Anda di halaman 1dari 30

BAB 3

KATA NAMA
3.0 PENGENALAN
Kata yang digunakan untuk menyebut atau merujuk
sesuatu (bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau
abstrak)

CONTOH:

meja, kayu, orang, haiwan, rumah, sekolah,


keadaan, guru, agama, lautan, pelangi,
kepercayaan, permintaan, Ramli, Datuk
Zaman dan kehilangan
FUNGSI
(a)Boleh diikuti oleh kata tunjuk itu atau ini

CONTOH:
buku itu rumah ini

agama itu kambing ini

keadaan itu matlamat ini


(b) Boleh didahului oleh kata bilangan (penjodoh
bilangan @ tanpa penjodoh bilangan

CONTOH:
empat buah rumah dua ekor ayam

sebuah kampung kelima-lima orang penjenayah

kebanyakan sungai
setiap orang
◦ (c) boleh diikuti oleh kata yang

CONTOH:
budak yang cantik rumah yang besar

pelajar yang cerdik pendapat yang bernas

ilmu yang berguna meja yang besar


(d) Boleh didahului oleh kata/frasa sendi nama

CONTOH:
ke rumah di tepi kolam

pada kulit kayu antara manusia

di atas bumbung
untuk ibu
(e) Boleh didahulukan oleh kata ukuran

CONTOH:
dua hektar tanah tiga ela kain

seinci halia dua kilo gula

satu botol air


empat guni beras
(f) Tidak boleh diduhului kata nafi tidak, sebaliknya
boleh didahului kata nafi bukan

CONTOH:
BETUL SALAH

bukan adik saya tidak adik saya

bukan kucing jantan tidak kucing jantan

bukan meja itu tidak meja itu


(g) Dalam frasa nama, kata nama mrnjadi inti

CONTOH:
ikan goreng berlada
negara mundur
kereta buatan Jepun
meja empat segi
NOTA:
hari kemerdekaan Huruf condong : inti
buku baharu
Huruf tak condong :
penerang
(h) Boleh menjadi subjek, predikat, objek, pelengkap dan penerang

CONTOH:
Budak terjatuh ke dalam parit. (Subjek)

Cikgu Amin guru Matematik. (Predikat)

Ibu membeli baju. (Objek)

Anak kucing itu beribukan anjing. (Pelengkap)

Kuih itu bersalut gula. (Penerang)


3.1 JENIS-JENIS KATA
NAMA
KATA NAMA
KHAS
Kata nama yang merujuk kepada sesuatu
secara khusus

Huruf pertama ditulis dengan huruf besar


KATA NAMA KHAS HIDUP
KATA NAMA KHAS CONTOH
Manusia Zawiah, Prof. Muhamed, Dr.
Radhiah. Datok Ali Zainal
Abidin, Senator Abdillah, Ustaz
Fadhil
Bukan manusia Mikael, Jibrail, Trikoderma,
(malaikat, haiwan dan Salmonella, Sang Kancil, Sang
tumbuhan) Suria
KATA NAMA KHAS TAK HIDUP
JENIS CONTOH
Benda kereta Perodua Kancil, Kondo de Rozelle
Bangsa orang Arab, orang Maori
Negeri atau negara Kedah, Thailand
Judul sesuatu novel Dr. Alpha Male, drama Setia Hujung
Nyawa
Tempat Parit Raja, Hutan Belum
Pangkat Profesor Dr Ibrahim, Pegawai Daerah Muar
Undang-Undang atau Akta Akta Syarikat 1974, Akta Pelajaran 1961
Gelaran Kehormat Yang Amat Berhormat, Yang Arif
Jalan Jalan Tun Sambanthan, Lengkok Za’ba
Institusi Universiti Utara Malaysia, Perlembagaan
Malaysia
Agama agama Kristian, agama Islam
KATA NAMA AM
Perkataan yang merujuk benda, orang atau konsep
secara umum

Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf


kecil

Huruf pertama ditulis dengan huruf besar di


permulaan ayat sahaja
KATA NAMA AM CONTOH

Hidup manusia orang, guru, pelajar, pelawak, pelaut, jurujual

Hidup bukan manusia ayam, kucing, tikus, pokok, malaikat, persatuan

Tak hidup institusi hospital, maktab, pejabat pos, universiti, persatuan

Tak hidup bukan institusi konkrit jalan, langit, laut, kampung, roti, kalender

Tak hidup bukan institusi abstrak berbilang pendapat, senyuman, pukulan, cadangan, galakkan

Tak hidup bukan institusi abstrak tak udara, roh, iklim, keindahan, kejujuran
berbilang
KATA GANTI
NAMA
Kata yang dapat menggantikan sesuatu kata nama,
sama ada nama khas atau nama am
Merujuk kepada sesuatu nama yang dimaksudkan
tetapi tidak disebut nama sebenar sesuatu itu

CONTOH:
Dia ialah kata ganti nama yang merujuk
a) Abang ke sekolah. kepada abang. Penulisnya menggunakan
kata ganti nama dia kerana tidak mahu
b) Dia ke sekolah bersama-sama adik. menyebut semula kata abang dalam ayat
kedua
Umun

KGN Tunjuk Hal

Tempat
Orang l
KATA
GANTI
NAMA(KGN) Orang Orang ll

KGN Diri
Orang lll
Tanya
KGN Tak
Tentu
KATA GANTI NAMA DIRI
kata yang merujuk kepada nama diri bagi seseorang yang nama
sebenarnya tidak disebut

CONTOH:
a) Ahmad pelajar yang pandai

b) Dia (merujuk kepada Ahmad) anak pensyarah.


Dia ialah kata nama diri
KATA GANTI NAMA DIRI PENGGUNAAN CONTOH
ORANG

PERTAMA Digunakan untuk Aku/daku/ku, saya, hamba,


menggantikan nama diri patik, beta, kita, kami, patik
orang yang sedang sekalian, hamba semua
bercakap

KEDUA Digunakan untuk Awak, engkau, tuan, puan,


menggantikan nama orang kamu, saudari, anda
yang dilawan bercakap
atau orang yang
mendengar ujaran

KETIGA Digunakan untuk merujuk Ia, dia, beliau, -nya, tuanku,


orang yang tidak turut beginda, mereka
serta dalam sesuatu situasi
perbualan
Terdapat kata rujukan bagi orang yang sudah
meninggal dunia

CONTOH:
arwah, allahyarham, allahyarhamah, almarhum,
almarhumah, mendiang
Sesetengah kata gelaran boleh menjadi kata ganti nama diri orang
kedua @ kata ganti nama diri ketiga

KATA GANTI DIRI TUNGGAL JAMAK

ORANG KEDUA Tuanku, doctor, tuan, Tuanku sekalian, tuan-tuan,


puan, encik, pak cik, pak puan-puan, semua doctor,
long, abang, saudara, tuan-tuan sekalian, saudara-
saudari dan lain-lain saudari semua, dan lain-lain

ORANG KETIGA Tuanku, baginda Tuanku sekalian


KGN Ketiga dia, dia,ia dan mereka hanya digunakan untuk
merujuk kepada orang dan tidak digunakan untuk bukan
manusia

CONTOH (penggunaan yang salah):


a) Saya memelihara 10 ekor kucing. Mereka itu baka tempatan.

b) Ibu harimau itu mati tertembak. Ia tidak dapat diselamatkan.

c) Buah durian itu banyak. Ia/mereka saya simpan di dalam peti sejuk
SEKIAN TERIMA
KASIH
DISEDIAKAN OLEH: CHIANA MARSHALY

Anda mungkin juga menyukai