Anda di halaman 1dari 17

GARIS PANDUAN KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN

DIRI KURSUS GUNTING RAMBUT

1. TUJUAN

Garis Panduan ini disediakan untuk memaklumkan mengenai


tatacara pelaksanaan Kursus Kemahiran Quick Win bagi tahun
2019 yang seragam dan boleh diikuti oleh semua pihak yang
menjadi pelaksana.

2. OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan kesinambungan bidang kemahiran yang


diperolehi di kelas-kelas kemahiran sedia ada

2.2 Memberi peluang kepada kumpulan sasar untuk


meningkatkan kemahiran sedia ada dalam bidang berkaitan
gunting rambut.

2.3 Mempelbagaikan sumber pendapatan kumpulan sasar


melalui ilmu kemahiran dan seterusnya berupaya menambah
pendapatan.

3. PUNCA KUASA

3.1 Kelulusan pelaksanaan Kursus Kemahiran Quick Win ini


adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Dasar Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW) pada 27 September 2016.

3.2 Bersandarkan kepada Pelan Harapan Pembangunan Luar


Bandar 2018-2023 Teras 3 Keusahawanan Strategi 2
mewujudkan Road Map Usahawan Luar Bandar.

1 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


4. KUMPULAN SASAR

Komuniti B40 yang terdiri daripada


5.1 Belia dan Beliawanis
5.2 Peserta Kelas Kemahiran KEMAS
5.3 Ibu Tunggal
5.4 Suri rumah
5.5 Golongan OKU bersesuaian dengan kursus yang dijalankan

5. KONSEP PELAKSANAAN

5.1 Peruntukan yang diterima untuk melaksanakan Kursus


Kemahiran Quick Win ini hendaklah dibelanjakan
berdasarkan keutamaan dan mendapat hasil yang terbaik
bagi memastikan program ini menghasilkan impak yang
tinggi kepada kumpulan sasar.

5.2 Pelaksanaan Kursus Kemahiran Quick Win ini hendaklah


dibuat di lokasi yang berbeza di seluruh negeri bagi
memastikan ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat
dari seluruh daerah/parlimen di negeri masingmasing.

5.3 Pelaksanaan adalah seperti berikut :

5.3.1 Bilangan Siri : 1 Siri


5.3.2 Tempoh : Februari - Oktober 2019
5.3.3 Tempat : Pusat / Institut Latihan KEMAS,
Agensi Kerajaan, Lain-lain
Premis Agensi Kerajaan yang
bersesuaian
5.3.4 Bilangan Perserta : 14 orang
5.3.5 Tempoh Kursus : 2 hingga 3 hari (8.00 pagi –
5.00 petang)

2 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


6. KANDUNGAN DAN KURIKULUM KURSUS

6.1 Penerangan dan Pengenalan Teknik Potongan Rambut,


Teknik Penggayaan Rambut, Pemilihan Produk, Latihan
Amali.

6.2 Lain-lain sesi ceramah motivasi keusahawanan

TAJUK JAM
1. Pengenalan 2 jam
2. (Amali dan Teori) 14 jam
3.Ceramah motivasi keusahawanan

(Asas akaun , simpan kira- kira / buku 2 jam


lejar)

7. TENAGA PENGAJAR DAN ALAT BAHAN :

7.1 Tenaga pengajar yang bersesuaian, berpengalaman dan


berkemahiran dalam bidang gunting rambut. Alat bahan
hendaklah berkualiti dan mengikut modul.

7.2 Peserta hendaklah mendaftarkan peralatan yang diterima di


dalam Borang Aku Janji yang disertakan seperti di
Lampiran A

3 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


8. PESERTA :
Pelaksana perlu membuat saringan peserta yang berpotensi untuk
diserap ke Quick Win (lanjutan). Perkara-perkara berikut
hendaklah diambil kira dalam pemilihan peserta iaitu :

8.1 Memiliki kemahiran asas dalam bidang Quick Win yang akan
disertai;

8.2 Peserta sudah memulakan perniagaan atau akan menyertai


bidang perniagaan/keusahawanan selepas tamat kursus;
dan

8.3 Tidak mengambil peserta yang sama dan berulang bagi


setiap kursus Quick Win yang dilaksanakan.

8.4 Pemilihan peserta ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan


peringkat daerah yang terdiri daripada PKD/POD/Penyelia
PKEM/PM Jahitan

8.5 Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat


tawaran.

8.6 Carta Alir pelaksanaan Kursus Quick Win adalah seperti di


Lampiran B. Borang Permohonan mengikuti kursus ini di
lampirkan seperti di Lampiran C.

8.7 Peserta wajib mengisi:


i. Borang pendaftaran kursus di Lampiran D(diisi
semasa pendaftaran)
ii. Borang kehadiran Harian kursus di Lampiran E (diisi
setiap sesi kursus)
iii. Borang penilaian pelaksanaan kursus Quick Win
Lampiran F (diisi selepas tamat kursus)

4 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


9. TATACARA PELAKSANAAN

9.1 KEMAS Negeri/Daerah perlu mengenal pasti kursus yang


hendak dijalankan dan senarai nama peserta kursus yang
akan menghadiri kursus berkenaan. Kertas cadangan yang
lengkap hendaklah disertakan bersama.

9.2 KEMAS Negeri hendaklah membuat kajian pasaran dengan


mendapatkan sekurang-kurangnya tiga (3) sebutharga
daripada tiga (3) pembekal yang berbeza yang mampu
menawarkan pakej kursus yang hendak dilaksanakan.

9.3 KEMAS Negeri boleh melaksanakan program melalui 2


kaedah iaitu:

9.3.1 Perolehan Secara Pakej

i. Penyediaan perkhidmatan latihan kemahiran;


ii. Membekalkan bahan latihan seperti nota kursus,
bahan mentah;
iii. Penyedia makan/minum semasa latihan;
iv. Kemudahan penginapan semasa latihan (jika
perlu);
v. Membekalkan peralatan latihan kemahiran (kit
peralatan) dan bahan pakai buang untuk
digunakan semasa dan selepas latihan tamat
bagi memulakan perniagaan dan
keusahawanan

9.3.2 Perolehan Mengikut Item (Secara Berasingan)

i. Perolehan peralatan secara pukal; dan


ii. Kursus dilaksanakan oleh konsultan yang
merangkumi:
- Kit peralatan
- Makan-minum

5 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


- Tempat kursus termasuk penginapan jika
perlu/sesuai
- Alat bahan
- Tenaga pengajar dan Fasilitator

9.4 Pembekal yang mengemukakan sebutharga tersebut


hendaklah terdiri daripada mereka yang berdaftar di dalam
KOD BIDANG LATIHAN yang berkaitan dengan
Kementerian Kewangan Malaysia.

9.5 Sebarang pindaan berkaitan dengan kursus perlu


mendapatkan kelulusan daripada Pengarah KEMAS Negeri
dan pindaan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada
Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Ibu Pejabat.

10. PERUNTUKAN

Peruntukan bagi melaksanakan kursus ini adalah seperti berikut:-

10.1 Peruntukan yang diperuntukan bagi mengadakan kursus ini


adalah sebanyak RM 20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua
Puluh Ribu Ringgit sahaja) bagi setiap satu (1) siri .

10.2 Anggaran perbelanjaan bagi Kursus Kemahiran Quick Win


Gunting Rambut adalah berdasarkan kiraan seperti berikut:

KOS JUMLAH
BIL PERKARA SPESIFIKASI JUMLAH SEUNIT (RM)
(RM)
Makan minum bagi: 17 orang *RM20 x 1,020.00
*(makan pagi, makan t/hari 16 org x
& minum petang) 3 hari
 Peserta 14 orang
1
 Tenaga Pengajar 1
orang
 Fasilitator 1 orang
 Urusetia 1 orang

6 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


Bahan Guna Habis: -berkaitan 14 orang 200.00 2,800.00
Hair mousse, Hair gel, Kursus gunting
Serum, Hair spray rambut

Kit Peralatan Gunting


Rambut ( Pilihan )

Beg penyimpanan set


peralatan gunting rambut -berkaitan 14 orang 800.00 11,200.00
berkualiti, gunting rambut, Kursus gunting
sikat rambut, set klip rambut
rambut, barber apron
2 (barber&customer), botol
spray rambut, kepala patung
berambut (2 unit), pisau
Shave ,set mesin rambut
mobile cordles
Nota :
i) Bahan guna habis dan
Peralatan selain yang
dinyatakan boleh
dipertimbangkan oleh
KEMAS Negeri
berdasarkan keperluan
dan kesesuaian peserta.

Bayaran adalah termasuk : RM 120 x 6 jam x 3


3.1 Tenaga Pengajar 1 hari 2,160.00
orang
3 RM 60 x 6 jam x 3 hari 1,080.00
3.2 Fasilitator 1 orang
(Berdasarkan kelayakan
dan prosedur kewangan)

Pelbagai adalah termasuk :


4 1,740.00
4.1 Penginapan (sekiranya perlu)
4.2 Kemudahan berkursus yang lain

JUMLAH BESAR (RM) 20,000.00


* Nota : Sebarang penjimatan daripada peruntukan kursus boleh dibelanjakan
dengan menambah kursus melalui kelulusan Pengarah Pendidikan Kemahiran
Ibu Pejabat

7 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


11. PELAPORAN PROGRAM

11.1 Adalah menjadi tanggungjawab KEMAS Negeri untuk


memastikan penyenaraian peserta dibuat secara saksama
dari segi liputan supaya tidak timbul pertindihan peserta.
Maklumat setiap peserta hendaklah direkodkan bagi tujuan
kajian impak keberkesanan kursus serta outcome peserta
yang telah hadir. Format borang kursus adalah seperti di
Lampiran G.

11.2 KEMAS Negeri perlu mengemukakan laporan pelaksanaan


program ke Bahagian Pendidikan Kemahiran, Ibu Pejabat
KEMAS Putrajaya berdasarkan format yang disediakan tiga
puluh (30) hari selepas kursus dilaksanakan.

12. PENUTUP

Kursus ini dijangka dapat memberikan impak dalam memberikan


pendedahan kepada peserta yang berpotensi dan ingin
menambah nilai pendapatan dalam bidang gunting rambut.
Disamping dapat meningkatkan tahap kemahiran di dalam bidang
gunting rambut.

Bahagian Pendidikan Kemahiran


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Putrajaya

8 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN

MULA

Menerima arahan pelaksanaan program

Mesyuarat dan taklimat pelaksanaan program

Daerah mengenalpasti tempat, peserta melalui


pemilihan jawatankuasa yang dilantik di peringkat
daerah dan menyediakan kertas kerja program

Mendapat kelulusan program

Pelaksanaan Program

Rumusan dan pelaporan program

TAMAT

9 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


LAMPIRAN A

BORANG AKU JANJI


PEMBERIAN PERALATAN KURSUS KEMAHIRAN QUICK-WIN KEMAS

Tarikh:

Tuan / Puan
Adalah saya................................................................No Kad Pengenalan........................................ telah
mengikuti kursus kemahiran quick win ............................................................................ di
.........................................................................................bersetuju dengan syarat- syarat dari pihak Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan mengesahkan barang item diterima:-

BIL ITEM NO SIRI


1
2
3
4
5

PENGESAHAN PENGAKUAN PENERIMAAN

Syarat-syaratnya ialah :

i. Peralatan / barang tidak boleh ditukar milik dan dijual beli untuk tujuan perniagaan atau
peribadi
ii. Peralatan/ barang hendaklah digunakan untuk tujuan perniagaan yang di jalankan sejajar
dengan kursus yang diikuti
iii. Peralatan / barang hendaklah ada / wujud semasa pemantauan dijalankan oleh pihak KEMAS.

TANDATANGAN PENERIMA TANDATANGAN SAKSI

Nama : Nama:

Tarikh: Cop Jawatan :

No Telefon: Tarikh:

 Nota: Saksi hendaklah dari wakil KEMAS sama ada Penyelia/ Penyelia Kanan/Pegawai KEMAS Daerah

10 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


LAMPIRAN C

LAMPIRAN B
CARTA ALIR PROSES PERLAKSANAAN KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

11 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


LAMPIRAN D

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

BORANG PENDAFTARAN KURSUS PESERTA QUICK WIN

1. Nama Kursus :
2. Tempat Kursus :
3. Tarikh Kursus :
4. Nama Penuh Peserta :
5. No Kad Pengenalan :
6. No.Tel / Hp Peserta :
7. Email Peserta :
8. Alamat Rumah :
9. Umur :
10. Jantina :
11. Agama :
12. Bangsa :
13. Status Perkahwinan :
14. Kelulusan Tertinggi :
15. Pekerjaan :
16. Jika berniaga, sila nyatakan
Jenis perniagaan :
17. Saudara terdekat yang boleh
dihubungi :
Nama :
Alamat :
No.Tel :

Tandatangan Peserta :................................. Tarikh :...............................

* Potong mana yang tidak berkenaan

12 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


LAMPIRAN E
BORANG KEHADIRAN HARIAN PESERTA KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT

NAMA PROGRAM : …………………………………………………………………………………………………………………………………………

TARIKH : ………………………………………………………………………………………………………………………………………..

MASA : ………………………………………………………………………………………………………………………………………..

TEMPAT : ………………………………………………………………………………………………………………………………………..

SESI 1 SESI 2 SESI 3 SESI 4


BIL NAMA
(8.30-10.30 PG) (11.00 - 1.00 TGH) (2.30 - 5.00 PTG) (8.30- 10.30 MLM)

13 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


LAMPIRAN F

14 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


15 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019
FORMAT RUMUSAN PELAPORAN KURSUS QUICK WIN LAMPIRAN G

16 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019


17 KURSUS KEMAHIRAN QUICK WIN DANDANAN DIRI 2019

Anda mungkin juga menyukai