Anda di halaman 1dari 6

Armijn Pane

Riwayat hidup

Beliau dilahirkan di Muara Sipongi,Tapanuli pada 18 Ogos 1908.Beliau mendapat


pendidikan di beberapa buah tempat,seperti di Tanjung Balai, Sibolga dan Bukit
Tinggi.Kemudian pada tahun 1927 berpindah ke Nias di Surabaya.
Pada mulanya beliau bekerja dengan syarikat penerbitan akhbar di Jakarta dan
Surabaya.Kemudian menjadi guru bahasa dan sejarah di Taman Siswa di Kediri dan
Jakarta.
Pada tahun 1936 pula,beliau bekerja di Balai Pustaka.Kemudiannya muncul
sebagai salah seorang tokoh Angkatan Pujangga Baru dan bersama-sama dengan Sutan
Takdir Alisjahbana dan Amir Hamzah memimpin majalah Pujangga Baru,iaitu majalah
rasmi angkatan tersebut.

Sumbangan dalam kesusasteraan

Sebagai seorang pangarang beliau mempunyai banyak kecekapan.Oleh itu,beliau


telah menghasilkan novel,cerpen,sajak dan drama.Antara karya-karya terkenal yang
dihasilkannya ialah:-
1)Novel:Belenggu pada tahun 1940
2)Cerpen:kisah Antara Manusia tahun 1953
3)Sajak: Jiwa Berjiwa tahun 1939
4)Drama: Lukisan Masa tahun 1937, Lenggang Kencana tahun 1937, Ratna
(1943) dan drama Jinak-jinak Merpati tahun 1953.

Novel Belenggu dianggap sebagai kemuncak karya prosa zaman Pujangga


Baru.Novel ini telah mengemukakan masalah atau persoalan manusia moden, manusia
kelas menengah , manusia terpelajar dan manusia kota.Gaya penceritaanya amat berbeza
dengan novel-novel sebelumnya,iaitu persoalan dikemukakan melalui pergolakan atau
konflik jiwa di antara watak-watak Sumartini dengan Dr. Sukartono.

Berdasarkan novel Belenggu itu, Prof. A.Teeuw menempatkan Arminjn Pane


sebagai pengarang yang mengemukakan persoalan yang terlepas dari Indonesia purba,
terlepas dari persolan adat serta pertentangan golongan tua dan muda.
Dengan itu, persoalan yang dikemukakan oleh Armijn Pane dalam novel
tersebutatau sejagat yang mensekatkan beliau kepada cita-cita Angkatan 45, yang
memperjuangkan konsep “humanisme Universal” atau “Kemanusiaan Sejagat”.Perkara
inilah yang menyebabkan terdapatnta peneliti kesusasteraan Indonesia Moden,
menempatkan beliau sebagai pengarang pra-Angkatan 45.
Sumbangan beliau dalam lapangan drama juga mempunyai kepentingan yang
lain,iaitu beliau adalah pengarang yang produktif dalam bidang tersebut berbanding
pengarang sezaman dengannya.Ini juga telah memulakan perhatian dan minat pengarang
kemudiannya.Malahan penulisan karya drama semakin memperlihatkan kepelbagaian isu
dan tekniknya.Dengan itu,mutu seninya sebagai karya sastera yang semkin jelas.

Pramudya Ananta Tur

Latar Belakang

Beliau dilahirkan di Blora pada 6hb Februari 1925.Beliau mendapat pendidikan


awal di sekolah Rakyat Utamo,Blora dan Sekolah Radio di Surabaya.kemudian, beliau
telah melanjutkan pelajarannya ke Taman Siswa, Jakarta.Ketika zaman permulaan
revolusi, beliau pernah menjadi tentera Republik Indonesia dan wartawan perang daerah
Siliwangi. Kemudian pada Disember 1949 beliau menjadi pengarang mingguan “Sadar”.
Oleh kerana pergolakan politik beliau telah ditahan oleh pemerintah Belanda pada tahun
1947 di penjara Bukit Duri. Semasa di dalam penjaralah beliau telah menghasilkan
sebahagian daripada karya-karyanya. Beliau juga pernah bekerja di Balai Pustaka pada
tahun 1950 dan mendirikan “gelanggang kesenian” bersama Basuki Resobowo pada
tahun 1952. beliau banyak menghasilkan cerpen dan novel di samping menulis esei
dalam beberapa buah majalah. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam Angakatan
45.

Sumbangan dalam Kesusasteraan

Pada hakikatnya sebenarnya Pramudya adalah lebih dikenali sebagai pengarang


prosa yang paling produktif. Kebanyakan karya-karyanya mengemukakan persoalan
perjuangan revolusi, nilai kemanusiaan dan lain-lain. Hal ini mungkin disebabkan beliau
sendiri merupakan pejuang revolusi yang beberapa kali menjadi tahanan politik. Beliau
juga merupakan penulis kisah. Kenangan-kenangan hidup dan novel yang mengharukan
dan mengasyikan pembacanya.Bahasanya tegas dan mudah difahamkan. Menurut prof.
A. Teeuw bahawa antara hasil-hasil cerpennya yang bernilai seni ialah Dia Yang
menyerah yang mengemukakan persoalan perjuangan kekeuasaan yang benar-benar
terjadi. Dalam karya novelnya pula, novel Keluarga Gerilya merupakan satu hasil yang
menarik. Waktu yang mencakup cerita ini adalahtiga hari sahaja tetapi mengandungi
kesan dan pengajaran kepada masyarakat Indonesia tentang penderitaan hidup zaman
revolusi..

Antara karya-karya yang dihasilkannya adalah seperti:-

1) Novel:
- Perburuan tahun 1950
- Keluarga Gerilya tahun 1950
- Dia Yang Menyerah tahun 1950
- Bukan Pasar Malam tahun 1951
- Midah, Si Manis Bergigi Emas tahun 1955

2)Antalogi Cerpen.
- Subuh tahun 1949
- Percikan Revolusi tahun 1950
-Cerita Dari Blora tahun 1952.

W.S Rendra

Latar Belakang

Nama penuhnya ialah Willibrordus Surendra Broto.Beliau dilahirkan di Solo pada 7hb
November 1935. Beliau berasal dari keluarga seniu adalah seorang penganut agama
Roman-katholik.Ayahnya pula adalah seorang guru bahasa jawa kuno dan bahasa
Indonesia sementara ibunya pula adalah bekas penari serimpi di Keraton Jogjakarta. W.S
Rendra sendiri adalah seorang sarjana muda dalam jurusan sastera Barat, Fakultas
Sastera, Universitas Gajah Muda, Jogjakarta.

Sumbangan

Beliau merupakan anggota dalam angkatan sasterawan baru Indonesia yang muncul
dalam tahin limapuluhan. Di samping menulis sajak beliau telah menghasilkan drama dan
cerpen di samping menulis esei dan kritik sastera. Beliau pernah mengikuti kursus seni
drama di New York Antara karya-karyanya yang berbentuk antalogi sajak ialah Ballada
Orang –orang Tercinta, Empat Kumpulan Sajak, Sajak Sepatu Tua dan Masmur Mawar.
Walaupun beliau masih muda lagi dalam dunia persajakan, tetapi dengan berkat
kesanggupannya dalam bidang tersebut telah dapat mengatasi penyair-penyair yang
seangkatan dengannya. Kumpulan sajak beliau yang peretama diterbitkan ialah Ballada
Orang-orang Tercinta yang dianggap baik dari segi bentuk atau isinya. Orang-oranng
Tercinta yang dimaksudkannya dalam kumpulan sajak-sajaknya itu ialah seperti ibunya,
pejuang-pejuang tanah air, Nabi Isa dan sebagainya. Ini membuktikan beliau telah
membawakan ballada manusia moden yang bertempat di Indonesia meskipun pada
hakikatnya ballada diertikan sbagai rangkap sajak yang bertemakan kerakyatan yang
bersifat sedih. W.S Rendra begitu sinis sekali mengemukakan persoalan-persoalan dalam
sajak-sajaknya sehinggakan ada sesetengah golongan menyokong dan ada yang
mengecamnya.

Sanusi Pane

Latar Belakang.

Beliau dilahirkan di Muara Sipongi, Tapanuli Selatan, Sumatera Utara pada 14hb
November,1905 dan merupakan saudara kepada Armijn Pane. Beliau mendapat
pendidikan di Sekolah Mulo di Padang dan kemudiannya di Sekolah Perguruan Gunung
Sari, Jakarta. Setelah tamat di sekolah tersebut beliau terus di lantik sebagai guru pada
tahun 1925 sehinggalah menjadi guru besar. Dalam tahun 1926, beliau dipindahkan ke di
Bandung pada tahun 1933. Akhir sekali beliau bertugas di Perguruan Rakyat di Jakarta.

Sumbangan

Sanusi merupakan salah seorang anggota Pengarang Balai Pustaka yang telah
keluar dari badan tersebut dan menubuhkan Angkatan Pujangga Baru bersama-sama S.T
Alishbana,Arinjn pane dan Amir Hamzah. Pada angakatan tersebut beliau lebih dikenali
sebagai penyair Pujangga Baru di samping Amir Hamzah. Beliau mula menulis sajak
ketika berumur enam belas tahun dan sajaknya yang pertama berjodol “Tanahair”.
Sajaknya itu telah disiarkan dalam majalah sekolah “Jong Sumatera” pada tahun 1921.
Kemudian apabila berada dalam angkatan Pujangga Baru makan kebanyakan sajak-
sajaknya itu disiarkan ke dalam majalah rasmi Pujangga Baru.
Beliau juga menghasilkan beberapa buah antalogi sajaknya seperti Puspa Mega,
Medan Kelana dan Pancaran Cinta. Boleh dikatakan bentuk sajak yang disampaikan oleh
Sanusi kebanyakkannya dalam bentuk Soneta dan beliau gemar sekali mengemukakan
persoalan kemanusiaan, falsafah hidup terutama sekali mengenai peradaban Hindu dan
sebagainya. Jika hendak dibandingkan dengan S.T Alishahbana, beliau lebih selesa dan
mesra dengan pemikiran-pemikiran dari Barat manakala Sanusi lebih suka menekankan
pemikiran-pemikiran Timur. Banyak persoalannya itu dikemukakan dalam sajak-sajaknya
seperti S.T Alishahbana mengemukakannya dalam karangan prosanya. Di samping
menuli sajak, Sanusi juga mmenulis drama dan antaranya ialah Kertajaya, Airlangga,
Manusia Baru dan sebagainya

Sutan Takdir Alishahbana

Latar Belakang

Beliau dilahirkan pada 11hb Februari,1908 di Natal, Tapanuli,Sumatera dan


mendapat didikan di H.I.S,Bengkulu, Sekolah Perguruan di Bukit Tinggi dan
kemudiannya di Lahat Muara , Enim.Setelah itu, beliau telah memasuki H.K.S di
Bandung dan Sekolah Tinggi Hakim di Jakarta. Kemudian beliau mempelajari ilmu
bahasa umum, falsafah dan kebudayaan Asia Timur di Sekolah Tinggi Kesusateraan.
Beliau mula-mula bekerja sebagai guru di Palembang dan pada tahun 1930 beliau telah
bertugas sebagai pemimpin majalah Panji Pustaka. S.T Alishahbana juga merupakan
seorang tokoh dan pemimpin Angkatan Pujangga Baru yang penting. Semasa penddukan
Jepun, beliau telah menjadi pemimpin dan penulis Kantor Bahasa Indonesia dan ahli
bahasa dalam komisi Bahasa Indonesia. Beliau pernah beberapa kali mengadakan
peninjauan kebudayaan dan falsafah di luar negeri seperti di Universiti Hawaii dan
Universiti Malaya.

Sumbangan.

Sebenarnya S.T Alishahbana merupakan seorang tokoh sasterawan yang memiliki


banyak keahlian. Dalam dunia keilmuan, falsafah dan kebudayaan, beliau banyak
mendapat perhatian orang-orang luar negeri. Di lapangan karang-mengarang ia seorang
penulis yang produktif. Di bidang perniagaan pula beliau telah berhasil mempunyai
sebuah kedai bukunya sendiri iaitu Pustaka Rakyat.
Selain daripada penulis sajak dan novel, beliau banyak menulis esei dan kritikan
mengenai bahasa dan kebudayaan dalam beberapa buah majalah dan akhbar.Antara
karya-karyanya yang berbentuk novel adalah Layar Terkembang, Dian Yang Tak Kunjung
Padam, Tak Putus Dirundung Malang dan Anak Perawan Di Sarang Penyamun. Selain
itu, beliau juga menghasilkan beberapa buah antalogi sajak seperti Tebaran Mega, Puisi
Lama dan Puisi Baru, Selain iti, hasil kerjanya yang lain adalah seperti mengahasilkan
buku Tatabahasa Indonesia, Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia,
Pembimbing ke Filsafat dan sebagainya.
S.T Alishahbana merupakan seorang pejuang aliran baru dalam Pujangga Baru.
Menerusi karya-karyanya, beliau mengemukakan persoalan betapa perlunya masyarakat
Indonesia mengubah pemikiran Barat sekiranya inginkan pembaharuan dalam
kebudayaan dan kesusasteraan.Beliau begitu gemar sekali mengemukakan tema-tema
yang berkisar kepada kebaratan seperti kebebasan wanita dala novel Layar Terkembang
dan sebagainya. Tidak hairanlah sikapnya yang lebih mengutamakan pemikiran-
pemikiran Barat telah dikecam oleh sesetengah pengarang-pengarang Indonesia seperti
Sanusi Pane.

Utuy Tatang Sontani


Latar belakang

Beliau dilahirkan di Chianjur, Sunda pada 13hb Mei 1920. Beliau mendapat pendidikan
di Taman Dewasa Bandung. Beliau mulai menulis ketika di bangku sekolah lagi dan
Sontani juga merupakan salah seorang pengarang agung Angakatan 45 yang produktif
sekali menghasilkan karya-karya sastera mereka.

Sumbangan

Dalam dunia kesusasteraan Indonesia, Sontani lebih dikenali sebagai pengarang


drama dan penulis sajak. Salah sebuah dramanya yang terbaik ialah Seruling.Drama ini
menggambarkan sejarah Indonesia dari zaman permulaan hingga menjelang zaman
kemerdekaan. Selain itu, karya-karya dramanya yang lain ialah Bunga Rumah Makan,
Awal dan Mira dan sebagainya. Beliau juga menghasilkan sebuah antalogi cerpennya
yang bertajuk “Orang-orang Sial”.
Menurut Prof. A. Teew, U.T Sontani adalah salah seorang pengarang agung
Indonesia yang mempunyai kemungkinan-kemungkinan yang baik, gaya bahasanya
menaganduni unsur-unsur lucu, kesangguapannya membangun dan menyusun sebuah
cerita bersama isi jiwa yang jelas merupakan ciptaan sastera yang amat berharga.

Anda mungkin juga menyukai