Anda di halaman 1dari 3

BANTUAN KEWANGAN OKU

PROGRAM
Bantuan Kewangan OKU
OBJEKTIF
Memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan /
berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari
segi bantuan kewangan.
GOLONGAN SASARAN
Pelajar OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU
PERINGKAT PENGAJIAN
PhD
Sarjana
Ijazah Pertama
Diploma Lepasan Ijazah
Diploma
Sijil (di politeknik dan kolej komuniti sahaja)
TEMPAT PENGAJIAN
20 IPTA
IPTS yang diiktiraf oleh Kerajan
Politeknik
Kolej Komuniti
SYARAT
SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu,
ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh p
elajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima bias
iswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, mak
a pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.
Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar
keistimewaannnya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya men
dapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima
biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaannnya
, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengu
rusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politekni
k dan kolej komuniti sahaja;
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi
(tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursu
s peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah
tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang
dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tin
ggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Permohonan bantuan wang saku dan yuran bagi pelajar OKU IPT boleh dibuat terus k
epada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui dan disahkan
oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing
-masing. Dokumen permohonan boleh dikemukakan ke alamat seperti di para 7.2 atau
menerusi email di alamat bkoku@mohe.gov.mybkoku@mohe.gov.my. Penghantaran mener
usi email bagi dokumen melibatkan tandatangan hendaklah diimbas scan terlebih dahu
lu.
Permohonan bantuan wang saku dan yuran pengajian pelajar OKU hendaklah dikemukak
an kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap se
mester bermula.
Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:
a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
d. Salinan surat tawaran pengajian;
e. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT (
bagi tuntutan kali pertama sahaja) (klik di sini)
f. Borang Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di
IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan wang saku dibuat)
g. Borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang
Upaya (OKU) di IPT (klik di sini)
(perlu diisi bagi setiap kali tuntutan yuran pengajian dibuat)
h. Senarai Semak Bantuan Kewangan OKU (klik disini)
i. ** Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja (bagi setiap kali tuntutan wang saku
dan yuran pengajian dibuat);
j. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
k. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi p
engajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembay
aran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pel
ajar).
** (Wajib disertakan untuk permohonan baru dan sedia ada serta bagi setiap kali
tuntutan wang saku dan yuran pengajian dibuat).
Item ( a ) ( e ) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja.
Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU sepenuh masa
memadai dengan item ( f ) ( h ) sahaja. Pelajar separuh masa memadai item ( h )
( j ) sahaja.
Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh
digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semest
er.
Bayaran bantuan wang saku akan dimasukkan terus ke akaun pelajar. Manakala bayar
an bantuan yuran pengajian akan dimasukkan terus ke akaun institusi pengajian /
akaun pelajar.
Proses ini bermula mulai 1 April 2010. Pelajar yang sedang menjalani semester se
belum tarikh ini tidak layak menuntut elemen yuran pengajian. Walau bagaimanapun
, semua tuntutan adalah tertakluk kepada had peruntukan tahunan yang diluluskan
oleh Kerajaan.

Pelajar-pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di setiap IPTA, IPTS, politeknik dan
kolej komuniti yang mempunyai syarat-syarat di atas boleh mengemukakan permohona
n melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing
-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama

03 8870 6000 (samb.)
Faks
:
03 8870 6839

Anda mungkin juga menyukai