Anda di halaman 1dari 14

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

PENDAHULUAN
Tahniah dan syabas kepada saudara/i kerana telah terpilih memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Buku Panduan Kemasukan Pelajar Baru Peringkat Diploma Pendidikan (DP) ini disediakan sebagai panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara/i melaporkan diri dan perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara/i menjadi pelajar. Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi

Tahniah !!

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

SENARAI SEMAKAN SEBELUM MELAPOR DIRI


Untuk memudahkan urusan pendaftaran kemasukan saudara/i, sila pastikan bahawa perkaraperkara berikut telah dilakukan: 1. Semak status saudara/i di laman web ini iaitu : http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran/ 2. Memilih setuju terima/menolak penawaran. 3. Memilih sah dan terima Aku Janji Pelajar (Online) 4. Cetak dari laman web UPSI (laman web semakan), perlu diisi dan dibawa pada hari pendaftaran. i. Surat Tawaran Kemasukan (Online). - Surat tawaran kemasukan (online) ini adalah surat tawaran asal dan hanya dikeluarkan sekali (1) sahaja. Sila pastikan saudara/i membuat salinan yang secukupnya. ii. iii. Borang Permohonan Penginapan Kolej Kediaman (B2) - Sila muat turun di url : http://akademik.upsi.edu.my/dip_nov11/index.htm Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan (B4) - Sila muat turun di url : http://akademik.upsi.edu.my/dip_nov11/index.htm

5. Keperluan-keperluan seperti dalam nota makluman i. Borang Perakuan Penerimaan Tawaran - Sila muat turun di url : http://akademik.upsi.edu.my/dip_nov11/index.htm ii. Borang Perakuan Pelepasan Tuntutan Penempatan - Sila muat turun di url : http://akademik.upsi.edu.my/dip_nov11/index.htm iii. Jadual Program Minggu Suai Kenal - Sila muat turun di url : http://akademik.upsi.edu.my/dip_nov11/index.htm 6. WAJIB Klik (tekan) pada butang DAFTAR untuk mencetak surat tawaran kemasukan. 7. Sila buat pembayaran yuran pengajian di Cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia mulai 01 Februari 2012 (Rabu) sebelum mendaftar pada hari pendaftaran. 8. Sila upload gambar anda berukuran passport ke http://umpc.upsi.edu.my untuk urusan kad matriks/kad pelajar sebelum atau pada 08 Februari 2012 (Rabu).

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

Fakulti Dan Program Yang Ditawarkan Pada Ambilan Februari Sesi 2011/2012 ini, Universiti menawarkan empat belas (14) bidang bagi program Diploma Pendidikan seperti dalam senarai berikut: FAKULTI KOD PROGRAM AT50D AT79D AT80D AT62D AT63D AT31D AT81D AT03D AT10D AT82D AT09D AT32D AT23D AT83D PROGRAM Diploma Pendidikan (Bahasa Cina) Diploma Pendidikan (Bahasa Iban) Diploma Pendidikan (Bahasa Kadazan/Dusun) Diploma Pendidikan (Bahasa Tamil) Diploma Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) Diploma Pendidikan (Kemahiran Hidup) Diploma Pendidikan (Pelancongan) Diploma Pendidikan (Pendidikan Jasmani & Kesihatan) Diploma Pendidikan (Pendidikan Khas) Diploma Pendidikan (Perdagangan) Diploma Pendidikan (Sains Pertanian) Diploma Pendidikan (Sejarah) Diploma Pendidikan (Seni Visual) Diploma Pendidikan (Teknologi Maklumat)

Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Sistem Akademik Universiti mengamalkan sistem semester. Bagi program Diploma Pendidikan (DP) Tajaan MARA ini adalah selama 1 Tahun (3 Semester).

SYARAT SYARAT TAWARAN KEMASUKAN


1. Syarat Penerimaan Masuk Tawaran masuk ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 1.1 Saudara/i lulus pemeriksaan doktor di Hospital/Klinik Kerajaan Sahaja. termasuk X-ray dada. Universiti berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada anda benar-benar siha untuk belajar. Menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran kemasukan. Saudara/i mesti mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera melalui laman web www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran Sekiranya Universiti tidak menerima pengesahan daripada anda, anda akan dianggap menolak tawaran dan seterusnya tawaran ini luput dengan sendirinya dan tempat anda akan ditawarkan kepada calon lain. KAMI TIDAK AKAN MENGHANTAR PERINGATAN. Saudara/i mesti mencarum dan patuh kepada syarat-syarat Skim Insurans Kemalangan Diri dan Skim Kesihatan Pelajar yang ditetapkan oleh universiti.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.2 1.3

1.4

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

1.5

Tawaran ini terbatal sekiranya: 1.5.1 1.5.2 saudara/i adalah seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. saudara/i adalah seorang penuntut yang sedang mengikuti kursus di maktab-maktab perguruan atau institusi-institusi pendidikan tinggi dalam atau luar negara atau sedang mengikuti program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan. saudara/i gagal melapor diri, walaupun saudara/i telah mengesahkan penerimaan tawaran ini, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat telah didapati daripada pihak UPSI.

1.5.3

1.6

UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang anda berikan adalah tidak benar.

2. Etika Pelajar Sepanjang tempoh pengajian, saudara/i dikehendaki: 2.1 mematuhi undang-undang negara dan undang-undang Universiti iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa; sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta serta kemudahankemudahan perkhidmatannya dari dirosakkan oleh sesiapa juga; tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan Universiti seperti memulaukan kuliah dan sebagainya atau melibatkan diri dengan kegiatankegiatan yang boleh menjejaskan nama baik Universiti; menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti; bekerjasama dengan PengetuaPengetua Kolej Kediaman dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada anda penghuni atau tidak ; mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Universiti untuk anda; dan menjelaskan semua yuran yang dikenakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti.

2.2 2.3

2.4 2.5 2.6 2.7

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

3. Peraturan Pakaian Sepanjang tempoh pengajian, saudara/i dikehendaki mematuhi Peraturan Pakaian yang ditetapkan seperti berikut: 3.1 Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki 3.1.1 setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas iaitu berseluar panjang dengan berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang.; berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan perlu bersesuaian dan kemas; memakai seluar panjang yang bersih, kemas dan sopan. Pakaian jeans tidak dibenarkan sama sekali; memakai pakaian sukan yang sesuai semasa bersukan atau berekreasi; memakai kasut kulit dan berstoking.

3.1.2

3.1.3

3.1.4 3.1.5 3.2

Peraturan Pakaian Pelajar Perempuan 3.2.1 setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai, seperti berbaju kurung, kebaya labuh atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju mestilah berlengan panjang atau paras siku dan tidak sendat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan; pelajar Muslim digalakkan bertudung tetapi tidak menutup sebahagian atau seluruh daripada muka (berpurdah); memakai seluar yang bersesuaian, bersih dan sopan. Jeans dan kemeja T tidak dibenarkan sama sekali; memakai make-up, aksesori dan pewangi secara sederhana; memakai kasut yang menutup jari kaki, lereng kaki dan tumit.

3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5

4. Kolej Kediaman Pelajar DP GSTT yang mendaftar di kampus UPSI bagi Ambilan Februari Sesi 2011/2012, hanya disediakan penginapan sementara untuk Minggu Suai Kenal (MSK) sahaja. Saudara/i bolehlah berurusan dengan pihak Jabatan HEP dan Alumni berkaitan penginapan semasa MSK berlangsung.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

5. Program Yang Ditawarkan Program yang ditawarkan kepada saudara/i adalah muktamad berdasarkan kepada kelayakan yang saudara/i miliki dan saudara/i tidak dibenarkan menukar program pengajian. Saudara/i juga tidak dibenarkan menangguhkan kemasukan ke UPSI. MENANGGUH KEMASUKAN AKAN DIANGGAP MENOLAK TAWARAN. 6. Kuliah Kuliah akan bermula selepas minggu suai kenal berlangsung tetapi saudara/i dikehendaki mendaftarkan diri lebih awal seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran. 7. Kenderaan Pelajar Saudara/i yang hendak menggunakan motosikal, hanya motosikal yang berkuasa 110cc ke bawah sahaja dibenarkan. Penggunaan kereta sendiri tidak digalakkan kerana masalah kesesakan kampus.

PERSEDIAAN SEBELUM MELAPOR DIRI


1. Bayaran Yuran Pendaftaran 1.1 Bagi pelajar-pelajar Diploma Pendidikan GSTT, saudara/i hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM250.00 sebagai Yuran Pendaftaran untuk Minggu Suai Kenal (MSK). 1.2 Saudara/i hendaklah menjelaskan bayaran yuran tersebut melalui mana-mana cawangan BIMB yang berdekatan dengan mengemukakan kad pengenalan dan surat tawaran kemasukan online (UPSI). 1.3 Berkuat kuasa mulai Sesi Akademik Jun 2004, pelajar-pelajar yang belum menjelaskan bayaran, keputusan peperiksaan akhir semester akan ditahan oleh pihak Universiti dan seterusnya tidak dibenarkan daripada mendaftar untuk semester hadapan. 1.4 Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian dan akan graduat, pihak Universiti akan menahan keputusan peperiksaan akhir semester, transkrip keputusan peperiksaan dan skrol ijazah selagi pelajar masih belum menjelaskan bayaran atau denda yang telah dikenakan. 1.5 Sekiranya saudara/i menghadapi sebarang masalah mengenai pembayaran, sila hubungi Unit Akaun Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari di talian 054506309/6551/6906.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

2. Persediaan Pakaian dan Keperluan Lain Saudara/i dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut: 3.1 Pakaian semasa melapor diri 3.1.1.Lelaki : berpakaian kemas (baju sandal tidak dibenarkan) T, jeans, selipar/

3.1.2.Perempuan : berpakaian kemas dan sopan (baju T, jeans,selipar/sandal tidak dibenarkan) Pelajar dinasihati TIDAK memakai baju kemeja/baju kurung/tudung/pakaian hijau (Program Diploma Pendidikan). Tindakan di atas dibuat untuk memenuhi spesifikasi urusan teknikal ICT semasa proses mengambil gambar untuk kad matrik (latar belakang kad matrik berwarna hijau bagi Diploma Pendidikan) - Ini bagi kes pelajar yang belum memuat naik (upload) gambar di http://umpc.upsi.edu.my seperti arahan di mukasurat 2, perkara 8. 3.2 Pakaian kuliah/tutorial dan urusan rasmi universiti (mengikut Kod Pakaian Universiti) 3.3.1. Lelaki 3.3.2. Perempuan : pakaian pejabat/bertali leher : pakaian kemas dan sopan Etika

3.4

Pakaian sukan termasuk baju T berwarna merah berkolar (boleh bercorak/bertulisan, asalkan berwarna merah), track suit (warna hitam/biru gelap) sarung kaki dan kasut sukan untuk digunakan dalam Minggu Suaikenal.

3. Pakaian semasa membaca ikrar Saudara/i WAJIB membawa dan memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh Universiti semasa membaca ikrar (disediakan sendiri oleh pelajar). 3.1 Pelajar Muslim Lelaki Pakaian Baju Melayu lengkap berwarna hitam; Songkok hitam (kopiah/ketayap, serban, songkok raihan dan seumpamanya tidak dibenarkan); Samping songket hitam berbenang emas; Kasut kulit hitam (bukan kasut sukan/sendal)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

Perempuan Baju kurung berwarna putih dan tudung berwarna putih; Skirt hitam labuh untuk dipakai bersama baju kurung ; kasut kulit hitam (bukan kasut sukan) yang menutup jari dan lereng kaki dan tumit 3.2 Pelajar bukan Muslim Lelaki Suit hitam Baju kemeja putih berlengan panjang dan berseluar slack hitam Tali leher ; Stoking hitam Kasut kulit hitam (bukan kasut sukan/sandal). ATAU Boleh memilih berpakaian seperti pelajar Muslim

Perempuan Baju kurung berwarna putih; Skirt hitam labuh untuk dipakai bersama baju kurung ; Kasut kulit hitam (bukan kasut sukan) yang menutup jari dan lereng kaki dan tumit. 4. Gambar Menyediakan sepuluh (10) keping gambar berwarna yang terbaru berukuran pasport untuk sebarang keperluan pada hari pendaftaran. 4.1 satu (1) keping gambar untuk dilekatkan (digam) pada Fail Pelajar Fakulti yang akan diberikan semasa minggu suai kenal oleh pihak fakulti dan perlu diserahkan semula kepada fakulti setelah lengkap diisi; 4.2 dua (2) keping gambar untuk dilekatkan (gam) pada Borang Pemeriksaan Kesihatan; 4.3 satu (1) keping gambar untuk dilekatkan (gam) pada Borang Kolej Kediaman; 4.4 selebihnya enam (6) keping gambar adalah untuk kegunaan aktiviti-aktiviti lain.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

5. Sijil dan Salinan Sijil Saudara/i diWAJIBKAN membawa sijil-sijil asal dan salinan sijil-sijil akademik/dokumen lain yang telah disahkan, hanya sijil-sijil/dokumen yang disahkan sahaja diterima untuk urusan pendaftaran. Sila masukkan salinan sijil-sijil berikut ke dalam satu (1) sampul surat berukuran A4 untuk diserahkan pada 13 Februari 2012 (Isnin) semasa slot Bersama BHEA.
SAMPEL DOKUMEN TINDAKAN

SAMPUL A (AKADEMIK) A4 Size SAMPUL A AKADEMIK

i. 1 Salinan Kad Pengenalan (dipalang disudut atas kiri)

Saudara/i dikehendaki : 1. Labelkan sampul dengan label SAMPUL A (AKADEMIK) di sudut atas kanan sampul. 2. Catatkan nama, no. K/P dan No. Pendaftaran Pelajar (No. Matriks) di tengah sampul surat.

Sophia Latiff 821122056070 LXXXXXXX

ii. 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan online iii. 1 Salinan Surat Beranak/Sijil Kelahiran iv. 1 Salinan Sijil SPM v. 1 Salinan Surat Pelantikan sebagai Guru GSTT vi. 1 Salinan Transkrip vii. 1 Salinan Ijazah viii. 1 Salinan Sijil Nikah (jika telah berkahwin) ix. 1 Salinan Sijil OKU (jika berkaitan) x. 1 Borang Perakuan Penerimaan Tawaran

* Semua salinan mestilah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A (Pegawai Kerajaan yang mempunyai Ijazah)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

6. Pembukaan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 6.1 Semua pelajar dikehendaki membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan menyerahkan satu salinan muka pertama Buku Bank /Slip Pembukaan Akaun untuk dimasukkan ke dalam Sampul B seperti di bawah. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun BIMB sebelum ini tidak perlu lagi membuka akaun baru. DOKUMEN TINDAKAN

6.2

SAMPEL SAMPUL B SAMPUL B AKAUN BANK

Sophia Latiff 821122056070 LXXXXXXX

Salinan buku bank/slip Saudara/i dikehendaki : pembukaan akaun BIMB. 1. Labelkan sampul Contoh: dengan label SAMPUL B (AKAUN BANK) di sudut atas kanan sampul. 2. Catatkan nama, no. K/P dan No. Pendaftaran Pelajar (No. Matriks) di tengah sampul surat

PENDAFTARAN DAN URUSAN LAIN


1. PENDAFTARAN Saudara/i dikehendaki mendaftar diri pada tarikh, tempat dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran (Online). Saudara/i WAJIB membawa surat tawaran (Online) untuk tujuan pengesahan sepanjang hari pendaftaran berlangsung. 2. PEMBAYARAN YURAN Saudara/i WAJIB membuat pembayaran yuran pendaftaran Minggu Suai Kenal (MSK) RM250.00 sebelum hari pendaftaran berlangsung di mana-mana cawangan BIMB mengikut ketetapan dalam surat tawaran (rujuk m/s 6). Sila bawa dan serahkan bersama Slip Pembayaran Yuran Bank Islam (Salinan UPSI) dan Sampul B (rujuk m/s 10). 3. PENDAFTARAN KOLEJ Saudara/i dikehendaki ke Kaunter Kolej untuk urusan pendaftaran kolej. Sila bawa bersama Borang Permohonan Penginapan Kolej Kediaman (B2) untuk diserahkan kepada pihak kolej.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

10

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

4. PROGRAM MINGGU SUAI KENAL (MSK) a. Program MSK akan diadakan selama seminggu mulai tarikh pendaftaran kemasukan. b. Program MSK ini adalah atur cara rasmi dan semua pelajar diwajibkan mengikutinya. c. Tujuan program MSK ini adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai Sistem Pentadbiran berkaitan akademik, pentadbiran kolej, hal ehwal pelajar, fakulti dan seterusnya mengeratkan silaturahim sesama pelajar serta menyesuaikan pelajar dengan suasana kehidupan di institusi pengajian tinggi. NOTA: Sebarang pertanyaan/kemusykilan mengenai program MSK, saudara/i bolehlah kemukakan melalui talian 05-4505439. 5. URUSAN KAD MATRIKS PELAJAR Saudara/i WAJIB muatnaik (upload) gambar ukuran passport anda di URL http://umpc.upsi.edu.my untuk urusan kad matriks/kad pelajar sebelum 08 Februari 2012 (Rabu). Panduan untuk muatnaik (upload) gambar telah disediakan dalam URL berkenaan. 6. LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN Salinan Laporan Pemeriksaan Kesihatan (Borang KPM) yang telah lengkap perlu dihantar ke Pusat Kesihatan UPSI sebelum atau pada 13 Mac 2012. 7. ATURCARA PENDAFTARAN DAN PROGRAM MSK Sila rujuk dan cetak jadual MSK di http://akademik.upsi.edu.my/dpgstt/index.htm

PANDUAN KE TANJONG MALIM


1. Bagi saudara/i yang tiba dengan penerbangan, bolehlah datang ke Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang. Kadar tambang teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang adalah dalam anggaran RM140.00. 2. Bagi saudara/i yang datang dari arah utara, selatan dan timur boleh menggunakan sama ada jalan biasa atau Lebuhraya PLUS dan keluar di persimpangan Tol Tanjong Malim. Jarak Kampus dari Tol Tanjong Malim ialah lebih kurang 4 km. 3. Bagi saudara/i yang datang dengan keretapi, jarak perjalanan dari stesen keretapi ke kampus hampir satu kilometer (1 km). Sila lihat peta panduan yang disertakan.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

11

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

LOKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

12

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DIPLOMA AMBILAN NOVEMBER 2011/2012

PERTANYAAN
Sekiranya saudara/i mempunyai kemusykilan mengenai tawaran ini sila hubungi: Pejabat Bahagian Akademik Fakulti - Surat Tawaran - Tarikh Lapor Diri Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia - Kolej Kediaman - Minggu Suai Kenal - Kewangan, Kebajikan dan Pinjaman PTPTN - Pemeriksaan Kesihatan X-Ray - Barangan Suai Kenal Bendahari - Yuran - Kewangan Perkara No.Telefon 05- 4506929 05- 4506932 05-4506930 05-4506038 / 6036 / 6872 05- 4505338 05 -4505439 05-4505334/5335 05- 4506668 05-4505338/5432/5321 05- 4506309 05- 4506551 05-4506906

Hal Ehwal Pelajar (HEP)

MAKLUMAN PENTING!!!!
Kesesakan kenderaan ibu bapa/pelajar baharu di tempat pendaftaran akan berlaku kerana jumlah kemasukan yang ramai. Kepada pelajar yang berhasrat membawa kenderaan sendiri sepanjang Minggu Suaikenal, kawasan parkir kenderaan di kolej kediaman juga amat terhad. Berkongsi kenderaan untuk datang mendaftar amat digalakkan. Kesabaran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.'

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

13

Anda mungkin juga menyukai