Anda di halaman 1dari 1

4.

0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini dijalankan kepada murid-murid tahun 4 Jupiter di sebuah sekolah di

sekitar Kuala Lumpur. Kelas 4 Jupiter merupakan salah sebuah kelas yang telah

saya ajar subjek Pendidikan Muzik. Ini membuatkan saya mudah untuk mengenal

pasti perserta kajian saya.. Prestasi akademik bagi murid tahun 4 Jupiter berada

pada tahap sederhana manakala prestasi bagi subjek pendidikan Muzik adalah

pada tahap rendah.

Menurut Sagor (2011) kumpulan sasaran akan dikenal pasti semasa pengajaran

dan pembelajaran atau analisis tinjauan awal. Peserta kajian dipilih berdasarkan

pencapaian yang rendah dalam fokus kajian berdasarkan pemerhatian, ujian

diagnostik dan temubual guru yang telah dijalankan. Setelah membuat analisis data

daripada pengumpulan data awal, saya mendapati bahawa bilangan peserta kajian

saya adalah seramai sebelas orang yang terdiri daripada empat orang murid lelaki

dan tujuh orang murid perempuan Tiada murid yang menguasai kemahiran muzikal

dengan cemerlang memandangkan mereka hanya mengikuti kelas di sekolah

sahaja dan tidak mengambil kelas muzik tambahan di luar.

Murid yang dipilih juga mempunyai ciri fizikal yang berlainan di mana terdapat murid

mempunyai badan yang kecil dan murid berbadan besar. Murid yang dipilih tidak

mempunyai masalah fizikal dan dapat melakukan pergerakan dengan baik. Perkara

ini adalah sangat penting memandangkan tindakan intervensi memerlukan

pergerakan. Tambahan pula, semua peserta mempunyai koordinasi antara kaki dan

tangan adalah sangat baik dan mampu menjalankan intervensi yang dijalankan

dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai