Anda di halaman 1dari 4

Cabaran yang dihadapi dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang mendapat perhatian
dan diiktiraf oleh kerajaan.Secara umumnya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini juga
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan modal insan yang mempunyai kestabilan
emosi,kesihatan mental dan juga tekanan dari segi perasaan. Pada masa yang sama, sekolah juga
menjadi satu institusi pendidikan yang mampu melahirkan generasi muda yang celik akal pada
masa hadapan Negara.Namun isu-isu tingkah laku yang melibatkan pelajar sekolah memberikan
kesukaran dalam usaha membentuk modal insan yang berguna. Implikasi tersebut bukan sahaja
menjadi cabaran kepada pihak sekolah tetapi isu tingkah laku tersebut juga menjadi satu cabaran
bagi kaunselor dalam mengendalikan pelajar yang bermasalah dari segi tingkah laku.

Cabaran dari segi komunikasi dalam mengendalikan pelajar bermasalah tingkah laku.

Menurut (Hanizan, 2018) tingkah laku merupakan satu perlakuan yang tidak mengikuti norma-
norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Dalam kata lain,tingkah laku juga didefinisikan
sebagai satu pelakuan yang tidak bersesuaian dalam situasi-situasi yang tertentu. Isu tingkah laku
ini juga merupakan satu kekangan yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sama ada
pelajar sekolah rendah ataupun pelajar sekolah menengah. Isu tingkah laku ini juga dipandang
serius oleh pihak sekolah sehingga mengenakan tindakan ataupun hukuman yang setimpal
seperti gantung sekolah,buang dari sekolah serta merotan.Namun isu tingkah laku yang
melibatkan pelajar sekolah ini tidak dapat diatasi dengan sepenuhnnya.Hal ini berlaku
kerana,hukuman dan tindakan yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap pelajar berkenaan
menjadi satu kebiasaan bagi pelajar yang bermasalah dari segi tingkah laku. Terdapat juga
senario lain,di mana pihak sekolah lebih mengutamakan pencapaian akademik pelajar sehingga
tidak menghiraukan tentang pencapaian sahsiah dalam diri pelajar.Oleh itu, kebanyakan pelajar
telah mengambil kesempatan dengan melibatkan diri dalam masalah tingkah laku yang terdiri
daripada ponteng sekolah,pergaduahan,buli,ponteng kelas dan sebagainnya.

Oleh itu,perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi satu pendekatan yang penting dalam
membantu pelajar yang bermasalah tingkah laku ini. Namun, terdapat juga beberapa cabaran
dari segi komunikasi yang dihadapi oleh kaunselor di sekolah dalam mengendalikan pelajar
berkenaan dalam sesi kaunseling disebabkan sikap menentang oleh pelajar. Sebagai
contoh,kaunselor akan menghadapi kesulitan untuk berinteraksi dengan pelajar (klien) yang
bersikap menentang,bertengkar ataupun tidak mendengar perkara yang ingin disampaikan oleh
kaunselor. Hal ini akan menyebabkan sesi kaunseling tersebut tidak dapat diteruskan oleh
kaunselor dengan lancar dan kaunselor juga akan mengalami kegagalan dalam usaha untuk
membina hubungan bersama dengan pelajar (klien) pada peringkat pertama dalam proses sesi
kaunseling.

Tambahan pula,kegagalan kaunselor dalam membina hubungan bersama dengan pelajar juga
berkemungkinan menimbulkan ketidakpercayaan pelajar terhadap kaunselor untuk
memyuarakan masalah yang dihadapi oleh mereka.Selain itu,pelajar yang bermasalah tingkah
laku juga tidak menghormati kaunselor sehingga bersikap degil seperti tidak memberikan respon
terhadap persoalan yang ditanya,bertengkar dalam sesi kaunseling juga menjadi satu cabaran
bagi seseorang kaunselor.

Cara mengatasi :-

Kaunselor juga boleh menggunakan pendekatan bibilio kaunseling sebagai satu pendekatan yang
efektif dalam mengatasi masalah komunikasi yang berlaku dalam satu sesi kaunseling.
Pendekatan bibilio kaunseling ini merupakan satu gabungan penggunaan teknik bibilio dan juga
kaedah bercerita dan pendekatan tersebut juga menjadi satu langkah kreativiti yang boleh
dilaksanakan oleh kaunselor untuk menarik perhatian pelajar bermasalah serta mempengaruhi
perubahan sikap, perasaan dan perilaku yang negatif kepada sikap ataupun tingkah laku yang
diharapkan.

Menurut (Suhana binti sarmadan, 2018)perkataan bibilo berasal dari bahasa Yunani iaitu biblus
yang bermaksud penggunaan buku manakala theraphy pula bermaksud bantuan secara psikologi.
Oleh itu, kaunselor boleh menggunakan buku sebagai satu kaedah interaksi berstruktur yang
boleh diaplikasikan dalam kalangan pelajar. Pendekatan bibilio kaunseling tersebut juga menjadi
satu bentuk teknik sokongan bagi kaunselor untuk menggunakan bahan bacaan yang tertentu
dalam pembentukan perkembangan kendiri dan sahsiah pelajar ke arah positif.

Menerusi pendekatan bibilio kaunseling ini juga kaunselor boleh menggunakan kaedah bercerita
sebagai satu langkah yang efektif dalam kalangan pelajar bermasalah tingkah laku. Kaunselor
juga boleh menyampaikan sesuatu peristiwa melalui konsep naratif ataupun teknik penceritaan
yang kreatif.Sebagai contoh, kaunselor boleh menyampaikan nilai-nilai moral yang terkandung
dalam penceritaan biografi demi memberikan kesedaran terhadap pelajar yang bermasalah
tingkah laku untuk mempelajari bagaimana sesebuah watak dalam penceritaan mengatasi
konflik,kesukaran yang berlaku dalam kehidupan watak tersebut.Oleh kerana,pelajar mempunyai
motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita,kaedah melalui pendekatan bibilio kaunseling ini
menjadi satu pendekatan yang berkesan dalam proses mengubah tingkah laku pelajar yang
bermasalah tingkah laku.

Pendekatan bibilio kaunseling ini juga boleh dijalankan oleh kaunselor secara individu ataupun
kelompok sebanyak empat kali dalam sesebuah sesi kaunseling.Pada permulaan sesi,kaunselor
melaksanakan aktiviti pengenalan diri seperti ice breaking secara ringkas supaya pelajar
berkenaan dapat berasa selesa.Pelajar juga boleh diberi masa oleh kaunselor untuk menghayati
kandungan bahan bacaan yang berkaitan melalui aktiviti pembacaan. Melalui pendekatan
tersebut juga kaunselor boleh mengalakkan pelajar untuk membuat refleksi tentang bahan bacaan
yang dibaca. Pada masa yang sama,kaunselor juga boleh membimbing pelajar bermasalah
tingkah laku untuk membuat perbandingan sahsiah dan tingkah laku yang dilakukan oleh mereka
dengan pengajaran yang diperolehi menerusi bahan bacaan ataupun penceritaan yang
disampaikan oleh kaunselor.

Menurut (Said, 2007) terdapat juga beberapa aktiviti kreatif yang lain seperti
melukis,menyanyi,mengalakkan pelajar untuk menonton video-video yang berkaitan dengan
tingkah laku pelajar berkenaan juga boleh dilakukan oleh kaunselor dalam usaha pembentukan
kendiri dan sahsiah yang tinggi.Pelaksanaan aktiviti kreatif tersebut juga dapat mengurangkan
tekanan dari segi emosi,perasaan serta dapat meminimumkan tingkah laku yang berunsur negatif.
Rujukan:

Malek Muhammad Said,(2018). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah,hlm 28.

Suhana Binti Sarmadan & Muhammad Saffuan Abdullah,(2018).Pendekatan Bibilio-Counselling


dalam membentuk perubahan tingkah laku pelajar.

Roslee Ahmad & Mohammed Sharif Mustaffa Ph.D (2017).Permasalahan & Keperluan
Perkhidmatan Kaunseling di kalangan pelajar asrama.

Anda mungkin juga menyukai