Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : MOHD FADLY BIN CHE MAN


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SMK TAMAN JOHOR JAYA 1
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Mengurus Disiplin Pelajar
1. Tajuk Buku:
Abdullah Sani Yahaya
2. Pengarang:

3. Tahun
2005
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh:
PTS Publications & Distributors sdn. bhd
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila
sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin
pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan
berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada
usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental
dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam
melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan
dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah
pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi
muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada
orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah
disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang
tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar,
cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah,
sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah
laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan
sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini
dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral
tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai
tempat tahanan dan kongkongan.

6. Manfaat/ Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti


pengajaran yang cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap
diperoleh pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk
daripada buku perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan
yang dibaca: ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga
dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat,
pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik,
merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri,
pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang
kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan
peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti
penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah,
pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah
dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan
program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih
arif dan dekat dengan rakan mereka.
Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan
pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap
yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak
menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku
dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan
buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak
supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh
digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau
apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada
pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya
dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai