Anda di halaman 1dari 27

Glosari Istilah Gaya Bahasa

1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya, Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan, 2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris. Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku kemarau di dada kota, 3. Responsif-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya, Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua, 4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihanlebihan. Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata. 5. Hybrid-penggabungan dua patah kata. Contohnya, menyinarresap, sedihpilu. 6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Contohnya,terasa sekali dingin angin. 7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak. Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang. 8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan. Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang. 9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,merpati melambangkan kebebasan dan gunung melambangkan cita-cita. 10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin 11. Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.

12. Sinkof-kata singkatan. Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah. 13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daundaun. 14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara. 15. Asonansi pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya. 16. Aliterasi pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga.

Glosari Sastera Siri 1


Aliterasi Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal kata/perkataan yang berurutan. Contohnya, petikan daripada puisi "Kurenungi" karya Jihaty Abadi: 'kurenungi kemurnian kehidupan'. Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi konsonan k pada setiap awal perkataan. Pengulangan seperti itu menimbulkan kesan keindahan bunyi. Alusi Satu ragam atau jenis gaya bahasa perbandingan yang rnerujuk secara tidak Iangsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, petikan daripada puisi "Perarakan Suku Abad" karya Zurinah Hassan: 'Wan Empok dan Wan Malini'. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kemewahan dan kemakmuran yang merujuk kepada kemewahan Wan Empok dan Wan Malini, tokoh metos dalam Sejarah Melayu, karya sastera yang terkenal itu. Ambiguiti Makna kata/perkataan atau ungkapan dalarn puisi yang mernpunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan. Puisi yang seperti ini memang agak sukar untuk diselami maknanya secara tepat atau jelas tetapi dianggap sebagai puisi yang kuat dan segi isi atau pemikirannya. Anafora Satu ragam atau jenis gaya bahasa pengulangan, iaitu kedudukan pengulangan satu kata/perkataan atau lebih pada awal baris-baris puisi. Contohnya, petikan daripada puisi "Kurnia" karya Shamsuddin Jaafar:

adalah kerinduan adalah harapan adalah keriangan Dalam contoh tersebut, terdapat pengulangan perkataan 'adalah' pada awal setiap baris. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Asonansi Pengulangan bunyi vokal yang sama pada kata/perkataan yang berurutan dalam barisbaris puisi. Contohnya, petikan daripada puisi "Keindahan yang Hilang" karya Shamsuddin Jaafar: 'terbang beriring di rembang petang'. Dalam baris-baris, terdapat pengulangan bunyi vokal e pada setiap perkataan. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Bahasa Denotatif Bahasa yang mempunyai makna jelas, tepat atau khusus seperti dalam kamus. Jadi, bahasa demikian hanya memberikan makna yang tersurat, iaitu apa yang ditulis atau disebut maka itulah maknanya. Contohnya: 'seorang ayah dan suami' daripada puisi 'Bila Berjauhan' karya A. Wahab Ali.

GAYA BAHASA & FUNGSINYA


METAFORA Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak. Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.

IRONI Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula

PARADOKS Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana / keadaan yang berlawanan. Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan. Contoh : buruk dalam cantik pahit dalam ubat

HIPERBOLA Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa. Fungsi : Untuk memukau pembaca Contoh : atau cakap-cakap gunung. Isinya lembah sampah

ALUSI Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

ONOMATOPOEIA Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan. Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran Contoh : angin menderu ru ru ru

RIMA Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama Contoh : Aku telah dihimpit bising peradaban - a kasih dan cinta manusia - b yang luput - c ketika kau tetap abadi menatap alam - d menyaksi kejadian serba takjub - e sepi namun sentosa - b bahagia sekalipun purba. - b

RITMA / IRAMA Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam / tingkah. Fungsi : Menimbulkan keindahan irama

ANAFORA Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : betapa rumitnya betapa seksanya dia menunda usia

EPIFORA Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah

INVERSI Pembalikan kata / ayat / rangkaikata Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) samar waktu (sepatutnya: waktu samar)

ASONANSI Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a])

ALITERASI Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k])

SIMILE Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama. Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.

PERSONIFIKASI Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru

CITRA Gambaran, lukisan, arca, atau imej. Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara)

PERLAMBANGAN Simbol yang membawa makna tertentu Fungsi : Untuk menegaskan maksud

Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

PERULANGAN (Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak)

Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. (Asonansi)

Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. (Aliterasi)

Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora) Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan

Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan

Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora) Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah

Perulangan perkataan/kata di tengah baris Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah

Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : aku pun terbang setelah hinggap, dan terbang lagi. Begitulah.

Perulangan kata di awal baris pertama rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : Perkataan Dalam di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak www.sibermerdeka.com.my

Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : Perkataan diriku di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak www.sibermerdeka.com.my

Jenis-Jenis Gaya Bahasa

PENDAHULUAN
Sewaktu kita bercakap, membaca ataupun mendengar, kita tidak akan terlepas daripada mendapati satu bentuk, satu rupa atau satu corak gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang, sama ada ianya dilakukan secara sedar atau tidak. Kebolehan menggunakan gaya bahasa, adalah terletak kepada sejauh mana seseorang itu mahair dan cekap berbahasa. Pada umumnya, para sasterawan dan ahliahli bahasa merupakan orang yang cekap atau pandai bergaya bahasa, terutama sekali dalam atau ketika mereka menulis. Sebab ada juga para sasterawan atau ahli bahasa yang tidak pandai begaya bahasa ketika berinteraksi secara lisan. Orang-orang tua kita dahulu pun sebenarnya memang cekap bahkan mahir sekali dalam menggunakan gaya bahasa, sama ada semamsa mereka menulis apatah lagi ketika bercakap. Ini tebukti daripada hikayat-hikayat, cerita-cerita, dan berbagai jenis puisi, yang begitu banyak atau kaya sekali dengan berbagai-bagai gaya bahasa yang indah. Misalnya, bentuk pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa, simpulan bahasa, kiasan, perumpamaan dan sebagainya. Sebagai contoh, bila orang-orang tua menyebut, budak itu berhati batu, ini mereupakan satu jenis gaya bahsa untuk diibaratkan sebagai seorang yang berperangai degil, tolol, tak mendengar kata dan nasihat dan seumpamanya. Gaya bahasa jenis ini dikatakan sebagai simpulan bahasa. Oleh kerana bahasa, seperti juga budaya, iaitu ianya tidak statis, maka ia juga berubah dan berkembang mengikut perkembangan masa atau zaman. Begitulah juga dengan gaya bahasa (yang terkandung dalam bahasa) yang kerap menerima perubahan, tokok tambah, cedok-mencedok terutamanya dalam bidang kesusasteraan. Dalam bidang kesusasteraan, karya puisilah yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa. Justeru itu, tidak menghairankan jika jenis-jenis gaya bahasa dalam Bahasa Malaysia berbau atau diambil terus dari istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris atau Barat. Walaubagaimanapun soalan penyesuaian buat masa kini, sud ah boleh dianggap sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. Apa yang kita pentingkan ialah

penyesuaian yang dibuat hendaklah kena pada tempatnya dan bukanlah dibuat secara melulu sahaja. Sesuai digunakan dengan sifat dinamis bahasa, maka keseluruhan istilah yang digunakan dalam buku tipis ini adalah istilah yang boleh dianggap sebagai kemas kini yang lebih mirip kepada cedukan perkataan dab bunyi asing (Barat). Meskipun ianya boleh digantikan dengan istilah lama atau klasik yang pernah digunakan oleh pengarangdahulu, Zaaba misalnya. Misalnya istilah metafora (perbandingan terus), personifikasi (pertalian atau perhubungan), euphimisma (kata -kata halus atau pemanis kata), ironi (bahasa terbalik) dan sebagainya. Malah, dalam sesetengah keadaan, penggunaan istilah asing lebih menepati maksud yang hendak dinyatakan.

DEFINISI GAYA DAN BAHASA


Sebelum dihurai dengan lebih lanjut tentang gaya bahasa dalam karya-karya (sama ada karya berbentuk puisi ataupun prosa), terlebih dahulu hendaklah dilihat apakah definisi atau yang dimaksudkan dengan gaya dan bahasa itu. 1.1 Definisi gaya Yang dimaksudkan dengan gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah: corak, bentuk, rupa, atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga bermaksud: satu cara menulis atau bercakap. 1.2 Definisi bahasa Sebagaimana definisi tentang gaya, definisi mengenai bahasa juga agak banyak. Walaubagaimanapun, kesemua definisi itu tidak terhindar dari konsep sebagai alat perhubungan dan yang terbina dari kalimat-kalimat. Di antara definisi yang boleh dianggap terkenal ialah definisi yang diutarakan oleh pengkaji dan pakar beahasa bernama Bloch & Trager. Mereka berpendapat bahawa: bahasa ialah salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbiterari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Berhubung dengan definisi gaya bahasa dalm karya penulisan juga terdapat berbagai-bagai. Mislanya, mengikut pendita Zaaba, beliau mengatakan, gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang.

Gaya bahasa juga dikatakan sebagai kekuatan perbandingan yang dipakai dalam karangan. Bahasa yang dipakai itu ialah untuk menimbulkan daya (iaitu kata-kata biasa, sindiran dan perbandingan) yang mana ianya terhasil dari peribadi seseorang pengarang. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa gaya bahasa merupakan satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan.

2.CARA PENGGUNAAN GAYA BAHASA


Setiap pengarang akan cuba sedaya upaya mencari satu gaya bahasa yang terbaik sebagai satu cara menarik minat pembaca di samping menghasilkan satu karya yang benar-benar bermutu. Sebab itu, bila kita membaca apa-apa sahaja bentuk tulisan (sama ada bentuk puisi atau prosa), kita akan tersua dengan berbagai gaya bahasa yang menarik. Dan, kemahiran menggunakan gaya bahasa ini merupakan sesuatu kekuatan berkarya bagi seorang pengarang. Sekiranya, pengarang tidak pandai atau tidak memasukkan gaya bahasa tertentu, nyata sekali karyanya tawar dan hambar, laksana gulai tidak bergaram. Gaya bahasa bolehlah diibaratkan sebagai perencah, pelazat rasa atau berbagai ramuan untuk menyedapkan makanan. Gaya bahasa merangkumi perkataan, ikatan ayat, jalan bahasa corak susunan ataupun betuk pembahasaanya. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat dua jenis penggunaan gaya bahasa iaitu, gaya cakap mulut dan gaya cakap surat. Kedua-dua jenis gaya bahasa ini boleh jadi terbina dari gaya bahasa Melayu betul dan gaya bukan Melayu betul. Gaya cakap mulut banyak atau kerapkali menggunakan perkataan yang pendek, sama ada disingkat atau diringkaskan. Mislanya perkataan tak (tidak), nak (hendak), dah (sudah), tu (itu), ni (ini), pak (bapak/bapa), mak (emak), bu (ibu), nak (anak), dik (adik) dan sebagainjya. Dalam gaya cakap mulut ini, terdapat satu gaya lagi, iaitu bahasa pasar atatu dikatakan juga sebagai gaya bahasa kacukan. Gaya bahasa ini kebiasaanya digunakan oleh orang-orang bukan Melayu (dan kadangkala oleh orang Melayu sendiri) yang tidak fasih

bercakap bahasa ibundanya dan juga bahasa Melayu sendiri. Akibatnya, lahirlah gaya-gaya bahasa: Melayu-Cina, Melayu-Baba, Melayu-Keling, Melayu Benggali, Melayu-Inggeris, Melayu-Jawa dan sebagainya. Antara gaya bahasa pasar atau gaya bahasa kacukan ini ialah seperti: makan angin, boleh bikin, kasi tau, banyak mahal, saya punya adik, api kereta, nasi makan dan bermacam-macam lagi. Manakal gaya bahasa surat pula ialah satu rupa gaya bahasa atau percakapan yang lebih mementingkan kepada struktur ayat, frasa, perkataan dan makna. Gaya bahasa juga akan dapat memberi erti yang berbeza, walaupun menggunakan perkataan yang sama, jika ia ditulis atau dituturkan. Faktornya ialah tergantung kepada nada atau irama sebutannya. Misalnya jika dituturkan: pinjam baju?. (i) jika dituturkan secara bersahaja, nada dan iramanya mendatar, ia akan membawa maksud bahawa seseorang yang ingin meminjam baju dari orang lain. (ii) jika dituturkan dengan nada menekan di akhir kalimat, akan memberi makna sebagi satu sindiran atau perli. Boleh jadi baju yang dipakai itu, sama ada cantik atau hodoh ataupun seseroang itu tidak pernah pakai baju cantik atau lain-lain. Penggunaan peribahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, simpulan

bahasa, bahasa kiasan, petikan hadis nabi dan ayat suci al-quran, madah pujanggan, seloka, jenis-jenis bentuk puisi dan seumpamanya, boleh juga dianggap sebagai salah satu gaya bahasa. Jika seseorang berkata, tulisan dia macam cakar ayam, ini bermakna tulisan yang ditulis tidak cantik, kucar-kacir dan tidak boleh dibaca. Ini merupakan satu gaya bahasa yang menggunakan simpulan bahasa cakar ayam. Begitu juga dengan kata-kata orang rumah (suami atau isteri), datang bulan (perempuan yang datang darah kotor atau haid), bulan tua (akhir bulan), malam muda (permulaan masam malam), bulan kesiangan (warna atau wajah yang pucat tidak berseri atau tidak bermaya) dan sebagainya.

3.JENIS-JENIS GAYA BAHASA

Secara umunya, gaya bahasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu (a) Gaya bahasa perbandingan; (b) Gaya bahasa sindiran; (c) Gaya bahasa penegasan; dan (d) Gaya bahasa pertentangan. Bagi keempat-empat jenis gaya bahasa itu akan melibatkan, membentuk dan memilih kata-kata yang tepat untuk melukiskan sesuatu. Ia disebut sebagai plastika bahasa.

3.1

Gaya bahasa perbandingan

3.1.1 Metafora Perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada sifat kesamaannya. Misalnya, matahari disifatkan sebagai raja siang. Bulan dikatakan sebagai dewi malam.

3.1.2 Personifikasi: Memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan sebagainya. Lalu ditulis sebagai daun nyiur melambai-lambai, daun kelapa menggamit manja dan sebagainya.

3.1.3 Asosiasi: Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain. Asosiasi benda yang kedua, ada hubungan dengan benda yang pertama (yang disebut terlebih dahulu). Misalnya: badannya langsing seperti pohon pinang, mukanya pucat bagai bulan kesiangan, matanya merah seperti biji saga, badannya licin seperti belut, badannya makin kurus seperti ais-krim, badannya kurus seperti lidi dan lain-lain.

3.1.4 Allegori: Satu gaya yang menggunakan perbandingan yang sempurna dan lengkap. Mislanya: laut di bandingkan dengan kehidupan, suami isteri diumpamakan sebagai nakhoda dan jurumudi, tujuan hidup diumpamakan sebagai tanah tepi, kumbang sebgai pemuda, bunga diibaratkan sebagai anak dara dan sebaginya.

3.1.5 Parabel: Perkataan ini berasal dari perkataan Latin. Ia bermaksud sebagai kiasan, yang terdapat di dalam sesebuah cerita atau hasil karya puisi. Ia dapat menyimpulkan rahsia atau falsafah hidup. Misalnya dalam sebuah ceitta mengisahkan si tikus mengalahkan si singa. Parabel dalam kalimat ini ialah adakalanya orang yang kecil, lemah atau miskin dapat mengalah atau mengatasi orang yang besar, kuat atau kaya.

3.1.6 Simbolik: Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain atau melukiskan sesutau dengan menggunakan benda-benda atatu perkara lain seperti lambang atau simbolnya. Misalnya: lintah darat ( orang yang menindas, memeras, mementingkan diri sendiri dan menganiaya orang lain), kambing hitam (orang yang dijadikan sasaran atau dituju), alu pencungkil duri (orang yang tidak boleh mengeluarkan buah fikiran), kucing pekak (perangkap tikus)

3.1.7 Tropen Gaya bahasa yang menggunakan kata-kata yang tepat dan sejajar dengan erti yang dimaksudkan. Misalnya: Dia terbang ke Jepun (orang yang diibaratkan boloeh terbang seperti burung atau seperti kapal terbang), sehari-hari ia berkubur sahaja dalam bilik (diibaratkan diam dan tak bergerak-gerak seperti orang mati dalam kubur), sudah lebih dua bulan dia mengukur jalan (orang yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan melainkan mundar-mandir sepanjang jalan) dan lain-lain lagi.

3.1.8 Mitonimia Suatu nama baru yang pada mulanya berupa nama lain bagi sesuatu benda atau perkara, ia digunakan sebagi atau seolah-olah nama khas yang lebih senang

disebut atau lebih mudah dikenali, kerana ada kaitan dengan nama asalnya. Misalnya: Ia meluncur dengan MAS (MAS ini berasal dari kata Malaysian Airline System, tapi lebih dikenali dengan nama MAS,seakan-akan berharga seperti emas), Ia berparti PAS (PAS ialah singkatan dari perkataan awal bagi Pati Islam Se-Malaysia), Ia belajar di IPKB (IPKB bermaksud Maktab Perguruan Kota Bharu) dan sebagainya.

3.1.9 Litotes: Merupakan satu gaya merendah, memperkecil atau penyederhanaan. Kata-kata yang digunaka sebenarnya adalah berlawanan dengan kenyataan yang sebenar. Misalnya: Gubukku di tepi sawah (gubuk di dalam konteks ini bukan bererti bangsal, rumah kecil pondok atau lain-lain, tetapi sebenarnya merupakan sebuah rumah yang besar dan cantik), nasi dengan garam sahaja (ini bukanlah bererti dia makan nasi dengan garam sahaja kerana terlalu miskin,tetapi nasi yang penuh dengan lauk-pauk yang banyak). Gaya bahasa begini biasanya dituturkan oleh orang yang suka merendah diri, tidak suka bermuka-muka atau menunjuknunjuk sesuatu kelebihan atatu keistimewaan yang ada padanya.

3.1.10 Hiperbola / Bahasa melampau-lampau / Bahasa besar: Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin ballein (yang bermaksud melemparkan), iaitu satu gaya bahasa yang cuba menunjukkan atau membesarbesarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu perkara atau benda. Contohnya: darah mengalir mengaanak sungai (yang hendak diibaratkan ialah darah yang mengalir terlalu banyak sehingga penuh anak-anak sungai), air yang melimpahruah", kilat sambar-menyambar, hancur lebur dan sebagainya.

3.1.11 Sinekdoki Sinedoki (synecdoche) terbahagi kepada dua jenis iaitu: (i) Pars pro toto: iaitu penyebutan sebahagian dari kata, tetapi boleh memberikan sepenuh erti kata tersebut, mislanya, sudah lama tak nampak batang hidung dan seumpamanya. (ii) Totem pro parte: iaitu penyebutan seluruhnya untuk menyatakan hanya

sebahagiannya

sahaja.

Contohnya,

pertandingan

itu

berakhir

dengan

kemenangan Pasukan Rumah Putih (ini bererti tidak diterangkan bahawa ada satu lagi pasukan yang tela kalah oleh Pasukan Rumah Putih), sekolah kami telah kalah dalam peraduan tersebut (yang disebut ialah sekolahnya yang telah kalah, di mana sepatutnya ada sekolah lain yang telah menang, tapi tidak disebut), menjawab satu soalan, dia mengatakan bahawa dia masih solo dan seterusnya.

3.1.12 Euphimisma: Satu gaya yang memperhalus kata-kata atau ucapan, kadangkala kata-kata itu lucah, tetapi oleh kerana ia digunakan dengan begitu halus dan sopan, sifat kelucahannya tidaklah begitu ketara. Mislanya: minta diri sebentar (bermaksud mahu pergi dari tempat itu sebentar), dipersilakan duduk (bermaksud disuruh duduk), hilang akal (gila atau tak normal), buang air kecil (kencing), kemaluan (alat kelamin atatu jantina lelaki atatu perempuan), hubungan jenis (bersetubuh), buang air besar (berak) dan lain-lain lagi.

3.1.13 Allusio/ Unsur-unsur falsafah: Iaitu satu gaya bahasa yang banyak menggunakan peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan dan yang seumpamanya. Misalnya: hidupnya amat menyedihkan, seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Nasihat yang diberi langsung tak berguna, seperti emncurahkan air di daun keladi sahaja, berhati batu, perangainya seperti lintah darat dan lain-lain.

3.1.14 Antonomasia/ bahasa kiasan: Penggunaan nama lain bagi seseorang dengan menggunakan sifat-sifat orang itu sendiri. Mislanya: si Jangkung (orang yang kurus dan tinggi), Si Gendut (orang yang rendah dan pendek), Si Sengeh (orang yang sentiasa tersengeh atau menampakkan gigi, tak kira bila, di mana dan dengan sesiapa sahaja).

3.1.15 Periprase: Merupakan gaya bahasa penghuraian. Satu kata yang ditukar dengan kata-kata lain yang lebih panjang tapi masih dapat memberi makna atau erti yang sama dan sesuai dengan kata yang hendak digantikan itu. Mislanya: pagi -pagi (ketika Sang Suria telah keluar dari peraduannya, unta (kapal padang pasir), senjakala (suria merangkak-rangkak ingin memaut pintu malam), malam tua (waktu larut malam atau betul-betul tengah malam) dan lain-lain lagi .

3.2

Gaya Bahasa Sindiran

Gaya bahasa sindiran ini merupakan satu gaya perli kepada sesuatu yang tidak digemari atau yang tidak sesuai dan tidak berkenan dengan hatinya. Gaya bahasa ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

3.2.1 Ironi: Ia merupakan seolah-olah kata terbalik dari maksud asal atau kata-kata lain dari kata-kata yang sebenarnya yang patut digunakan dengan tujuan untuk menyindir. Mislanya: capat betul kau datang (diwujudkan kata-kata ini kepada orang yang lewat datang), wah cantik beyul bajumu (bermaksud baju yang tidak cantik), sedap betul nyanyiamu semalam (bermaksud nyanyian yang tidak sedap) dan sebagainya.

3.2.2 Sinisma/ bahan mengejek: Berupa kata-kata ejekan yang kasar, melebih-lebihkan, melampau-lampau dengan tujuan menyatakan perasaan benci atau ejekan yang ketara. Misalnya: Muntah aku melihatmu (bermaksud: oleh kerana terlalu benci dan meluat atau jejek, sehingga boleh muntah), pengsan aku bila terbau minyak wangi kau (bermaksud: bau minyak wangi itu amat tidak berbau sedap, sehingga boleh jadi pengsan bila terciumnya), Rebah aku melihat mukanya (bermaksud: dia akan jadi atau boleh rebah kalau melihat muka yang dimaksudkan, boleh jadi muka tersebut terlalu hodoh, terlalu dibenci atau sebagainya).

3.2.3 Sarkasma: Iaitu gaya bahasa yang lebih kasar daripada sinisma. Ianya digunakan bagi menggambarkan sikap marah, benci, meluat yang amat sangat. Ia boleh jadi digunakan dalam waktu marah atau tidak disedarinya. Mislanya: anjing (orang yang dimarahinya disifatkan sebagai anjing) babi, bangsat, mampus, haram jadah, anak haram, syaitan, kurang ajar, dan lain-lain lagi.

3.3

Gaya Bahasa Penegasan

Gaya bahasa penegasan merupakan satu gay yang cuba memberi penegasan atau penekanan kepada sesuatu yang hendak disampaikan. Gaya bahasa ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

3.3.1 Pleonasma: Merupakan satu gaya yang cuba memberi penegasan kepada kata-kata sebelumnya dengan berasaskan kepada sifat-sifat kata itu sendiri, meskipun kata-kata tersebut tidak perlu atatu tak mustahak diulang sebut lagi. Gaya ini juga disebut sebagai gaya bahasa berlebihan. Mislanya: Ia turun ke bawah (dalam ayat ini, perkataan turun sudah menggambarkan ke bawah. Takkanlah turun ke atas. Di sinilah yang dapat dilihat bahawa perkataan turun itulah yang hendak ditegaskan, iaitu turun ke bawah), naik ke atas, majulah ke muka, Undur ke belakang, Jatuh ke bawah, Sunyi sepi, melalak melaung, kucar kacir, cinta kasih sayang dan sebagainya.

3.3.2 Repitisi: Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat. Contohnya: selama nafas masih ada, selama nadi masih berdenyut, selama darah masih mengalir, selama itulah aku terus berjuang, apa yang diharapkan, apa yang diimpikan, apa yang dicita-citakan oleh ayahnya ialah kebahagiaan anaknya di hari depan, saat cinta dan yang seumpamanya. yang paling romantis, saat yang tak dapat

dilupakan dan saat dikejar seribu ranjau-ranjau, ialah ketika atau saat dilamun

3.3.3 Paralelisma:
Pengulangan sesetengah perkataan beberapa kali pada tempat yang sama. Sekiranya pengulangan dibuat di awal kalimat, disebut sebagai anapora, dan sekiranya di sebut di akhir kalimat dikenal sebagi epipora. Contohnya seperti berikut:

(i)

Anapora

apatah kekal apatah tetap apatah tidak

(ii)

Epifora

Ia datang Selalu datang Tidak datang

3.3.4 Tautologi: Mengulang secara berturut-turut satu-satu perkataan dalam kalimat, sedangkan pengulannya tidak perlu, kerana sudah jelas maknanya dengan satu perkataan sahaja. Mislanya, Ia datang, datang dari serata ceruk ceruk rantau, datang dari serata daerah dan datang dari pelbagai ragam latar belakang hidup.

3.3.5 Klimaks/Bahasa Naik: Satu gaya yang cuba menerangkan atau mengemukakan sesuatu benda atau perkara secara berturut-turut dengan cara kronologi. Mislanya: sejak dari kecil,

besar,

dewasa,

sampailah

ke

tuannya...,

upacara

yang

membazir

itu

berlangsung dari pagi, petang hinggalah ke malam, masih tak habis-habis.

3.3.6 Anti Klimaks/ Bahasa Turun: Iaitu satu gaya bahasa yang berlawanan dengan gaya klimaks, kerana penerangannya bermula dari yang tinggi kepada yang rendah, dari yang besar kepada yang kecil. Misalnya: Dalam majlis persandingan Diraja tersebut, Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Exco-Exco, Wakil-Wakil Rakyat, Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, dan rakyat jelata turut hadir sama. Kebiasaan itu telah diamalkan sejak dari turun temurun lagi, dari datuk, nenek, bapa, anak hinggalah ke cucu cicit ciatnya dan seumpamanya. 3.3.7 Inversi:

Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat. Bahagian yang penting (predikat) mendahului cerita. Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali sebagai ayat kena buat atau ayat pasif. Misalnya: Air itu diminum oleh saya, buku tadi dibeli oleh ibuku, Gambar yang cantik ini dilukis oleh adik saya dan lain-lain lagi.

3.3.8 Ellipsi: Satu gaya yang cuba menghilangkan sebahagian dari kalimat, sama ada kalimat pokok ataupun sebutannya. Contohnya: pokok itu dibunuh (ini bermaksud: pokok-pokok yang tak berguna itu telah dibunuh dengan racun), Habis dimakan (bermaksud: nasi yang terhidang di atas meja itu habis semua sekali dimakan olehnya) dan lain-lain lagi.

3.3.9 Retoris: Ialah gaya bahasa berupa pertanyaan yang tidak memerlukan jawapan, kerana di dalam pertanyaan itu sendiri secara tidak langsung, sudah ada jawapannya. Misalnya: Miskinkah dia dengan rumah besar dan harta benda yang banyak?, laparkah mereka dengan begitu banyak makanan yang telah dibekalkan?, penakutlah dia dengan mengalahkan begitu ramai musuh? dan lain-lain lagi.

3.3.10 Koreksio: Iaitu satu gaya bahasa yang pada mulanya tersalah sebut atau sengaja disebut kurang teapat dan tidak betul, lalu dalam masa juga ianya tidak betul, lalu dalam masa yang sama juga ianya diperbetulkan. Contohnya: Nasi memasak ibu, oh maaf, sebenarnya ibu memasak nasi, dalam masa itu ia terkena kemalangan,maksud saya, ia terkena jerangkap samar dan cedera parah, Anak anak saya semuanya manja-manja belaka, maksud saya, anak-anak kucing yang saya pelihara di rumah (boleh jadi penutur ini tidak berkahwin atau tidak mempunyai anak lagi) dan sebagainya.

3.3.11 Asindenton Merupakan kata-kata dalam ayat atau ayat-ayat yang sepatutnya menggunakan kata-kata penyambung, tetapi tidak atau sengaja tidak digunakan, sebagai satu cara dan menjimatkan penggunaan kata. Misalnya: Di dalam bilik itu terdapat meja, kerusi, almari dan bangku yang rosak, Kereta, bas, motosikal, lori, van dan ambulans telah memiruk-pikukkan lagi suasana di jalan yang sesak itu, dan lain-lain lagi.

3.3.12 Polysindeton: Merupakan gaya bahasa lama, iaitu penggunaan perkataan-perkataan yang kadangkala tidak memberi erti yang tepat, seperti perkataan maka, alkian, alkisah, adapun, sayhdan dan lain-lain lagi. Ayat-ayatnya pula, jika sepatutnya ada menggunakan kata-kata penyambung, akan digunakan sepenuhnya (Ini adalah berlawanan dengan asindenton). Contohnya: Sungguhpun Terengganu itu daripada bahagian atau jumlah negeri yang terlebih muda sekali termasuh ke bawah anungan negeri yang terlebih muda sekali termasuk ke bawah naungan Kerajaan Ingeris, tetapi adlah harapan kita pada masa kini jika kita tidak mengambil peneganalan dan pengetahuan daripada gerak-geri orang-orang

besarnya yang bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara pintu-pintu bahagia dan anak-anak jenisnya sendiri, dan berikhtiar bagi menutup lubang kecil dan besarnya, dan berdahulu-huluan tiap-tiap daripada mereka itu memasukkan dan menambahkan kepada negerinya cohtoh tauladan yang baik-baik dari luar.

3.3.13 Interupsi: Merupakan gaya bahasa yang menggunakan kata atau sebahagian kalimat yang disisip, ditambah sesudah kalimat asal (pokok) dengan tujuan untuk menjelaskan erti asal atau pokok tadi dengan lebih luas lagi. Penjelasan itu dibuat dengan menggunakan tanda-tanda koma, sengkang atau pun kurungan. Misalnya, nama pkok itu (iaitu pokok Melaka) telah dijadikan sebagai nama negeri Melaka, Ayahnya (yang bernama Daud, iaitu adik kepada emak saudaranya) telah pergi ke seberang laut pada tahun lepas lagi) dan lain-lain lagi. 3.3.14 Eksklamasi: Merupakan gaya bahasa yang memakai kata-kata seru, untuk menegaskan maksud ataupun untuk disesuaikan dengan nada erti yang dikatakan. Contohnya: Aduh!pedihnya luka ini. (tidak boleh dikata, aduh sedapnya makanan ini), Wah!cantiknya baju awak dan lain-lain lagi.

3.3.15 Enumerasia: Iaitu satu corak gaya bahasa yang bersifat penghuraian sesuatu peristiwa yang sengaja dipisah-pisahkan. Ianya digambarkan satu persatu agar lebih hidup dan lebih nyata. Umpamanya: Malam gelap. Langit tak berbintang. Lorong-lorong sudah sepi. Lampu jalan sudah dimatikan. Sayup-sayup kedengaran anjing menyalak.

3.3.16 Praetorito: Merupakan satu gaya yang seolah-olah atau seakan-akan pengarang mahu menyembunyikan sesuatu perkara yang dilukiskan, atau penulis membuat andaian bahawa apa yang hendak atau tak hendak diberitahu olehnya sudahpun diketahui oleh orang lain (orang ramai). Contohnya: Siapakah orangnya, tak

perlulah saya sebutkan, sebab saya rasa anda sendiri sudah pun mengetahuinya dan lain-lain lagi.

3.4

Gaya Bahasa Pertentangan

Gaya bahasa pertentangan adalah merupakan satu gaya yang memperlihatkan kebertentangan erti atau makna dalam satu-satu ayat. Mahu bertentangan dengan tak mahu, ya bertentangan dengan tidak dan sebagainya. Gaya bahasa pertentangan ini terdiri dari beberapa jenis, iaitu:

3.4.1 Pradoks: Ialah satu corak gaya yang mempertentangkan kata-kata atau erti dalam satu kalimat, misalnya, Senyum dalam tangisan (biasanya atatu sepatutnya orang yang senyum tak boleh menangis atau pun orang yang menangis tak boleh senyum), Dia kaya, tetapi hidupnya melarat, Bangkai bernyawa, Marah dalam sayang, Benci tapi rindu, Tidur dalam jaga, dan lain-lain lagi.

3.4.2 Antithese: Merupakan gaya yang mempertentangkan paduan dua patah perkataan yang berlawanan ertinya, contohnya, tua muda, kecil besar, kaya miskin, cantik hodoh, hitam putih, lelaki perempuan dan lain-lain lagi.

3.4.3 Occupasi: Ialah gaya bahasa yang mengandungi suatu bantahan, yang tak dipersetujui, tetapi dicuba membentangkannya juga sebagai untuk pengetahuan umum. Walaupun boleh jadi semua orang suda tahu. Ini ditimbulkan semata-mata untuk menimbulkan kepuasan. Contohnya: Merokok membahayakan kesihatan.

Amaran oleh Kerajaan Malaysia. Pun begitu ada orang yang tak boleh bekerja kalau tak merokok, Berjudi adalah haram tetapi ada orang yang terus berjudi sebagai salah satu dara untuk menjadi kaya dengan cepat dan lain-lain lagi.

3.4.4 Kontradiksio: Ialah satu gaya yang memperlihatkan pertentangan dengan apa yang sudah dikata atau ditegaskan terlebih dahulu. Misalnya, Dia nampak alim tetapi sebenarnya jahil, Kamar itu sunyi sepi, hanya detikan jam yang berbunyi, Matanya pejam,tetapi masih kelihatan berkelip-kelip dan lain-lain lagi.

4.

Perkataan asing dalam Bahasa Malaysia (Melayu)

Dalam Bahasa Melayu (seperti juga dalam bahasa-bahasa lain) banyak sekali perkataan asing yang telah terpinjam atau termasuk sehati menjadi sebahagian daripada perkataan Melayu jati. Perkataan-perkataan demikian hampir

kesemuanya telah diubahkan bunyinya yang sebanar mengikut tabii lidah Melayu. Kerap kali berlaku juga maknanya juga telah berubah atau bertambah daripada makna dalam bahasa asal. Kebanyakan perkataan pinjaman ini terasa seolah olah sebagai bahasa Melayu sendiri kerana kerap sangat kita menggunakanya dalam percakapan dan penulisan kita sehari-harian. Hal ini berlaku disebabkan oleh eratnya hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain sejak zaman awal lagi. Ianya akan ketara sebagai bahasa cedukan bila orang mengetahui bahasa asalnya. Misalnya sedikit contoh:

4.2.1 Dari bahasa Sanskrit: Lidah, nadi, bahu, kapur, neraca, geliga, genta, jala, sila, angkasa, kuda, cinta, bahaya, duli, dan lain-lain lagi.

4.2.2 Dari bahasa Tamil: Kapal, modal, mahligai, kari, jodoh, keldai, lebai, kawal, bedil, loga, pili, tirai dan lain-lain lagi.

4.2.3 Dari bahasa Hindustan: Boria, basi, baldi, capal, lucah, guni, gusar, roti, coli, cuti, acar, kapas, gudang, topi, jenak dan lain-lain lagi.

4.2.4 Dari bahasa Parsi (Iran): Pesona, lawak, saudagar, bius, sudah, serban , istana, johan, gusti, garam, teraju, laksa, taman, dewan dan dan lain-lain lagi.

4.2.5 Dari bahasa Arab: Islam, hakim, hukum, misal, maktab, fikir, akal, makam, berkat, musafir, roh, kawat, lazat, dakwat, dan lain-lain lagi.

4.2.6 Dari bahasa Cina: Kuih, bapang, taugeh, kekwa, gincu, sampan bangsal, ponting, cuak, pakau, teko, tangsi, tahil koyan, dan lain-lain lagi.

4.2.7 Dari bahasa Jawa dan Sunda: Luntur, lahar, lakon, ayu, bagus beres, jaguh, saban, sore, tulis, urus, ketara, enak, nyaman, dan lain-lain lagi.

4.2.8 Dari bahasa Sumatera: Gadis, tiuku(tengku), landai, teromba, kemanakan, cegah, teliti, rapi, malahan, ragu, semenda, dan lain-lain lagi.

4.2.9 Dari bahasa Portugis: Baldi, bangku, meja, bola, bomba, garfu, kebaya, kemeja, peluru, sepatu, tuala, palsu, tinta, dan lain-lain lagi.

4.2.10 Dari bahasa Belanda: Duit, engsil, pelekat, senapang, kamar, sekoci, geladak, dam, alci, ongkos, kantor, rokok, dan lain-lain lagi.

4.2.11 Dari bahasa Inggeris: Saman, notis, selipar, gelas, botol, pensel, koleh, bil,buku, kopi, pas, motor, muzik, pistol, dan lain-lain lagi. Dicatat oleh MBi di 5:36:00 PTG

Anda mungkin juga menyukai