Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK : 2017

Program :PPISMP Nama Pelajar :


Kod : MTE1014 Semester / Tahun : Sem 1 /Tahun 1
Nama Kursus : Algebra Ambilan: Jun 2016
Kumpulan: PPISMP SJKC MT
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
8/3/2017 8/3/2017
1. Kuiz 1 (30 Minit)

5/4/2017 5/4/2017
2. Kuiz 2 (30 minit)

3. Projek Penyelesaian 24/2/2017 29/3/2017


masalah

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Melaksanakan operasi matematik terhadap matriks.(C3, PLO1,PLO3, CTPS1)

2. Melaksanakan operasi baris permulaan untuk menurunkan matriks kepada matriks bentuk
eselon baris dan matriks bentuk eselon baris terturun. (C3, PLO1, PL03, CTPS1)

3. Menyelesaikan sistem persamaan linear dengan tiga pemboleh ubah secara gantian,
penghapusan dan matriks. (C4, PLO2, PLO3, CTPS3)

4. Mengenal pasti jenis-jenis vektor (C2, PLO1)

5. Melaksanakan operasi matematik terhadap vektor (C3, PLO1, PLO3, CTPS1)

Kerja kursus bagi menilai hasil pembelajaran :1 hingga 5


Objektif Kerja Kursus :

Pelajar akan dapat :

1. melaksanakan operasi penambahan, penolakan & pendaraban terhadap matriks;

2. melaksanakan operasi baris permulaan untuk menurunkan matriks kepada matriks bentuk
eselon baris dan matriks bentuk eselon baris terturun;

3. mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dikuasai bagi operasi baris permulaan
untuk menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan sistem persamaan linear;

4. mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dikuasai dalam vektor untuk


menyelesaikan masalah harian berkaitan dengan vektor dua matra.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :-

TUGASAN 1 : Kuiz 1 (10%)


Siswa pendidik perlu mengambil Kuiz 1 (30 minit) yang merangkumi kemahiran berikut:
1. Melaksanakan operasi matematik terhadap matriks;
2. Menyelesaikan operasi baris permulaan untuk menurunkan matriks kepada matriks bentuk
eselon baris terturun.

TUGASAN 2 : Kuiz 2(10%)


Siswa pendidik perlu mengambil Kuiz 2 (30 minit) yang merangkumi kemahiran berikut:
Menyelesaikan sistem persamaan linear dengan tiga pemboleh ubah secara gantian,
penghapusan dan matriks.

TUGASAN 3 : Projek Penyelesaian Masalah (30 %)


Bahagian (a) Projek Penyelesaian Masalah Sistem persamaan Linear (15%) – Tugasan
secara pasangan
Rajah 1 menunjukkan satu sistem jalan raya di sebuah pekan dengan anak panah mewakili arah
pergerakan kenderaan. Titik P, Q dan R mewakili persimpangan jalan tersebut. Bilangan buah
kenderaan yang melalui R ialah 40.

Rajah 1
Gunakan simbol x, y dan z untuk mewakili bilangan kenderaan yang melalui jalan tertentu dalam
masa seminit. Seterusnya lengkapkan kotak (a) hingga (e) dengan menggunakan simbol x, y, z
dan angka yang mewakili bilangan kenderaaan yang melalui jalan tersebut. Lukiskan tiga rajah
yang mungkin berasaskan kepada Rajah 1. Bentuk tiga sistem persamaan linear dan selesaikan
nya dengan menggunakan kaedah Gauss-Jordan. Banding bezakan ketiga-tiga sistem
persamaan linear yang terbentuk dan proses penyelesaiannya. Tentukan julat nilai yang mungkin
(jika ada) untuk x, y dan z.

Jika anda diberi tanggungjawab untuk merancang dan membina sistem jalanraya tersebut,
jelaskan implikasi julat-julat yang anda diperoleh untuk membantu anda membuat keputusan
terhadap luas jalanraya yang akan dibina. Beri justifikasi untuk jawapan anda.

Bahagian (b) Projek Penyelesaian Masalah Vektor (15%) – Tugasan secara individu
Rajah 2 menunjukkan sebuah kotak berbentuk kuboid yang dibina oleh seorang pelajar. Diberi
11 1

AB=a ⃗
AD ⃗
AE
= 2i – 3j + k, = b = 1i + 16 j + 16 k dan = c = - i + j +5k. Tentukan
jumlah luas kad yang diperlukan untuk membina kotak tersebut. Dengan menggunakan kaedah
vektor , tentukan isipadu kotak. Seterusnya atau dengan cara yang lain, buktikan bahawa
isipadu kuboid diberi oleh a x b . c. Beri justifikasi untuk kaedah yang anda gunakan.

Rajah 2

Arahan Pelaksanaan Tugasan


1. Bilangan siswa pendidik untuk kerja kursus secara kumpulan 2-3 orang.
2. Semua langkah-langkah pengiraan dan huraian perlu ditaip dengan menggunakan font
Arial, saiz 12, jarak baris 1.5 dan dicetak dengan menggunakan kertas A4.
3. Semua bahan rujukan perlu disenaraikan dalam format APA dan dirujuk.
4. Semua gambar rajah, jadual, carta atau lampiran perlu dilabel dengan jelas.
5. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk bercetak(hardcopy) dan softcopy.
6. Bahagian kulit projek hendaklah mengandungi maklumat : Logo KPM/IPGM/IPGKBL yang
betul, Nama Pelajar, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Angka Giliran, Program dan
Ambilan & Kumpulan, Kod dan Nama Kursus serta Nama Penyarah Kursus.
7. Tarikh hantar projek ialah pada 29/3/2017
8. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
10. Wajaran tugasan ialah 50%

Disediakan oleh : Disemak oleh:

( LAI KIM LEONG) ( PUAh KIEN KOK)


Penyelaras Kursus MTE1044 Algebra Linear Pakar Bidang MTE1044 Algebra Linear
Tarikh : 18/2/2017 Tarikh:20 /2/2017

Disahkan oleh :

(LIM BOON YANN)


Ketua Jabatan Matematik
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai