dua sajian sehari

Apakah maksud satu sajian makanan

Kumpulan 1

Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian:

cawan nasi putih

cawan mi/bihun/kuetiau/pasta

1 keping roti bijirin penuh

keping capati (saiz kecil)

1 cawan bubur nasi

cawan bijiran sarapan

1 biji ubi kentang saiz sederhana

3 keping biskut tawar/krim

Kumpulan 2

Sayur-sayuran

cawan sayuran berdaun hijau tua

cawan sayuran buah atau ubian

cawan lain-lain sayuran

Kumpulan 3

Buah-buahan

biji jambu batu saiz sederhana

Sepotong potong betik / tembikai / nanas

Sebiji pisang / oren / pir / epal

cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan produk tenusu

Secawan susu

cawan dadih

Sekeping keju

l Tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Kumpulan 4

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

Seketul paha ayam saiz sederhana

Seekor ikan kembung

Dua ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis

Lima sudu makan ikan bilis tanpa kepala

cawan kekacang kering

Empat sudu sudu makan udang kecil dengan kulit

Sekeping tauhu

Sekeping tempe

Sebiji telur saiz sederhana (gred C)

Paparan Piramid Makanana secara 3D bagi kemudahan murid mendapatkan maklumat jelas
tentang keperluan makanan mereka seharian.ebanyakan daripada kita mengetahui bahawa
makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera
tetapi mestilah berkhasiat.
Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa
mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.Selain faktor umur,
jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda
seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.
Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan
sajian makanan yang pelu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam
sehari.Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan
zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.Ia disusun
berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan
yang lebih baik.
Piramid makanan terbahagi kepada lima peringkat atau kumpulan makanan yang diletakkan
para parasberbeza berdasarkan keperluan pengambilannya.
Sumber dari kantin
MAKANAN YANG DILARANG DI DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH KANTIN SK KGMA
MAKMAANANJAMBU TAIPING

http://kantinskkj.blogspot.com/2013/06/blog-post.html
KANTIN SK KG JAMBU TAIPING

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi
adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah
rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan
jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan.
Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang
diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya
kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis
panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di
kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu
terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan

itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta


Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani
masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanakkanak. Ia langkah mencegah peringkat awal, katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu
adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes
di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008
menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan
minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan
untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad
laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru
merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI
diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun
bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.
Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah
permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di
sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik
diteruskan, katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12


tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007.
Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif,
iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan
menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

sumber:BERITA HARIAN
Posted by skkampungjambu taiping at 22:32 No comments:

http://psasir.upm.edu.my/6378/1/FPP_2004_1(1-24).pdf
Badan yang sihat menjadi impian setiap individu yang bernyawa. lndividu
yang sihat akan melahirkan sebuah masyarakat dan generasi yang sihat
sejajar dengan harapan Falsafah Pendidikan Negara untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi fizikal,
emosi, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Adalah menjadi harapan kepada kerajaan Malaysia untuk
memperkenalkan pendidikan kesihatan dan gaya hidup yang sihat bagi
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Tubuh yang sihat dikaitkan dengan pengambilan makanan yang
berkhasiat.
Justeru itu benarkah makanan yang dimakan itu benar-benar menyihatkan
tubuh dan adakah individu mengambil pada kadar yang disyorkan? Adakah
individu mempunyai maklumat yang cukup untuk mengamalkan pemakanan
yang sihat? Menurut majalah Utusan Konsumer (September, 2001)
terdapat 50 sebab mengapa kita perlu mengurangkan makanan berdaging
yang kesemuanya dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti kanser,
obesiti, arteroklerosis, divertikulosis, sakit jantung, artritis, diabetis, anemia,
ulser, apendiks, kegatalan kulit, iumpuh, kurang daya tahan penyakit,

osteoporosis, hipoglisemia, tekanan dan banyak lagi.


Rakyat Malaysia didapati mengambil makanan berdaging dalam jumlah
yang banyak seperti yang dilaporkan dalam tahun 1994 sahaja kita telah
menggunakan sebanyak 518,447 tan daging ayam, 69,317 tan daging lembu
dan sebanyak 9,509 tan daging kambing (Utusan Konsumer, 2001).
Statistik kesihatan dunia menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan
makanan berasaskan haiwan terbukti telah turut meningkatkan kejadian
penyakit seperti penyakit jantung dan kanser. lndividu yang mengambil
produk tersebut adalah 40 peratus lebih mudah mendapat kanser dan
mempunyai risiko besar terhadap penyakit-penyakit lain termasuk serangan
jantung, obesiti, artritis, diabetis dan keracunan makanan. Mengapakah ini
boleh berlaku sedangkan daging adalah sumber makanan yang kaya
dengan nutrien pembina tubuh? Makanan didefinisikan sebagai apa-apa yang diambil oleh
tubuh,
membekalkan zat atau membina serta membaiki tisu, atau membekalkan
kepanasan tubuh iaitu mengekalkan tenaga, untuk kehidupan dan
tumbesaran atau pertumbuhan, dan berkhasiat (Cameron, 1967). Makanan
digambarkan sebagai bahanapi, bertindak balas di dalam tubuh
manusia, yang menyebabkan manusia hidup. Menurut beliau manusia perlu
makanan kerana badan manusia ibarat rangka kerja yang padu terdiri
daripada tulang-tulang melindungi bahagian-bahagian yang lembut dan
memberi kekuatan kepada seluruh struktur badan. Tulang rangka adalah
kuat dan lentur oleh sebab itu boleh menggerakkan pelbagai bahagian tubuh
dengan mudah serta bertindak sebagai pelindung kepada sistem organ di

dalam tubuh terutamanya jantung yang bekerja sebagai satu sistem


pengangkutan yang hebat yang meliputi setiap sudut tubuh kita dari hujung
rambut kepada hingga ke hujung kaki. Organ utama tubuh diperbuat
daripada tisu-tisu seperti tisu otot dan tisu saraf yang mempunyai tugastugas tertentu dengan pergerakan tubuh badan. Hakikatnya tubuh adalah
sebagai sebuah mesin yang komplek dengan banyak organ yang berbezabeza, setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan.
Fungsi utama makanan ialah membekal tenaga. Setiap pergera kan kita
menggunakan tenaga. Makanan menambah simpanan tenaga dalam badan
untuk mengekalkan proses dalaman tubuh badan. Tenaga pula diperlukan
untuk metabolisma tubuh dan penting bagi menggerakkan aktiviti fizikal.
Tenaga yang dihasilkan melalui makanan dipanggil tenaga atau nilai kalori dan ianya
dianggarkan dalam jumlah kalori atau kilokalori. Nutrien terlibat
dalam menghasilkan tenaga ialah karbohidrat, lemak dan protein.
Fungsi kedua makanan sebagai pembina tubuh, bahan-bahan makanan
diperlukan untuk pertumbuhan dan penukaran tisu-tisu baru. Dengan ini
membolehkan kita membesar, memperbaiki dan memperbaharui tisu-tisu
dan untuk membentuk kehidupan baru iaitu pembiakan. Nutrien penting
bagi fungsi ini adalah protein untuk pertumbuhan dan penukaran tisu-tisu
baru manakala kalsium dan fosforus untuk pertumbuhan tulang dan gigi.
Seterusnya makanan adalah untuk mengawal proses dalam tubuh.
Makanan diperlu kan untuk mengawal proses tu bu h yang berlaku setiap
masa dan menjadikan kita sihat. Nutrien penting bagi menjalankan fungsi ini
adalah vitamin dan elemen-elemen mineral dan air untuk mengekalkan

kesihatan tubuh. Kita hendaklah memilih makanan dengan baik untuk


menjadikan tubuh badan sihat yang boleh menjalankan ketiga-tiga fungsi di
atas dan mengandungi bahan-bahan yang dipanggil nutrien. Terdapat enam
jenis nutrien antaranya ialah karbohidrat, lemak, protein, elemen mineral,
vitamin dan air. Makanan adalah bahan-bahan yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu jenis nutrien. Umpamanya garam adalah makanan
kerana mengandungi elemen mineral. Lada hitam bukan makanan kerana
tidak mengandungi nutrien, ianya ditambah ke dalam makanan sebagai
perasa. Pemakanan pula merupakan satu ilmu sains berkaitan dengan makanan
yang diperlukan oleh manusia untuk terus hidup, membesar dan
menjalankan aktiviti-aktiviti pembiakan. llmu pemakanan sangat penting
berhubung dengan identiti dan fungsi kesemua kandungan zat-zat dalam
makanan dan juga air yang diperlukan oleh organisme untuk pertumbuhan,
keseimbangan dan produktiviti serta kaitan zat-zat ini dengan proses
penggunaan dan penghadaman makanan dalam memastikan
perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dan sempurna bagi seseorang
individu (Briggs, 1966).
Menurut Cameron (1 967) pemakanan adalah kajian ke atas nutrien-nutrien
yang didapati dalam pelbagai makanan serta kesannya ke atas tubuh
badan, Umpamanya jika diet kita adalah pilihan yang baik, kita tidak hanya
mendapat bekalan kesemua enam nutrien, tetapi kita perlu mendapatkan
kadar yang betul yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh menerima kesemua
nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan melalui pengambilan
nutrien yang baik.

Bidang makanan dan pemakanan diajarkan kepada pelajar di tingkatan


satu, dua, dan tiga dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup bahagian elektif
pilihan dua iaitu pilihan Ekonomi Rumah Tangga (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1992). Elektif Ekonomi Rumah Tangga (ERT) bertujuan
membekalkan pelajar pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan
urusan diri dengan berkesan dari segi makanan dan pemakanan bagi membolehkan pelajar
menyediakan makanan seimbang, mengamalkan
tabiat makan dan etika semasa makan yang baik serta menjaga kebersihan
makanan. Bidang ini lebih menumpukan perhatian kepada kepentingan
makanan dan pema kanan serta melatih masyarakat supaya lebih peka
kepada aspek pemakanan yang seimbang. Mata pelajaran ini menekankan
aspek teori dan amah meliputi peranan makanan, makanan dan budaya,
pemilihan makanan, peruntukan diet harian yang disarankan (RDA),
makanan dan teknologi serta sanitasi pemakanan. Strategi pengajaran dan
pembelajaran berkaitan pemakanan yang diajarkan dalam Kemahiran Hidup
Bersepadu adalah berdasarkan pengalaman yang dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan menggunakan
pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran ini dalam urusan kehidupan
harian.
Bidang makanan dan pemakanan merupakan satu komponen yang
diajarkan dalam kurikulum mata pelajaran ERT di tingkatan empat dan lima
sekolah akademik dan sekolah teknik dan vokasional. Pelbagai
pengetahuan dan kemahiran tentang makanan dan pemakanan daripada
aspek penyediaan, pengurusan dan teknologi diberikan kepada pelajar

lanjutan daripada pelajaran Kemahiran Hidup. Pengetahuan pemakanan


yang diperoleh diharapkan dapat menyediakan pelajar kepada asas
kesihatan yang baik, kejayaan hidup, keseimbangan psikologi dan
pengurusan yang baik seterusnya menyumbang kepada perkembangan

Anda mungkin juga menyukai