Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal :8

Minggu Praktikum : Kelapan

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20 Ogos 2017 – 24 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Tingkah laku murid – murid yang nakal di dalam kelas.

Masalah / Peristiwa

Saya mengajar murid - murid tahun 4 Vivegam. Dalam kelas minggu ini saya dapati terdapat dua
orang murid yang sangat nakal. Mereka mengganggu rakan - rakan lain yang sedang
melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Lalu, saya telah mendenda mereka berdua dengan
diasingkan dari rakan - rakan lain dengan berasingan di hadapan kelas. Walau bagaimanapun,
denda tersebut tidak menyekat atau memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang
sama. Mereka berdua tetap membuat bising dan mengusik rakan - rakan lain yang sedang
melakukan tugasan yang saya berikan.

Analisis Masalah

Saya telah memasuki kelas ini sebanyak dua kali iaitu untuk mengajar subjek Pendidikan Moral.
Bukan semua murid di kelas tersebut bertingkah laku yang sama. Hanya ada segelintir daripada
mereka yang bersikap agak nakal. Kedua murid ini bukanlah dalam kalangan murid yang tidak
tahu menulis dan membaca jika ingin dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaan
akademik. Saya perhatikan mereka tiada masalah yang serius dalam pembelajaran seperti tidak
tahu membaca dan menulis. Menurut guru kelas mereka, dua murid ini datang keluarga yang
berpendapatan sederhana dan mempunyai adik - beradik yang lebih daripada 4 orang.
Berkemungkinan kedua murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian daripada saya kerana saya
merupakan guru baharu yang memasuki kelas mereka untuk mengajar. Selain daripada itu, besar
kemungkinan saya berpendapat bahawa mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari
tersebut.
Cadangan

Bagi mengelakkan kedua – dua murid ini daripada mengganggu rakan sekelas ketika proses
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, sebagai guru saya boleh memanggil
kedua –dua murid tersebut untuk sesi kaunseling secara individu. Menurut Mizan Adiliah Ahmad
Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006), manusia itu unik. Tidak akan ada dua individu
yang sama bahkan kembar seiras sekalipun. Setiap manusia mempunyai nilai, persepsi, dan
hasrat yang berbeza. Saya perlu mencuba sedaya upaya untuk membina hubungan yang baik
bersama mereka dengan bertanyakan tentang diri mereka, keluarga mereka dan minat mereka
ke sekolah dengan harapan makin banyak yang diketahui tentang seseorang, lebih mudah untuk
memahami sikapnya.

Saya membuat penerokaan untuk mengetahui sebab - sebab mereka selalu mengacau rakan
sekelas semasa PdP dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan
lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan sedemikian. Oleh itu,
saranan yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan yang kurang
menyenangkan guru. Selain itu, selalu berinteraksi dengan bertanya khabar atau menegur murid
berkenaan apabila bertemu dengannya akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam diri
murid. Murid akan rasa ada orang mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid itu
hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dirinya dihargai. Kebarangkalian untuk
murid tersebut bertingkah yang kurang menyenangkan kelak akan berkurangan dan lama –
kelamaan mereka dapat mengubah sikap negatif ini secara sepenuhnya.

Tempoh Penyelesaian

Saya berharap untuk menyelesaikan masalah tingkah laku murid – murid dalam tempoh
seminggu ini dengan mengaplikasikan kesemua strategi yang telah dicadangkan. Dengan ini,
saya boleh menjalankan pengajaran saya tanpa sebarang gangguan khasnya masalah yang
melibatkan tingkah laku murid – murid yang berunsur negatif pada pengajaran yang akan datang.

Tindakan Susulan

Saya akan memantau kelakuan murid- murid tersebut semasa proses PdP setelah sesi
kaunseling individu dijalankan. Dari situ, saya dapat mengenal pasti sama ada saranan yang
diberikan setelah mengetahui masalah murid terbabit diaplikasikan oleh murid atau tidak. Selain
itu, selalunya akan ada sedikit perubahan dalam tingkah laku murid apabila telah dipanggil untuk
menjalani sesi kaunseling bersama guru kerana guru selalu berinteraksi dengannya dan
mengetahui maklumat peribadi yang jarang dikongsikan dengan orang lain.

Kesimpulan

Menurut Shertzer dan Stone (1974), kaunseling secara individu sebagai proses interaksi yang
memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan
penentuan matlamat - matlamat dan nilai - nilai untuk tingkah laku masa hadapan. Sesi
kaunseling secara individu yang dijalankan bersama klien seperti murid di atas bermatlamat untuk
memperbaiki imej diri klien yang negatif (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah
Mokhtar 2006). Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita - cita
atau membuat sebarang tindakan. Klien belajar memupuk ciri - ciri yang baik dan mengurangkan
ciri - ciri yang negatif.

Rujukan

Mengawal disiplin murid-murid di dalam kelas. (n.d.). Cara menangani murid yang nakal.
Dimuat turun dari https://rikoarfiyantama.wordpress.com/cara-menangani-murid-nakal/

Gangguan semasa pelaksanaan PdP. (n.d.). Murid yang nakal.


Dimuat turun dari http://www.slideshare.net/DaffaBagus/murid-nakal

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai