Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN


PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
SEMESTER II & IV, SESI 2021/2022

PENDAHULUAN

 Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM Semester II & IV, Sesi
2021/2022 sahaja.

 Tempoh permohonan bermula dari hari keputusan PSPM Semester II & IV, Sesi 2021/2022
diumumkan iaitu pada 28 Julai sehingga 10 Ogos 2022.

 Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

BAHAGIAN A: TINDAKAN CALON

1 Borang permohonan

• Calon yang ingin memohon semak semula keputusan peperiksaan hendaklah


melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan yang
boleh diperoleh di kolej atau melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan
Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my.

• Semua permohonan perlu menggunakan borang BMKPM/SS/PSPM2


(Kemas kini pada 07 Julai 2022).

• Borang permohonan semak semula keputusan peperiksaan perlu diisi dengan


lengkap dalam dua salinan.

2 Pembelian wang pos/ draf bank

 Kadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula adalah RM 50.00 (tidak
termasuk caj pembelian wang pos dan cukai berkuatkuasa).

 Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos atau Draf Bank sahaja atas nama
Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
**Sila rujuk Lampiran 1: Panduan Pengisian Maklumat Wang Pos Pada Borang
Permohonan

 Wang Pos/ Draf Bank hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan.


Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima.
 Borang permohonan dan wang pos/ draf bank yang tidak diisi dengan lengkap
(ruangan pemohon tidak diisi di belakang wang pos dan ruangan ‘bayar kepada’ tidak
ditulis atas nama pengarah) atau bayaran tidak mencukupi tidak akan diproses dan
akan dikembalikan semula kepada pemohon.

3 Serahan dokumen permohonan semak semula

 Pengisian Google Form Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Semester II


& IV, Sesi 2021/2022:

o Pautan Google Form akan diedarkan melalui kolej masing-masing.


o Pautan Google Form akan dibuka bermula 28 Julai sehingga 10 Ogos 2022
jam 4.00 petang.
o Pastikan semua borang permohonan dan wang pos/ draf bank dilengkapkan
sebelum mengisi Google Form tersebut.
o Calon hendaklah mengisi maklumat dan memuat naik:
 Borang permohonan semak semula yang lengkap.
 Muka hadapan wang pos/ draf bank yang lengkap diisi.
(Nota: semua salinan dokumen ini adalah dalam bentuk pdf/ imej
sahaja)

o Bukti penghantaran ini tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

 Pengeposan borang permohonan (2 salinan) dan wang pos/ draf bank:


Borang permohonan (2 salinan) dan wang pos/ draf bank hendaklah diserahkan
dengan kadar segera ke kaunter aras 6 Bahagian Matrikulasi atau menggunakan
perkhidmatan kurier (Pos Laju, DHL, GDex, City Link dll) ke alamat berikut:

Encik Zulfikri Bin Ramlan


Sektor Pengurusan Peperiksaan
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

 Borang permohonan yang lengkap berserta bayaran yang mencukupi hendaklah tiba
di Bahagian Matrikulasi selewat-lewatnya pada 10 Ogos 2022 sebelum jam 4.00
petang.

 Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

 Keputusan semak semula akan dimaklumkan kepada pemohon melalui e-mel pada
9 September 2022.

 Keputusan semak semula yang diumumkan adalah muktamad.


Lampiran 1

PANDUAN PENGISIAN MAKLUMAT WANG POS


1. TULIS ‘PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’ PADA RUANGAN BAYAR KEPADA

PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2. KOSONGKAN BAHAGIAN TANDATANGAN PENERIMA DAN NO. KAD PENGENALAN

4. CATATKAN CAP TARIKH WANG POS PADA RUANGAN TARIKH


3. CATATKAN NO SIRI WANG POS PADA RUANGAN NOMBOR SIRI WANG WANG POS DIKELUARKAN PADA BORANG BMKPM/SS/PSPM1
POS/ DRAF BANK YANG DISEDIAKAN PADA BORANG BMKPM/SS/PSPM1

5. PELAJAR PERLU MENGISI MAKLUMAT NAMA, NO. K.P., ALAMAT DAN TUJUAN DI BAHAGIAN BELAKANG WANG POS.
TUJUAN: PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM

Anda mungkin juga menyukai