Anda di halaman 1dari 2

SEJAUH MANA KHIDMAT SOKONGAN BERJAYA BANTU PROGRAM INKLUSIF

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendidikan inklusif ini berjalan dengan
khidmat sokongan yang sangat bagus dan teliti. Menurut Sher dan Baur (1991)
Khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di sekolah yang
melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru, ibu bapa dan murid-
murid lain dalam kelas biasa. Ini menunjukkan pendidikan inklusif ini melibatkan
keseluruhan komuniti dengan mewujudkan interaksi ilmiah secara tidak langsung
disebabkan oleh peranan pihak berbeza terhadap pendidikan inklusif. Saya bersetuju
bahawa khidmat sokongan program pendidikan inklusif ini berjaya

Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan program ini adalah dengan
penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS), tujuan
penubuhan jawatankuasa ini disetiap sekolah Pendidikan Khas (PK) adalah untuk
memastikan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif berjalan dengan lancar dan
berkesan. JPPKS memainkan peranan yang penting dalam PPI, antara fungsi JPPKS
ini adalah :

Merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI, sebagai contoh merangka


program dan penglibatan murid serta aktiviti murid PPI sepanjang tahun.Memperakui
dan meluluskan kemasukan murid ke PPI, kita sedia maklum murid PPI adalah murid
PK yang dimasukkan ke dalam kelas arus normal, ini menunjukkan bahawa penapisan
secara terperinci perlu dijalankan untuk memastikan murid PK yang masuk PPI ini
berjaya mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran didalam kelas arus normal.
Mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap pencapaian murid. JK ini juga akan
menentukan murid PK ini akan dimasukkan kelas tahap yang sesuai dengan
kemahiran dan kemampuan murid tersebut untuk memastikan murid PK ini dapat
merasai suasana belajar di kelas arus normal dengan selesa, sekaligus meningkatkan
kemahiran berkomunikasi serta keyakinan diri untuk bergaul bersama-sama murid
normal.

Melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat. Ini
merupakan komponen terpenting dalam senarai fokus JPPKS ini, ini kerana
pendedahan serta kesedaran dalam kalangan ibubapa terutamanya amat penting
untuk memastikan murid PK ini mendapat hak pendidikan seperti dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, begitu juga dengan pihak guru yang akan mendidik
dan menguruskan murid PK ini. Kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini memainkan
peranan yang sangat besar dalam kejayaan PPI ini secara keseluruhannya. Akhir
sekali, JPPKS ini akan bertindak sebagai panel rayuan. Ini bermaksud segala perkara
dibawah rayuan PPI ini akan dikendali penuh oleh JPPKS ini. Sebagai contoh,
terdapat rayuan daripada pihak ibu bapa merayu anak mereka dimasukkan ke dalam
PPI, maka PPI akan bertindak sebagai panel rayuan dan menilai semua aspek dan
maklumat untuk mengesahkan murid PK yang dirayu itu sama ada layak atau tidak
layak untuk dimasukkan ke PPI.

Seterusnya, kita sedia maklum untuk menjalankan PPI, sesbuah sekolah


memerlukan prasanara yang cukup. Untuk perkara ini Terdapat beberapa aspek yang
jelas dan boleh dinilai dalam menjayakan PPI ini. Pertama, aspek fizikal kelas, dimana
kelas ini akan digunakan oleh murid PK dan juga murid arus normal dan kelas akan
diubahsuai mengikut keperluan murid PK ini, sebagai contoh, murid yang
menggunakan kerusi roda dimasukkan PPI, maka kedudukan kelas terlibat akan
dipindahkan ke aras tanah bagi memudahkan murid PK ini mengakses kelas terlibat.
Selain itu, aspek sekolah mesra OKU juga menyumbang dalam keberkesanan PPI ini,
mesra OKU bermaksud sekolah dapat menyediakan kemudahan seperti, susur landai,
susur tangan, tandas OKU, parkir OKU dan longkang bertutup akan memudahkan
pergerakan murid PK disekolah. Akhir sekali, peralatan yang khusus mengikut
keperluan murid PK merupakan kunci kejayaan yang penting bagi membantu
pelajaran murid PK ini didalam kelas arus normal. Peralatan seperti mesin Braille bagi
murid masalah penglihatan, Kanta pembesar/CCTV juga untuk murid masalah
penglihatan, kerusi roda, Doctor Speech yang akan melatih bertutur, dan sebagainya
lagi. Ini merupakan tiga aspek yang saya dapati penting dalam memastikan kejayaan
PPI di sekolah. Ini semua merupakan khidmat sokongan yang sentiasa bekhidmat utk
PPI dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya kepada murid
PK yang terlibat demi masa depan yang lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai