Anda di halaman 1dari 1

MOHD AMRIE BIN ABDUL RAHMAN SINOPSIS:

SMK CC

FB:ORCA ORGA WATAK DAN PERWATAKAN


Hadi -Anak tunggal kepada Pak salleh dan Mak Jamilah -Bakal duduki SPM -Rajin dan bertanggungjawab -Berani, cekal,jujur, bijak Pak Salleh -Bapa Hadi -pemburu yang berpengalaman -penoreh getah di ladang Ketua Kampung -penyayang tetapi panas baran dan cepat naik angin -berprasangka buruk kepada Cikgu Murad -bersedia memohon maaf Cikgu Murad -Guru Hadi -Dihormati oleh penduduk kampung -prihatin, bijak dan pandai memujuk -sabar dan tabah

Hadi merancang untuk menyertai suatu ekspedisi mendaki Gunung Itik tetapi hasratnya itu dihalang oleh bapanya, Pak Salleh kerana memikirkan keadaan di dalam hutan yang berbahaya. Namun begitu, Hadi tetap menyertai ekspedisi tersebut bersamasama dengan beberapa orang rakan sekolahnya tanpa pengetahuan bapanya. Ekspedisi tersebut diketuai oleh Cikgu Murad dan dibantu oleh Pak Musa sebagai penunjuk jalan. Semasa berekspedisi, pelbagai cabaran dan pengalaman yang ditempuhi mereka. Apabila sampai di lereng gunung, Hadi ternampak orang yang tidak dikenali berada di kawasan tersebut. Setelah mendaki hingga ke puncak gunung, anggota ekspedisi terkejut kerana terdapat sebuah pondok di situ. Sekembalinya saja ke Kampung Daratan, mereka telah membuat laporan polis.Semasa pak Salleh pergi berburu di hutan yang sama, dia telah mengesan kehadiran penjenayah-penjenayah terbabit lalu membuat laporan polis. Akibat laporan yang dibuat oleh pak Salleh, Cikgu murad ditangkap dan ditahan di lokap polis. Penahanan Cikgu Murad menggemparkan penduduk Kampung Daratan. Walau bagaimanapun, hasil penyiasatan polis telah mendapati bahawa Cikgu Murad tidak bersalah dan dia dibebaskan. Penjenayah sebenar yang mirip wajah Cikgu Murad berjaya diberkas. Pak Salleh dan Hadi diminta ke balai polis bagi menjelaskan perkara yang sebenar. Penangkapan dan penahanan Cikgu Murad adalah suatu kekeliruan. Pak Salleh yang selama ini tidak menyukai dan selalu memburuk-burukkan Cikgu Murad telah memiknta maaf atas kesilapan yang dilakukan terhadap Cikgu Murad.

NILAI
Bertanggungjawab. {Sebagai bapa, Pak Salleh tidak mengizinkan Hadi mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Itik kerana keadaan di dalam hutan agak berbahaya.} Kasih Sayang {Mak Jamilah sentiasa menguruskan rumah tangga demi kasih sayangnya terhadap suami dan anak.} Kerjasama {Anggota ekspedisi walaupun pelbagai bangsa, tetapi mereka sentiasa bekerjasama sepanjang ekspedisi.Pak Salleh turut bekerjasama dalam mengecam penjenayah dan melaporkan aktiviti jenayah di kaki Gunung Itik kepada pihak polis.}

TEMA:
Kegigihan dan keberanian sekumpulan pelajar semasa menyertai ekspedisi mendaki gunung yang diketuai oleh Cikgu Murad ke Gunung Itik. Mereka menghadapi pelbagai dugaan serta gigih menghadapinya.

PENGAJARAN

PERSOALAN:
Semangat Setia kawan, bekerjasama dan perpaduan. Sepanjang ekspedisi, Hadi dan kawan-kawannya serta semua anggota bekerjasama dan bersatu hati melakukan kerja tanpa memilih bangsa sehinggalah mereka berjaya ke puncak Gunung Itik. Semangat cinta akan negara dan berasa bertangggungjawab membanteras jenayah. Pak Salleh, anggota ekspedisi dan Cikgu Murad berasa bertanggungjawab untuk melaporkan aktiviti sekumpulan lelaki yang mencurigakan kepada pihak polis.

Kita hendaklah tabah menempuh dugaan hidup Hadi menempuh saat yang sukar dalam hidupnya apabila dia tidak dibenarkan untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Itik oleh ayahn ya.. Kita hendaklah saling membantu Kumpulan ekspedisi saling membantu semasa mereka berhenti untuk mendirikan khemah. Ada yang mencari kayu, mengambil air dan juga memasak. Kita hendaklah berusaha menambah ilmu Hadi dan rakan-rakannya menambah ilmu dengan pergi berekspedisi ke Gunung itik. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah banyak belajar tentang perkara baru untuk hidup di dalam hutan.

Anda mungkin juga menyukai