Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah penjaminan kewangan untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.Ini juga kerana ia juga membolehkan pelajar-pelajar IPT yang tidak mampu untuk diberikan penjaminan ini untuk meringankan bebanan keluarga pelajar-pelajar yang layak menerima penjaminan PTPTN ini. Oleh kerana PTPTN adalah penjaminan kewangan kerajaan telah memperuntukan kewangan PTPTN untuk setiap setahun untuk diberikan kepada pelajar-pelajar IPT.Ini disebabkan oleh perbezaan kedudukan dan pemikiran dan sebagainya.Di samping itu,penjaminan ini telah banyak membantu masyarakat dan perkembangan tamadun sesuatu masyarakat.Bagi masyarakat PTPTN ini adalah cara-cara yang terbaik dalam segi kewangan untuk pelajar-pelajar IPT dan ia juga perancangan negara yang dapat dilaksanakan dengan lancar. Di dalam pendidikan kita,masalah ini adalah satu realiti tapi masih tapi masih boleh dikawal oleh kerajaan.Sehingga hari kerajaan telah dan sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membantu dan memberikan pertolongan kepada pelajar-pelajar IPT.Dengan PTPTN sebagai alat kawalan pendidikan dan telah Berjaya diberikan dan membantu masyarakat di negara ini.Tugasan ini turut dibincangkan ialah proses kelayakan PTPTN dengan satu impian yang masih belum menjelma dan menjadi kenyataan.

PERBANDANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana,Off Jalan Semantan,Damansara Heights,Kuala Lumpur.PTPTN juga berkomited untuk menguruskan pembiayaan pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma dan akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.Dengan wujudnya PTPTN ini,ia membolehkan pelajar-pelajar yang kurang pendapatan ibubapanya untuk melanjutkan belajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tanpa membimbing kerana dengan PTPTN ini pelajar-pelajar akan dibantu dari segi kewangan tetapi PTPTN ini mestilah dibayar selepas tamat belajar. Selain itu,antara fungsi PTPTN ini diwujudkan untuk menguruskan pembiayaan dengan tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjamin supaya pepinjam akan datang dapat meminjam PTPTN untuk menyambung belajar tanpa ada masalah kewangan lagi.Pelajar-pelajar juga mestilah bertanggungjawab ke atas wang yang telah diberikan pinjaman itu dan mengelakkan dari menggunakan wang itu dengan membelanja benda yang tidak berfaedah.Justeru itu,PTPTN juga telah menyediakan skim simpanan dan mengurus desposit untuk memudahkan pelajar-pelajar supaya tidak berasa bebanan tentang kewangan lagi.Selain itu,melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undangundang bertulis untuk tujuan pendidikan tinggi.

PTPTN ini menjadi sebuah institusi kewangan dengan sumber kewangan sendiri bagi pendidikan pada tahun 2025 yang terbaik dengan memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Selain itu,PTPTN juga diwujudkan untuk menguruskan hal-hal kewangan bagi pendidikan tinggi.Ia memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di IPT selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

PIAGAM PELANGGAN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk menguruskan pembiayaan pendidikan kepada pelajar,menerima desopit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma dan akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.Dengan itu,PTPTN telah membuat perjanjian antara peminjam dengan PTPTN iaitu kami berjanji akan memproses permohonan pembiayaan yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan untuk mempertimbangkan pemohonan PTPTN ini. Selain itu,PTPTN juga akan memaparkan keputusan permohanan pembiayaan pada hari bekerja pertama selepas tarikh akhir proses permohonan untuk membantu pelajar-pelajar yang memohon PTPTN menyemak keputusan permohonan mereka.Justeru itu,PTPTN juga akan memastikan pengeluaran pembiayaan baru dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan yang sempurna diterima supaya tidak berlaku kelebihan dan kekurangan wang.Selain itu,PTPTN juga akan memastikan pengeluaran pembiayaan berikutnya dibuat tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikah pemprisesan pengeluaran pembiayaan. Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap supaya mempertimbangkan dokumen tersebut.Selain itu,PTPTN juga memproses permohonan pengeluaran deposit SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang yang lengkap dan memberi jawapan segera ke atas sebarang pertanyaan atau aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan atau aduan diterima.

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SPPN)adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.Orang ramai digalakkan membuat pembukaan akaun SSPN di kaunter Maybank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Semakan baki akaun SSPN pada keesokan hari boleh dilakukan di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank sahaja.

CIRI-CIRI & KEISTIMEWAAN SSPN

Antara ciri-ciri SSPN adalah pelepsan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000 setahun dan perlindungan insurans secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.Selain itu,pemberian geran sepadan sehingga rm10,000 untuk satu keluarga yang layak.Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan.Dan kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Kemudahan menyimpan di lebih 1,500 ejen PTPTN dan Kemudahan simpanan melalui potongan gaji. Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PTPTN


Antara syarat-syarat kelayakan memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan adalah pelajar tersebut mestilah warganegara Malaysia kerana PTPTN ini hanya akan diberikan kepada warga tempatan sahaja iaitu warga Malaysia.Selain itu,pemohon juga mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon dan pemohon mestilah juga lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. Selain itu,pemohon juga mestilah lulus STPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS.Bagi pelajar-pelajar IPTA atau IPTS atau politeknik,khusus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/IPTS) atau Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi. Selain itu,pelajar-pelajar IPTS kursus yang diikuti mestilah mandapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan,pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan.Justeru itu,baki tempoh pengajian semasa membuat permohanan hendakalah tidak kurang dari 1 tahun dan tiada penaja lain.

SYARAT TAWARAN PEMBIAYAAN KALI KEDUA PTPTN


Tawaran pembiayaan pendidikan akan diberikan sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat dan menepati kaedah permohonan pembiayaan yang telah ditetapkan seperti berikut iaitu pemohon mestilah mnepati syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan.Selain itu,bagi

pelajar yang telah mandapat pembiayaan pendidikan untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau mendapat penajaan lain boleh memohon pembiayaan kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah hutang pembiayaan terdahulu diselesaikan.Selain itu,pelajar yang telah mendapat pembiayaan pendidikan dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh memohon pembiayaan untuk meneruskan pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan. Pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi dan tepat. Selain itu,kelulusan tempoh pembiayaan akan ditentukan mengikut semester semasa iaitu ketika permohonan lengkap diterima oleh PTPTN.Tawaran pembiayaan hanya sah dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan.Sekiranya dalam tempoh tersebut,dokumen perjanjian tidak disempurnakan,tawaran pembiayaan akan dibatalkan.Dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman hanya akan dianggap lengkap sekiranya dokumen tersebut dimeterai dengan Setem Hasil.Pemohon mestilah pastikan anda menyediakan dua keping Setem Hasil yang bernilai RM10 setiap satu untuk dilekatkan pada dokumen tersebut.Tawaran pembiayaan akan dibatalkan atau ditarik balik sekiranya didapati berlaku kesilapan tawaran atau pemalsuan maklumat.

SKIM PERLINDUNGAN INSURANS ATAU TAKAFUL


Selain itu,PTPTN juga menyediakan Skim Perlindungan Insuran atau Takaful bagi pelajarpelajar diwujudkan untuk melindungi amaun pembiayaan yang dikeluarkan jika berlaku kematian ke atas pelajar atau pelajar mengalami keliatan kekal menyeluruh.Setiap pelajar dikehendaki menanggung segala kos perlindungan insuran sebagaimana termaktub dalam perjanjian pembiayaan.PTPTN akan membuat potongan insuran pada setiap semester pengajian semasa pengeluaran pembiayaan dilaksanakan. Setiap urusan pelantikan syarikat insurans dan bayaran premium akan diuruskan oleh PTPTN.Semua jumlah potongan insurans yang dikenakan adalah atas kadar RM0.96 bagi setiap pembiayaan RM1,000 dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pembiayaan yang diluluskan,tempoh pengajian dan tempoh lazim bayaran balik.Sekiranya peminjam telah menamatkan pengajian,jumlah semakan semula kenaan premium yang diselaraskan akan dimasukkan ke dalam penyata kira-kira peminjam sebagai kos yang perlu ditanggung oleh peminjam.

CARA-CARA MEMOHON PTPTN


Antara cara-cara memohon pembiayaan pendidikan adalah pemohon mestilah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Laman Web Pembiayaan Online di alamat http:www.ptptn.gov.my.Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN(http://www.ptptn.gov.my).Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu a)Kaunter,b)Mesin Teller Automatik (ATM) dan c)Mesin Deposit Tunai ( CDM ).No PIN hanya sah 6 bulan selepas tarikh daftar permohonan(Pendaftaran Kali Pertama).

Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya.Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan perkataan Bajet Mini di Butiran Nama Program/Kursus. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Acrobat Reader untuk tujuan cetakan dokumen.Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web (http//www.adobe.com/products/acrobat/) Sila klik pada ikon Get ADOBE READER dan Install di komputer anda. Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian ( bagi satu-satu muka surat ).Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.PERTAMA,sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan. KEDUA Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan.KETIGA,sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan.KEEMPAT,sediakan 2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka depan setiap set dokumen perjanjian.(RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN ).Setiap set dokumen yang dilengkapkan adalah untuk tujuan simpanan dan rujukan Penerima Biaya dan PTPTN.

Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama 1 salinan dokumen sokongan yang telah disahkan / ditandatangani seperti ini,Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini.Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM atau SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM atau SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi

melalui cetakan internet atau portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) atau Slip Deposit Bank atau Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya. Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain.Sebagai contoh STPM atau Diploma atau Matrikulasin atau Ijazah atau Sarjana.Salinan Slip Gaji atau Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) atau Kad Pesara atau Penyata Pencen atau Surat Pengesahan Pendapatan atau Surat Pengesahan Tidak Bekerja PENJAGA PERTAMA (1).Salinan Slip Gaji atau Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) atau Kad Pesara atau Penyata Pencen atau Surat Pengesahan Pendapatan atau Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2).Salinan Slip Gaji atau Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu )atau Surat Pengesahan Pendapatan - PENERIMA BIAYA.(Sekiranya penerima biaya masih bekerja).Salinan Slip Gaji atau Borang Cukai Pendapatan ( Individu )atau Surat Pengesahan Pendapatan atau Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PASANGAN PENERIMA BIAYA.(Sekiranya penerima biaya telah berkahwin).Surat Pengesahan atau Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan PENERIMA BIAYA ATAU IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. (Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk). Manakala bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas,tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan.Surat Pengesahan masih belajar dari IPT dan salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)

TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN ATAU PEMBIAYAAN PENDIDIKAN


Peminjam adalah bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman atau pembiayaan pendidikan yang dikeluarkan kepadanya oleh PTPTN,termasuk kos-kos lain seperti kos pentadbiran,bayaran perlindungan insurans,bayaran cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Pinjaman atau Pembiayaan Pendidikan yang telah ditandatangani oleh pihak PTPTN dan peminjam. Bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah bermula 6 bulan selepas tamat pengajian/ pembiayaan pendidikan.Bagi tajaan 2003 dan ke bawah, penetapan tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan adalah mengikut peringkat pengajian pelajar seperti di Jadual 1: Jadual 1 : Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Tahun Tajaan 2003 Dan Ke Bawah

Tahun Tajaan 2003 Dan Ke Bawah Bil 1 2 3 4 5 Peringkat Pengajian Diploma IPTA/ Politeknik/ IPTS Ijazah IPTA (Sastera) Ijazah IPTA (Sains) Ijazah IPTS (Sastera) Ijazah IPTS (Sains) Tempoh Bayaran Balik 120 Bulan (10 tahun) 120 Bulan (10 tahun) 180 Bulan (15 tahun) 180 Bulan (15 tahun) 240 Bulan (20 tahun)

a. Mulai 1 Januari 2004, penetapan tempoh bayaran balik adalah berdasarkan jumlah pinjaman/ pembiayaan pendidikan seperti di Jadual 2:

Jadual 2 : Jumlah Dan Tempoh Bayaran Balik Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan PTPTN Mulai 1 Januari 2004

Mulai 1 Januari 2004 Bil 1 2 3 4 Jumlah Tempoh Bayaran Pinjaman/Pembiayaan Balik Pendidikan RM10,000 dan ke bawah 60 Bulan (5 tahun) RM10,001 hingga RM22,000 120 Bulan (10 tahun) RM22,001 hingga RM50,000 180 Bulan (15 tahun) RM50,001 ke atas 240 Bulan (20 tahun)

b. Tempoh bayaran balik bagi penerima biaya yang menerima penawaran pertukaran pinjaman dari 3% kepada pembiayaan pendidikan Ujrah 1% berdasarkan baki

tempoh bayaran balik mengikut perjanjian asal. Kos Pentadbiran Dan Ujrah/ Upah Jadual 3: Perlaksanaan Kos Pentadbiran DanUjrah/ Upah Bil. 1 2 Tarikh Kelulusan/ Kuatkuasa Sebelum 1 Januari 2004 Mulai 1 Januari 2004 Mulai 1 Mac 2007 (kursus Sarjana, PhD dan Profesional sahaja) Mulai 1 Jun 2008 Kos Pentadbiran/ Ujrah 4% setahun atas baki berkurang 3% setahun atas baki berkurang

5% setahun atas baki berkurang

1% setahun atas kadar rata

Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan Ujrah atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance). Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan kemudahan pembiayaan boleh ubah (pengecualian bayaran balik) adalah Mengikuti kursus secara sepenuh masa.Dan berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan.Selain itu, Pembiayaan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain. Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen dan kursus yang diikuti oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pelajar yang berhasrat mendapatkan kemudahan ini perlu mengemukakan surat permohonan rasmi kepada PTPTN dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan. Sesalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan dan Akuan Pelajar yang telah lengkap diisi seperti dikepilkan.Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pelajar-pelajar yang menerima penajaan lain dan bertindih dengan pembiayaan PTPTN, menukar jurusan,

peringkat pengajian dan IPT tanpa kelulusan PTPTN atau melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan dalam perjanjian pembiayaan pendidikan, tidak akan dipertimbangkan untuk kemudahan ini. Pelajar-pelajar perlu membuat bayaran balik sepertimana yang ditetapkan sehingga permohonan penukaran pembiayaan kepada biasiswa diluluskan. Bagi mana-mana pelajar yang diluluskan dan telah membuat bayaran balik pembiayaan secara penuh/sebahagian, PTPTN akan membuat pemulangan kepada pelajar tersebut setelah ditolak apa-apa kos yang berkaitan (jika ada). Peminjam yang diluluskan pinjaman sebelum 1 Julai 2005, juga masih layak untuk memohon pengecualian bayaran balik sekiranya memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

TEMPOH MULA BAYARAN BALIK PINJAMAN/ PEMBIAYAAN PENDIDIKAN


Bermula 1 Disember 2009,setiap permohonan semula salinan dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikenakan caj sebanyak RM90.00.Caj ini dikenakan bagi membiayai kos tambahan untuk mendapatkan dokumen tersebut yang disimpan di luar bangunan PTPTN serta kos penghantaran kepada peminjam. Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Semula Salinan Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang boleh dimuat turun(http://www.ptptn.gov.my).Permohonan yang dihantar tanpa menggunakan borang yang disediakan tidak akan diproses. Terdapat dua kaedah permohonan dan bayaran yang boleh dibuat sepertimana berikut iaitu Permohonan dan bayaran di kaunter PTPTN adalah peminjam perlu menyerahkan borang permohonan yang lengkap dan membuat bayaran secara terus di kaunter One Stop Center PTPTN yang bertempat di K.L Central. Permohonan dan bayaran melalui pos,peminjam perlu mengirimkan borang permohonan yang lengkap ke PTPTN beserta wang pos / bankdraf atas nama Ketua Eksekutif PTPTN ke alamat berikut iaitu Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2, Tingkat BawahWisma Chase Perdana Off Jalan Semantan Damansara Heightsn 50490 Kuala Lumpur . Peminjam hendaklah menulis nombor kad pengenalan, nombor rujukan surat tawaran dan nombor telefon di bahagian belakang wang pos /bankdraf tersebut. Pastikan di sudut kiri atas sampul surat ditulis PERMOHONAN SEMULA SALINAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN. Proses penyediaan salinan perjanjian mengambil masa 7 hari bekerja setelah bayaran dan borang yang lengkap diterima. Salinan tersebut hanya akan diserahkan kepada peminjam melalui perkhidmatan kurier ke alamat yang diberikan di dalam borang permohonan tersebut.

KESIMPULAN
Setelah tugasan ini selesai dibuat kesimpulan yang saya dapat adalah say mendapat mengetahuan yang meluas mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan lebih mendalam,kitalah mestilah mengetahui sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada kita pada masa hadapan.Kita diibaratkan sebagai akar umbi yang akan menentukan pokok yang tumbuh.Sekiranya akar umbi tidak kukuh,maka senanglah bagi itu tumbang.Begitu jugalah peranan kita sebagai pelajar dalam pendidikan iaitu kita mestilah menyahui cabaran kerajaan dalam apa jua bidanag yang diceburi.Cemerlang,gemilang dan terbilang bukanlah hanya satu slogan tetapi dihayati dengan sebaik-baiknya bagi melahirkan insan yang terbaik antara yang terbaik. Selain itu,dengan adanya bantuan kewangan ini pada setiap masa,ia nya akan member semangat kepada pelajar-pelajar untuk menyambung belajar tanpa membimbing tentang kewangan lagi.PTPN telah menyediakan dan melayakkan setiap pemohon bagi meminjam pinjaman PTPTN ini tetapi pinjaman tersebut mestilah dibayar semula setelah tamat pengajian bagi mengelakkan dari disenarai hitamkan.Justeru itu,kita mestilah berasa bangga kerana diberi pinjaman kewangan dari kerajaan untul tujuan pendidikan dan kerajaan juga telah banyak melakukan bantuan kepada kita sperti Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk meringankan beban pelajar-pelajar. Dari hasil berbagai ulasan,pendapat dan pengertian beberapa maklumat kita dapat membuat kesimpulan dan rumusan bahawa pinjaman itu adalah salah satu cara yang terbaik dan yang member faedah di dalam serba lapanagan hidup.Demikian juga pinjaman kan mendorong supaya yang diberi pinjaman itu supaya berjimat cermat,jangan membazir dan kita mestilah membayar kembali pinjamin wang itu untuk diberiakn kepada pelajar-pelajar lain menggunakannya.

BIBLIOGRAFI
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung http://www.ptptn.gov.my/web/guest/korporat http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1.76

FAKULTI PENDIDIKAN SAINS SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER 2011 (1/2011/2012) ETD 1133 PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN 1 (INDIVIDU) PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
NAMA : SITI JULAIHA BINTI MURKANI NO MATRIK : 3111015331 KUMPULAN : K14 G5 PENSYARAH : EN.SYED LAMSAH BIN SYED CHEAR

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan rasa bangga di atas kejayaan atas tugasan ini yang diberiakan kepada saya.Dengan usaha saya,ia merupakan satu usaha yang dilakukan di celah-celah kesibukan tugas namun berjaya juga disiapkan akhirnya.Semoga Allah memberkati usaha ini. Selain itu,saya ingin merakamkam terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak dorongan kepada saya walaupun kami berjauh.Berkat kerjasama ibu bapa saya,tugasan saya ini telah pun siap.Tidak lupa juga,kepada kawan-kawan yang telah menunjuk ajar saya dalam menyiapkan tugasan ini.Semoga tugasan ini dapat diterima dengan senang hati. Setelah disemak dan diberikan bagi kandungan ini,say percaya dan yakin tugasan ini dapat dijadikan panduan khusus kepada pelajar-pelajar bagi membimbing pelajar untuk menyiapkan tugasan.Dalam kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Syed Lamsah Bin Syed Chear yang sudi memberi pendapat tentang tugasan ini. Diharapkan usaha murni ini dapat diterima dari masa ke semasa dengan melibatkan lebih pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar.Semoga usaha ini dapat mendorong saya memperolehi kejayaan cemerlang dan diberkati Allah Subhanahu Wataala.

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

PENGHARGAAN PENGENALAN PERBANDANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) PIAGAM PELANGGAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN) CIRI-CIRI & KEISTIMEWAAN SSPN SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PTPTN SYARAT TAWARAN PEMBIAYAAN KALI KEDUA PTPTN SKIM PERLINDUNGAN INSURANS ATAU TAKAFUL CARA-CARA MEMOHON PTPTN BAYARAN BALIK PINJAMAN ATAU PEMBIAYAAN TEMPOH MULA BAYARAN BALIK PINJAMAN/PEMBIAYAAN PENDIDIKAN KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai