Anda di halaman 1dari 7

Laman sosial merujuk perisian komputer yang

memudahkan interaksi sesama manusia di dunia


global ini. Antara contoh laman sosial yang terkenal
ini meliputi Facebook, Twitter, dan juga MySpace.
Generasi muda melihat laman sosial ini sebagai
sumber informasi utama mereka berbanding media
massa jenis biasa seperti televisyen dan radio itu.
Sebenarnya, penggunaan laman sebegini mempunyai
banyak impak yang harus diberi perhatian oleh
semua pihak itu.

Implikasi negatif yang ketara ialah penggunaan laman
sosial tanpa kawalan akan membuang masa
seseorang individu tersebut sahaja. Ada ahli
masyarakat kita terutamanya remaja yang begitu
asyik dengan teknologi ini lalu menghabiskan masa
yang berjam-jam untuk melayan semua bahan yang
ada di laman tersebut. Situasi ini apabila tidak
dikekang dengan efektif boleh menyebabkan
seseorang itu membazirkan masa di pejabat dan juga
di sekolah secara sia-sia. Maka, laman sosial
bolehlah dikatakan sebagai punca masyarakat kita
membazirkan masa tanpa melakukan sesuatu yang
berfaedah itu.

Selain itu, keburukan laman ini juga dikaitkan dengan
amalan pendedahan hal peribadi seseorang tersebut.
Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang
lain telah mendedahkan pelbagai kelemahan individu
yang dibenci itu dengan tujuan untuk memalukan
mereka. Tindakan negatif sebegini telah menjadi satu
kebiasaan dan membawa kes jenayah apabila
mangsa yang dimalukan itu membuat laporan polis
pula. Lantaran itu, ada pihak yang mahu supaya
laman sosial dikawal dengan lebih ketat supaya
amalan mendedahkan hal peribadi tidak menjadi
kebiasaan pula.

Tambahan pula, ada pengguna laman sosial ini
mencetuskan isu sensitif yang berupaya menjejaskan
keharmonian dan kesejahteraan kehidupan
masyarakat majmuk. Sudah banyak tulisan berunsur
perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang
disiarkan menerusi laman sosial ini lalu menimbulkan
kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat
kita yang berbilang kaum begitu mudah terganggu
dek kritikan yang berunsur perkauman itu lalu
membawa pergaduhan besar pula. Sesungguhnya,
laman sosial ini boleh mencetuskan sesuatu isu
sensitif itu sehingga sukar dikawal dan membawa
kemusnahan yang besar.

Namun, kajian juga membuktikan bahawa laman
sosial ini memiliki impak positif seperti menjadi
persada masyarakat meluahkan perasaan mereka itu.
Kehidupan zaman moden ini banyak tekanan seperti
tekanan kehidupan kebendaan dan tekanan untuk
berjaya di sekolah yang menjejaskan kesihatan
perasaan individu tersebut. Kewujudan laman
sebegini memudahkan masyarakat untuk menulis
tentang keresahan jiwa mereka lalu mengubati
kemurungan tersebut. Jadi, masyarakat boleh
mendapat ketenangan jiwa apabila meluahkan
perasaan mereka menerusi penulisan di laman sosial
tersebut.

Malah, masyarakat yang sering melayari laman sosial
akan memiliki kenalan yang banyak tanpa disedari
oleh mereka itu. Laman sosial menerima pendaftaran
semua ahli masyarakat di dunia ini tanpa ada
sebarang sekatan yang menyebabkan sesiapa sahaja
boleh menghubungi mana-mana pihak yang mereka
kehendaki itu. Situasi inilah yang menyebabkan
pengguna laman tersebut memiliki beribu-ribu
sahabat dengan satu sentuhan jari sahaja.
Ringkasnya, laman sosial boleh digunakan sebagai
alat untuk memperoleh lebih banyak kenalan di dunia
ini.


Kesimpulannya, semua implikasi yang dibentangkan
tadi membuktikan laman sosial memiliki kesan positif
dan negatif. Semua pihak terutamanya ibu bapa
perlulah mengubah persepsi mereka terhadap
penggunaan laman sosial kerana sekali air bah sekali
pantai berubah yang membuktikan perubahan itu
akan berlaku mengikut zaman. Remaja pula
hendaklah bijak menilai penggunaan laman sosial ini
supaya mereka tidak menggunakannya dengan cara
yang tidak baik itu. Sudah sampai masanya semua
pihak merenung dan memahami bahawa laman sosial
akan terus wujud dan digunakan oleh masyarakat
sejagat.
Posted by Noor Azman Mahat at 1:57 PM No comments: Links to this post
Wednesday, September 04, 2013
Perlu rujukan saat-saat akhir?


Posted by Noor Azman Mahat at 11:21 PM No comments: Links to this post
Wednesday, August 28, 2013
Karangan SPM 2013...Peranan
ibu bapa dalam lahirkan remaja
berkualiti?

Galakan, dorongan dan nasihat serta tunjuk ajar daripada ibu
bapa penting dalam melahirkan anak yang seimbang daripada
segi rohaniah dan jasminah.

Bincangkan.

Anak merupakan satu anugerah Tuhan kepada mana-mana ibu bapa
pun. Kemunculan anak dalam kehidupan berkeluarga dianggap
pemberi penyeri atau sumber inspirasi pula. Keadaan ini
menyebabkan ibu bapa perlu memberikan perhatian dan penekanan
terhadap usaha mendidik anak juga. Oleh itu, ibu bapa memang
berperanan penting dalam mendidik anak mereka.

Kepentingan peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang
paling rapat dengan anak mereka. Semua tindakan dan kelakuan ibu
bapa akan menjadi ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu
bapa contoh teladan mereka pula. Kegagalan ibu bapa untuk
memaparkan teladan yang baik boleh mempengaruhi sikap anak
mereka pula nanti. Pendek kata, kerapatan ibu bapa dengan anaklah
yang menjadikan peranan mendidik itu penting dilaksanakan dengan
baik.

Selain itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buat anak-
anak. Setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak pasti akan
dirujuk kepada ibu bapa untuk mendapat panduan
menyelesaikannya dan kegagalan untuk berinteraksi dengan ibu
bapa ketika inilah yang menyebabkan anak-anak terganggu
kelakuannya. Ibu bapa yang mahir ialah ibu bapa yang sedar
keadaan ini lalu memberikan pelbagai nasihat dan kata perangsang
yang membantu anak mereka untuk mengharungi zaman keremajaan
mereka dengan baik. Justeru, ibu bapa penting kerana merekalah
tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika dibelenggu pelbagai
masalah hidup.

Tambahan pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikan
kasih sayang kepada anak mereka terutama ketika anak mereka
melakukan kesilapan. Ibu bapa yang bijak mendidik akan
memaafkan kesalahan anak mereka walaupun diri mereka berasa
kecewa kerana sedar anak mereka perlu diberi peluang kali kedua.
Tindakan memaafkan kesalahan anak dengan bijak dan penuh kasih
sayang ini akan membentuk anak menjadi insan yang lebih baik
sikapnya. Maka, ibu bapa penting kerana merekalah tempat kasih
sayang bermula dalam hidup remaja itu.

Namun begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga penting
dalam kehidupan remaja. Pihak guru perlulah mendidik generasi
muda ini dengan penuh tanggung jawab kerana masa remaja banyak
juga dihabiskan di sekolah. Semua nasihat dan dorongan yang
diberikan oleh pihak guru pasti meninggalkan kesan mendalam
dalam jiwa pelajar itu lalu membentuk peribadi yang mulia pula.
Jadi, pihak sekolah juga memikul tugas mendidik generasi muda ini
bersama-sama ibu bapa.

Malah, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting
dalam pembentukan akhlak anak-anak mereka. Remaja yang
berakhlak mulia pasti memiliki rakan yang serupa juga akhlaknya.
Kegagalan memilih rakan yang baik akan menyebabkan seseorang
remaja itu terjebak ke kancah negatif yang lebih buruk pada masa
hadapan. Oleh itu, anak juga hendaklah bijak memilih rakan supaya
mereka tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermanfaat pula.

Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting dalam
didikan anak kerana mereka umpama lilin yang membakar diri
sendiri untuk memastikan kehidupan anak berjalan lancar.
Kerjasama anak juga penting supaya semua masalah yang timbul
dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan pantas. Anak merupakan
satu tugas yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita semua.
Peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya
membuktikan betapa didikan ibu bapa ketika anak itu masih kecil
amat penting lagi bermakna untuk masa depan mereka kelak.

Anda mungkin juga menyukai