Anda di halaman 1dari 8

FASA LOMPAT TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan larian

n menghala ke palang b) Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. d) Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

1. 2.

Fasa penujuan Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved ) Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil. Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk ) Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa. Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung. Teruskan penambahan kelajuan larian. Fasa Lonjakan Langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi acceleration Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu.

3. 4.

Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan Fasa Layangan Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal. Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. Angkat pinggul semasa melepasi palang. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada. Fasa Pendaratan Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan. Jarakkan lutut semasa mendarat.

GAYA LOMPAT TINGGI Lima gaya lompat tinggi : a) Gaya gunting b) Gaya pelana c) Gaya guling barat d) Gaya timur e) Gaya Fosbury Flop

1. GAYA GUNTING Penujuan Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7 -9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. Lonjakan Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. Layangan Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.

Pendaratan

Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

2. GAYA FOSBURY FLOP

Penujuan Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. Butiran lain seperti gaya gunting.

Lonjakan Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.

Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.

Layangan Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Setelah bahan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas.

Pendaratan Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

3. GAYA PELANA Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki

bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan. Pendaratan Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

Anda mungkin juga menyukai