Anda di halaman 1dari 3

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929di Kampung

Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul


Takzim. Dikenali juga dengan gelaran Pejuang
Sastera, Sasterawan Negara, Adi Jaya, Amir, Atma
Jiwa, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat
Warrant. U.A. dan juga Zaini. Usman Awang sebagai
seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden,
khususnya sajak dan drama amat diperkatakan.
Kerana itulaha nama Usman Awang paling terkenal di
kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada
pelbagai peringkat dan golongan.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya
setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan
keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau
untuk meneruskan pendidikannya. Beliau
disekolahkan diKuala Sedili (1936), Mersing (1937),
dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah
VI. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada
tahun 1942, Usman Awang menjadi petani
diSegamat, tidak lama kemudian beliau menjadi
buruh paksa Jepun dan selama enam bulan di
Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang
ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi budak
pejabat di Pejabat Tali Air Segamat dalam zaman
Jepun dan kemudiannya memasuki pasukan Polis
Jepun ( Botai), tetapi selepas beberapa minggu
menjalani, latihan Jepun menyerah kalah.
Usman Awang telah menjadi anggota polis bila
Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu pada
tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru
sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada

tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai


anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersamasama Jamil Sulong. Di Singapura, Usman diterima
berkerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya
selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita
sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan
Melayu.
Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja
dengan Utusan Melayu, mula-mula sebagai sidang
pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak, kemudian
diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan
majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala
Lumpur, dan Usman Awang turut serta dengan
memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa
pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961 Usman
berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa
menganggur buat beberapa waktu.
Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan
Penerbitan Federal dan setahun kemudian
berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka,
mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa,
dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan
Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan
Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik
Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan
sastera. Mulai Mei 1982, beliau menjadi Ketua
Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Usman Awang mula membentuk namanya dalam
dunia kesusasteraan Melayu moden dengan menulis
puisi. Puisi-puisinya sentiasa segar, kukuh serta akrab
dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan.
Beberapa buah puisinya menjadi bahan yang amat
menarik bukan sahaja di kalangan masyarakat
terbanyak yang cintakan puisinya, malah menjadi
pilihan pelajar-pelajar sekolah dalam sebarang
upacara mendeklamasi puisi. Antara puisinya yang

cukup popular termasuklah Bunga Popi, Gadis di


Kuburan, Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib
Buruh, dan Salam Benua. Usman adalah antara
penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat
dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun
dengan melonggarkan beberapa ikatan konvensional.
Beliau menggunakan kata-kata biasa dalam
penulisannya dan pintar menjalin kata-kata itu hingga
menjadi begitu indah dan berkesan tanpa
melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah
antara keistimewaan Usman Awang.
Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini
nampaknya sudah lama ditinggalkannya sejak akhir
tahun 1960-an lagi. Cerpen yang banyak dihasilkan
dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih
banyak memperlihatkan sikap dan pegangannya
yang lebih ketara terhadap konsep Seni untuk
Masyarakat yang didukungnya sebagai anggota
ASAS 50. Maka itu apa yang terlihat dalam cerpencerpennya hanyalah berupa rakaman pengalaman,
pergaulan dan pemerhatian serta pemikiran untuk
mendedahkan segala kejelikan dan keburukan serta
kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu
khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas
dari memperlihatkan pandangan seorang anak muda
yang berjiwa romantik dan idealis. Dengup Jantung
adalah satu-satunya cerpen setakat ini.

Anda mungkin juga menyukai