Anda di halaman 1dari 4

PENGARANG DAN KEPENGARANGAN USMAN AWANG

Nama: Wan Osman Wan Awang

Nama pena:

 Tongkat Warrant
 Adi Jaya
 Amir
 Atma Jiwa
 Manis
 Pengarang Muda
 Setiabudi
 U.A.
 Zaini

Tarikh lahir: 12 Julai 1929 Di Kota Tinggi, Johor

Tarikh kematian: 29 November 2001 di Kuala Lumbur

Pendidikan: berpendidikan sekolah rendah sahaja kerana kemiskinan keluarga

Anugerah:

 Gelaran Pejuang Sastera (1976)


 SEA Write Award (1982)
 Gelaran Sasterawan Negara (1983)
 Zamalah Sastera untuk Kategori Penulis Terkenal (Veteran) (1985)
 Anugerah Penyair Johor (1995)
 Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya (1983)
 Dianugerahi gelaran kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak lj

Karya:

 Puisi
 Salam Benua
 Kekasih
 Pak Utih
 Ke Makan Bonda
 Nasib Buruh
 Bunga Popi
 Gadis di Kuburan
 Duri dan Api
 Anak Jiran Tionghua
 Hadiah
 Sahabatku
 Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini

 Drama
 Muzikal Uda dan Dara
 Tamu di Bukit Kenny
 Matinya Seorangan Pahlawan (Jebat)
 Malam Kemerdekaan
 Serunai Malam

 Cerpen dan novel


 Degup Jantung
 Betisnya Bunting Padi
 Matinya Seorang Perempuan
 Sebuah Khemah Didirikan
 Turunnya Sebuah Bendera
 Tulang-tulang berserakan (novel)

KEPENGARANGAN

 Seorang penyair dan budayawan terkenal yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat
menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi
 Menjadi petani di Segamat sebelum kedatangan Jepun
 Semasa kedatangan Jepun, beliau pernah menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di
Singapura tetapi berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat
 Pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat semasa zaman Jepun
 Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai) tetapi selepas beberapa minggu menjalani
Latihan, Jepun menyerah kalah
 Menjadi anggota polis bila Inggeris Kembali memerintah Tanah Melayu
 Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura bersama Jamil
Sulung
 Di Singapura, beliau bekerja di Melayu Raya sebagai pembaca pruf selama enam bulan
 Kemudian menjadi pemberita dan seterusnya sidang pengarang di Mingguan Melayu
 1952, ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu. Mula-mula sebagai sidang pengarang
akhbar Utusan Kanak-kanak, kemudian sebagai pengarang akhbar Utusan Zaman dan
majalah Mastika
 Berpindah ke Kuala Lumpur selepas Tanah Melayu menacapai kemerdekaan dan memegang
jawatan yang sama
 Menganggur buat beberapa waktu kerana terpaksa berhenti dari Utusan Melayu akibat
pemogokan Utusan Melayu pada 1961
 1962, bekerja dengan Penerbitan Federal
 1963, bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa,
kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan yang
dipegang ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan Sastera
 Bersara pada Julai 1985
 Membuat nama dalam dunia kesusasteraan Melayu moden dengan menulis puisi yang
sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan
 Beberapa buah puisinya menjadi bahan menarik dalam kalangan masyarakat dan menjadi
pilihan-pilihan pelajar sekolah dalam upacara mendaklamasikan puisi
 Beliau antara penyari Melayu yang membawa semangat dan harmoni pantun dalam pantun-
pantun walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan yang konvensional
 Ketokohan beliau menonjol kerana perwatakannya yang lemah lembut dan mesra, dan
simpati terhadap golongan baawahan yang miskin dan bernasib malang

KEGIATAN DAN ORGANISASI

 Banyak terlibat secara aktif dalam aktiviti penulis


 Menjadi penggerak yagn berani kepada ramai penulis muda
 Pada 1950—an, beliau ialah salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM),
Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965)
 Salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka
Berbunga, Malam Gema Puisi, dan Genta Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua
Seni dan lain-lain
 Menghasilkan antologi puisi “Keranda 152” dan “Teluk Gong” bersama-sama penyair-
penyair lain
 Pernah diundang melawat banyak negara seperti Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, dan
Rusia
 Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea,
Perancis, Thai, Czechoslovakia, Danish, Tamil, Itali, dan Rusia – kemungkinan beliau adalah
penyair Malaysia yang peling banyak puisinya diterjemahkan ke dalam bahsa asing dan
dikenali di luar negaranya

ADAKAH LATARBELAKANGNYA MEMPENGARUHI KARYANYA

 Zaman kanak-kanak dan remajanya membentuk dogmanya terhadap kehidupan in isehingga


menjadi pegangan dalam penulisannya
 Usman Awang lahir di dalam sebuah keluarga nelayan yang melihat masyarakat sekeliling
menderita akibat kemiskinan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang – banyak
mengangkat persoalan kemiskinan sebagai salah satu pokok pemikiran dalam penulisannya.
Dapat dilihat dalam “Selembar Kamus Kemiskinan” dan “Kuala Sedili”
 Usman Awang merupakan anak kedua. Ibunya berharap untuk mendapat anak perempuan
dan telah memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelaki keduanya itu. Beliau juga
dikatakan rapat dengan ibunya. – membentuk jiwa lembut beliau sehingga melahirkannya
sebagai seorang yang beroeribadi lemah lembut, bersopan apabila berbicara, baik tutur
bahasanya dan sedia bersedia untuk berkongsi mendengar masalah dan pandangan rakan-
rakannya
 Keluarga Usman Awang telah berpindah ke Mersing kerana Kuala Sedili sering sering dilanda
tengkujuh yang merupakan cabaran kepada keluarga nelayan. Mereka menumpang di
rumah ibu saudaranya. Di situ, hasrat keluarga Wan Awang (bapa UsmanAwang) untuk
menimang cahaya perempuan dimakbulkan. Malangnya, ia hanya untuk beberapa bulan.
Oleh itu, ibu Usman Awang kemurungan dan terbaring sakit lalu meninggal dunia. –
 Banyak meluahkan peraasaan tdaj ouas hati terhadap keangkuhan golongan atasan
 “Salji Hitam” mengkritik dasar aparteid
 “Kisah dalam Ribut” menggambarkan suasana kemiskinan yang pernah dialami beliau

Anda mungkin juga menyukai